Zahid Keluar Wang Yayasan Akalbudi Rm17 9 Juta Dedah Sprm





KUALA LUMPUR, 21 Rejab 1442H, Jumaat – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa terdapat penglibatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu, berjumlah RM17.9 juta yang digunakan untuk pembelian sijil simpanan tetap dan saham.

Sambil menunjukkan carta aliran pengeluaran wang tersebut di mahkamah, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Fazli Zulkifli, 36, menjelaskan bahawa daripada jumlah itu, RM8.6 juta digunakan untuk membayar deposit saham kepada Ri-Yaz Assets Sdn Bhd manakala RM9.3 juta bagi pembelian sijil simpanan tetap.

“Pengeluaran wang daripada akaun Affin Bank milik Yayasan Akalbudi kepada akaun Maybank Tetuan Lewis & Co (pemegang amanah Yayasan Akalbudi) itu adalah arahan Datuk Seri Ahmad Zahid,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi.


Beliau berkata demikian pada hari ke-47 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Saksi pendakwaan ke-93 itu berkata wang berjumlah RM8.6 juta dibayar kepada Ri-Yaz Assets bagi tujuan pembayaran deposit pembelian saham 60 peratus milik pemegang saham syarikat itu, Tan Sri Rashid Manaf oleh anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah.

“Pembayaran RM8.6 juta itu dibuat melalui firma guaman, Tetuan Lewis & Co kepada Ri-Yazz Assets setelah perbincangan antara Datuk Seri Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah, Datuk Mohammad Shaheen Shah Mohd Sidek (pengarah Ri-Yaz Assets), Datuk Mat Noor Nawi (pengerusi Exim Bank) dan Norzilah Mohamad (ketua pegawai eksekutif Exim Bank).

“Nurulhidayah berminat mengambil alih 60 peratus saham Tan Sri Rashid dalam Ri-Yaz Assets dan meminta pihak Exim Bank menyusun semula pinjamin syarikat itu dengan Exim Bank bagi memanjangkan tempoh pinjaman dan mengeluarkan nama Tan Sri Rashid sebagai penjamin dengan menggantikan nama Datuk Nurulhidayah,” katanya.

Beliau berkata siasatan dengan pihak Exim Bank mendapati Ri-Yaz Assets telah membayar tunggakan hutangnya berjumlah RM8.3 juta (US$2.058 juta) menggunakan wang yang diperoleh daripada Lewis & Co bagi menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjaman untuk pembelian hotel di Bali, Indonesia oleh syarikat itu.

“Terdapat lebihan bayaran disebabkan perbezaan tukaran ringgit kepada USD pada ketika itu berjumlah RM254,879.10. Wang itu telah dipulangkan kembali kepada firma guaman itu menerusi cek,” katanya.

Muhammad Fazli berkata hasil siasatannya, Nurulhidayah telah dilantik sebagai pengarah Ri-yaz Assets pada 27 Jan 2017 bagi menggantikan Abdul Rashid yang meletak jawatan sebagai pengarah pada tarikh sama.

“Datuk Nurulhidayah kemudiannya meletakkan jawatan sebagai pengarah syarikat tersebut pada 31 Jan 2017. Bagaimanapun, kedua-dua pihak iaitu Rashid dan Datuk Nurulhidayah tidak meneruskan perjanjian jual beli saham itu.

“Setelah perjanjian saham tersebut tidak diteruskan, Datuk Nurulhidayah dan Datuk Seri Ahmad Zahid meminta supaya wang berjumlah RM8.3 juta dikembalikan kepada Lewis & Co kerana ia adalah wang Yayasan Akalbudi,” katanya.

Saksi itu juga berkata hasil siasatannya mendapati Nurulhidayah tiada sebarang jawatan dalam Yayasan Akalbudi.

“Pada masa itu, Datuk Nurulhidayah bekerja dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sebagai pengarah pemasaran,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Sazilee.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini. – Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/zahid-keluar-wang-yayasan-akalbudi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Zahid Terlibat Pengeluaran Rm17 9 Juta Dari Yayasan Akalbudi

Saksi Zahid Terlibat Pengeluaran Rm17 9 Juta Dari Yayasan Akalbudi

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 263 hits
31 total views 31 views today Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa terdapat penglibatan Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri itu berjumlah RM17 9 juta yang dig...
Mahkamah Zahid Guna Rm1 4 Juta Dana Yayasan Akalbudi

Mahkamah Zahid Guna Rm1 4 Juta Dana Yayasan Akalbudi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 298 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu saksi ke 99 bahawa Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana berjumlah RM 1 4 juta milik Yayasan Akalbudi bagi pembayaran sembilan kad kredit insurans kenderaan dan...
Saksi Cerita Bagaimana Adik Zahid Terima Rm5 9 Juta Yayasan Akalbudi Beli Dua Banglo

Saksi Cerita Bagaimana Adik Zahid Terima Rm5 9 Juta Yayasan Akalbudi Beli Dua Banglo

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 201 hits
M Fakhrull HalimMahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bagaimana wang RM5 9 juta daripada Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid Hamidi digunakan untuk membeli dua unit lot banglo untuk Yayasan Al Falah yang dipengerusikan adiknya Mohamad Nasa...
Zahid Hamidi Gunakan Dana Yayasan Akalbudi Hampir Rm1 5 Juta Untuk Kegunaan Peribadi

Zahid Hamidi Gunakan Dana Yayasan Akalbudi Hampir Rm1 5 Juta Untuk Kegunaan Peribadi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 162 hits
KUALA LUMPUR Saksi pendakwaan terakhir dalam perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu menggunakan dana Yayasan Akalbudi miliknya berjumlah RM1 469 547 36 untuk memba...
Anak Zahid Tiada Jawatan Dalam Yayasan Akalbudi Saksi

Anak Zahid Tiada Jawatan Dalam Yayasan Akalbudi Saksi

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 170 hits
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Muhammad Fazli Zulkifli memberitahu mahkamah bahawa anak sulung Ahmad Zahid Hamidi Nurulhidayah tidak mempunyai apa apa jawatan pun dalam Yayasan Akalbudi Fazli merupakan pegawai penyiasat SPRM...
Zahid Arah Tukar Rm7 5 Juta Kepada Cek Pengurup Wang Tak Lapor Bank Negara

Zahid Arah Tukar Rm7 5 Juta Kepada Cek Pengurup Wang Tak Lapor Bank Negara

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 258 hits
malaysiakini comDiterbitkan 8 Mar 2021 8 59 pmMahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa pengurup wang Omar Ali Abdullah individu yang didakwa melakukan pengubahan wang haram bagi pihak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak...
Zahid S Daughter Had No Connection With Yayasan Akalbudi

Zahid S Daughter Had No Connection With Yayasan Akalbudi

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 178 hits
The High Court today heard that Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid the eldest daughter of former deputy prime minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has no connections with charity foundation Yayasan Akalbudi which belonged to the latter NST...
Pegawai Sprm Nafi Tuduhan Rm2 Juta Terhadap Zahid Tak Berasas

Pegawai Sprm Nafi Tuduhan Rm2 Juta Terhadap Zahid Tak Berasas

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 269 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghadapi 12 tuduhan pecah amanah lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM117 juta KUALA LUMPUR Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memberi ke...
Zahid Terima Cek Rm6 Juta Serah Pada Lewis Co Kata Pegawai Penyiasat

Zahid Terima Cek Rm6 Juta Serah Pada Lewis Co Kata Pegawai Penyiasat

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 278 hits
March 6 2021 Perbicaraan terhadap Zahid Hamidi masuk hari ke 46 hari ini KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Ahmad Zahid Hamidi menerima dua keping cek berjumlah RM6 juta daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord