Pusingan U Ros Suatu Kemenangan Buat Zahid Hamidi Tapi Menjadikan Ismail Sabri Pm Lame Duck




 Orang yang paling gembira dengan keputusan pusingan U Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS membenarkan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan tentunya ialah Ahmad Zahid Hamidi.
Kegembiran itu barangkali menyamai gembiranya kerana pulih dalam tempoh yang singkat daripada pembedahan baru-baru ini dan seterusnya dapat mempengerusikan mesyuarat MT UMNO sebaik saja keluar daripada hospital.
Dengan keputusan terbaru RoS yang disampaikan semalam melalui sepucuk surat kepada Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, pemilihan UMNO peringkat cawangan, bahagian dan MT diberi tempoh untuk diadakan sehingga 29 Disember 2022.
Bermakna, sehingga tarikh tersebut, Zahid Hamidi akan terus memimpin dan menerajui UMNO, meskipun tempoh tiga tahun beliau memegang jawatan Presiden UMNO sepatutnya berakhir 30 Jun lalu.
Sekaligus bererti, sementara Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri sekarang ini, tetapi oleh kerana beliau hanya Naib Presiden UMNO, dari segi parti, Zahid Hamidilah yang paling berkuasa sekali.
Sekiranya sebelum pemilihan UMNO 2022 nanti akan diadakan PRU15, maka semua watikah calon untuk bertanding tetap memerlukan tandatangan beliau selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN.
Bukan saja Ismail Sabri, malah Annuar Musa, Shahidan Kassm atau sesiapa pun juga, sama ada mereka dapat bertanding lagi atau tidak dalam PRU15 akan datang, semuanya terletak kepada budi bicara Zahid Hamidi sebagai penentu akhirnya.
Jika beliau tidak sedia menurunkan tandatangannya kepada sesiapa yang tidak disukainya, bakal meloponglah mereka.
Dengan ini, meskipun baru menjalani pembedahan, Insha Allah Zahid Hamidi akan terus bertambah sihat lagi selepas ini.
Tetapi, dalam waktu yang sama, keputusan RoS itu adalah berita sedih dan malang buat Ismail Sabri yang kini baru seminggu memegang jawatan Perdana Menteri.
Keputusan RoS itu dengan sendirinya menjadikan beliau kekal sebagai Naib Presiden UMNO sehingga Disember 2022 dan merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang tidak menjadi Presiden parti atau mengetuai gabungan parti-parti politik tertentu.
Perdana Menteri sebelum ini sejak Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj hingga kepada Mahiaddin Md Yasin, semua mereka adalah termasuk dalam kriteria tersebut dengan menjadi Presiden parti dan mengetuai gabungan parti-parti yang menyokong mereka.
Dengan keadaan itu, Ismail Sabri akan menjadi Perdana Menteri yang “lame duck” atau itik tempang kerana tidak mempunyai keseimbangan antara kuasa dalam memimpin negara dan menguasai pengaruh politik.
Dalam banyak perkara beliau akan terhalang daripada mampu melakukan sesuatu berikutan dokongan politik yang kukuh tiada bersamanya.
Sudah tentu kemantapan kuasa seseorang Perdana Menteri itu dalam menjalankan tugasnya akan jadi berbeza jika memiliki pengaruh politik yang kukuh berbanding hanya berpaut pada dahan yang rapuh.
UMNO yang dipimpin oleh Zahid Hamidi selain akan sentiasa memantau dan memerhatinya, malah Ismail Sabri terpaksa lebih berhati-hati serta perlu merujuk kepada parti dalam pelbagai tindakan atau dasar yang ingin dilakukannya.
Sebagaimana itik tempang berjalan tidak seimbang, begitulah kedudukan Ismail Sabri dalam hari-hari seterusnya berikutan pusingan U RoS itu.
Jika tiada pusingan U oleh RoS, pemilihan UMNO hampir pasti perlu diadakan hujung tahun ini dan ia adalah peluang terbaik untuk Ismail Sabri “melanggar” Zahid Hamidi.
Sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri juga tentunya berhajat untuk menyusun orang-orangnya sebagai calon PRU15, tetapi oleh kerana dirinya bukan Presiden UMNO dan Pengerusi BN, maka beliau terpaksa berunding atau mungkin merayu kepada Zahid Hamidi untuk tujuan itu.
Itu pun jika Zahid Hamidi sedia berunding dan mudah dipujuk, kalau tidak Ismail Sabri pun terlopong-lopong sama akhirnya nanti.
Lebih memburukkan lagi keadaan jika sebelum PRU15 akan datang nanti, Zahid Hamidi sudah dibebaskan daripada semua pertuduhan mahkamah yang dihadapinya dan beliau telah bersih sepenuhnya.
Adakah ketika itu Zahid Hamidi setuju menamakan lagi Ismail Sabri untuk terus jadi Perdana Menteri?
Tidak mustahilkah Zahid Hamidi sendiri akan meletakkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri? 


– ShahbudinHusin 31/08/2021.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/pusingan-u-ros-suatu-kemenangan-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Jangan Layan Selera Zahid Hamidi Najib

Ismail Sabri Jangan Layan Selera Zahid Hamidi Najib

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 284 hits
KHABARnya ada yang terlalu GEMBIRA dengan KEJATUHAN Muhyiddin Yassin dan Umno berjaya MERAMPAS jawatan Perdana Menteri tanpa perlu menunggu PRU 15 Pelbagai agenda peribadi dapat disusun termasuk mereke mereka yang telah didakwa di Mahkamah ...
Kes Mahkamah Zahid Hamidi Najib Cabaran Utama Menanti Ismail Sabri

Kes Mahkamah Zahid Hamidi Najib Cabaran Utama Menanti Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 258 hits
Sebaik mula memasuki pejabat Perdana Menteri hari ini beberapa cabaran telah pun siap terhidang untuk membuatkan Ismail Sabri Yaakob mula pening kepala memikirkannya Selain menguruskan pandemik Covid19 yang diharapkan rakyat pendekatannya b...
Ismail Sabri Jangan Telan Bulat Bulat Pandangan Mt Zahid Untuk Tadbir Negara

Ismail Sabri Jangan Telan Bulat Bulat Pandangan Mt Zahid Untuk Tadbir Negara

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 194 hits
agendadaily com29 8 2021Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO Akar umbi parti komponen Barisan Nasional di peringkat negeri dan cawangan mengingatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kuasa pentadbi...
Mampukah Kabinet Ismail Sabri Bertahan Diserang Kem Zahid Dan Anwar

Mampukah Kabinet Ismail Sabri Bertahan Diserang Kem Zahid Dan Anwar

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 470 hits
agendadaily com28 8 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pelbagai reaksi awal diberikan sejurus pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail...
Aksi Awal Ismail Sabri Yang Tempang Tapi Segalanya Belum Terlewat

Aksi Awal Ismail Sabri Yang Tempang Tapi Segalanya Belum Terlewat

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 166 hits
ZAKARIA MUSAHarapan dan impian untuk melihat pembentukan Kabinet yang mampu menyejukkan suasana politik negara jelas tidak kesampaian Titah Yang di Pertuan Agong agar yang menang tidak menang semua manakala yang kalah tidak ialah kalah semu...
Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 402 hits
agendaily com27 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengulas mengenai barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini Mungkin...
Zahid V Ismail Sabri Bout On The Cards Come Umno Polls Next Year

Zahid V Ismail Sabri Bout On The Cards Come Umno Polls Next Year

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 351 hits
Current president has much stronger grassroots backing but to underestimate new PM s sway in party a grave mistake Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi s sigh of relief must have reverberated across the Umno headquarters here when the Registrar of...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah