Masuk Mini Petting Zoo Di Aeon Nilai


Hari Sabtu lepas, luangkan masa bersama keluarga. Mereka semua dari kenduri di Seremban, kemudian jumpa di AEON Nilai sebelum balik KL. Bawa anak-anak buah jalan-jalan. Tak tahu nak kemana, ke AEON lah kita.

Lepas tu berjalan dalam mall macam tanpa arah tujuan sebab bukan nak shopping kan. Ikut je lah kaki kemana. Kami menuju ke tingkat 2 kot-kot ada permainan animal rides tu. Dapatlah budak-budak ni naik. Sekali tak ada daaa. Ada pusat permainan yang biasa terdapat di mall-mall tu je. 
Tapi ada pula tarikan menarik di sini. Dino Land ke Adventure Park nama dia entah. Berhenti lah kejap kami di sini. Disini ada Dinosaur Adventure, Mini Petting Zoo dan Rumah Hantu

Adik ipar dan biras berbincang nak masuk mana satu. Lagi berbaloi kalau beli pakej tiket sekali masuk 3 tempat ni. Tapi kami tak bercadang nak masuk pun. 

Sudahnya biras masuk di Dinosaur Adventure dengan anaknya, si adik. Saya dan encik suami masuk dengan si kakak ke Mini Petting Zoo. Adik ipar dan mak mentua tak masuk, tunggu di luar je. Mereka lepak makan cendol di Penang Chendul berhadapan je dengan tempat ni

Rumah hantu tak ada yang masuk, entrance dia macam tak seram
Masuk-masuk je kami beli makanan RM1, ada lobak merah dan kacang panjang untuk bagi makan arnab dan guinea pig (tikus belanda). 
Mula-mula masuk dah nampak ular. Ular jagung (cornsnake) namanya. Mulanya tak nampak, dia menyorok di sebalik batu. Tapi pekerja tu pegang dan letakkan di depan. Katanya ular ni tak berbisa, corak dia macam ular sawa

Kita ni berbisa ke tidak, tetap lah tak jadi seorang pemberani. 

Ular ada satu ni je. Lepas tu bersusun lah jenis-jenis cicak. Cicak ni pula, kita tengok pun dah geli. Cicak biasa pun geli, inikan cicak bermacam-macam jenis. 

Dalam geli-geli pun, nak juga tu ambil gambar. Dah masuk kan, tak kan pandang je. Ambil jugalah gambar buat modal untuk blog. Begitulah kehidupan seorang blogger. Kena ambil gambar untuk content blog. Kann..


Banyak pula spesis cicak/gecko ni sampai lupa entah apa nama dia. Setiap haiwan ni ada diletakkan maklumatnya. Saya pun entah kenapa lupa nak ambil gambar maklumat tu sekali. Ini yang nak marah dengan diri sendiri ni. Layan je lah gambar ye


Berlalu pantas di bahagian cicak, sampai giliran hedgehog (landak kecil) pula. Ada beberapa ekor je dalam bekas kaca ni. 

Okay, hamster pula. Teringat dulu pernah bela hamster. Tapi kejap je sebab lepas seekor mati, seekor lagi menyusul. Orang kata nak bela harmster ni kena bela berpasangan. Betul ke? Kalau tidak nanti cepat mati. Entahlah


Si kakak ni dia nak main dengan arnab je ni. Nak bagi makan tu je sebenarnya. Yang lain dia tak berapa minat nak tengok. Takut dan penggeli reptilia agaknya. Kita layankan je lah dia bagi makan arnab-arnab ni


Tak cukup beli satu bekas makanan, beli lagi satu bekas. Pekerja pun bagi lebih sikit. Terima kasih kakak yang peramah lagi baik hati bagi makanan lebih. Dapatlah si kakak ni lama sikit bagi makanan pada arnab dan juga guinea pig (tikus belanda)


Susah betul nak ambil gambar guinea pig ni. Laju betul dia bergerak. Jadilah gambar begini. Pandanglah dengan mata seni. Anggaplah gambar ni satu seni yang cantik. 
Tak lama kami masuk, lebih kurang 10 minit lebih macam tu sebab tak banyak sangat haiwannya. Bahagian last yang ada arnab tu. Ada juga haiwan lain yang saya tak ambil gambar. 
Tak tahulah bila kewujudan tempat dia. Bersebelahan dengan kedai Sports Direct yang baru di buka. Nampak sangat jarang ke sudut ni walaupun kerap ke AEON Nilai. Yelah, kita ni jarang nak jalan-jalan tanpa arah tujuan. Tahu nak shopping, lepas tu balik

Tiket masuk tak silap saya RM10. Ke RM12 entah. Nak kata berbaloi tu macam tak berbaloi sangat dengan harga sebab tak banyak haiwan dan kejap sangat masuk. Tapi kira berbaloilah juga bagi anak-anak kenal dan bermesra dengan haiwan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/08/masuk-mini-petting-zoo-di-aeon-nilai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zoo Johor Tarikh Pembukaan Semula Harga Tiket Masuk 2024

Zoo Johor Tarikh Pembukaan Semula Harga Tiket Masuk 2024

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 168 hits
Bagi penduduk negeri Johor dan sekitarnya tahukah anda Zoo Johor bakal dibuka semula tidak lama lagi dengan wajah baru Zoo Johor telah ditutup akibat pandemik covid yang lalu dan kerja kerja menaiktaraf juga telah dilakukan selama 3 tahun B...
Masuk Wad

Masuk Wad

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 181 hits
AssalamualaikumMasuk wad bosan Ye Sakit perlu rehat dan jalini ujian itu ini untuk dapatkan ubat yang sesuai tapi bila baring pun bosan juga Kes bosan ni teringat masa warded nak operation buang tonsil dan sinus sebelum ni LM request bilik ...
Diy Mini Rak Dari Kotak A4

Diy Mini Rak Dari Kotak A4

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 126 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Entri lepas CCL ada cerita CCL terajin pulak nak DIY mini rak lepas kemas office tu kan tapi tak siap sepenuhnya Balik rumah CCL cari lebihan wallpaper yang CCL beli di kedai Eco hari tu ada lebih banyak ...
Selesai Aktiviti Paper Shredder Diy Mini Rak Guna Kotak A4 Pulak

Selesai Aktiviti Paper Shredder Diy Mini Rak Guna Kotak A4 Pulak

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 128 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah alhamdulillah boleh tarik nafas lega sikit setelah sebulan juga yer nak kemas kemas office Kena shredded paper report report lama boleh baca laa kat dan Barang yang dah rosak macam printer t...
Sangkut Beli Kipas Mini Portable

Sangkut Beli Kipas Mini Portable

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 103 hits
Tak tahu lah berapa biji dah beli kipas mini portable ni Kat rumah pun dah ada 2 ketul 1 beli 1 dapat free souvenir dari KKR Tapi yang 2 ketul tu saiz dia walaupun mini bila buh dalam beg agak makan ruang juga benornya K fiezz jarang pun ba...
Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 229 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 9 2024 1 49 PMSusulan dasar persembahan lebih ketat di Terengganu penganjur Pesta Hantu Lapar di Kemaman kini mengeluarkan larangan supaya orang Islam tidak menyertainya Bukan sahaja menutup kawasan persembah...
Ini Antara Individu Terpijak Lubuk Emas No 2 Tu Paling Tak Masuk Akal

Ini Antara Individu Terpijak Lubuk Emas No 2 Tu Paling Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 197 hits
Ramai individu di dunia ini yang amat meminati barangan terpakai kerana tidak mahu membazir dan barangan yang ditawarkan juga masih dalam keadaan elok Namun ramai yang tidak mengetahui ada sesetengah barangan terpakai sangat bernilai tinggi...
Akrab Dan Berangkulan Dengan Airlangga Di Ikn Bahlil Masuk Itu Barang

Akrab Dan Berangkulan Dengan Airlangga Di Ikn Bahlil Masuk Itu Barang

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 130 hits
Momen itu terjadi saat para menteri Kabinet Indonesia Maju sedang sarapan sebelum mengikutinya sidang kabinet paripurna
Cuti Cuti Masuk Dapur

Cuti Cuti Masuk Dapur

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 106 hits
Cuti cuti masuk dapur Isnin jumaat memang nieyl tak masak sebabnya mak nieyl yang akan masak dan weekend pula ada turn nieyl untuk masak mak nieyl akan rest 2 hari Weekend biasanya nieyl akan masak menu yang ikut citarasa nieyl Tak boleh co...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments