Zahid Tiada Kuasa Runding Kerjasama Dengan Anwar Kata Nazri


malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Nov 13, 2022 2:28 PM
Veteran Umno Nazri Abdul Aziz berkata bahawa adalah mustahil untuk Umno bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berakhir tanpa mana-mana gabungan atau parti memiliki majoriti - membawa kepada parlimen tergantung.

Bercakap kepada Malaysiakini, bekas ahli parlimen Padang Rengas selama lima penggal itu berkata presiden parti Ahmad Zahid Hamidi tidak ada kuasa untuk mengadakan sebarang rundingan dengan pihak lain.

"Umno yang merupakan tunjang kepada BN masih lagi ada usul 'no DAP, no Anwar'. Presiden Zahid tidak ada mandat atau kuasa untuk nak jumpa dengan Anwar nak berunding.

"Bagi saya rasa tidak mungkin dan dari segi Umno sendiri pun DAP ini merupakan satu musuh ketat.

"Jadi, Zahid silap besar jika dia fikir bahawa ada kuasa untuk menentukan hala tuju ahli parlimen BN yang menang pada PRU 15," katanya kepada Malaysiakini.
Anwar Ibrahim dan Nazri AzizSebelum ini Presiden PAS, Abdul Hadi mendakwa wujud muslihat antara Umno serta BN dan PH dengan memastikan BN menang kurang kerusi untuk memberi kemenangan besar kepada PH.

Dakwa Abdul Hadi, strategi berkenaan bertujuan memudahkan proses penggabungan antara BN dan PH untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut membuat tuduhan serupa terhadap PH dan BN.

Paksa tandatangan SD satu jenayah

Sementara itu, Nazri berkata bahawa sebarang usaha untuk memaksa ahli parlimen BN untuk menandatangani surat aku janji (SD) satu jenayah.

"Ada cerita yang mengatakan bahawa kita ada calon-calon yang diminta tandatangan apa perjanjian- maknanya esok dia boleh mewakili mereka untuk mengadakan sebarang rundingan.

"Ia satu tindakan jenayah bodoh untuk mengawal calon. Selepas mereka jadi ahli parlimen, kamu tidak boleh kawal mereka dengan memaksa menandatangani yang jelas melanggar hak mereka. Itu satu jenayah.

"Boleh dikenakan penjara tujuh tahun di bawah Akta Kanun Keseksaan," katanya.

Anggota parlimen Padang Rengas yang enggan bertanding lagi itu mengulas mengenai dakwaan calon-calon BN diminta menandatangani SD.

Nazri bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada benar wujud dokumen sedemikian.

Sebelum ini, terdapat dokumen yang menghendaki calon memberi kuasa kepada Zahid untuk memutuskan kedudukan dalam kabinet.

Salinan yang beredar di media sosial itu juga mengatakan mereka mesti menyokong Zahid sebagai perdana menteri dan membenarkan Umno mempertimbangkan kerjasama dengan parti lain.

Umno menyifatkan dokumen itu sebagai palsu.

Menurut Nazri, sekiranya parlimen tergantung, kuasa adalah di tangan Yang dipertuan Agong.

"Jangan lupa benda itu, esok Tuanku akan tanya setiap ahli parlimen. Seri Paduka tak terima sesiapa mewakili mereka.

"Tuanku juga akan tanya setiap orang dan ahli parlimen tidak boleh dirangkum sebagai satu kumpulan dan diberikan kuasa kepada presiden parti untuk tarik mereka menyokong. Jadi kerja minta tandatangan SD ini satu kerja bodoh," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/zahid-tiada-kuasa-runding-kerjasama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Tak Boleh Buat Keputusan Sendiri Tubuh Kerajaan Dengan Anwar Kata Tok Mat

Zahid Tak Boleh Buat Keputusan Sendiri Tubuh Kerajaan Dengan Anwar Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 273 hits
Timbalan Presiden Umno itu berkata Ahmad Zahid Hamidi perlu berunding dengan beliau terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian untuk menubuhkan kerajaan campuran b...
Isu Kerjasama Tubuh Kerajaan Zahid Kata Bn Sedia Lakukan Apa Sahaja

Isu Kerjasama Tubuh Kerajaan Zahid Kata Bn Sedia Lakukan Apa Sahaja

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 377 hits
agendaily com06 11 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akhirnya mengakui Barisan Nasional mungkin terpaksa bekerjasama dengan gabungan lain sekiranya gagal membentuk kerajaan majoriti...
Menang Dulu Baru Bincang Kerjasama Politik Dengan Gps Kata Anwar

Menang Dulu Baru Bincang Kerjasama Politik Dengan Gps Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 259 hits
November 12 2022 Selain urus tadbir yang baik kata Anwar Ibrahim PH menawarkan kepada rakyat Sarawak untuk mengekalkan agenda keadilan kepelbagaian kaum dan agama PETALING JAYA Pengerusi Pakatan harapan Anwar Ibrahim berkata sebarang perbin...
Anwar Akan Bebaskan Najib Gugurkan Kes Zahid Jika Disokong Jadi Pm Kata Dr Mahathir

Anwar Akan Bebaskan Najib Gugurkan Kes Zahid Jika Disokong Jadi Pm Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 350 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim akan membantu menggugurkan kes mahkamah yang dihadapi oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan membebaskan Najib Razak dari penjara sekiranya disokong menjadi perdana menteri kata Dr Mahathir Mohamad...
Saya Individu Pertama Tentang Pakatan Anwar Zahid Kata Rafizi

Saya Individu Pertama Tentang Pakatan Anwar Zahid Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 340 hits
November 1 2022 Mutakhir ini berlegar khabar angin wujudnya perancangan sulit melibatkan Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha membentuk kerajaan bersama selepas PRU15 PETALING JAYA Rafizi Ramli berkata beliau akan menjadi indivi...
Apa Salahnya Kerjasama Zahid Anwar

Apa Salahnya Kerjasama Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 177 hits
wartarakyat com myBy November 4 2022TOK CHEYHeboh diperkatakan mengenai surat aku janji calon BN yang menang pada PRU15 ini supaya menyokong Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri Surat yang viral itu mendakwa calon yang terlibat perlu menyok...
Zahid Wrong If He Thinks Pact With Anwar Possible Nazri

Zahid Wrong If He Thinks Pact With Anwar Possible Nazri

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 244 hits
Umno veteran Nazri Abdul Aziz said it would be impossible for Umno to work with Pakatan Harapan in the event of a hung Parliament Speaking to Malaysiakini the former five term MP said party president Ahmad Zahid Hamidi has no authority to h...
Be Careful What You Wish For Be Careful What You Vote For Muhyiddin Kata Wujud Pakatan Anwar Zahid

Be Careful What You Wish For Be Careful What You Vote For Muhyiddin Kata Wujud Pakatan Anwar Zahid

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 355 hits
PAGOH Tindakan Anwar dan Zahid Hamidi kelihatan tidak terlalu menyerang sesama sendiri sepanjang tempoh berkempen menguatkan lagi dakwaan wujud perjanjian gelap BN PH akan membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke 15 dakwa Muhyiddin Y...
Zahid Kata Sedia Bergabung Muhyiddin Pula Kata Saya Nak Tunggu Dan Lihat

Zahid Kata Sedia Bergabung Muhyiddin Pula Kata Saya Nak Tunggu Dan Lihat

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 260 hits
Saya nak tunggu dan lihat Muhyiddin ulas kenyataan Zahid sedia kerjasamaMohamad FadliMuhyiddin Yassin enggan mengulas terlalu awal berhubung kesediaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana mana ga...
Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Ramai Yang Skeptikal

Full House Bangkok Residence A Modern Dual Family Home By Warchitect

Mca S Chong Short Sighted Says Umno Youth Leader

From Ai To Robotics The Creative Forces Driving Change In Dental Education

Man Hurt Trying To Stop Snatch Thieves Outside Kampung Pandan Temple