Mahiaddin Sah Tiada Majoriti Dimalukan Ismail Sabri Yang Bakal Dipecat Daripada Parti


 
Apabila Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tampil mengadakan sidang media tengahari tadi bersama 20 lagi Ahli Parlimen UMNO dan BN dengan penegasan untuk terus menyokong Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin sehingga sidang Parlimen September depan, dua kesimpulan paling mudah dapat diambil ialah:
Pertama, Mahiaddin dengan sendirinya sudah hilang majoriti kerana dengan hanya 21 saja Ahli Parlimen BN yang hadir dan 10 lagi tidak hadir tetapi dikatakan turut bersama mereka, bermakna daripada 42 Ahli Parlimen BN keseluruhannya, terdapat 11 yang sah tidak menyokong Mahiaddin.
Dengan kedudukan majoriti PN hanya cukup-cukup makan atau mungkin kurang daripada cukup, sahnya 11 Ahli Parlimen BN yang tidak menyokong itu bererti Mahiaddin tiada lagi sokongan majoriti.
Kalau yang 10 yang tidak hadir itu pula turut menafikan atau membuat pusingan U, lagi parahlah tiadanya majoriti dimiliki Mahiaddin.
Tampil bergerombolan konon untuk menunjukkan sokongan kepada Mahiaddin, Ismail Sabri sebaliknya telah secara langsung memberi malu kepada Perdana Menteri.
Elok-elok orang tak tahu dan samar-samar beliau tiada majoriti, kini segala-galanya sudah terang lagi nyata.
Yang Dipertuan Agong sendiri pun barangkali sekarang sedar baginda telah dibohongi oleh Mahiaddin apabila dalam majlis menghadap Rabu lalu, Perdana Menteri mendakwa majoriti dimilikinya masih lagi mencukupi.
Sekaligus ini juga memberi makna bahawa sidang Parlimen pada bulan Septemer nanti sudah tidak perlu lagi untuk menentukan keabsahan Perdana Menteri.
Sidang media Ismail Sabri tadi sudah pun cukup dan memadai untuk mengesahkan Mahiaddin sudah tiada lagi sokongan majoriti.
Kedua, mengadakan sidang media untuk terus memberi sokongan kepada Mahiaddin di ketika MT UMNO sudah pun membuat keputusan setuju menarik sokongan terhadap kerajaan PN, ia juga dengan jelas bererti disiplin parti telah dilanggari.
Bukankah jika tiada Perhimpunan Agung, MT adalah badan pembuat keputusan paling tinggi sekali?
Sedemikian itu, Ismail Sabri dan semua Ahli Parlimen UMNO yang hadir dalam sidang media tadi sudah boleh dihadapkan ke Lembaga Disiplin bagi diambil tindakan sewajarnya, termasuk dipecat daripada parti.
Mereka dengan jelas melanggar disiplin parti dan Zahid Hamidi tidak perlu menunggu lebih lama untuk bertindak dan melakukan pembersihan dalam UMNO.
Dakwaan Ismail Sabri bahawa tindakannya mengadakan sidang media menyokong Mahiaddin tidak bererti tidak akur kepada keputusan parti juga tidak boleh diterima.
Apakah beliau bukan ahli UMNO dan kemenangannya sebagai Ahli Parlimen bukan atas watikah Presiden UMNO?
Mengapa bila sudah menang dan menjadi Ahli Parlimen tiba-tiba tidak mahu lagi terikat dengan ketetapan parti?
Selain itu, tafsiran Ismail Sabri bahawa menjatuhkan Mahiaddin dan kerajaan PN sebelum September sebagai suatu tindakan derhaka turut merupakan tanggapan yang tidak tepat dan mengelirukan.
Ini kerana sidang Parlimen untuk membawa usul percaya pada bulan September nanti adalah cadangan Mahiaddin sendiri kepada Agong yang kebetulan tarikh sidang Parlimen itu sudah pun lebih awal ditetapkan oleh beliau sendiri.
Agong hanya memperkenankan cadangan Mahiaddin itu berikutan beliau masih ingin bertahan dengan jawatannya, meskipun hakikatnya dengan 8 Ahli Parlimen UMNO sudah memaklumkan penarikan sokongan itu ia bermakna kedudukan majoriti Perdana Menteri sudah pun tiada lagi.
Jika benar Ismail Sabri prihatin dengan titah Agong, mengapa sebelum ini apabila baginda bertitah sehingga tiga kali agar Parlimen dibuka untuk bersidang, beliau tidak berbunyi apa-apa?
Apa pun, dengan dua perkara yang nyata terserlah melalui sidang media Ismail Sabri tadi, Zahid Hamidi selaku peneraju UMNO tidak harus berganjak atau berundur walau seinci pun dalam langkahnya untuk menyelamatkan parti itu daripada ditelan Bersatu.
Menjatuhkan Mahiaddin harus diteruskan sambil dalam masa yang sama inilah masanya untuk membersihkan parti daripada saki-saki mereka yang tidak setia dan lebih mementingkan jawatan semata-mata.


 (ShahbudinHusin 06/08/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/mahiaddin-sah-tiada-majoriti-dimalukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Media Kem Ismail Sabri Sahkan Muhyiddin Tidak Ada Majoriti

Sidang Media Kem Ismail Sabri Sahkan Muhyiddin Tidak Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 177 hits
August 6 2021 Seramai 31 ahli ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional hari ini mengambil pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Is...
Zahid Hamidi Perlu Letak Jawatan Bukan Ismail Sabri Khianati Parti

Zahid Hamidi Perlu Letak Jawatan Bukan Ismail Sabri Khianati Parti

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 238 hits
Kartini berkata Ahmad Zahid kini seolah olah menjadi diktator yang cuba mengarah apa yang perlu ahli buat dan turuti KUALA LUMPUR Tidak wajar untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu mengenakan tindakan ke atas Datuk Seri Ismail Sabri Yaako...
Panas Ismail Sabri Bakal Dihadap Ke Jawatankuasa Disiplin Umno

Panas Ismail Sabri Bakal Dihadap Ke Jawatankuasa Disiplin Umno

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 158 hits
Panas Ismail Sabri bakal dihadap ke Jawatankuasa Disiplin Umno August 5 2021 Zahid berkata akan ada akibat bagi naib presiden parti itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas sokongan jelasnya terhadap Muhyiddin dengan menemaninya ketika siara...
Untuk Apa Ismail Sabri Cuba Pertahan Lagi Mahiaddin Beranikah Beliau Sendiri Bawa Usul Percaya Di Parlimen Isnin Depan

Untuk Apa Ismail Sabri Cuba Pertahan Lagi Mahiaddin Beranikah Beliau Sendiri Bawa Usul Percaya Di Parlimen Isnin Depan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 217 hits
Di sebalik rasa amat dukacita yang dizahirkan oleh Yang Dipertuan Agong terhadap kerajaan pimpinan Mahiaddin Md Yassin yang bermakna baginda telah murka Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan merupakan o...
Belum Sebulan Dilantik Tpm Ismail Sabri Bakal Dilantik Pm Interim

Belum Sebulan Dilantik Tpm Ismail Sabri Bakal Dilantik Pm Interim

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 192 hits
freemalaysiatoday com July 31 2021 3 15 PMDifahamkan Muhyiddin sebelum ini dinasihati untuk tidak meletak jawatan susulan kontroversi pembatalan ordinan darurat tanpa perkenan Istana Negara PETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabr...
Edisi Khas Mingguan 032 Panas Mahiaddin Sah Miliki Sokongan Majoriti

Edisi Khas Mingguan 032 Panas Mahiaddin Sah Miliki Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 234 hits
MENARIK DALAM EDISI KHAS 0311 MAHIADDIN DICABAR BAWA USUL UNDI PERCAYA 2 PECAH AMANAH SYED SADDIQ MENGAKU TIDAK BERSALAH TUDUHAN 3 SELAMATKAN TH ORANG POLITIK HANYA TAHU MENJAHANAMKAN
Kenapa Ismail Sabri Berdegil Mahu Bersama Mahiaddin

Kenapa Ismail Sabri Berdegil Mahu Bersama Mahiaddin

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 221 hits
NASUHA RAHMANSidang media yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam disifatkan telah memakan dirinya dan menikam balik bosnya Tan Sri Mahiaddin Md Yassin Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi berkata ...
Ismail Sabri Tanggung Bahana Sokong Lagi Yidin

Ismail Sabri Tanggung Bahana Sokong Lagi Yidin

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 354 hits
Apabila mengamati dan menganalisa sidang akhbar Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan 31 orang ahli parlimen UBN menyokong Mahiaddin Yassin sebagai perdana menteri saya sudah katakan ia tidak memberi signifikan apa apa Yang berlaku dengan si...
Ismail Sabri Dalam Keadaan Tersepit Kata Pemerhati

Ismail Sabri Dalam Keadaan Tersepit Kata Pemerhati

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 299 hits
Predeep NambiarGEORGE TOWN Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dilihat berada dalam keadaan tersepit untuk mengumpulkan sokongan parti terhadap Perdana Menteri dan pada masa sama perlu memastikan parti tidak berpecah Namun ia tidak memba...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan