Zahid Hamidi Dan Tok Mat Yang Tak Bersih Wajar Undur Diri Ismail Sabri Lebih Berwibawa Kepalai Kempen Bn




 Berdasarkan pengakuan Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MIC beberapa hari lalu, bukan saja dirinya yang diakuinya tidak bersih, tetapi juga beberapa pemimpin BN lain termasuk Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.
Katanya, Mohamad atau Tok Mat adalah termasuk dalam senarai menunggu untuk didakwa.
Dirinya yang sedang dalam perbicaraan mungkin mudah difahami apa yang tidak bersihnya itu, tapi barangkali Zahid Hamidi juga tahu apa yang tak bersihnya timbalannya itu.
Kalau tidak, takkan beliau berani menyebutnya secara terbuka dan di depan kamera.
“Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU14 lalu, bukan saja saya akan kena dakwa, tetapi juga Tok Mat yang namanya turut dalam senarai untuk didakwa sama.
“Bagi mengelakkan semua itu, BN mesti menang dengan dominan dalam PRU15 akan datang,” ujar beliau yang videonya itu sekarang ini tular bertebaran hingga ke ceruk pedalaman kampung di seluruh negara.
Dengan apa yang diucapkannya itu yang semua orang faham bahawa beliau dan Tok Mat adalah tidak bersih, kedua-dua mereka sebenarnya tidak patut lagi mengepalai kempen BN dalam PRU15 ini.
Zahid Hamidi ialah Presiden UMNO dan Pengerusi BN, manakala Tok Mat adalah Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Pengerusi BN dan Pengarah Pilihan Raya BN.
Keberadaan kedua-duanya yang diakui sendiri tidak bersih oleh Zahid Hamidi itu pasti menjadi persoalan di mata pengundi, lebih-lebih lagi jika mereka turut bertanding sebagai calon.
Mereka bukan saja meletakkan BN dalam keadaan yang diragui, bahkan dengan bertanding pula, ia menjadikan seolah-olah mereka ada kepentingan dalam kemenangan yang ingin dicapai BN iaitu untuk melepaskan diri daripada pendakwaan.
Oleh kerana video ucapan Zahid Hamidi itu sudah tersebar luas ke seluruh negara , selain rakyat di bandar dan separa bandar lebih dulu menontonnya, malah pengundi di luar negara juga dapat menontonnya, ini dengan sendirinya meletakkan peluang kemenangan BN tidaklah lagi secerah seperti sebelum ini.
Tidak ada pengundi mahu memberi undi kepada BN lantaran mereka sedar kemenangan yang dicapai hanya akan digunakan bagi mengelakkan diri kedua-dua pemimpin itu khususnya daripada sebarang pendakwaan.
Bagi mengelakkan nasib buruk menimpa BN, Zahid Hamidi dan Tok Mat bukan saja tidak wajar bertanding lagi, malah wajib menyerahkan tugas mengepalai kempen BN bagi PRU15 ini kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob
Sebagai Perdana Menteri dan “poster boy”, Ismail Sabri mampu membawa lebih keyakinan kepada BN jika beliau diamanahkan memikul tanggungjawab tersebut berbanding Zahid Hamidi dan Tok Mat yang tidak bersih itu.
Lebih berwibawa lagi, tidak seperti Zahid Hamidi yang masih ada kes mahkamah dan dirinya diakui sendiri tidak bersih bersama dengan Tok Mat, Ismail Sabri sebaliknya tiada apa-apa kes yang mencalarkan imejnya. – ShahbudinHusin 15/10/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/zahid-hamidi-dan-tok-mat-yang-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Adalah Calon Pm Muktamad Dari Umno Zahid Hamidi

Ismail Sabri Adalah Calon Pm Muktamad Dari Umno Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 253 hits
UMNO tidak berganjak dengan keputusan mencalonkan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika BN memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan yang ...
Ismail Sabri Hakikat Umno Dikuasai Zahid Hamidi

Ismail Sabri Hakikat Umno Dikuasai Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 182 hits
Walaupun wajah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin dijadikan bahan kempen sebagai calon perdana menteri ketika pilihan raya berjalan nanti namun bukan beliau yang akan menentukan siapa berkuasa kelak Sebaliknya Datuk Seri Ahmad Zahid tet...
Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri Jika Bn Menang Pru15 Zahid Hamidi

Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri Jika Bn Menang Pru15 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 170 hits
The ReporterFoto Borneo Post OnlineMajlis Kerja Tertinggi UMNO dilaporkan telah mencalonkan Ismail Sabri sebagai poster boy calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum Ke 15 ini Ahli MKT UMNO Razlan Rafii berkata keputusan itu telah dibuat...
Ismail Sabri Kekal Poster Boy Bn Calon Pm Kata Zahid

Ismail Sabri Kekal Poster Boy Bn Calon Pm Kata Zahid

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 169 hits
Ismail Sabri kekal poster boy BN calon PM kata Zahid Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Oct 2022 6 06PM
Semua Bahagian Sokong Ismail Sabri Jadi Pm Kedudukan Zahid Masih Selamat

Semua Bahagian Sokong Ismail Sabri Jadi Pm Kedudukan Zahid Masih Selamat

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 164 hits
agendaily com18 10 2022Ismail Sabri menegaskan hubungan dengan Zahid dalam keadaan baik sejak dulu Selepas semua UMNO Bahagian membuat usul untuk mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke 10 kini timbul per...
Zahid Hamidi Kini Sudah Jadi Beban Kepada Bn Lebih Baik Tidak Bertanding Lagi

Zahid Hamidi Kini Sudah Jadi Beban Kepada Bn Lebih Baik Tidak Bertanding Lagi

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 156 hits
Susulan tularnya video ucapan Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung MIC yang menyebut kemenangan BN dalam PRU15 adalah penting untuk mengelakkan pemimpin pemimpin gabungan itu daripada didakwa di mahkamah ini bermakna satu lagi beban baru muncu...
Salahkan Diri Sendiri Bukan Orang Lain Kata Muhyiddin Kepada Ismail Sabri

Salahkan Diri Sendiri Bukan Orang Lain Kata Muhyiddin Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 209 hits
Salahkan diri sendiri bukan orang lain kata Muhyiddin kepada Ismail SabriPresiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin Gambar Agenda Daily oleh Hiekal Rosli 9 Oktober 2022 18SharesTan Sri Muhyiddin Yassin membalas kritikan terhadap Perdana Ment...
Ismail Sabri Lebih Teruk Daripada Liz Truss Kata Guan Eng

Ismail Sabri Lebih Teruk Daripada Liz Truss Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 182 hits
agendaily com21 10 2022Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lebih teruk daripada Perdana Menteri Britain Liz Truss Gaya pentadbiran Perdana Menteri Britain Liz Truss mempunyai banyak persamaan...
Selepas Parlimen Bubar Siapa Yang Berkuasa Zahid Atau Ismail Sabri

Selepas Parlimen Bubar Siapa Yang Berkuasa Zahid Atau Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 175 hits
agendaily com05 10 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Spekulasi kuat mengatakan Parlimen bakal dibubarkan juga pada minggu ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob su...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu