Isu Kerjasama Tubuh Kerajaan Zahid Kata Bn Sedia Lakukan Apa Sahaja


agendaily.com06/11/2022
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akhirnya mengakui Barisan Nasional (BN) mungkin terpaksa bekerjasama dengan ‘gabungan’ lain sekiranya gagal membentuk kerajaan majoriti selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November ini.

Pengakuan beliau seakan mengiyakan kenyataan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, berhubung kerjasama yang mungkin dijalin BN dengan Pakatan Harapan (PH).

Susulan kenyataan Muhyiddin dan Hadi, Zahid kemudian menafikan BN akan bekerjasama dengan parti cikgunya sekiranya jumlah kerusi dimiliki kedua-dua parti boleh membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, dalam temu bual bersama NSTP Multimedia hari ini (5 November 2022) Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN itu berkata BN bersedia untuk “apa jua kaedah” asalkan ia boleh membentuk kerajaan yang stabil dari segi politik.

“Masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu, (namun) kami bersedia melakukan apa sahaja untuk membentuk kerajaan yang stabil dari segi politik.

“Kita tidak mahu melihat tiga atau empat perdana menteri dalam satu penggal. Rakyat akan menjadi mangsa. Jadi ‘kaedah’ itu perlu sesuatu yang dibangunkan dengan baik,” katanya menurut NST.

Zahid berkata walaupun terdapat lima gabungan lain iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gerakan Tanah Air (GTA), beliau yakin BN akan mengambil Putrajaya selepas PRU-15 kerana rekod prestasinya yang baik.

“Kita mempunyai enam gabungan di negara ini – BN, PH, PN, GRS, GPS dan GTA – jadi pengundi mempunyai lebih banyak pilihan sekarang.

“Tetapi lihat rekod prestasi mereka. BN memerintah negara selama lebih 60 tahun dan ia adalah parti yang tidak mudah dilupakan oleh rakyat,” katanya.

Ditanya gabungan mana yang akan bekerjasama dengan BN, Zahid berkata ia akan menjadi gabungan yang tidak “chauvinis”.

“Mereka perlu berfikiran terbuka dan fokus dalam melaksanakan agenda nasional. Rakyat telah diseksa pada penggal lalu. Kita perlu menyelesaikan keadaan dengan memberikan mereka kerajaan yang stabil.

“Kerajaan yang boleh menyediakan peluang pekerjaan, makan di atas meja dan wang di dalam poket. Inilah yang rakyat mahukan,” katanya.

“Makanan di atas meja” adalah ungkapan yang sering dilaung-laungkan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu bagi menunjukkan keprihatinan Perikatan Nasional terhadap nasib rakyat.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata Zahid sanggup untuk bersekongkol dengan Anwar dan juga DAP jika jumlah itu membolehkan mereka membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Anwar jadi Perdana Menteri, Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri… dan dia akan berusaha untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan di mahkamah. Itu adalah bentuk jajaran baru untuk boleh berkuasa supaya dengan kuasa itu dapat membebaskan diri mereka daripada segala bentuk pertuduhan,” katanya lagi.

Hadi pula sebelum ini, mendedahkan satu muslihat antara BN dan PH dalam menghadapi PRU-15 pada 19 November ini iaitu UMNO akan memastikan BN menang kurang kerusi untuk memberi laluan kemenangan besar kepada PH dalam pilihan raya ini.

Menurutnya strategi berkenaan bertujuan memudahkan proses penggabungan antara BN dan PH untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU-15 ini.

Beliau juga mendakwa bahawa objektif akhir pelan bijak itu adalah untuk menyelamatkan mereka, khususnya pemimpin BN, yang menghadapi pendakwaan di mahkamah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/isu-kerjasama-tubuh-kerajaan-zahid-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Sanggup Buat Apa Saja Demi Tubuh Kerajaan Termasuk Jajaran Baru

Zahid Sanggup Buat Apa Saja Demi Tubuh Kerajaan Termasuk Jajaran Baru

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 249 hits
Zahid Hamidi akhirnya mengakui Barisan Nasional mungkin terpaksa bekerjasama dengan gabungan lain sekiranya gagal membentuk kerajaan majoriti selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 pada 19 November ini Pengakuan beliau seakan mengiyakan ken
Saya Nak Tunggu Dan Lihat Muhyiddin Ulas Kenyataan Zahid Sedia Kerjasama

Saya Nak Tunggu Dan Lihat Muhyiddin Ulas Kenyataan Zahid Sedia Kerjasama

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 231 hits
Muhyiddin Yassin enggan mengulas terlalu awal berhubung kesediaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana mana gabungan lain MUAR Muhyiddin Yassin berkata beliau mahu mengambil pendekatan tunggu dan...
Zahid Kata Sedia Bergabung Muhyiddin Pula Kata Saya Nak Tunggu Dan Lihat

Zahid Kata Sedia Bergabung Muhyiddin Pula Kata Saya Nak Tunggu Dan Lihat

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 302 hits
Saya nak tunggu dan lihat Muhyiddin ulas kenyataan Zahid sedia kerjasamaMohamad FadliMuhyiddin Yassin enggan mengulas terlalu awal berhubung kesediaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana mana ga...
Kerjasama Ditolak Tun M Kata Muhyiddin Sombong Konon Dia Boleh Menang

Kerjasama Ditolak Tun M Kata Muhyiddin Sombong Konon Dia Boleh Menang

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 196 hits
Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 sekali lagi gagal apabila ditolak Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Menurut laporan BH Online Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air itu me
Tun M Kata Wujud Rundingan Kerjasama Antara Gta Pn Muhyiddin Pula Nafi Ada Perbincangan

Tun M Kata Wujud Rundingan Kerjasama Antara Gta Pn Muhyiddin Pula Nafi Ada Perbincangan

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 180 hits
Nampaknya impian Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional seakan tidak tercapai apabila pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada sebarang perbincangan ras...
Undi Kj Bermaksud Undi Zahid Kata Sivarasa

Undi Kj Bermaksud Undi Zahid Kata Sivarasa

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 262 hits
November 5 2022R Sivarasa daripada PKR berkata secara dasarnya Khairy Jamaluddin mewakili Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi SUNGAI BULOH Memberi undi kepada Khairy Jamaluddin secara dasarnya bermakna mengundi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi...
Apa Salahnya Kerjasama Zahid Anwar

Apa Salahnya Kerjasama Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 214 hits
wartarakyat com myBy November 4 2022TOK CHEYHeboh diperkatakan mengenai surat aku janji calon BN yang menang pada PRU15 ini supaya menyokong Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri Surat yang viral itu mendakwa calon yang terlibat perlu menyok...
Zahid Janji Tiga Jawatan Tpm Ismail Sabri Kata Tunggu Menang Dulu

Zahid Janji Tiga Jawatan Tpm Ismail Sabri Kata Tunggu Menang Dulu

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 320 hits
agendaily com24 10 2022Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan menjadi Perdana Menteri Barisan Nasional perlu menang terlebih dahulu Pilihan Raya Umum Ke 15 baharu isu berhubung tawaran tiga jawatan Timba...
Gaslighting With Education Quota System

Quick Beef And Pork Dog Food Recipe

11 Rekomendasi Tempat Wisata Di Taipei Yang Wajib Dikunjungi Turis

Beli Kek Chocolate Indulgence Secret Recipe By Grab Food Delivery

Kisah Cinta Indah Antara Zulaikha Dan Nabi Yusuf As

Dari Mana Sebutan Adidas Terhasil

Soul Monologue Silent Time

Ayam Goreng Abah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mesothelioma

Cara Automatik Buat Sale Dengan Email Marketing

Situs Uni4d Mengapa Pemain Togel Memilih Kami

Umur Pm 70 Tahun Ke Bawah Hadi Hantar Mesej Kepada Mahiaddin

Sunday Staples Dari Singapura Kini Membuka Kedai Fizikal Pertama Malaysia Di Pavilion Bukit Jalil

Fatwa Terkini Mufti Wp Hukum Beli Barang Kemas Pakai Dulu Bayar Kemudian