Momokan No Anwar No Dap Tak Lagi Relevan Kata Ahli Mkt Umno


 
FMT Reporters -September 12, 2021 Puad Zarkashi berkata, dengan termeterainya CSA berkenaan yang dijangka dibulatkan dalam tempoh terdekat, permintaan PH sudah tentu akan dipenuhi dan diterima tanpa syarat.PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata persetujuan Pakatan Harapan (PH) untuk menandatangani perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, bermakna slogan “No Anwar No DAP” sudah tidak lagi relevan.
Puad Zarkashi berkata, dengan termeterainya CSA berkenaan yang dijangka dibulatkan dalam tempoh terdekat, permintaan PH sudah tentu akan dipenuhi dan diterima tanpa syarat.
“Pada yang terkedu sudah tentu cuba menegak benang basah. Mereka akan kata, tidak sama kerana DAP dan PKR tidak diberi sebarang jawatan eksekutif dalam kerajaan.
“Tidak ada bezanya. Tidak ada jawatan menteri pun, kalau semua kehendak PH diterima dan menjadi dasar kerajaan, maka itu sudah lebih dari cukup,” katanya dalam kenyataan.
Puad mendakwa, PH dikatakan menolak untuk bersama dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin.
“Mereka tidak mahu duduk di bawah Muhyiddin yang mereka tolak sampai terpaksa letak jawatan. Mereka menuntut ditubuh jawatankuasa pemantau terhadap MPN.
“Maksudnya, PH mengawal keberkesanan MPN. Dengan kata lain parti menguasai kerajaan boleh dibuat dengan berbagai cara,” katanya.
Hasil daripada CSA berkenaan, Puad berkata PH akan “kenduri besar” kerana mendapat peruntukan dan kemudahan lain sama seperti Ahli Parlimen kerajaan.
“Dalam masa sama, ‘No Anwar, No DAP’ akan dilupakan,” katanya.
Slogan “No Anwar, No DAP” bergema dalam Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020) pada Mac lalu apabila Presiden Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian parti untuk menolak sebarang kerjasama dengan PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dalam perhimpunan berkenaan, Umno turut menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu selepas Parlimen dibubarkan.
Semalam, Majlis Presiden PH mengumumkan bahawa gabungan itu cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman dengan kerajaan Ismail.
PH berkata memorandum persefahaman itu adalah susulan kepada pertemuan yang diadakan di antara pimpinan tertingginya dengan Ismail pada 25 Ogos lalu.
PH berkata pertemuan turut diadakan semalam di antara wakil PH dan wakil perdana menteri.
Wakil perdana menteri terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Manakala wakil PH terdiri daripada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo, Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
“Pertemuan semalam membincangkan sejumlah perkara dasar dan program khusus di mana penekanan juga diberikan kepada keperluan menjalankan reformasi dalam bidang ekonomi dan kesihatan awam bagi menangani pandemik Covid-19,” menurut kenyataan berkenaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/momokan-no-anwar-no-dap-tak-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 515 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
Awas Dan Waspada Janji Manis Bersatu Bekas Ahli Mkt Ingatkan Ahli Umno

Awas Dan Waspada Janji Manis Bersatu Bekas Ahli Mkt Ingatkan Ahli Umno

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 260 hits
September 13 2021 Abdul Aziz Kaprawi berkata Bersatu amat memerlukan persetujuan Umno untuk tidak bertanding di kawasan Parlimen yang bakal mereka tandingi bagi memastikan parti itu terus relevan PETALING JAYA Umno diingatkan agar berwaspad...
Akhirnya Anwar Dap Jadi Penentu Hayat Kerajaan Pm Dari Umno

Akhirnya Anwar Dap Jadi Penentu Hayat Kerajaan Pm Dari Umno

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 275 hits
gemilangdaily comAkhirnya Anwar Dap jadi penentu hayat kerajaan PM dari Umno Pakatan Harapan dan kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri Yaakob akan menandatangani Memorandum Persefahaman atau MoU jam 5 00 petang ini yang menandaka...
Dap Okay Kerajaan Diterajui Umno Hingga Habis Penggal Kata Loke

Dap Okay Kerajaan Diterajui Umno Hingga Habis Penggal Kata Loke

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 302 hits
agendadaily com16 9 2021Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Seorang pemimpin DAP mendedahkan ia tidak menjadi masalah sekiranya kerajaan diterajui UMNO terus mentadbir sehingga habis penggal walaupun perjanjian Memorandum Pers...
Siapa Yang Kotorkan Nama Umno Dengan Yess Anwar Yess Dap Ini

Siapa Yang Kotorkan Nama Umno Dengan Yess Anwar Yess Dap Ini

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 233 hits
mykmu netOleh nurul AisyahSebaran MASIHKAH kita ingat bagaimana Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta DAP dituduh akan mewujudkan satu penjajaran baharu membabitkan kerjasama antara keti...
Umno Anwar Dap Berjiwa Besar Retorik No Anwar No Dap Sudah Padam

Umno Anwar Dap Berjiwa Besar Retorik No Anwar No Dap Sudah Padam

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 318 hits
MALAYSIA DATELINEJika sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Isu No Anwar no DAP dianggap selesai dan hari ini perkara itu pula diulangi oleh Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi Pokoknya momo...
Ketua Penerangan Pemuda Umno Dakwa Mou Tak Ubah Pendirian Parti No Dap No Anwar

Ketua Penerangan Pemuda Umno Dakwa Mou Tak Ubah Pendirian Parti No Dap No Anwar

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR Perjanjian Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan tidak akan mengubah pendirian UMNO berhubung no DAP no Anwar kata Ketua Penerangannya Shahril Hamdan Malah beliau berkat...
Umno Info Chief Putrajaya Pakatan Mou Doesn T Mean Party Accepts Anwar Dap Bersatu

Umno Info Chief Putrajaya Pakatan Mou Doesn T Mean Party Accepts Anwar Dap Bersatu

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 299 hits
Umno information chief Shahril Hamdan today reaffirmed his party s rejection of DAP and Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim saying this was unchanged by the bipartisan deal between the government and the Pakatan Harapan coalition On ...
Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual