Zahid Hamidi Gunakan Dana Yayasan Akalbudi Hampir Rm1 5 Juta Untuk Kegunaan Peribadi


 


KUALA LUMPUR - Saksi pendakwaan terakhir dalam perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu menggunakan dana Yayasan Akalbudi miliknya berjumlah RM1,469,547.36 untuk membayar kad kredit, insurans dan cukai jalan 20 kenderaan miliknya.
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khairudin Kilau, 44, berkata hasil siasatannya, Zahid membayar sembilan kad kredit beliau dan isterinya, Hamidah Khamis atas penggunaan peribadi berjumlah RM1,362,037.81 manakala RM107,509.55 untuk pembayaran insurans dan cukai jalan bagi 20 kenderaan milik mereka.
Bagi pembayaran kad kredit, Zahid menggunakan wang yayasan itu untuk membayar kad kredit AmBank Islamic sebanyak RM1,296,715.98, Maybank (RM34,686.03) dan American Express (RM30,635.80).
“Kad-kad kredit AmBank Islamic dan Maybank mempunyai kad tambahan atas nama Hamidah Khamis. Hasil semakan dan penelitian ke atas penyata akaun bagi semua kad kredit itu mendapati banyak perbelanjaan dibuat di luar negara dan dibayar menggunakan cek Affin Bank Berhad milik Yayasan Akalbudi antara 2014 dan 2016,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt.
Saksi pendakwaan ke-99 itu berkata demikian pada hari ke-51 perbicaraan kes Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi.
Khairudin berkata Zahid juga menggunakan wang yayasan itu untuk membayar insurans serta cukai jalan bagi 20 kenderaan termasuk 18 kenderaan mewah miliknya, antaranya BMW X5, Mini Cooper S, Mercedes Benz CLS350, BMW 320i (A), Toyota Land Cruiser dan motosikal BMW R1200 GS.
“Bagi bayaran pertama sebanyak RM17,335.54 digunakan untuk membayar polisi insurans dan RM7,625.01 bagi bayaran cukai jalan melibatkan enam kenderaan milik Zahid dan isteri, dengan pembayaran itu dibuat melalui tiga cek Affin Bank Berhad pada 22 Jan 2015.
“Bayaran kedua, sebanyak RM27,246.90 adalah untuk membayar polisi insurans dan RM16,368.10 bagi bayaran cukai jalan yang dibayar melalui cek Affin Bank Berhad pada 15 April 2015, melibatkan empat kenderaan milik Zahid, sebuah kenderaan milik BZ Motors Sdn Bhd dan sebuah kenderaan milik Juhari Janan.
“Sementara bayaran ketiga pula, sejumlah RM27,607.11 digunakan untuk membayar polisi insurans manakala RM11,276.89 untuk membayar cukai jalan yang melibatkan lapan kenderaan milik Zahid dan bayaran dibuat melalui cek Affin Bank Berhad pada 22 Sept 2015,” katanya.
Mengenai penubuhan Yayasan Akalbudi, Khairudin berkata berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pemegang-pemegang amanah yayasan itu, yayasan itu tidak pernah mengadakan ‘Annual General Meeting (AGM)’ sepanjang penubuhannya antara 1997 hingga 2018.
“Tidak ada apa-apa mesyuarat serta perbincangan rasmi yang direkodkan oleh setiausaha yayasan itu berkaitan aktiviti-aktiviti serta laporan kewangan Yayasan Akalbudi.
“Kewangan dan aktiviti ditadbir urus oleh Zahid sendiri. Pemegang-pemegang amanah itu juga tidak mengetahui siapa penyumbang dana dan berapa jumlah sumbangan yang diterima oleh Yayasan Akalbudi.
“Pemegang amanah yang lain hanya mengetahui Yayasan Akalbudi ada melaksanakan urusan kebajikan khususnya kepada penduduk kawasan Bagan Datuk yang melibatkan sumbangan kepada masjid-masjid dan pusat tahfiz,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 18 Mac ini (Khamis) dan saksi itu akan menyambung keterangannya pada hari itu.
Khairudin adalah pegawai penyiasat SPRM ke-10 yang dipanggil pihak pendakwaan.
Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/03/saksi-terakhir-dakwa-zahid-hamidi-guna.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Zahid Guna Rm1 4 Juta Dana Yayasan Akalbudi

Mahkamah Zahid Guna Rm1 4 Juta Dana Yayasan Akalbudi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 390 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu saksi ke 99 bahawa Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana berjumlah RM 1 4 juta milik Yayasan Akalbudi bagi pembayaran sembilan kad kredit insurans kenderaan dan...
Zahid Guna Hampir Rm1 5 Juta Dana Termasuk Bayar Cukai Jalan 20 Kenderaan

Zahid Guna Hampir Rm1 5 Juta Dana Termasuk Bayar Cukai Jalan 20 Kenderaan

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 390 hits
MALAYSIA DATELINEBekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana Yayasan Akalbudi miliknya berjumlah RM1 469 547 36 untuk membayar kad kredit insurans dan cukai jalan 20 kenderaan miliknya Presiden Umno itu ...
Saksi Cerita Bagaimana Adik Zahid Terima Rm5 9 Juta Yayasan Akalbudi Beli Dua Banglo

Saksi Cerita Bagaimana Adik Zahid Terima Rm5 9 Juta Yayasan Akalbudi Beli Dua Banglo

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 289 hits
M Fakhrull HalimMahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bagaimana wang RM5 9 juta daripada Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid Hamidi digunakan untuk membeli dua unit lot banglo untuk Yayasan Al Falah yang dipengerusikan adiknya Mohamad Nasa...
Zahid Keluar Wang Yayasan Akalbudi Rm17 9 Juta Dedah Sprm

Zahid Keluar Wang Yayasan Akalbudi Rm17 9 Juta Dedah Sprm

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 395 hits
KUALA LUMPUR 21 Rejab 1442H Jumaat Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa terdapat penglibatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu berjumlah RM17 9 juta yang ...
Saksi Zahid Terlibat Pengeluaran Rm17 9 Juta Dari Yayasan Akalbudi

Saksi Zahid Terlibat Pengeluaran Rm17 9 Juta Dari Yayasan Akalbudi

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 350 hits
31 total views 31 views today Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa terdapat penglibatan Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri itu berjumlah RM17 9 juta yang dig...
Zahid S Daughter Had No Connection With Yayasan Akalbudi

Zahid S Daughter Had No Connection With Yayasan Akalbudi

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 291 hits
The High Court today heard that Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid the eldest daughter of former deputy prime minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has no connections with charity foundation Yayasan Akalbudi which belonged to the latter NST...
Anak Zahid Tiada Jawatan Dalam Yayasan Akalbudi Saksi

Anak Zahid Tiada Jawatan Dalam Yayasan Akalbudi Saksi

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 258 hits
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Muhammad Fazli Zulkifli memberitahu mahkamah bahawa anak sulung Ahmad Zahid Hamidi Nurulhidayah tidak mempunyai apa apa jawatan pun dalam Yayasan Akalbudi Fazli merupakan pegawai penyiasat SPRM...
Keluarbiasaan Kes Zahid Hamidi

Keluarbiasaan Kes Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 467 hits
Minggu lalu media melaporkan fakta menarik dalam kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO itu kini menghadapi pertuduhan rasuah salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi Dal...
Zahid Arah Tukar Rm7 5 Juta Kepada Cek Pengurup Wang Tak Lapor Bank Negara

Zahid Arah Tukar Rm7 5 Juta Kepada Cek Pengurup Wang Tak Lapor Bank Negara

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 338 hits
malaysiakini comDiterbitkan 8 Mar 2021 8 59 pmMahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa pengurup wang Omar Ali Abdullah individu yang didakwa melakukan pengubahan wang haram bagi pihak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya

10 000 Pengunjung Memeriahkan Konsert Ulang Tahun Ke 20 Mr D I Y Yang Penuh Gemerlapan

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Totiq Batch 4 Bermula Dari Peserta Ke Urusetia

Beruntungnya Jadi Kaki Masjid

Cara Buat Jeruk Kulit Cempedak Atau Mandai Paling Sedap Goreng Tumis