Adakah Zahid Akan Digugurkan Selaku Pengerusi Bn Diganti Dengan Ismail Sabri


bebasnews.my
By Zaini Hassan
-07/08/2021


APAKAH status Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Majlis Tertinggi (MT) UMNO didapati tidak sah dan tiada lagi keabsahan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam?

Adakah beliau juga masih sah menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN)?

Tiada lagi precedent atau duluan dalam kes-kes seperti dalam masa terdekat, namun pada 1988 sebaik sahaja mahkamah mengharamkan UMNO, Dr. Mahathir Mohamad mengambil keputusan segera meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN sekali gus.

Berikutan itu, Presiden MCA ketika itu, Dr Ling Liong Sik mengambil alih memangku jawatan Pengerusi BN.

Adakah perkembangan yang sama akan berlaku kepada Zahid?

Ekoran daripada keputusan ROS itu, Majlis Tertinggi BN kemungkinan dijangka bermesyuarat bagi membincangkan kemelut terbaharu dalam politik UMNO.

Mungkinkah antara agenda yang bakal dibincangkan ialah mengenai kedudukan pengerusi BN yang kini dipegang oleh Zahid?

Jika duluan tahun 1988 diambil kira, Zahid terpaksa berundur dan digantikan dengan calon baharu.

Antara calon yang difikirkan sesuai ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Timbalan Perdana Menteri, yang juga Naib Presiden nombor satu UMNO.

Mungkin Datuk Seri Mohamad Hassan selaku Timbalan Presiden UMNO tidak begitu sesuai dalam situasi sekarang kerana beliau bukan seorang Ahli Parlimen dan juga tiada jawatan dalam kerajaan.

Kebarangkalian itu dikuatkan lagi dengan sokongan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semalam Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dalam suratnya kepada Setiausaha Agung UMNO memaklumkan bahawa keputusan MT UMNO untuk menangguhkan pemilihan jawatan di semua peringkat parti itu selama 18 bulan pada 7 Julai 2021 adalah tidak sah.

Menurut Pendaftarnya Jasri Kasim, pihaknya berpandangan bahawa tempoh pemegang jawatan MT UMNO bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.

Kata beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada UMNO mengenai petikan minit mesyuarat MT bertarikh 7 Julai 2021 mengenai penangguhan pemilihan MT, Bahagian, Cawangan, Wanita, Pemuda, Puteri untuk penggal 2021/2023.

“Keputusan (oleh UMNO) itu tidak sah kerana penggal penyandang-penyandang MT bagi tempoh 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun,” katanya semalam (6 Ogos).

Apa yang pasti, drama politik UMNO ini akan terus membara, sekiranya benar BN mengambil keputusan terhadap Zahid, apa pula kedudukan beliau dalam UMNO sendiri?

Yang pasti, menurut pemerhati politik UMNO sudah berpecah dua dan kembali kepada kemelut team A dan B, iaitu kali ini di antara — team Zahid dan Ismail Sabri.

Kita lihat siapa yang akan menang.

— BebasNews

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/adakah-zahid-akan-digugurkan-selaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengkhianat Itu Zahid Bukan Ismail Sabri Penganalisis

Pengkhianat Itu Zahid Bukan Ismail Sabri Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 411 hits
KUALA LUMPUR Tidak wajar untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu mengenakan tindakan ke atas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas tuduhan melanggar mana mana peraturan yang terdapat dalam UMNO Penganalisis politik dari Universiti Kebangs...
Zahid Tak Jawab Saya Tanya Apa Perancangan Seterusnya Ismail Sabri

Zahid Tak Jawab Saya Tanya Apa Perancangan Seterusnya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 488 hits
agendadaily com8 8 2021Pertemuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menjawa...
Zahid Hamidi Perlu Letak Jawatan Bukan Ismail Sabri Khianati Parti

Zahid Hamidi Perlu Letak Jawatan Bukan Ismail Sabri Khianati Parti

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 382 hits
Kartini berkata Ahmad Zahid kini seolah olah menjadi diktator yang cuba mengarah apa yang perlu ahli buat dan turuti KUALA LUMPUR Tidak wajar untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu mengenakan tindakan ke atas Datuk Seri Ismail Sabri Yaako...
Tarik Sokongan Daripada Pn Muhyiddin Ismail Sabri Dedah Zahid Tiada Hala Tuju Yang Jelas

Tarik Sokongan Daripada Pn Muhyiddin Ismail Sabri Dedah Zahid Tiada Hala Tuju Yang Jelas

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 382 hits
SHAH ALAM Tiada hala tuju yang jelas ketika membuat keputusan menarik sokongan daripada kerajaaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin punca ahli Parlimen UMNO tidak menyokong saranan Presiden UMNO Datuk Seri Dr A...
Mahiaddin Sah Tiada Majoriti Dimalukan Ismail Sabri Yang Bakal Dipecat Daripada Parti

Mahiaddin Sah Tiada Majoriti Dimalukan Ismail Sabri Yang Bakal Dipecat Daripada Parti

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 280 hits
Apabila Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tampil mengadakan sidang media tengahari tadi bersama 20 lagi Ahli Parlimen UMNO dan BN dengan penegasan untuk terus menyokong Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin sehingga sidang Parlimen ...
Ismail Sabri Bukan Pengkhianat Penganalisis

Ismail Sabri Bukan Pengkhianat Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 289 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media tergempar berkenaan Ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mengambil pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional di Menara DBKL Kuala Lumpu...
Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 384 hits
Ismail jaja titah diraja pada sidang media sokong kerajaan MuhyiddinFMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerap menggunakan titah Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mempertahanka...
Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Kejadian Di Hadapan Rumah

Bantuan Mangsa Banjir Ke Indonesia Dari Luar Dikenakan Cukai

Resepi Telur Bungkus Spesial Sedap Dan Mudah

Along Kemalangan 11 12 2025

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord

46works Turns The Fantic Caballero Scrambler 700 Into A Sporty Caf Racer


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Manfaat Lemak Ikan Untuk Kesihatan Mengapa Anda Tidak Perlu Takut

Bangunan Kolej Dijual Dengan Harga 1 Peluang Emas Atau Risiko

Asyraf Wajdi Dedah Uec Bukan Syarat Untuk Masuk Universiti Di China

Terpaling Juara Kritik Rxz Members Isu Pemandu Mabuk Senyap Pula Dr Akmal

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Aizul Zahri Lepaskan Aku Chord