Peguam Amanah Mohon Maaf Kepada Ahli Akademik Uum


MALAYSIA NOW
Kamarul menyifatkan keputusan kes samannya sebagai kemenangan moral dalam menghadapi kes-kes saman fitnah lain yang beliau kemukakan.

Naib Ketua Pemuda Amanah Perak Mohd Fitri Asmuni. Gambar: Facebook Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff berjaya membersihkan namanya yang tercemar ekoran fitnah Naib Ketua Pemuda Amanah Perak Mohd Fitri Asmuni.
Dalam penghakiman persetujuan yang dicapai di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan, Fitri bersetuju membuat kenyataan permohonan maaf terhadap plaintif.
Kamarul yang diwakili peguam Mohd Harris Mohan Abdullah mengemukakan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 atas fitnah dari dua artikel ditulis dan disiarkan oleh Fitri di Facebook.
Dua artikel yang dipertikaikan tersebut bertajuk “Dr Kamarul Yusoff, cybertrooper bertaraf doktor” dan “Dr Kamarul Zaman Yusoff kaki putar belit, Astora Jabat masa kini” masing-masing bertarikh 23 dan 25 Mei 2017 yang memfitnah Kamarul.
Di dalam kenyataan permohonan maafnya hari ini, Mohd Fitri yang diwakili Peguam, Noorazmir Zakaria, mengakui telah membuat kenyataan-kenyataan termasuk mendakwa Kamarul tidak mengikut etika penulisan ilmiah dalam membahaskan subjek yang diketengahkan selain mendakwa beliau hanya penulis Facebook yang menyamar sebagai pengkritik dan merupakan “cybertrooper” bertaraf doktor.
“Saya dengan rendah diri dan suci hati tanpa sebarang paksaan dan tanpa pengakuan terhadap liabiliti memohon maaf kepada Kamarul di atas penerbitan kedua-dua buah artikel tersebut yang telah mengguris hati beliau.
“Saya juga menarik balik kenyataan-kenyataan tersebut serta berjanji tidak akan menerbitkannya kembali atau menerbitkan apa-apa kenyataan yang seumpama dengannya di masa hadapan.
“Kenyataan ini dibuat atas semangat persahabatan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain dan tidak ingin memanjangkan lagi kes ini di Mahkamah,” ujarnya di dalam kenyataan permohonan maaf di Facebook.
Ketika dihubungi, Kamarul mengesahkan perkara ini dan menyifatkannya sebagai satu kemenangan moral yang akan menjadikan beliau lebih bersemangat di dalam menghadapi kes-kes saman fitnah lain yang beliau kemukakan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada peguam saya yang mengusahakan cadangan penyelesaian ini dan kepada Mohd Fitri yang bersetuju untuk membuat kenyataan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan-kenyataan tersebut.
“Saya dinasihatkan untuk tidak menyebut apa-apa peranan hakim di dalam penyelesaian ini.
“Kes saman terhadap Fitri ini sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada kes-kes saman saya terhadap sekumpulan pemimpin DAP dan Amanah serta dua buah portal media, iaitu Malaysiakini dan Malaysia Dateline.
“Tumpuan sebenar saya adalah kepada kes-kes saman fitnah saya terhadap lapn ahli Parlimen DAP, iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Chong Chieng Jen, Lim Lip Eng, Wong Kah Woh, Hannah Yeoh dan Steven Sim.
“Kenyataan-kenyataan mereka, serta dua ahli Parlimen Amanah yang turut saya saman, iaitu Khalid Abdul Samad dan Mohamed Hanipa Maidin, lebih besar impaknya kerana mereka merupakan nama-nama besar dalam politik Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu, Kamarul juga berkata, kes ini sewajarnya menjadi pengajaran kepada ahli-ahli politik, khususnya mereka yang dari golongan pemuda, supaya tidak bersuara mengikut rasa dan lebih berhemah di dalam berhujah.
“Golongan pemuda ini biasanya berdarah panas, tetapi masa sama mereka perlu memastikan hujah mereka rasional dan dipandu oleh fakta, dan tidak menggelar orang lain sesuka hati, bila sedar buat silap terus akui kesilapan dan mohon maaf,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/peguam-amanah-mohon-maaf-kepada-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Tidak Pernah Janji Projek Mega Myeg Kepada Ahli Perniagaan Kata Peguam

Zahid Tidak Pernah Janji Projek Mega Myeg Kepada Ahli Perniagaan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 204 hits
BERNAMA Peguam Zahid berhujah Junaith Asharab Md Shariff telah memberi keterangan secara bersumpah bahawa 23 cek berjumlah RM13 juta itu tidak diberikan sebagai rasuah atau dorongan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala ...
Restoran Michelin Di Kampung Jtbc Kongsi Ahli Program Countryside Western Cuisine

Restoran Michelin Di Kampung Jtbc Kongsi Ahli Program Countryside Western Cuisine

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 328 hits
JTBC nampaknya semakin hebat dalam mengeluarkan kandungan program hiburan kini Bahkan bukan biasa biasa line up panel untuk rancangan terbarunya Countryside Western Cuisine akan membawa penonton melihat restoran khas dibuka di bandar kecil ...
Ahli Parlimen Pembangkang Dikompaun Untuk Elak Dwi Standard Kata Menteri

Ahli Parlimen Pembangkang Dikompaun Untuk Elak Dwi Standard Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 174 hits
MALAYSIA NOW Hamzah berkata ketika perarakan pembangkang 2 Ogos lalu SOP kesihatan menyatakan tiada sebarang perhimpunan boleh diadakan di mana mana tempat Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin Gambar Bernama Menteri Dalam Negeri Hamzah Zain...
Ini Jadinya Kalau Pilih Ahli Parlimen Yang Tak Berapa Cerdik

Ini Jadinya Kalau Pilih Ahli Parlimen Yang Tak Berapa Cerdik

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 133 hits
MP Pas Kuala Krai tanya menteri jalan bawah bidang kuasa kerajaan negeriFAZLI RADZITanggungjawab penyenggaraan jalan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi Ahli Parlimen bertanyakan kepada menteri Itu yang terjadi pada Abdul Latiff Ab...
Sprm Perlu Lebih Telus Dalam Kes Libat Ahli Politik Kata C4

Sprm Perlu Lebih Telus Dalam Kes Libat Ahli Politik Kata C4

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 234 hits
Parlimen dimaklumkan bahawa siasatan SPRM terhadap Rina Harun mendapati tiada elemen rasuah dalam penyelesaian hutangnya yang bernilai jutaan ringgit PETALING JAYA Sebuah NGO antirasuah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya...
Ahli Politik Takut Ipcmc Beri Alasan Menyedihkan Kata Bekas Kp Sprm

Ahli Politik Takut Ipcmc Beri Alasan Menyedihkan Kata Bekas Kp Sprm

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 162 hits
MOHD FADLIAbu Kassim Mohamed berkata komitmen tinggi daripada pemimpin tertinggi negara iaitu perdana menteri sehingga rakyat diperlukan untuk mengubah negara menjadi benar benar bebas rasuah PETALING JAYA Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah ...
Ahli Parlimen Jelutong Diarah Keluar Dewan Sebut Perkataan Memalukan

Ahli Parlimen Jelutong Diarah Keluar Dewan Sebut Perkataan Memalukan

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 144 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon mengarahkan RSN Rayer keluar Dewan Rakyat dan menggantung wakil rakyat DAP itu selama dua hari daripada menghadiri sidang Rashid membuat keputusan itu selepas Rayer enggan ...
28 Individu Termasuk Ahli Parlimen Senator Dijangkiti Covid 19

28 Individu Termasuk Ahli Parlimen Senator Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 159 hits
MALAYSIA DATELINESeramai 28 individu termasuk dua Ahli Parlimen dan seorang Senator disahkan positif Covid 19 sebelum persidangan Parlimen Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan malam tadi berkata dua Ahli ...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

There Is An Awakening

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

App Inarah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Ngedate

Al Qur An Sebagai Obat Dan Faktor Yang Mempengaruhi Berhasilnya Ruqyah

Untukmu Shayang

Pesanan Buat Sang Suami

Lfl Should Defend The Victims Too

1 500 Berarak Ke Dataran Merdeka Tuntut Hak Pekerja