Zinnirah Yang Buta Matanya Tapi Celik Hatinya


 



 

Kisah Zinnirah – Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik | 
Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.


“Matamu jadi taruhan  Gantian lara nilaian iman  Ayuh bersama kita susuri  Perjalanan derita ini Terlindung sudah indahnya maya  Mata hatimu tetap menyala”
Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T
Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.
Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.
Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.
Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.


Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.
“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.” Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.
Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.
Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.
Dengan taufiq dan  hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mustaqimmah.blogspot.com/2021/09/zinnirah-yang-buta-matanya-tapi-celik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengenal Bapak2id Akun Yang Tak Hanya Jenaka Tapi Banyak Manfaatnya

Mengenal Bapak2id Akun Yang Tak Hanya Jenaka Tapi Banyak Manfaatnya

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 219 hits
Masa belum tahu dengan akun yang satu ini Selain mengundang tawa ternyata juga penuh life hacks
Cuba Panggil Jururawat Doktor Tapi Hampa Dia Orang Tak Layan

Cuba Panggil Jururawat Doktor Tapi Hampa Dia Orang Tak Layan

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 166 hits
Sabar Puan Jabatan Kesihatan Johor sahkan wanita bersalin sendirian di HSI Sehari selepas seorang lelaki warga emas yang dijangkiti wabak Covid 19 dilaporkan dilihat merangkak di atas lantai dan cuba memaut pada katil untuk berdiri sebelum ...
Mb Selangor Setuju Tangguh Nyahwarta Hutan Simpan Tapi Memadaikah Tangguh Saja

Mb Selangor Setuju Tangguh Nyahwarta Hutan Simpan Tapi Memadaikah Tangguh Saja

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 199 hits
Biro Politik KEADILAN malam ini telah menerima pandangan dan penjelasan dari YAB Dato Seri Amiruddin Shari Menteri Besar Selangor dan YB Hee Loy Sian Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Alam Sekitar Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang ...
Pengalaman Seram Satu Keluarga Nampak Kelibat Polis Buat Roadblock Tapi Bila Sampai

Pengalaman Seram Satu Keluarga Nampak Kelibat Polis Buat Roadblock Tapi Bila Sampai

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 392 hits
Siapa ada pengalaman seram diganggu makhluk ghaib ketika sedang memandu kenderaan di jalan raya Situasinya pasti bertambah cemas apabila ia berlaku pada waktu malam yang sunyi Gambar sekadar hiasan
Dah 3 Kali Mokhtar Bangkitkan Isu Bantuan Sekolah Pondok Tapi

Dah 3 Kali Mokhtar Bangkitkan Isu Bantuan Sekolah Pondok Tapi

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 113 hits
MALAYSIAKINI Seorang ulama kanan PAS hari ini menceritakan bagaimana dia masih tertunggu tunggu bantuan kerajaan untuk pondok pondok di seluruh negara yang didakwanya masih belum diterima Menceritakan secara ringkas hal itu Mokhtar Senik be...
Pusingan U Ros Suatu Kemenangan Buat Zahid Hamidi Tapi Menjadikan Ismail Sabri Pm Lame Duck

Pusingan U Ros Suatu Kemenangan Buat Zahid Hamidi Tapi Menjadikan Ismail Sabri Pm Lame Duck

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 177 hits
Orang yang paling gembira dengan keputusan pusingan U Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS membenarkan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan tentunya ialah Ahmad Zahid Hamidi Kegembiran itu barangkali menyamai gembiranya kerana pulih ...
Thanks Sayang Mungkin Cuma 2 Perkataan Tapi Cukup Buat Isteri Bahagia Dihargai Suami

Thanks Sayang Mungkin Cuma 2 Perkataan Tapi Cukup Buat Isteri Bahagia Dihargai Suami

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 203 hits
Terima kasih Sayang Abang tak tahulah macam mana kalau Sayang tak ada dengan Abang Mudah aje kan Tapi kalau isteri dengar ayat ni keluar dari mulut suami hati berbunga bunga sepanjang hari Betapa besarnya impak ucapan terima kasih dari suam...
Dah Puasa Malam Sebelum Minum Air Gula Tapi Lekat Kencing Manis Ini Sebabnya

Dah Puasa Malam Sebelum Minum Air Gula Tapi Lekat Kencing Manis Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 252 hits
Air gula tu manis sangatlah doktor Sebab air itulah saya terkena kencing manis kata seorang wanita hamil setelah didapati bacaan gula di dalam darahnya tinggi selepas minum air gula di klinik Bacaan gula pada waktu pagi itu salah doktor Man...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Bertanya Soalan Yang Betul Sangat Membantu Untuk Anda Berjaya Dalam Perniagaan

Serangan Seksuel Tentera Israel Komen Pas

Ambil Ubat Di Hospital Lagi Mudah Dengan Aplikasi Myubat

Memahami Perbedaan Antara Jam Kerja Bobot Kerja Dan Beban Kerja

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Asthma