Zahid Hamidi Perlu Letak Jawatan Bukan Ismail Sabri Khianati Parti


Kartini berkata, Ahmad Zahid kini seolah-olah menjadi diktator yang cuba mengarah apa yang perlu ahli buat dan turuti.


KUALA LUMPUR: Tidak wajar untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu mengenakan tindakan ke atas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas tuduhan melanggar mana-mana peraturan yang terdapat dalam UMNO.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Kartini Aboo Talib berkata, Presiden UMNO itu juga tidak boleh melabel Naib Presiden parti itu sebagai pengkhianat hanya kerana menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan tampil berdiri bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media baru-baru ini.

Jelasnya, tindakan Ismail Sabri adalah kerana kepatuhan kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan kerajaan dan adalah tepat sebagai Timbalan Perdana Menteri.”Ahmad Zahid harus membezakan antara keperluan tugas-tugas Jemaah Menteri berbanding parti. Jika beliau sendiri tidak berupaya membezakan tanggungjawab ini, itu petanda Ahmad Zahid harus meletakkan jawatan kerana tidak lagi peka dan tidak sihat dalam membuat keputusan kerana dipengaruhi emosi.

“Dalam hal ini, isunya bukan Ismail Sabri khianati parti, sebaliknya Ahmad Zahid yang jelas mengkhianati parti dan membelakangkan ahli UMNO apabila bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Kartini berkata, Ahmad Zahid kini seolah-olah menjadi diktator yang cuba mengarah apa yang perlu ahli buat dan turuti.

Justeru, katanya, taat setia dan rasa hormat ahli UMNO kepada Presiden tidak perlu membuta-tuli kerana jelas dalam situasi politik ketika ini, kepimpinan Presiden dipertikai dari segi dedikasi dan kewibawaan setelah beberapa siri kesalahan melibatkan integriti terhadap UMNO dan ahli-ahli UMNO.

Katanya, Ahmad Zahid sebaik-baiknya meletakkan jawatan secara terhormat, tidak perlu mendabik dada menegakkan benang yang basah dan berterusan bersekongkol dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan memandangkan usaha ini adalah sia-sia.

“Jika benar perjuangan Ahmad Zahid selama ini untuk bangsa, agama dan negara, maka beliau perlu dengan secara terhormat melepaskan jawatan Presiden UMNO, menumpukan tenaga dan usaha menjawab kes mahkamah beliau.

“Saya memuji Muhyiddin dan kerajaan kerana benar-benar mahu mengembalikan keluhuran separation of power dengan tidak campur tangan dalam urusan kehakiman dan keadilan,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, Ismail Sabri berdepan akibat dari tindakannya menentang keputusan MKT dan menyerahkan kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk mengenakan tindakan ke atas beliau berpandukan Perlembagaan parti.

Ahmad Zahid turut mendakwa, Ismail Sabri pada mulanya bersetuju untuk akur kepada keputusan parti untuk menarik sokongan daripada Perikatan Nasional (PN), malah memberitahu ahli MKT yang beliau akan menuruti segala keputusan parti.

Bagaimanapun, dalam perutusan khas Muhyiddin sebelum ini, Ismail Sabri berdiri di belakang Muhyiddin ketika Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau masih mempunyai majoriti dan kekal memegang jawatan itu.

Sebelum ini, Penganalisis Politik dan Geostrategis Azmi Hassan berkata, adalah “amat janggal” bagi UMNO menasihatkan ahli parlimennya dan menteri serta timbalan menteri daripada parti itu untuk menarik sokongan kepada Muhyiddin dan Kerajaan PN.

Jelasnya, ini adalah kerana sebilangan menteri UMNO memegang portfolio penting dan penarikan sokongan mereka boleh menjejaskan program pemvaksinan kebangsaan seperti yang dipertanggungjawabkan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. – AWANI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/zahid-hamidi-perlu-letak-jawatan-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Wajar Letak Jawatan Zahid Berita Harianmuhyiddin Wajar Dengar Nasihat Zahid

Muhyiddin Wajar Letak Jawatan Zahid Berita Harianmuhyiddin Wajar Dengar Nasihat Zahid

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan kerana mengingkari titah Yang di Pertuan Agong yang mahu semua Ordinan Darurat dibahas dan diungkaikan di Parlimen seiring dengan Perkara 150 Perlembagaan Persek...
Mahiaddin Sah Tiada Majoriti Dimalukan Ismail Sabri Yang Bakal Dipecat Daripada Parti

Mahiaddin Sah Tiada Majoriti Dimalukan Ismail Sabri Yang Bakal Dipecat Daripada Parti

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 280 hits
Apabila Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tampil mengadakan sidang media tengahari tadi bersama 20 lagi Ahli Parlimen UMNO dan BN dengan penegasan untuk terus menyokong Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin sehingga sidang Parlimen ...
Tarik Sokongan Daripada Pn Muhyiddin Ismail Sabri Dedah Zahid Tiada Hala Tuju Yang Jelas

Tarik Sokongan Daripada Pn Muhyiddin Ismail Sabri Dedah Zahid Tiada Hala Tuju Yang Jelas

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 381 hits
SHAH ALAM Tiada hala tuju yang jelas ketika membuat keputusan menarik sokongan daripada kerajaaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin punca ahli Parlimen UMNO tidak menyokong saranan Presiden UMNO Datuk Seri Dr A...
Pengkhianat Itu Zahid Bukan Ismail Sabri Penganalisis

Pengkhianat Itu Zahid Bukan Ismail Sabri Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 409 hits
KUALA LUMPUR Tidak wajar untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu mengenakan tindakan ke atas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas tuduhan melanggar mana mana peraturan yang terdapat dalam UMNO Penganalisis politik dari Universiti Kebangs...
Zahid Wajar Letak Jawatan Secara Terhormat Tumpu Kes Mahkamah Prnganalisis Politik

Zahid Wajar Letak Jawatan Secara Terhormat Tumpu Kes Mahkamah Prnganalisis Politik

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 444 hits
nbsp Profesor Dr Kartini Aboo Talib nbsp Penganalisis politik UKMKUALA LUMPUR Tidak wajar untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu mengenakan tindakan ke atas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas tuduhan melanggar mana mana peraturan yang...
Langkah Letak Jawatan Uji Kewibawaan Zahid Sebagai Presiden Umno

Langkah Letak Jawatan Uji Kewibawaan Zahid Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 520 hits
ismaweb netPresiden hilang wibawa Hanya 2 menteri sahut gesaan letak jawatanOleh Athirah Huda ZalheBANGI 28 Zulhijjah 1442H Sabtu Tindakan peletakan jawatan pemimpin UMNO khususnya sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan minggu ini...
Adakah Zahid Akan Digugurkan Selaku Pengerusi Bn Diganti Dengan Ismail Sabri

Adakah Zahid Akan Digugurkan Selaku Pengerusi Bn Diganti Dengan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 309 hits
bebasnews myBy 07 08 2021APAKAH status Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Majlis Tertinggi UMNO didapati tidak sah dan tiada lagi keabsahan oleh Pendaftar Pertubuhan semalam Adakah beliau juga masih sah menjadi Pengerusi...
Zahid Tak Jawab Saya Tanya Apa Perancangan Seterusnya Ismail Sabri

Zahid Tak Jawab Saya Tanya Apa Perancangan Seterusnya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 487 hits
agendadaily com8 8 2021Pertemuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menjawa...
30 Ahli Parlimen Umno Setuju Ahmad Zahid Perlu Letak Jawatan

30 Ahli Parlimen Umno Setuju Ahmad Zahid Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 324 hits
bebasnews myBy 06 08 2021SHAH ALAM Seramai 30 Ahli Parlimen UMNO didakwa bersetuju supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO demi kebaikan parti tersebut Menurut laporan Astro Awani Ahli Majlis Tert...
Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Kejadian Di Hadapan Rumah

Bantuan Mangsa Banjir Ke Indonesia Dari Luar Dikenakan Cukai

Resepi Telur Bungkus Spesial Sedap Dan Mudah

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Along Kemalangan 11 12 2025

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord

Pokok Air Mata Pengantin


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Manfaat Lemak Ikan Untuk Kesihatan Mengapa Anda Tidak Perlu Takut

Bangunan Kolej Dijual Dengan Harga 1 Peluang Emas Atau Risiko

Asyraf Wajdi Dedah Uec Bukan Syarat Untuk Masuk Universiti Di China

Terpaling Juara Kritik Rxz Members Isu Pemandu Mabuk Senyap Pula Dr Akmal

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Aizul Zahri Lepaskan Aku Chord