Zahid Jadi Beban Pilih Pemimpin Baharu Jika Umno Mahu Berubah


PUTRAJAYA : Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sudah menjadi beban dan tidak lagi relevan mengepalai sebuah parti besar seperti UMNO.

Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Jamaie Hamil berkata, UMNO sepatutnya perlu mempunyai hala tuju yang jelas menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sama ada mahu memperbaiki semula keyakinan rakyat atau mahu terus mempertahan pemimpin tertentu.

Menurut beliau, UMNO juga perlu mempunyai barisan kepemimpinan yang jelas iaitu tidak ada mana-mana pemimpin terpalit dengan isu skandal rasuah sekali gus boleh menjejaskan imej parti keseluruhannya di mata rakyat bahawa parti itu sendiri bermasalah.

“Apabila sudah ada pemimpin sedemikian dan pemimpin itu pula pemimpin tertinggi dalam parti, secara tidak langsung rakyat melihat parti itu sendiri sebenarnya banyak masalah berdasarkan ketidaksediaan pemimpin lain untuk menukar ketuanya.

“Perkara itu penting, kalau ketuanya ada masalah seperti sedemikian, maka rakyat pun meletakkan satu ketidakyakinan kepada parti itu. Jadi dalam masa dua tahun yang ada ini sebelum PRU akan datang, UMNO perlu buat sesuatu supaya sokongan rakyat kepada UMNO itu akan kembali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jamaie berkata, berdasarkan pengalamannya berhubung budaya politik Malaysia terutama melibatkan sejarah kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU lepas, pilihan raya kecil berikutnya pengundi akan menyokong balik kepada BN.

Justeru, katanya, kalau peluang itu tidak diambil UMNO untuk memperbaiki diri dalam waktu terdekat, ia boleh mendatangkan masalah untuk menghadapi PRU akan datang kerana rakyat sedang menunggu apa tindakan UMNO untuk mengembalikan keyakinan pengundi.

“Adalah suatu yang tidak tidak masuk akal kalau masih nak pertahankan pemimpin seperti itu. Saya tidak kata Ahmad Zahid tidak ada karisma tetapi disebabkan masalah-masalah seperti itu UMNO perlu cari satu penyelesaian cepat supaya keyakinan rakyat untuk mengundi balik kepada BN itu sangat besar,” katanya.

Dalam hal itu, beliau berkata, ahli-ahli akar umbi dilihat mahu menggantikan kepimpinan sedia ada dan Ahmad Zahid dipercayai tidak lagi akan kekal memegang jawatan itu.

Katanya, walaupun ketika ini ramai pemimpin dan sebahagian besar Majlis Tertinggi (MT) dilihat condong kepada Ahmad Zahid kerana masih lagi berkuasa sebagai Presiden, namun jika dibuat pemilihan, peluang beliau untuk menang amat tipis berdasarkan keadaan semasa apabila lebih ramai ahli akan diberi ruang untuk memilih.

“UMNO perlu buat sesuatu dengan cepat supaya keyakinan rakyat untuk mengundi balik UMNO atau gabungan bersama UMNO sama ada Muafakat Nasional (MN) atau BN dalam PRU-15 akan jadi kenyataan.

“Jadi peluang yang ada ini mereka kena cepat sambut. Kalau mereka tidak mahu sambut dengan meletakkan masalah kepada kepimpinan yang ada dalam UMNO itu, bagaimana rakyat nak buat pilihan dan memberikan kepercayaan semula kepada gabungan UMNO dan rakan-rakan MN dan BN,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/zahid-jadi-beban-pilih-pemimpin-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jajaran Baharu Umno Bersama Anwar Dap Perlu Dimuktamad Di Parlimen

Jajaran Baharu Umno Bersama Anwar Dap Perlu Dimuktamad Di Parlimen

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 163 hits
Agenda Daily UMNO perlu memuktamadkan kerjasama jajaran baharu bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP semasa sidang Parlimen yang akan dibuka nanti kata Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman Ahmad Tajuddin berkata h...
Gempar Mp Umno Zahid Sokong Anwar Ibrahim Jadi Pm

Gempar Mp Umno Zahid Sokong Anwar Ibrahim Jadi Pm

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 232 hits
Plot drama politik Malaysia semakin menarik Pendedahan Shahidan Kasim kali ini pasti membuka ruang untuk Anwar Ibrahim merancangkan sekali lagi untuk misinya ke Putrajaya Apa pula perancangan atok
Tangguh Pemilihan Demi Jajaran Baharu Umno Bersama Anwar Dap

Tangguh Pemilihan Demi Jajaran Baharu Umno Bersama Anwar Dap

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 263 hits
agendadaily com27 6 21UMNO sekarang ini dilihat lebih mesra dengan blok pembangkang selepas rancangan pembentukan jajaran baharu Perikatan 3 0 Penangguhan pemilihan UMNO semakin hampir menjadi kenyataan selepas beberapa ahli Majlis Tertingg...
Cukup Cukuplah Zahid Heret Umno Sokong Cikgunya Buat Pemilihan Segera

Cukup Cukuplah Zahid Heret Umno Sokong Cikgunya Buat Pemilihan Segera

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 249 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diingatkan rakan pemimpin senior dalam parti Datuk Seri Nazri Aziz supaya berhenti daripada mengheret parti itu untuk menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga dianggap sebagai cik...
Notis 14 Hari Zahid Atau Umno Yang Pentingkan Diri Sendiri

Notis 14 Hari Zahid Atau Umno Yang Pentingkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 299 hits
Kalau dibaca kenyataan media Presiden UMNO yang mendesak agar Parlimen bersidang dalam masa 14 hari nampak hebat sekali penegasannya dan kalau kita tidak memahami keadaan kita diperbodohkan dengan mudah oleh Zahid Sebenarnya kenyataan Zahid...
Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret Umno Sokong Anwar

Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Usaha menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi calon Perdana Menteri masih diteruskan sehingga hari ini Bercakap kepada Utusan Malaysia Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional Datuk Seri Shahidan Kassim berkat...
Zahid Panggil Mp Umno Tandatangan Surat Tarik Diri

Zahid Panggil Mp Umno Tandatangan Surat Tarik Diri

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 304 hits
Zahid panggil MP UMNO tandatangan surat tarik diri daripada PN UMNO Pusat sedang memanggil ahli parlimennya secara berperingkat untuk mendapat perakuan bersama meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos Sumber parti yang layak ...
Panas Zahidi Desak Zahid Dedah Ahli Parlimen Umno Sain Sd Sokong Anwar

Panas Zahidi Desak Zahid Dedah Ahli Parlimen Umno Sain Sd Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 217 hits
June 24 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didesak menjelaskan siapa di kalangan Ahli ahli Parlimen UMNO yang menandatangani akuan bersumpah agar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Ketua UMNO Bahagian Padang Besar...
Zahid Anwar Saksi Ahli Parlimen Umno Tandatangan Dokumen Sokong Anwar Sebagai Pm Dakwa Shahidan

Zahid Anwar Saksi Ahli Parlimen Umno Tandatangan Dokumen Sokong Anwar Sebagai Pm Dakwa Shahidan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 288 hits
Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim hari ini mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada Umno mengaku beliau telah menandatangani dokumen sokongan untuk Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri Shahidan berkata Ahli Parlimen itu memberi...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi