Zahid Masih Orang Terbaik Ketuai Umno Kata Penganalisis


Luqman Hariz, Astro Awani Geostrategis Prof Madya Azmi Hassan berkata, Zahid mempunyai "kekuatan mental" untuk terus mengetuai UMNO. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar  KUALA LUMPUR: Pengunduran 17 ahli Parlimen dari UMNO setakat ini tidak bermakna Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu melepaskan jawatan beliau.

Tekanan terhadap Zahid untuk melepaskan jawatannya semakin meningkat, tatkala beliau menghadapi 46 pertuduhan jenayah dan UMNO melalui tempoh paling getir dalam sejarah 72 tahunnya.

Desakan meletak jawatan itu termasuk daripada bekas calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin.

Menurut Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Azmi Hassan, Zahid masih mempunyai kekuatan mental untuk memegang jawatan tertinggi parti itu.

“Ada mereka yang mengatakan Datuk Seri Zahid perlu berundur kerana dikaitkan dengan 45 atau 46 pertuduhan (jenayah).–– ADVERTISEMENT –– “Tetapi bagi saya setakat ini Zahid telah menunjukkan kekuatan mental untuk terus menerajui UMNO,” katanya.

Azmi berkata pengunduran ahli Parlimen secara beramai-ramai walaupun belum pernah berlaku dalam sejarah UMNO, tidak bermakna sokongan akar umbi akan pudar.

“Ramai yang mengatakan inilah tamatnya hayat UMNO. Tapi kita lihat akar umbi tidak mengikut apa yang dilakukan oleh ahli Parlimen mereka.

“UMNO adalah parti akar umbi, yang mengukuhkan UMNO itu adalah sokongan akar umbi, bukannya sokongan ahli Parlimen,” katanya.

Azmi berkata ini dapat dilihat di seluruh negara kecuali Sabah, di mana pengunduran beramai-ramai ahli UMNO turut berlaku dalam kalangan akar umbi.

Pengunduran ahli Parlimen beramai-ramai sejak PRU14 dan defisit kepercayaan yang dilihat semakin meningkat terhadap UMNO, menguatkan desakan sesetengah pihak kepada figura berpengaruh UMNO untuk kekal dalam parti itu.

Ini termasuk kepada Khairy Jamaluddin, yang digesa untuk kekal di dalam UMNO untuk membantu rejuvenasi parti itu selepas individu berpengaruh lain seperti ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan parti itu.

Jumaat lalu bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melalui satu surat terbuka menggesa Khairy kekal di dalam UMNO untuk memastikan parti itu menjadi pembangkang yang efektif.

Azmi bagaimanapun berkata, usaha rejuvenasi UMNO tidak boleh dilakukan berpaksikan figura semata-mata.

“Yang membentuk figura adalah UMNO, wujudnya ikon dalam UMNO adalah kerana parti itu sendiri.

“Jadi kalau nak kata figura-figura seperti KJ (Khairy Jamaluddin) membentuk UMNO, saya kurang setuju. Ia adalah sebaliknya,” katanya.   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/zahid-masih-orang-terbaik-ketuai-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stay Di Umno Bererti Masih Mempertahan Najib Dan Zahid Lebih Mulia Dari Berketuakan Tun Open Say To Shahrir

Stay Di Umno Bererti Masih Mempertahan Najib Dan Zahid Lebih Mulia Dari Berketuakan Tun Open Say To Shahrir

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 322 hits
Ahli Parlimen dan ADUN UMNO keluar beramai dari UMNO dan riuh pula akan ada lagi AP UMNO di Semenanjung yang akan ikut sama sebelum akhir tahun ini Yang dijadikan sebab pucuk pimpinan UMNO tidak ada hala tuju Jadi sebaliknya adakah halatuju...
Tiada Jaminan Wakil Rakyat Umno Kekal Selepas Zahid Serah Tugas Presiden Kata Bung Moktar

Tiada Jaminan Wakil Rakyat Umno Kekal Selepas Zahid Serah Tugas Presiden Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 317 hits
PETALING JAYA Tiada jaminan ahli Parlimen Umno akan kekal bersama parti itu walaupun selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata demikian ...
Zahid Berundur Umno Masih Tiada Hala Tuju

Zahid Berundur Umno Masih Tiada Hala Tuju

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 351 hits
Zahid berundur Umno masih tiada hala tujuPosted By on December 21 2018Meskipun Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas presiden Umno kepada timbalannya Mohamad Hassan akar umbi parti itu percaya wakil rakyat parti itu akan tetap berpaling tada...
Only Two Thirds Of Umno Members Can Decide On My Ouster Says Zahid

Only Two Thirds Of Umno Members Can Decide On My Ouster Says Zahid

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 354 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi points out that he was elected by members to the post and was not appointed GEORGE TOWN Umno president Ahmad Zahid Hamidi today said only party members can compel him to step down as the party s head throug...
Berundurlah Tuan Sudah Masanya Kata Kj Kepada Zahid

Berundurlah Tuan Sudah Masanya Kata Kj Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 208 hits
Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah tiba masa orang nombor satu parti itu meletakkan jawatan Berkongsi laporan berita Sinar Harian Hanya PAU yang boleh lucutkan ...
Usaha Melaga Atau Berita Benar Hisham Dalang Mp Keluar Umno Kata Sumber Parti

Usaha Melaga Atau Berita Benar Hisham Dalang Mp Keluar Umno Kata Sumber Parti

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 494 hits
Beberapa sumber parti mendakwa bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein adalah dalang di sebalik tindakan beberapa wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah Sumber berkenaan memberitahu Malaysiakini demikian selepas diminta menerangk...
Umno Will Be Deregistered In The Next 60 Days If Zahid Does Not Resign

Umno Will Be Deregistered In The Next 60 Days If Zahid Does Not Resign

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 397 hits
Many of the recent resignations from Umno are in essence a vote of no confidence against Zahid and in the next 30 60 days more resignations are expected Those who insist on staying on in Umno will soon find themselves party less once Umno g...
He S Lost His Way Umno Mps Urge Zahid To Take Leave

He S Lost His Way Umno Mps Urge Zahid To Take Leave

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 301 hits
Two Umno parliamentarians have openly called for Umno president Ahmad Zahid Hamidi to take leave pending the outcome of his Speaking with Malaysiakini Arau MP Shahidan Kassim and Jempol MP Mohd Salim Mohd Sharif urged Zahid to temporarily v...
Umno Akan Dibubarkan Dalam 60 Hari Lagi Jika Zahid Tidak Mengundur

Umno Akan Dibubarkan Dalam 60 Hari Lagi Jika Zahid Tidak Mengundur

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 370 hits
Perletakan jawatan beramai ramai dari Umno pada baru baru ini adalah menunujukan bahawa undi tidak percaya terhadap Zahid dan akan adanya lagi perletakan jawatan dalam tempoh 30 60 hari akan datang Bagi mereka yang masih mahu kekal didalam ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri