Krua Tangke terletak di tepi pantai
Restoran ini menghadap Laut Andaman. Jika tengok peta, kedudukannya tidak begitu jauh dari Pulau Langkawi.
Cantik pemandangan pantai dan lautan di sini. Masa ni air laut semakin surut, dapatlah kami berjalan-jalan dan berfoto di pantai
Pilih dan sauk sendiri hasil laut segar untuk dimasak, kemudian timbang dan pilih jenis masakan. Antara yang diambil - udang kara (lobster) dengan harga 2,200 Baht/kg (nilai tukaran semasa RM286/kg)
Ahli konvoi kami - 12 orang dewasa dan dua orang kanak-kanak/bayi. Selesa makan ramai-ramai di sini, ruang terbuka yang luas dan kedudukan meja yang agak privasi (berjarak jauh dengan meja lain)
Sementara menunggu hidangan dimasak, kami nikmati homemade ice cream dalam bekas cawan kecil. Saya kongsi makan dengan Encik Suami. Dalam setiap bekas tersedia peket kecil perasa untuk ais krim. Encik Suami main tuang semua, suapan pertama saja dah membuat saya terkejut. Ais krim rasa masam pedas! Rasa masam tu memang sedaplah, tapi rasa pedas tu memang terkejut jugaklah. Orang lain dah tau, tuang sikit-sikit. Kami tak tau, main tuang je 🤣
Tak lama menunggu, satu demi satu hidangan tiba
Macam-macam ada - ikan kerapu, ikan siakap, udang lipan, udang kara, ketam, sotong dan beberapa jenis lauk sayuran. Semuanya nampak menarik dihidang dengan hiasan dedaun dan bunga telang. Masing-masing berselera makan dan menambah, saya cuma mampu makan sedikit saja. Bukan tak kena selera, tapi saya rasa kenyang pulak lepas tengok makanan terlampau banyak atas meja 😄
Antara produk jualan sampingan di sini - air nira dan belacan. Air jernih dalam botol tu ditulis sebagai coconut flower, rupa-rupanya air nira. Biasa kita tengok air nira tidaklah jernih begini kan? Belacan tu pulak ada dua jenis, satu berwarna gelap dan satu lagi agak cerah. Tak pasti apa bezanya, kami tak tanya lanjut sebab tak membeli. Saya tertarik dengan cara pembungkusan belacan begini - kemas dan menarik untuk dijadikan oleh-oleh
Kami singgah menunaikan solat jamak Zohor dan Asar di Masjid Nurul Ihsan. Nak baca tulisan Thai tak pandai, syukurlah pandai baca tulisan Jawi bolehlah tahu nama masjid ni
Kami singgah mengopi di sini. Minuman saya white chocolate macchiato, harganya 60 Baht. Masa ni hujan turun membasahi bumi Satun, memang sesuailah menghirup minuman panas sambil berborak
Saya menambah koleksi bedak kecil jenama POND’S. Sebelum ini dah beli satu jenis semasa ke Bangkok, kali ni tambah lagi dua jenis. Senang nak letak satu di rumah, satu dalam beg tangan dan satu lagi dalam beg telekung travel. Saya lebih selesa pakai translucent powder berbanding compact powder|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |