Dah 3 Kali Mokhtar Bangkitkan Isu Bantuan Sekolah Pondok Tapi


MALAYSIAKINI


Seorang ulama kanan PAS hari ini menceritakan bagaimana dia masih tertunggu-tunggu bantuan kerajaan untuk pondok-pondok di seluruh negara yang didakwanya masih belum diterima.
Menceritakan secara ringkas hal itu Mokhtar Senik berkata sudah tiga kali dia membangkitkan isu berkenaan dan setiap kali itu juga ada pihak - yang tidak dinamakannya - menunjukkan bahawa bantuan tersebut sudah diedarkan.
Menurut anggota Jawatankuasa Ulama PAS Pusat itu, kali pertama dia membangkitkan isu berkenaan seorang rakan di Facebook menghantarkan berita mengenai kelulusan peruntukan tersebut.
Ia kemudian dimaklumkan agar menunggu masa untuk bantuan berkenaan diagihkan "ke bawah" saja.
"Kali kedua saya sebut lagi, mana bajet yang dah lulus tu?
"Seorang rakan Facebook print screen (tangkap layar) kat saya berita penyerahan bantuan dibuat di beberapa buah pondok dan pusat pengajian di Kelantan.
"Alhamdulillah, kami tunggu sebab banyak pondok yang mendapat bantuan tahunan sudah kekeringan untuk operasi," katanya dalam hantaran di media sosial pagi ini.
Banyak bil tertunggak
Bagaimanapun kata Mokhtar apabila dia bertanya "ke sekeliling negara" didapati "90 peratus" pondok terbabit masih belum menerima sebarang bantuan kecuali melibatkan sumbangan berkaitan Covid-19.
Mokhtar yang juga pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok Semalaysia (PMPS) berpendapat bantuan tersebut adalah dari peruntukan yang lain.
Terbaru Mokhtar memberitahu dia membangkitkan isu berkenaan untuk kali ketiga dan dibalas oleh seseorang dengan tangkap layar membabitkan berita mengenainya.
Kata pengasas Pusat Pendidikan an-Nuur itu lagi, laporan berkenaan memetik menteri agama yang menyebut mengenai puluhan juta ringgit dana yang akan disalurkan kepada pondok-pondok menjelang akhir Ogos.
Naib Presiden PAS Idris AhmadUntuk rekod menteri yang bertanggunggjawab dalam hal ehwal Islam sebelum ini disandang oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad,  manakala timbalannya Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary.
Selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berundur kerana kehilangan sokongan majoriti, perdana menteri baru, Ismail Sabri Yaakob, melantik Naib Presiden PAS Idris Ahmad mengisi tempat Zulkifli.
Kedua-dua mereka merupakan anggota Dewan Negara.
Mokhtar merupakan salah seorang ulama PAS yang selalu menonjol dan gigih dengan kegiatan pendidikan pondok.
Pada 23 Ogos lalu dia memuat naik gambar bil-bil elektrik Pondok an-Nuur dan notis Tenaga Nasional Bhd untuk memotong bekalannya kerana menanggung tunggakan.
Daripada paparan gambar itu didapati bil yang tertunggak itu melibatkan jumlah RM200 sehingga lebih RM8,000.
Mokhtar kemudian meminta agar jika ada sesiapa yang mahu membantu membayarkan bil tersebut agar menyalurkan sumbangan masing-masing ke akaun Pondok an-Nuur.

Kata Mokhtar hari ini, mewakili pondok di seluruh negara dia menyatakan mereka masih menunggu-nunggu bantuan yang pernah dijanjikan kerajaan.
"Harap-harap perjuangan baik menteri agama terdahulu akan diteruskan oleh menteri agama yang baru YB Senator Ustaz Idris Ahmad," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/dah-3-kali-mokhtar-bangkitkan-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kapolda Banten Beri Bantuan Bapak Keliling Rumah Warga Minta Seragam Sekolah Bekas

Kapolda Banten Beri Bantuan Bapak Keliling Rumah Warga Minta Seragam Sekolah Bekas

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 301 hits
Kapolda Banten Irjen Rudy Heriyanto Adi Nugroho memanggil seorang pria bernama Tanto ke Mapolda Banten Pria asal Bayah Barat Kecamatan Bayah Lebak itu dipanggil pada Jumat
Bila Lebai Jadi Mrnteri Agama Berlonggok Sekolah Agama Dan Pondok Bakal Gulung Tikar

Bila Lebai Jadi Mrnteri Agama Berlonggok Sekolah Agama Dan Pondok Bakal Gulung Tikar

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran Malaysia mendapati sebanyak 64 7 peratus maahad tahfiz di Malaysia perlu menutup operasi atas arahan kerajaan Presiden Permata Al Quran Manolito Mohd Dahlan berkata ia berdasarkan kajian pihak...
Berhijab Hanya Untuk Hantar Anak Ke Sekolah Agama Pada Bulan Ramadhan Ziana Zain

Berhijab Hanya Untuk Hantar Anak Ke Sekolah Agama Pada Bulan Ramadhan Ziana Zain

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 224 hits
X BERHIJAB HANYA UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH AGAMA PADA BULAN RAMADHAN ZIANA ZAINBERHIJAB HANYA UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH AGAMA PADA BULAN RAMADHAN ZIANA ZAIN KUALA LUMPUR 8 JULAI 2014 Sejak tersiarnya gambar Ziana Zain berhijab seperti...
Nutp Saran Buka Ppv Khas Untuk Murid Sekolah

Nutp Saran Buka Ppv Khas Untuk Murid Sekolah

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 298 hits
NUTP Saran Buka PPV Khas untuk Murid Sekolah Seperti ramai sedia maklum bahawa bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa tarikh pembukaan sesi persekolahan akan dibuka pada 3 Oktober untuk negeri negeri yang b...
Nota Matematik Sekolah Rendah Kenali Nilai Dan Pertukaran Wang

Nota Matematik Sekolah Rendah Kenali Nilai Dan Pertukaran Wang

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 522 hits
Nota Matematik Sekolah Rendah Kenali Nilai dan Pertukaran Wang Bahan ini sesuai untuk diberikan kepada murid tahap 1 dan prasekolah bagi mengajarkan mereka mengenai nilai wang di dalam negara Mengenali nilai wang merupakan salah satu bahagi...
Guru Tak Lengkap Vaksin Jangan Ke Sekolah

Guru Tak Lengkap Vaksin Jangan Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 217 hits
Guru guru perlu mendapatkan suntikan vaksin sebelum sesi persekolahan dibuka Oktober depan Gambar Hiasan KUALA LUMPUR Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional mencadangkan agar guru yang tidak lengkap suntikan vaksin dilara...
Nota Poket Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

Nota Poket Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 340 hits
Nota Poket Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Nota poket merupakan nota ringkas dan mudah untuk di bawa ke mana mana Ia membolehkan murid dapat mengulangkaji dan menyemak nota tatabahasa dengan mudah Apabila seseorang individu mempelajari Bah...
Gubernur Sulsel Minta Vaksinasi Pelajar Dikebut Untuk Sekolah Tatap Muka

Gubernur Sulsel Minta Vaksinasi Pelajar Dikebut Untuk Sekolah Tatap Muka

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 205 hits
Disdik Sulsel menargetkan seribu pelajar tingkat sekolah menengah atas dan kejuruan mendapatkan vaksin dalam sehari
5 Trik Cerdas Cegah Anak Merasa Bosan Selama Sekolah Daring Semangat Moms

5 Trik Cerdas Cegah Anak Merasa Bosan Selama Sekolah Daring Semangat Moms

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 226 hits
Sekolah daring memang dirasa memberatkan bagi anak anak maupun orang tuanya namun ada usaha usaha ini yang bisa dilakukan
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025