Zahid Berundur Umno Masih Tiada Hala Tuju



Zahid berundur, Umno masih tiada hala tujuPosted By: Pentadbiron: December 21, 2018 Meskipun Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas presiden Umno kepada timbalannya, Mohamad Hassan, akar umbi parti itu percaya wakil rakyat parti itu akan tetap berpaling tadah.Mereka juga berpendapat, wakil rakyat berkenaan mempunyai agenda tersendiri dan tidak hanya berbuat demikian kerana menolak kepemimpinan Zahid.Beberapa ahli Umno memberitahu The Malaysian Insight, isu Zahid menjadi orang nombor satu parti hanya satu alasan semata-mata untuk keluar parti.“Mungkin mereka ada agenda. Saya tidak percaya sebab Zahid jadi presiden Umno, mereka keluar parti,” kata Rahmah Hitam, seorang ahli Wanita Umno Putrajaya.Beliau kesal kerana pemimpin berkenaan keluar parti sedangkan ahli di peringkat akar umbi sepertinya yang giat berkempen semasa pilihan raya tetap setia walau Umno tewas.“Kita peringkat akar umbi kita tak berpaling (tadah). Saya kecewa sangat semua yang keluar parti. Kami yang buat kerja bersusah payah cari pengundi. Mereka buat macam ini,” katanya.Lima lagi ahli Parlimen Umno umum keluar parti 14 Disember lalu menjadikan parti itu hanya menguasai 37 kerusi di Dewan Rakyat, daripada 54 kerusi yang dimenanginya pada 9 Mei.Secara keseluruhan, Barisan Nasional kini mempunyai 40 kerusi di Dewan Rakyat, dengan dua disandang MIC dan satu MCA.Dalam pada itu, seorang ahli Umno bahagian Pokok Sena, Ramli Chik pula menjangka lebih ramai lagi ahli Parlimen akan meninggalkan parti keramat itu.Beliau percaya wakil rakyat berkenaan meninggalkan parti demi kepentingan diri dan bukannya sebagai bantahan ke atas Zahid.“Zahid ini alasan saja. Lepas ini, Zahid akan bercuti, serahkan tugas kepada (timbalan presiden Mohamad). Puak yang pergi kerajaan itu kekal (pergi) juga sebab mereka berkepentingan.“Zahid hanya digunakan sebagai alasan nak kaburkan mata rakyat, mata ahli-ahli Umno. Kepentingan berada di depan mereka,” katanya.Seorang ahli Majlis Tertinggi, Dira Abu Zahar juga tidak percaya bahawa Zahid merupakan sebab wakil rakyat berkenaan keluar parti kerana presiden parti itu terpilih dalam pemilihan parti.Adakah kerana keadaan begitu (Zahid jadi presiden)? Tapi kita harap keadaan akan jadi lebih baik dan tiada lagi lompatan-lompatan ini khususnya di kalangan ahli Parlimen,” kata bekas pelakon itu.Beliau berharap perkara sebaliknya akan berlaku kelak memandangkan Umno diketuai pemimpin baharu yang akan menjalankan tugas presiden.Namun bagi penganalisis sosiopolitik Awang Azman Awang Pawi, penyerahan tugas presiden kepada Mohamad tetap tidak akan dapat menyelamatkan Umno.“Hal ini kerana terdapat ahli Parlimen dan Adun Umno sendiri tidak ada ketahanan diri, mudah putus asa kerana mereka sendiri tak ada hala tuju walaupun menuduh presiden Umno tak ada hala tuju,” katanya.Beliau melihat wakil rakyat berkenaan lebih berminat menjaga kepentingan diri dan bimbang akan turut diheret ke mahkamah jika kekal dengan Umno.“Ramai antaranya berasa terancam kerana bimbang disiasat atau diberikan tekanan oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan jika masih bersama Umno,” katanya kepada The Malaysian Insight.Tambahan pula, kedudukan kerana Umno tidak lagi mewah selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14, katanya.“Kemewahan bersama Umno ketika Umno menjadi pemerintah tak wujud lagi. Tidak ada kedudukan, kuasa dan sumber kewangan yang semakin terbatas,” katanya.Sementara itu, Prof Madya Jeniri Amir mengibaratkan Umno sebagai kapal yang sedang karam dan menunggu masa untuk musnah.Tiada cara lain untuk menyelamatkan parti itu walaupun setelah Zahid menyerahkan tugas presiden itu kepada Mohamad, kata pensyarah Universiti Malaysia Sarawak itu.Katanya, pemimpin berkenaan pastinya lebih berminat menyertai parti kerajaan seperti PKR dan Bersatu.“Semua tikus (wakil rakyat) melarikan diri. Walaupun Zahid berundur dan menyerahkan tugas itu kepada Mohamad, tidak ada cara dia dapat menghentikan kapal dari tenggelam.“Ada kapal lain yang lebih menarik. Saya merujuk kepada PKR dan Bersatu,” katanya yang menjangkakan lebih ramai lagi akan keluar Umno. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2018/12/zahid-berundur-umno-masih-tiada-hala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stay Di Umno Bererti Masih Mempertahan Najib Dan Zahid Lebih Mulia Dari Berketuakan Tun Open Say To Shahrir

Stay Di Umno Bererti Masih Mempertahan Najib Dan Zahid Lebih Mulia Dari Berketuakan Tun Open Say To Shahrir

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 329 hits
Ahli Parlimen dan ADUN UMNO keluar beramai dari UMNO dan riuh pula akan ada lagi AP UMNO di Semenanjung yang akan ikut sama sebelum akhir tahun ini Yang dijadikan sebab pucuk pimpinan UMNO tidak ada hala tuju Jadi sebaliknya adakah halatuju...
Zahid Masih Orang Terbaik Ketuai Umno Kata Penganalisis

Zahid Masih Orang Terbaik Ketuai Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 295 hits
Astro Awani Geostrategis Prof Madya Azmi Hassan berkata Zahid mempunyai kekuatan mental untuk terus mengetuai UMNO Foto Astro AWANI Shahir Omar KUALA LUMPUR Pengunduran 17 ahli Parlimen dari UMNO setakat ini tidak bermakna Presidennya Datuk...
Umno State Of Play 3 Camps Emerge Zahid Vs Hisham Vs Khairy

Umno State Of Play 3 Camps Emerge Zahid Vs Hisham Vs Khairy

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 364 hits
SEVEN months after losing in the 14th general election Umno has failed to find its footing as an opposition party and is now split into three camps amid defections and back door deals in attempts to stay alive Each camp has a different view...
Resign Only The Umno General Assembly Can Oust Me Says Defiant Zahid

Resign Only The Umno General Assembly Can Oust Me Says Defiant Zahid

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 336 hits
A defiant Ahmad Zahid Hamidi said the only way to remove him as Umno president is through the party s general assembly This was Zahid s response in the face of resignation calls as Umno sees an exodus of MPs who accuse him of failing to pro...
Only Two Thirds Of Umno Members Can Decide On My Ouster Says Zahid

Only Two Thirds Of Umno Members Can Decide On My Ouster Says Zahid

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 363 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi points out that he was elected by members to the post and was not appointed GEORGE TOWN Umno president Ahmad Zahid Hamidi today said only party members can compel him to step down as the party s head throug...
Umno Tidak Akan Bekerjasama Dengan Dap Zahid

Umno Tidak Akan Bekerjasama Dengan Dap Zahid

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 419 hits
UMNO Tidak Akan Bekerjasama Dengan Dap Zahid UMNO Tidak Akan Bekerjasama Dengan Dap Zahid KUALA LUMPUR 15 Dis Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO menolak kerjasama dengan Dap dan tidak akan berkompromi dengan agen...
Umno Veterans To Zahid Listen To The Grassroots Take A Break

Umno Veterans To Zahid Listen To The Grassroots Take A Break

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 374 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi must listen to the grassroots who want him to take a break from his post in order to facilitate the party s revival according to party veterans One veteran Abdul Aziz Abdul Rahman said that controversial Um...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal