Cuba Panggil Jururawat Doktor Tapi Hampa Dia Orang Tak Layan


Sabar Puan... 😢😢 Jabatan Kesihatan Johor sahkan wanita bersalin sendirian di HSI Sehari selepas seorang lelaki warga emas yang dijangkiti wabak Covid-19 dilaporkan dilihat merangkak di atas lantai dan cuba memaut pada katil untuk berdiri sebelum rebah dan meninggal dunia, satu lagi kisah hampir serupa telah beredar di media sosial.

Cuma, kali ini ia tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Seorang wanita membuat hantaran di Facebook mendakwa bahawa dia terpaksa melahirkan anak seorang diri di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil yang positif Covid-19, setelah banyak panggilannya untuk meminta bantuan tidak dilayan.


Berdasarkan foto yang dikongsi bersama catatannya itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 23 Julai di Hospital Sultan Ismail di Johor.

Wanita itu mencatatkan di Facebook pada 31 Julai, tetapi hanya menjadi tular sejak semalam.

Menurut wanita yang dikenali di Facebook sebagai Noor Aziah, dia diuji positif Covid-19 ketika menunggu untuk melahirkan bayinya bilik bersalin di hospital sekitar jam 4.40 petang.

Berdasarkan keputusan ujiannya itu, wanita itu berkata bahawa dia tidak dibenarkan bersalin secara lazimnya dan dibawa ke bilik khas untuk pesakit koronavirus, serta ditinggalkan keseoranga.

"Lebih kurang 6 petang perut mula rasa sakit sikit. Cuba mengiringkan badan. Masa ini ada darah keluar boleh tahan banyak.

"Mula ingatkan terkencing sebab rasa nak berak. Rupanya darah yang keluar. Pada 6.03 petang rasa memulas sangat perut. Cuba panggil jururawat dan doktor sekali lagi. Tapi, hampa dia orang tak layan," katanya dalam Facebook.


Sehingga jam 1 tengah hari, hantaran wanita tersebut telah dikongsi lebih 5,900 kali dan menerima sekitar 530 komen.

Menurut Noor Aziah, dia ketika itu menyerahkan takdirnya kepada Allah dan berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk keselamatan bayinya.

"Angkat kaki tak sempat angkat banyak. Baru angkat sikit bayi dah keluar. Alhamdulillah, selamat melahirkan anak tanpa bantuan doktor dan jururawat.

"Hampir terjatuh bayi dari katil sebab katil jenis tilam terasing. Syukur saya tahan bayi guna kedua-dua belah kaki saya sendiri dan bayi berpaut pada kaki saya.

"Hampir 10 minit menjerit menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada saya panggil jururawat dan doktor. Tapi, hampa saya dengar jelas suara-suara mereka sedang ketawa di luar," katanya.

Noor Aziah berkata ketika itu di bertawakal 100 peratus dan menyerah kepada Allah.

“(Ssambil) usap perut cakap ‘ya Allah andai diri saya tak dapat diselamatkan, tolong selamatkan baby (bayi) saya.


“Lepas tu saya mengucap dua kalimah syahadah, baca ayat kursi, dengan lailahainnalaantasubahannakainnikumtum minal zolimin sebanyak tiga kali,” katanya.

Akhirnya, seorang jururawat datang untuk memeriksanya setelah dia menjerit untuk memberitahu mereka bahawa dia telah berjaya melahirkan anak.

"Syukur hanya Allah saya yang tahu. Pengalaman ini tak mungkin saya lupakan," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Menteri Kesihatan dan Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan ulasan mereka.

Semalam, anak perempuan K Ehambaram, 74 yang rebah dan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah mendakwa kematian bapanya adalah akibat terjatuh daripada katil hospital dan bukan kerana Covid-19.

Lelaki itu dikatakan terbaring di lantai tanpa sesiapa pun datang menjenguknya sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira 40 minit kemudian.

Keluarga Ehambaram membuat laporan polis dan meminta pihak berkuatkuasa untuk menyiasat, kerana mereka mendakwa kematiannya mungkin disebabkan oleh kejadian itu dan bukan disebabkan oleh koronavirus, seperti dinyatakan oleh pihak hospital. - Malaysiakini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/cuba-panggil-jururawat-doktor-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Keluar Sapina Panggil Doktor Perjelas Keadaan Ahmad Zahid

Mahkamah Keluar Sapina Panggil Doktor Perjelas Keadaan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 239 hits
Umavathi RamayahOgos 24 2021 13 28 MYTProsiding ditangguhkan memberi ruang kepada pasukan pembelaan untuk berbincang dengan doktor berkenaan sama ada dapat hadir ke mahkamah hari ini Gambar failKUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini mengeluar...
Maaf Puan Dah Bertahun Mencuba Tapi Keguguran Doktor Kongsi Moment Sedih Pesakit

Maaf Puan Dah Bertahun Mencuba Tapi Keguguran Doktor Kongsi Moment Sedih Pesakit

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 326 hits
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan zuriat sendiri Ada yang bertahun tahun mencuba malah berhabis ribuan ringgit hanya kerana seorang cahaya mata namun rezeki masih belum berpihak kepada mereka Namun disebalik ...
Lelaki Positif Covid 19 Tumbuk Jururawat Sebelum Cuba Lari Hospital

Lelaki Positif Covid 19 Tumbuk Jururawat Sebelum Cuba Lari Hospital

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 450 hits
Oleh MASZUREEN HADZMAN PETALING JAYA Tindakan seorang pesakit Covid 19 cuba melarikan diri dari Hospital Sungai Buloh semalam mengundang padah apabila mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat lima Dalam kejadian kira kira pukul 3 ...
Video Cuba Senyum Tapi Rindu Arwah Mama Terlalu Kecil Untuk Faham Arwah Mama Pergi Akibat Covid 19

Video Cuba Senyum Tapi Rindu Arwah Mama Terlalu Kecil Untuk Faham Arwah Mama Pergi Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 375 hits
Sayu itulah perasaan yang boleh digambarkan saat menonton video adik Sumayyah 1 tahun 3 bulan yang cuba mengukir senyuman setelah pemergian ibu tersayang akibat Covid 19 https www facebook com nurafyfa yacob videos 4257749574306985 Klik lin...
Saya Cuba Kenal Wanita Lain Tapi Tak Boleh Pergi Jauh

Saya Cuba Kenal Wanita Lain Tapi Tak Boleh Pergi Jauh

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 282 hits
Bakal menamatkan zaman bujang esok pelakon Remy Ishak berkata hanya bekas tunangnya itu Ezza Yusof yang mengenali siapa dirinya Sudah lapan tahun mengenal hati budi Remy berkata wanita bertuah itu tidak hanya mengenalinya sebagai selebriti ...
Saya Bukan Lelaki Tapi Wanita Tulen Video

Saya Bukan Lelaki Tapi Wanita Tulen Video

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 207 hits
Saya Bukan Lelaki Tapi Wanita Tulen VIDEO Pasir Mas Saya bukan lelaki tetapi wanita tulen kata Che Halimah Che Mood 62 warga emas yang dikatakan pelik kerana wajahnya mempunyai misai dan janggut Che Halimah yang diserang angin ahmar sejak l...
Gerindra Soal Spanduk Anies Capres 2024 Punya Potensi Tapi Tak Semudah Itu

Gerindra Soal Spanduk Anies Capres 2024 Punya Potensi Tapi Tak Semudah Itu

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 357 hits
Dia mengungkapkan kinerja Anies selama masa pandemi Covid 19 ini memang bagus Bahkan Syarif menyebutkan Anies memiliki potensi untuk menjadi calon presiden di 2024 mendatang
Nampak Macam Gangster Tapi Hati Baik Azlee Senario Ulas Mengenai Lan Pet Pet Video

Nampak Macam Gangster Tapi Hati Baik Azlee Senario Ulas Mengenai Lan Pet Pet Video

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 277 hits
Nampak Macam Gangster Tapi Hati Baik Azlee Senario Ulas Mengenai Lan Pet Pet VIDEO PELAKON dan pelawak Azlee Senario berharap pengguna media sosial tidak terpengaruh dengan berita tidak sahih yang berlegar legar di alam maya Ujar Azlee atau...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak

Jemputan Kahwin

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media