Zahid Hamidi Kini Sudah Jadi Beban Kepada Bn Lebih Baik Tidak Bertanding Lagi


 
Susulan tularnya video ucapan Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung MIC yang menyebut kemenangan BN dalam PRU15 adalah penting untuk mengelakkan pemimpin-pemimpin gabungan itu daripada didakwa di mahkamah, ini bermakna satu lagi beban baru muncul berkaitan Pengerusi BN itu.
Ucapan beliau itu memberi gambaran kemenangan BN cuma untuk digunakan sebagai perisai bagi mengelakkan pendakwaan di mahkamah terhadap pemimpin-pemimpin yang bermasalah, bukan sama sekali untuk memperjuangkan masalah rakyat.
Bersandarkan ucapan Zahid Hamidi itu juga, manifesto BN kali ini sudah boleh difokuskan kepada satu agenda saja – menyelamatkan pemimpin-pemimpin kami yang pecah amanah dan suka makan rasuah daripada pendakwaan di mahkamah.
Jika sebelum ini Zahid Hamidi diketahui memang merupakan beban kepada BN kerana masih mempunyai 47 kes mahkamah yang sedang berjalan dan kemudian diikuti sikapnya yang berterusan menekan serta mendesak Perdana Menteri agar segera membubarkan Parlimen yang mana tindakan itu difahami lebih untuk menyelamatkan dirinya kerana dijangka keputusan kesnya akan diketahui sebelum tibanya tahun 2023, beban yang baru ini menjadikan BN sebenarnya lebih bermasalah lagi untuk meraih kemenangan.
Dengan reaksi netizen yang semuanya amat negatif terhadap kandungan ucapan beliau itu dan ia kini disebarkan secara meluas melalui pelbagai medium media sosial yang lain, yang nyata kebencian kepada BN bakal bertambah lagi.
Beberapa pemimpin UMNO yang ditanya reaksi mereka turut geleng kepala dengan intipati ucapan Zahid Hamidi yang ditafsir menggambarkan apa yang ada dalam hatinya.
Kata mereka, ucapan itu makin melemahkan BN dan menyediakan laluan lebih sukar untuk meraih kemenangan.
“Siapa yang mahu mengundi BN jika Pengerusi BN sendiri bercakap secara terang bahawa kemenangan dalam PRU15 adalah bagi mengelakkan mereka didakwa di mahkamah.
“Ini secara langsung memberi gambaran semua pemimpin utama BN yang beliau sebutkan namanya itu memang bermasalah dan ada kes perlanggaran undang-undang yang telah dilakukan,” ujar seorang pemimpin UMNO dari sebuah bahagian di utara tanahair.
Dalam keadaan tersebut, mahu tidak mahu, beban sebenar dan terbesar bagi BN di ketika ini ialah ada pada Zahid Hamidi sendiri.
Dengan kes mahkamahnya, tindakannya sentiasa menekan Perdana Menteri sehingga kerajaan jadi tidak stabil, malah Agong sendiri melahirkan kekecewaan atas ketidakstabilan itu dan kini ucapannya mahu menggunakan kuasa politik bagi melindungi pendakwaan di mahkamah, termasuk dirinya sendiri, semua itu sudah cukup sebagai bahan untuk dijaja sebagai hadaman kepada rakyat untuk mereka menolak BN.
Sebagaimana dalam PRU14 lalu, beban itu adalah milik Najib Razak dan dengan kesatuan hati yang ditunjukkan rakyat, BN akhirnya dapat dikalahkan dalam pilihan raya tersebut berikutan kedegilannya enggan berundur.
Maka, tidak mustahil dengan beban itu kini milik Zahid Hamidi, BN bakal ditumbangkan sekali lagi.
Ia kecuali dapat dielakkan jika Zahid Hamidi memutuskan dirinya tidak bertanding lagi.
Selagi beliau masih bertanding dalam PRU15 nanti, beban tersebut tidak akan berkurangan, malah menjadi suatu kelebihan kepada pihak lawan untuk mengajak rakyat menolak BN bagi tujuan memberi hukuman kepadanya.
Zahid Hamidi kini harus sedar beban besar yang ada pada dirinya itu dan hanya dengan beliau tidak bertanding saja beban itu dapat ditiadakan, seterusnya mungkin memberi laluan lebih selesa untuk BN mencapai kemenangan.
Percayalah, jika Zahid Hamidi tetap bertanding juga, cukup dengan dipertontonkan video itu saja sudah mencukupi untuk pakcik dan makcik di kampung-kampung menolak dan membenci BN.
Mereka memberi undi dengan harapan nasib mereka dibela, bukan sebagai laluan bagi pelahap rasuah dan pecah amanah diberi ruang terus bermaharajalela. – ShahbudinHusin 12/10/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/zahid-hamidi-kini-sudah-jadi-beban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Dan Tok Mat Yang Tak Bersih Wajar Undur Diri Ismail Sabri Lebih Berwibawa Kepalai Kempen Bn

Zahid Hamidi Dan Tok Mat Yang Tak Bersih Wajar Undur Diri Ismail Sabri Lebih Berwibawa Kepalai Kempen Bn

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 208 hits
Berdasarkan pengakuan Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MIC beberapa hari lalu bukan saja dirinya yang diakuinya tidak bersih tetapi juga beberapa pemimpin BN lain termasuk Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan Katanya ...
Pas Kawan Yang Tidak Setia Punca Bn Bertanding Solo Di Pru15 Zahid Hamidi

Pas Kawan Yang Tidak Setia Punca Bn Bertanding Solo Di Pru15 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 170 hits
Barisan Nasional enggan mengadakan sebarang rundingan dengan PAS selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 kerana parti itu bukan kawan yang setia nbsp Presiden BN Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin PAS tidak berpendirian tetap menyebabkan BN memil
Bn Lebih Mudah Menang Jika Pru15 Diadakan Selepas Kes Mahkamah Zahid Hamidi Diputuskan

Bn Lebih Mudah Menang Jika Pru15 Diadakan Selepas Kes Mahkamah Zahid Hamidi Diputuskan

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 223 hits
Setelah semalam masih tiada ketentuan bila Parlimen akan dibubarkan ini menjadikan tarikh PRU15 bakal diadakan kekal sebagai misteri yang belum ada jawapan Mengikut laporan media isu pembubaran Parlimen tidak dibangkitkan dalam majlis mengh...
Pelawaan Pas Elak Tiga Penjuru Penuh Muslihat Zahid Hamidi

Pelawaan Pas Elak Tiga Penjuru Penuh Muslihat Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 161 hits
Pelawaan PAS untuk mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti itu dengan BN dan PH hanya satu taktik yang penuh muslihat kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Pengerusi BN itu berkata sebarang kerjasama dengan PAS perlu bersifat menyel...
Pru15 Tak Sesuai Diadakan Pada November Kata Metmalaysia Tetapi Zahid Hamidi Bertegas Mahu Pru15 Diadakan Segera

Pru15 Tak Sesuai Diadakan Pada November Kata Metmalaysia Tetapi Zahid Hamidi Bertegas Mahu Pru15 Diadakan Segera

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 127 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan Pilihan Raya Umum ke 15 tidak sesuai diadakan semasa Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada November ini nbsp Jika mengambil kira pandangan kami daripada komuniti pengurusan ben
Mana Yang Lebih Baik

Mana Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 196 hits
MANA YANG LEBIH BAIK Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha PengasihAssalammualaikum semua hihi Barangkali perlahan itu kurang baik tetapi sebenarnya itu lebih baik berbanding tidak bergerak langsung Lakukanlah walau mungkin cuma kec...
Kurs Rupiah Anjlok 6 40 Persen Bi Masih Lebih Baik Dibanding Ringgit Malaysia

Kurs Rupiah Anjlok 6 40 Persen Bi Masih Lebih Baik Dibanding Ringgit Malaysia

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 186 hits
Dalam bahan paparannya pelemahan mata uang Rupee India mencapai 8 65 persen Sementara itu mata uang Ringgit Malaysia terdepresiasi hingga 10 16 persen dan Thailand 11 36 persen
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah