Bubar Parlimen Awal Bukan Jaminan Bn Pasti Menang Pru15




 Berdasarkan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden, Mohamad Hasan malam semalam, sebagaimana dijangka, adalah jelas bahawa mendesak PRU15 diadakan dengan segera akan menjadi agenda utama PAU kali ini.
Dengan petunjuk daripada ucapan Mohamad Hasan atau Tok Mat itu, perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri yang bermesyuarat hari ini pastinya akan menyambut isu yang sama tanpa banyak soal.
Seterusnya, apabila Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO merasmikan PAU2021 ini esok, tanpa keraguan juga, desakan menyegerakan PRU15 akan lebih dipanaskan dalam intipati ucapannya.
Tidak mustahil, 80 peratus daripada ucapannya adalah berkisar tentang kewajaran mengadakan PRU15 seawal yang mungkin dan bukannya pada tahun depan.
Sudah barang tentu, kalau pun tidak semua, majoriti perwakilan yang membahas ucapan beliau, tidak mahu ketinggalan untuk turut sama mendesak disegerakan PRU15.
Pendek kata, mendesak PRU15 diadakan awal akan menjadi agenda tunggal PAU tahun ini dan mengenepikan semua agenda lain seperti mengukuhkan parti serta memperkasa lagi kedudukan orang Melayu yang merupakan teras perjuangan UMNO selama ini.
Soalan pokoknya, apakah UMNO sudah begitu pasti mampu menang PRU15 jika ia diadakan sekarang?
Melihat kepada dua PRN sebelum ini iaitu Melaka dan Johor, kemenangan BN hanya dicapai melalui peratusan keluar mengundi yang rendah.
Ini bermakna, sebahagian lagi rakyat tidak berminat dengan pilihan raya dalam keadaan pandemik, di ketika ekonomi belum pulih dan sekadar melibatkan peringkat negeri saja.
Lalu, keputusan PRN Melaka dan Johor sebenarnya tidak harus dijadikan ukuran untuk mewajarkan PRU15 diadakan lebih awal.
Apakah nasih BN jika rakyat tiba-tiba berminat keluar mengundi sebaik Parlimen dibubarkan kerana keinginan sebenar mereka ialah menukar kerajaan di peringkat pusat dan untuk mengembalikan mandat kepada blok pembangkang?
Apakah UMNO sudah benar-benar bersedia menghadapinya?
Menyandarkan populariti Najib Razak untuk memenangi PRU15, terutama berdasarkan kemenangan di Melaka dan Johor, barangkali adalah perkiraan yang tidak tepat.
Di Melaka dan Johor, Najib tidak bertanding dan sekadar turun bersama rombongan yang besar ke medan-medan selera serta tempat tumpuan makan orangramai, kemudian memuatkan aktiviti tersebut di laman sosial untuk menunjukkan sambutan orangramai terhadapnya.
Apakah jika dalam PRU15 awal nanti di mana Najib yang sudah didapati bersalah dan Zahid Hamdi yang sedang dalam perbicaraan mahkamah serta dilihat berpotensi untuk kembali memegang jawatan utama dalam kerajaan, maka rakyat masih mahu mengundi BN lagi?
Apakah rakyat tidak serik dengan kes 1MDB, cerita beg tangan, barang kemas dan berita-berita dalam mahkamah sewaktu perbicaraan kedua-dua mereka itu?
Dalam hal ini, tidakkah jika pemilihan UMNO diadakan terlebih dahulu dan pemimpin baru menerajui parti, maka wajah UMNO lebih selamat sebagai pertaruhan untuk memenangi PRU15?
Di sebalik kejayaan cemerlang BN di Johor, UMNO ketika ini juga sebetulnya sedang ditimpa malapetaka berikutan kegagalan menunaikan janji meletakkan “poster boy”, Hasni Mohamad sebagai Menteri Besar.
Sementara kuasa Sultan Johor difahami dalam perlantikan tersebut, daripada sudut UMNO, kegagalan meletakkan pilihan yang dipertaruhkan, seterusnya dipilih rakyat sebagai Menteri Besar adalah petanda kepimpinan UMNO tidak mempunyai cukup kewibawaan untuk berunding dan meyakinkan pihak istana dalam memenuhi tuntutan perjuangan yang diraih dengan kejayaan.
Apakah dengan kepimpinan yang sama yang dilihat tidak cukup berwibawa itu, jika berdepan dalam pilihan raya di peringkat Parlimen, ia masih mampu meyakinkan pengundi?
Soalan terakhir, kenapa PRU15 begitu didesak untuk diawalkan dan kepimpinan UMNO sedia ada bagaikan begitu terdesak berbuat demikian?
Apakah jika Zahid Hamidi dan Najib tidak berdepan kes mahkamah, desakan menyegerakan PRU15 ini akan tetap dilakukan secara terbuka, termasuk pertama kali dalam sejarah dengan menggunakan pentas PAU seperti tahun ini? – ShahbudinHusin 17/03/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/bubar-parlimen-awal-bukan-jaminan-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Tetap Berkeras Mahu Parlimen Bubar Awal

Zahid Tetap Berkeras Mahu Parlimen Bubar Awal

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 133 hits
WALAUPUN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengingatkan bahawa kuasa membubarkan Parlimen adalah di bawah Yang di Pertuan Agong UMNO tetap berkeras mahu perkara itu dilakukan segera Desakan itu diulangi lagi oleh Presiden...
Jika Enggan Bubar Parlimen Awal Adakah Ismail Sabri Akan Dipecat Daripada Umno

Jika Enggan Bubar Parlimen Awal Adakah Ismail Sabri Akan Dipecat Daripada Umno

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 138 hits
Tindakan UMNO mendesak melalui pentas PAU2021 agar PRU15 diawalkan dan diadakan sebelum pemilihan parti adalah suatu langkah terdesak yang kemungkinan membawa kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dipecat daripada parti Menjadi perbual...
Zahid Beri Bayangan Ismail Calon Pm Pru15 Minta Jangan Tunggu Lama Bubar Parlimen

Zahid Beri Bayangan Ismail Calon Pm Pru15 Minta Jangan Tunggu Lama Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 150 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Ismail Sabri Yaakob akan terus dicalonkan menerajui kerajaan jika UMNO Barisan Nasional memenangi PRU15 Pada masa sama Zahid menggesa Ismail jangan tunggu lama lama bagi ...
Bn Menang Laungan Bubar Parlimen Pun Bergema

Bn Menang Laungan Bubar Parlimen Pun Bergema

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 168 hits
agendaily com12 3 2022Penyokong BN berkumpul di Pejabat BN di Jalan Yahya Awal Johor Bahru untuk meraikan kemenangan Laungan bubar Parlimen terus bersahutan di ibu pejabat UMNO Johor selepas Barisan Nasional dikatakan menang dua pertiga men...
Puad Yakin Perwakilan Pau Sokong Usul Bubar Parlimen Pm Kena Akur

Puad Yakin Perwakilan Pau Sokong Usul Bubar Parlimen Pm Kena Akur

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 145 hits
Mohd Puad Zarkashi berkata suara akar umbi tidak boleh ditolak mentah mentah apatah lagi sekiranya ia menjadi keputusan Umno PUTRAJAYA Mohd Puad Zarkashi yakin jurucakap parti itu dalam Perhimpunan Agung Umno minggu ini akan mengusulkan sup...
Pm Tak Boleh Bubar Parlimen Sebab Desakan Kumpulan Kecil

Pm Tak Boleh Bubar Parlimen Sebab Desakan Kumpulan Kecil

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 215 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan keputusan untuk membubarkan Parlimen tidak perlu dipengaruhi kumpulan kecil yang mendesak pilihan raya umum segera diadakan Sambil mengulangi pendiriannya sebelum ini Ismail yan...
Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 165 hits
Ahmad Zahid Hamidi akan menggunakan Perhimpunan Agung Umno 2021 yang bermula hari ini untuk mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 kata penganalisis Mereka berkat...
Pau 2021 Isu Bubar Parlimen Ketua Pemuda Umno Bangkit Bela Pm

Pau 2021 Isu Bubar Parlimen Ketua Pemuda Umno Bangkit Bela Pm

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 191 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah sekali pun berkata yang dia tidak mahu membubarkan parlimen dakwa Ketua Pemuda Umno Malaysia Asyraf Wajdi Dusuki Katanya hal itu dinyatakan Ismail Sabri setelah dia menghantar mesej teks meny...
Tok Mat Mahu Pru15 Lebih Awal Kerana Ingin Jadi Pm Nazri

Tok Mat Mahu Pru15 Lebih Awal Kerana Ingin Jadi Pm Nazri

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 246 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mendesak Pilihan Raya Umum ke 15 kerana mempunyai agenda peribadi untuk bertanding kerusi Parlimen dan seterusnya menjadi perdana menteri kata veteran parti itu Mohamed Nazri Aziz Ahli Parlimen Padang Re...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran