Zahid Terima Cek Rm6 Juta Serah Pada Lewis Co Kata Pegawai Penyiasat


 

Bernama -March 6, 2021 Perbicaraan terhadap Zahid Hamidi masuk hari ke-46 hari ini.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Ahmad Zahid Hamidi menerima dua keping cek berjumlah RM6 juta daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad (DGB) Chew Ben Ben dan menyerahkannya kepada Tetuan Lewis & Co.
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Hizar Farhan Abdul Razi, 32, berkata dua cek berkenaan diserahkan Chew kepada Ahmad Zahid di kediaman rasmi bekas Timbalan Perdana Menteri itu di Seri Satria, Putrajaya pada 2017.
Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Lewis & Co adalah pemegang amanah bagi Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid.
Berdasarkan pertuduhan ke-14 dan 15, Ahmad Zahid didakwa menerima dua suapan berjumlah RM6 juta daripada Chew sebagai upah melantik syarikat Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) melaksanakan projek cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen secara rundingan terus di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Mohd Hizar Farhan berkata cek berkenaan diperoleh daripada Chew selepas berlaku masalah kekurangan bekalan pasport pada 2016 yang mana DTSB dianugerahkan dengan kontrak pembekalan cip pasport berkenaan pada 2015.
“Chew telah dipanggil untuk berjumpa dengan tertuduh (Ahmad Zahid) pada 16 Sept 2016 untuk memberikan penerangan kepada Ahmad Zahid tentang masalah kekurangan bekalan pasport ini.
“Beberapa bulan kemudian iaitu pada pertengahan April 2017, Chew sekali lagi telah dipanggil untuk berjumpa tertuduh di kediaman rasminya di Seri Satria, Putrajaya dan pada perjumpaan (hujung April 2017), Chew telah menyerahkan dua keping cek berjumlah RM6 juta kepada tertuduh,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun.
Beliau berkata demikian pada hari ke-46 perbicaraan kes bekas timbalan perdana menteri itu yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.
Saksi pendakwaan ke-91 itu juga berkata tertuduh sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu telah mengarahkan Ketua Setiausaha (KSU) KDN untuk mengambil tindakan ke atas surat-surat daripada DGB kepada KDN berhubung permohonan untuk pembekalan cip tersebut melalui minit-minit tertuduh di atas surat-surat berkenaan.
“Lanjutan daripada arahan tertuduh, KSU KDN telah mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan Setiausaha Bahagian Perolehan KDN pada masa itu, Abd Aziz Md Nor untuk memberikan ulasan dan pandangan pihak KDN kepada Kementerian Kewangan (MOF),” katanya.
“Selepas Abd Aziz menerima surat daripada Pejabat Menteri Dalam Negeri bertarikh 8 Sept 2014, barulah keutamaan diberikan terhadap permohonan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia.
“Selepas menerima surat daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri bertarikh 20 Okt 2015, Abd Aziz telah mengarahkan Penolong Ketua Setiausaha Perolehan KDN untuk menyegerakan keputusan rundingan harga ke Lembaga Perolehan agar proses pengeluaran ‘Letter of Acceptance’ atau Surat Setuju Terima dapat disegerakan seperti diarahkan oleh tertuduh,” katanya dan menambah tertuduh juga Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.
Ketika ditanya Gan semasa pemeriksaan semula, saksi itu bersetuju bahawa kontrak untuk membekalkan cip pasport yang diberikan kepada DTSB tersebut mengikut prosedur operasi standard yang betul.
Gan: Sekiranya tertuduh tidak bersetuju bahawa kontrak diberi kepada DTSB, adakah MOF akan menganugerahkan kontrak tersebut?
Mohd Hizar Farhan: Tidak.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/zahid-terima-cek-rm6-juta-serah-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Sprm Nafi Tuduhan Rm2 Juta Terhadap Zahid Tak Berasas

Pegawai Sprm Nafi Tuduhan Rm2 Juta Terhadap Zahid Tak Berasas

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 325 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghadapi 12 tuduhan pecah amanah lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM117 juta KUALA LUMPUR Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memberi ke...
Saksi Cerita Bagaimana Adik Zahid Terima Rm5 9 Juta Yayasan Akalbudi Beli Dua Banglo

Saksi Cerita Bagaimana Adik Zahid Terima Rm5 9 Juta Yayasan Akalbudi Beli Dua Banglo

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 259 hits
M Fakhrull HalimMahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bagaimana wang RM5 9 juta daripada Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid Hamidi digunakan untuk membeli dua unit lot banglo untuk Yayasan Al Falah yang dipengerusikan adiknya Mohamad Nasa...
Zahid Arah Tukar Rm7 5 Juta Kepada Cek Pengurup Wang Tak Lapor Bank Negara

Zahid Arah Tukar Rm7 5 Juta Kepada Cek Pengurup Wang Tak Lapor Bank Negara

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 312 hits
malaysiakini comDiterbitkan 8 Mar 2021 8 59 pmMahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa pengurup wang Omar Ali Abdullah individu yang didakwa melakukan pengubahan wang haram bagi pihak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak...
Pegawai Polis Lepas Suspek Macau Scam Pengkhianat Berdepan Tindakan Drastik Kata Hamid

Pegawai Polis Lepas Suspek Macau Scam Pengkhianat Berdepan Tindakan Drastik Kata Hamid

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 375 hits
Ketua Polis Negara Hamid Bador berkata pihaknya menyerahkan siasatan kes itu kepada Suruhanjaya Pasukan Polis untuk memutuskan tindakan lanjut IPOH Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan pembabitan seorang pegawai polis di Pulau P...
Akui Terima Rp100 Juta Peserta Sebut Klb Demokrat Deli Serdang Abal Abal

Akui Terima Rp100 Juta Peserta Sebut Klb Demokrat Deli Serdang Abal Abal

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 204 hits
Rahman mengaku dirinya mengikuti KLB yang dihelat pada 5 Maret 2021 itu Menurutnya ia telah menerima uang Rp100 juta lantaran menghadiri acara tersebut
Penolong Pegawai Tadbir Mengaku Tak Salah 120 Tuduhan Terima Rm82 700

Penolong Pegawai Tadbir Mengaku Tak Salah 120 Tuduhan Terima Rm82 700

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 234 hits
Mohamed Helfien Nordin 44 mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan terhadapnya yang dibacakan masing masing di hadapan hakim Suzana Hussin Rozina Ayob dan Azura Alwi KUALA LUMPUR Seorang penolong pegawai tadbir dihadapkan ke tiga Mahkam...
Gara Gara Kenyataan Zahid Mirip Anwar Bn Gantung Pegawai Media

Gara Gara Kenyataan Zahid Mirip Anwar Bn Gantung Pegawai Media

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 511 hits
Barisan Nasional hari ini menggantung seorang pegawai media gabungan itu selama sebulan selepas kontroversi berhubung kenyataan pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi malam tadi berhubung rayuan kepada Agong agar sidang Parlimen diadakan yang miri...
Saksi Zahid Terlibat Pengeluaran Rm17 9 Juta Dari Yayasan Akalbudi

Saksi Zahid Terlibat Pengeluaran Rm17 9 Juta Dari Yayasan Akalbudi

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 320 hits
31 total views 31 views today Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa terdapat penglibatan Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri itu berjumlah RM17 9 juta yang dig...
Jawatan Ketua Pegawai Media Bn Tidak Wujud Pun Hanya Untuk Cover Damage Dibuat Zahid

Jawatan Ketua Pegawai Media Bn Tidak Wujud Pun Hanya Untuk Cover Damage Dibuat Zahid

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 279 hits
Barisan Nasional terpaksa mengendalikan situasi atau melakukan damage control selepas pendedahan memalukan semalam bahawa kenyataan pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi mirip kepada yang dikeluarkan Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Semala...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Di Teratak Kecil Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights