Zahid Perlekeh Manifesto Cikgunya Yang Terima Katak Berprinsip


AGENDA DAILY
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyindir dan memperlekeh manifesto Pakatan Harapan yang dipimpin cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat tidak menghormati cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memperlekehkan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang disifatkannya hanya sebagai janji manis dan mengelirukan rakyat Melaka.
Presiden UMNO itu sudah lama menjadi anak murid kepada Presiden PKR yang juga Pengerusi PH, malah kemesraan kedua-duanya terserlah apabila saling merencanakan strategi politik ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Mac lalu.
Kedua-dua anak murid dan cikgu saling berbual mesra menerusi telefon sebagaimana tular klip audio berhubung perbualan itu 7 April lalu. Berita berkaitan
Namun, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadual 20 November ini, Zahid memperlekehkan gabungan parti yang diterajui cikgunya itu.
Zahid menyifatkan sesuatu yang pelik apabila dalam manifesto PH mereka mahu menggubal enakmen antilompat parti tetapi pada masa sama Presiden UMNO itu berkata PH sebaliknya mengiktiraf ‘katak berprinsip’.
“Pakatan Harapan (PH) datang lagi dengan janji-janji manis barunya sempena Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka.
“Namun terdapat banyak perkara yang sangat mengelirukan dalam janji mereka kepada rakyat Melaka kali ini.
“Mahu menggubal enakmen anti-lompat parti bagi menjamin kestabilan kerajaan, tetapi inilah parti yang mengiktiraf ‘katak berprinsip’,” tulis Zahid dalam Facebooknya malam tadi.
Kenyataan Zahid itu juga dilihat menyindir cikgunya yang menerima dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menyebabkan kerajaan Melaka tumbang 4 Oktober lalu, Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), untuk bertanding pada PRN Melaka atas tiket PH.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata PH mahu mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang setaraf Exco, tetapi gabungan itu jugalah yang memperkecilkan peranan Ketua Pembangkang semasa menjadi kerajaan.
“Mahu memberi hak peruntukan tahunan setara kepada setiap ADUN tanpa mengira parti, tetapi merekalah yang menafikan hak itu semasa berkuasa sebagai Kerajaan Persekutuan
“Mahu mewujudkan peluang pekerjaan baharu di PBT dan GLC, tetapi inilah parti yang pernah kata saiz perkhidmatan awam negara terlalu besar dan patut dikurangkan.
“Realitinya inilah antara yang baharu dijanjikan mereka, tetapi terbukti dilaksanakan secara “vice versa” sepanjang 22 bulan mentadbir negara,” kata Zahid yang kini menjalani rawatan sakit belakang di Jerman – negara sama cikgunya mendapatkan rawatan.
Beliau membandingkan manifesto Barisan Nasional (BN) yang menurutnya telah lama memberi janji kepada rakyat dan dilaksanakan, malah BN juga mempunyai rekod pentadbiran yang cekap.
Zahid mendakwa BN kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu kerana rakyat dikaburi dengan fitnah dan permainan persepsi PH yang rakus untuk berkuasa.
Untuk rekod, antara isu utama yang dimainkan PH pada PRU14 lalu ialah penyelewengan berbilion-bilion ringgit dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu Datuk Seri Najib Razak, serta beberapa pemimpin UMNO yang lain.
Najib dan beberapa pemimpin UMNO lain termasuk Zahid kini sedang berdepan puluhan tuduhan jenayah, termasuk rasuah, pecah amanah, penyelewengan dan pengubahan wang haram melibatkan berbilion ringgit.
Malah, Najib sendiri telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah didapati bersalah dalam kes SRC International.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/zahid-perlekeh-manifesto-cikgunya-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Sindir Anwar Terima Katak Berprinsip Di Melaka

Rafizi Sindir Anwar Terima Katak Berprinsip Di Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 250 hits
Bekas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyindir bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan untuk meletak dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO bertanding atas tiket Pakatan Harapan Rafizi mempersoalkan langkah yang diambil P...
Tidak Ada Katak Berprinsip Dap Tidak Berkempen Untuk Katak Politik

Tidak Ada Katak Berprinsip Dap Tidak Berkempen Untuk Katak Politik

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 183 hits
By 8 November 2021Anggota polis yang mengawal disekitar laluan masuk ke pusat penamaan calon pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Melaka DUN Pengkalan Batu N 15 di Dewan Mini Stadium Bistari Melaka foto SYAFIQ AMBAK 08 NOVEM...
Dap Tidak Berkempen Untuk Katak Yang Kononnya Berprinsip

Dap Tidak Berkempen Untuk Katak Yang Kononnya Berprinsip

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 180 hits
DAP tidak berkempen untuk katak yang kononnya berprinsip DAP menegaskan pendirian untuk tidak berkempen untuk dua katak politik yang telah menyertai Pakatan Harapan dan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Pengerusi DAP Kebangsaan Ta...
Mahfuz Pertahan Anwar Terima Katak Umno Gesa Pengundi Pilih Ph

Mahfuz Pertahan Anwar Terima Katak Umno Gesa Pengundi Pilih Ph

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 333 hits
Pengerusi Pakatan Hn Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dua bekas ADUN UMNO Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sebagai calon PH Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO sebagai ca...
Kenapa Amanah Sokong Katak Berprinsip Sebagai Calon Ph

Kenapa Amanah Sokong Katak Berprinsip Sebagai Calon Ph

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 336 hits
Seorang pemimpin Amanah menjelaskan langkah Pakatan Harapan menerima dua bekas Adun Umno sebagai calon mereka ada kaitan dengan langkah taktikal bagi memenangi PRN Melaka Pengarah Komunikasi Amanah Nasional Khalid Samad berkata kedua dua be...
Akhirnya Kami Boleh Terima Logo Ph Di Prn Melaka Tapi Tolonglah Tolak 4 Adun Katak Di Melaka

Akhirnya Kami Boleh Terima Logo Ph Di Prn Melaka Tapi Tolonglah Tolak 4 Adun Katak Di Melaka

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 197 hits
Siapa sebenarnya yang kemaruk sangat mahu bawa masuk Adun2 katak di Melaka itu ke dalam PH untuk dicalonkan dalam PRN nanti Semua keputusan poll yang telah dibuat samada di FB twitter mahupun media2 sosial yang lain majoriti menolak kesemua...
Rafizi Salahkan Amanah Suka Terima Katak

Rafizi Salahkan Amanah Suka Terima Katak

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 258 hits
Rafizi salahkan Amanah suka terima katak Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyalahkan Parti Amanah Negara dan DAP yang bertegas mahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia menjadi sebahagian anggota gabungan Pakatan Harapan pada 2016 Ketika itu katan...
Saya Tandatangan Sd Sokong Anwar Jadi Pm Bukan Terima Katak Syed Saddiq

Saya Tandatangan Sd Sokong Anwar Jadi Pm Bukan Terima Katak Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 245 hits
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berpuas hati dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu meletak dua bekas ADUN UMNO menarik sokongan sebelum ini bertanding atas tiket Pakatan Harapan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengak...
Didakwa Terima Rp46 M Eks Wali Kota Batu Eddy Rumpoko Disidang Tanpa Pengacara

Didakwa Terima Rp46 M Eks Wali Kota Batu Eddy Rumpoko Disidang Tanpa Pengacara

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 184 hits
Mantan Wali Kota Batu Eddy Rumpoko menjalani sidang perdana di Pengadilan Tipikor pada Pengadilan Negeri Surabaya Selasa Dia didakwa menerima gratifikasi senilai Rp46 miliar
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities