Pegawai Sprm Nafi Tuduhan Rm2 Juta Terhadap Zahid Tak Berasas


Ho Kit YenPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghadapi 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM117 juta. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, menafikan tiga daripada lapan tuduhan rasuah terhadap bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi adalah tidak berasas.
Fairul Rafiq Hamirudin ketika disoal peguam Hisyam Teh sama ada tiga tuduhan itu “gagal” selepas seorang saksi lain, pengarah syarikat Azlan Shah Jaffril memberi keterangan bahawa beliau membayar RM2 juta kepada Zahid pada 2017 sebagai “derma politik”, bukannya rasuah.
Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, menghadapi 12 tuduhan pecah amanah jenayah, lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram, berjumlah RM117 juta.
Syarikat Azlan, Profound Radiance Sdn Bhd dilantik Kementerian Dalam Negeri, yang ketika itu bawah Zahid, untuk melaksanakan pusat sehenti bagi memproses permit kerja pekerja warga Pakistan serta Nepal.
Timbalan pendakwa raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi membantah soalan dikemukakan itu menyebabkan Hisyam menegaskan pihaknya sekadar menyatakan pendirian bahawa tuduhan melibatkan RM2 juta berkenaan adalah tidak berasas.
Selain itu, saksi berkenaan turut berkata SPRM mengambil keterangan Zahid antara Julai dan Oktober 2018 ketika siasatan melibatkan dakwaan rasuah.
Sementara itu, seorang lagi saksi SPRM, Mohd Zamri Abdul Rashid dalam keterangannya berkata beliau ditugaskan menyiasat Zahid berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM13.25 juta pada Oktober 2018.
Katanya, berdasarkan siasatannya, saksi Junaith Asharab Md Shariff menyerahkan cek berjumlah RM13.25 juta kepada Zahid dan adiknya Mohammad Nasaee dalam beberapa kejadian berbeza.
“Junaith bertanya kepada Nasaee dan tertuduh siapakah penerima cek berkenaan.
“Tertuduh memberitahunya bayaran itu untuk firma guaman Lewis and Co, yang bertindak sebagai pemegang amanah Zahid,” katanya.
Peguam Hamidi Mohd Nor kemudian membantah keterangan Zamri yang mendakwa Zahid menjanjikan untuk memberikan projek kerajaan kepada Junaith selepas pilihan raya 2018 ketika salah satu perjumpaan mereka.
“Pihak pembelaan menghujahkan ini sekadar pandangannya (Zamri). Junaith telah memberi keterangan bahawa anak guam saya tidak menjanjikan sebarang projek kerajaan ini,” katanya.
Pada peringkat itu, timbalan pendakwa raya Gan Peng Kun memaklumkan mahkamah bahawa pendakwaan telah mengisytiharkan Junaith sebagai saksi belot selepas beliau menukar keterangannya, tahun lalu.
Katanya, dakwaan berhubung janji projek kerajaan itu didedahkan ketika siasatan Zamri, seterusnya beliau meminta isu itu dibiarkan buat masa ini.
Susulan itu, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata mahkamah tidak akan menerimanya.
Perbicaraan bersambung Jumaat ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/pegawai-sprm-nafi-tuduhan-rm2-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Terima Cek Rm6 Juta Serah Pada Lewis Co Kata Pegawai Penyiasat

Zahid Terima Cek Rm6 Juta Serah Pada Lewis Co Kata Pegawai Penyiasat

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 278 hits
March 6 2021 Perbicaraan terhadap Zahid Hamidi masuk hari ke 46 hari ini KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Ahmad Zahid Hamidi menerima dua keping cek berjumlah RM6 juta daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group...
Zahid Keluar Wang Yayasan Akalbudi Rm17 9 Juta Dedah Sprm

Zahid Keluar Wang Yayasan Akalbudi Rm17 9 Juta Dedah Sprm

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR 21 Rejab 1442H Jumaat Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa terdapat penglibatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu berjumlah RM17 9 juta yang ...
Facebook Diarah Bayar Rm2 63 Bilion Selesai Pertikaian Kerahsiaan Dengan 1 6 Juta Pengguna

Facebook Diarah Bayar Rm2 63 Bilion Selesai Pertikaian Kerahsiaan Dengan 1 6 Juta Pengguna

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 244 hits
Mahkamah mengarahkan Facebook membayar AS 650 juta bagi menyelesaikan pertikaian kerahsiaan antara gergasi media sosial itu dengan 1 6 juta pengguna di sebuah negeri di Amerika Syarikat Hakim Persekutuan AS memberikan persetujuan akhir terh...
Beli Harga Mangkuk Biasa Tak Sangka Rupanya Mangkuk Porselin Dinasti Ming Bernilai Rm2 Juta

Beli Harga Mangkuk Biasa Tak Sangka Rupanya Mangkuk Porselin Dinasti Ming Bernilai Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 377 hits
NEW YORK Siapa sangka satu mangkuk porselin yang dibeli dengan harga AS 35 di pusat penjualan di Connecticut sebenarnya artifak Cina abad ke 15 yang sangat berharga dengan nilai AS 500 000 akan dilelong di Sotheby s pada 17 Mac Pemilik yang...
Zahid Hamidi Nafi Umno Pernah Bincang Wujudkan Kerjasama Dengan Dap

Zahid Hamidi Nafi Umno Pernah Bincang Wujudkan Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 279 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa parti itu pernah berbincang untuk mengadakan kerjasama dengan DAP Memetik laporan Sinar Harian beliau bagaimanapun mendakwa terdapat seseorang daripada parti UMNO yang kerap be...
Saksi Cerita Bagaimana Adik Zahid Terima Rm5 9 Juta Yayasan Akalbudi Beli Dua Banglo

Saksi Cerita Bagaimana Adik Zahid Terima Rm5 9 Juta Yayasan Akalbudi Beli Dua Banglo

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 201 hits
M Fakhrull HalimMahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bagaimana wang RM5 9 juta daripada Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid Hamidi digunakan untuk membeli dua unit lot banglo untuk Yayasan Al Falah yang dipengerusikan adiknya Mohamad Nasa...
Zahid Arah Tukar Rm7 5 Juta Kepada Cek Pengurup Wang Tak Lapor Bank Negara

Zahid Arah Tukar Rm7 5 Juta Kepada Cek Pengurup Wang Tak Lapor Bank Negara

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 257 hits
malaysiakini comDiterbitkan 8 Mar 2021 8 59 pmMahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa pengurup wang Omar Ali Abdullah individu yang didakwa melakukan pengubahan wang haram bagi pihak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak...
Kenapa Sprm Timbulkan Tawaran Rm10 Juta Kepada Mp Sekijang Sedangkan Ia Hanya Coretan Laman Facebook Saja

Kenapa Sprm Timbulkan Tawaran Rm10 Juta Kepada Mp Sekijang Sedangkan Ia Hanya Coretan Laman Facebook Saja

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 211 hits
Sebagai respon kepada laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail berhubung cubaan merasuah beliau untuk menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin SPRM petang ini mengeluarkan kenyataan media dengan tajuk SPRM SIASAT KEBENARAN...
Saksi Zahid Terlibat Pengeluaran Rm17 9 Juta Dari Yayasan Akalbudi

Saksi Zahid Terlibat Pengeluaran Rm17 9 Juta Dari Yayasan Akalbudi

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 262 hits
31 total views 31 views today Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa terdapat penglibatan Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri itu berjumlah RM17 9 juta yang dig...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Resepi Char Kuew Teow Udang

Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim