Saya Tandatangan Sd Sokong Anwar Jadi Pm Bukan Terima Katak Syed Saddiq


 



Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berpuas hati dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu meletak dua bekas ADUN UMNO menarik sokongan sebelum ini bertanding atas tiket Pakatan Harapan.








Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui menandatangani surat sokongan Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) sebelum ini tetapi bukan untuk menerima katak politik yang melompat keluar parti.

Ahli Parlimen Muar itu tidak bersetuju dengan Ketua Pembangkang yang mahu menerima dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka sebelum ini sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini.

Dua bekas ADUN tersebut yang dikatakan akan diterima sebagai calon PH adalah Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor).

“Saya sokong idea Pembangkang Bersatu, dan saya tandatangan Akuan Bersumpah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri atas semangat PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14),” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau kecewa apabila mengetahui blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) kini sanggup pula bersekongkol dengan individu yang lompat parti dan tidak berprinsip.

“Di sebalik semua yang sudah kita lalui bersama, nampaknya gabungan PH yang saya bekerjasama rapat lebih minat berunding dengan pelompat parti yang tidak berprinsip daripada sekutu rapat dan setia mereka, seperti saya.

“Mereka melihat lebih bernilai terhadap katak politik yang tidak berprinsip, ini sesuatu yang benar-benar tragis,” katanya lagi.

DAP sebelum ini mendakwa PKR dan Amanah membuat keputusan mahu menerima dua bekas ADUN dari UMNO untuk bertanding atas tiket PH dan terpaksa menerima keputusan itu sebagai menghormati kesepakatan gabungan tersebut.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata mereka akur dengan keputusan dua parti rakan dalam PH itu selepas kalah dalam keputusan majoriti walaupun Jawatankuasa Eksekutif DAP memutuskan dalam mesyuaratnya untuk menolak semua empat bekas ADUN yang menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka sebelum ini.

“PH tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama dengan kehilangan nilai moral yang tinggi untuk membenarkan dua daripada empat Adun berkenaan bertanding sebagai calon PH pada pilihan raya umum negeri Melaka,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

PRN Melaka diadakan susulan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan UMNO setelah empat ADUN, termasuk dua daripada parti itu, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Dua lagi bekas ADUN yang menarik sokongan adalah Datuk Norhizam Hasan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Teluk Mas).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/saya-tandatangan-sd-sokong-anwar-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Syed Saddiq Yang Mahu Bercakap Soal Prinsip Anti Katak Cermin Diri Dulu

Siapa Syed Saddiq Yang Mahu Bercakap Soal Prinsip Anti Katak Cermin Diri Dulu

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 224 hits
Dalam isu empat adun katak di Melaka itu saya sendiri serta ramai lagi pendokong PH lebih awal menyatakan pendirian menolak adun adun katak tersebut Tetapi apabila Ketua Parti Muda Syed Saddiq kononnya mahu tunjuk hero dan berprinsip dalam ...
Surat Terbuka Syed Saddiq Ph Jangan Terima Adun Lompat

Surat Terbuka Syed Saddiq Ph Jangan Terima Adun Lompat

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 242 hits
Pakatan Harapan diingatkan agar tidak sesekali bersekongkol dengan kumpulan pengkhianat di Melaka terutama empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang melompat parti Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sebaik sahaja emp...
Mahfuz Pertahan Anwar Terima Katak Umno Gesa Pengundi Pilih Ph

Mahfuz Pertahan Anwar Terima Katak Umno Gesa Pengundi Pilih Ph

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 377 hits
Pengerusi Pakatan Hn Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dua bekas ADUN UMNO Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sebagai calon PH Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO sebagai ca...
Rafizi Sindir Anwar Terima Katak Berprinsip Di Melaka

Rafizi Sindir Anwar Terima Katak Berprinsip Di Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 265 hits
Bekas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyindir bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan untuk meletak dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO bertanding atas tiket Pakatan Harapan Rafizi mempersoalkan langkah yang diambil P...
Selepas Dimalukan Syed Saddiq Merajuk Anwar Pilih Dua Bekas Adun Umno

Selepas Dimalukan Syed Saddiq Merajuk Anwar Pilih Dua Bekas Adun Umno

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 291 hits
AGENDA DAILY Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berpuas hati dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu meletak dua bekas ADUN UMNO menarik sokongan sebelum ini bertanding atas tiket Pakatan Harapan Parti Ikatan Demokratik...
Anwar Syed Saddiq Persoal Isu Peranti

Anwar Syed Saddiq Persoal Isu Peranti

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 247 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membangkitkan isu peranti di Dewan Rakyat hari ini
Terima Pengkhianat Sebagai Calon Mp Dap Bidas Anwar Ibrahim

Terima Pengkhianat Sebagai Calon Mp Dap Bidas Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 236 hits
PETALING JAYA Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri masih belum menyatakan secara terbuka bahawa mereka mahu menjadi calon bebas bagi mengembalikan mandat rakyat kepada Pakatan Harapan menu...
Akhirnya Kami Boleh Terima Logo Ph Di Prn Melaka Tapi Tolonglah Tolak 4 Adun Katak Di Melaka

Akhirnya Kami Boleh Terima Logo Ph Di Prn Melaka Tapi Tolonglah Tolak 4 Adun Katak Di Melaka

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 207 hits
Siapa sebenarnya yang kemaruk sangat mahu bawa masuk Adun2 katak di Melaka itu ke dalam PH untuk dicalonkan dalam PRN nanti Semua keputusan poll yang telah dibuat samada di FB twitter mahupun media2 sosial yang lain majoriti menolak kesemua...
Tolak Katak Politik Anwar Cakap Tak Serupa Bikin Calon Bn

Tolak Katak Politik Anwar Cakap Tak Serupa Bikin Calon Bn

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 238 hits
MELAKA Rakyat Melaka wajar memberi pengajaran kepada Pakatan Harapan kerana meletakkan individu tidak bertanggungjawab sehingga menjadi punca kejatuhan kerajaan negeri Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bemban Datuk Koh Chin Han ber...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting