Jangan Malukan Najib Takkan Baru Sehari Masuk Penjara Sudah Nak Minta Pengampunan Diraja


 

Hanya semalaman selepas Najib Razak mendekam di Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya semalam, hari ini terlihat sudah ramai kalangan penyokongnya yang bercakap tentang usaha mendapatkan pengampunan diraja buat beliau.

Sekumpulan penyokong beliau juga turut menghantar memo kepada Istana Negara.

Kata mereka, atas kedudukan Najib sebagai bekas Perdana Menteri serta atas jasa-jasanya kepada negara, bekas Perdana Menteri itu amat berhak mendapat pengampunan diraja daripada Yang Dipertuan Agong.

Lagi pula, tambah mereka, selain Agong dan Najib mempunyai hubungan peribadi yang rapat, kedua-duanya juga berasal dari Pahang.

Dengan demikian, tiada masalah bagi Agong untuk memberi pengampunan kepada Najib, ujar mereka lagi.

Dalam hal berkaitan, jika ditanya kepada ramai peguam, hampir semuanya mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai bila pengampunan diraja itu boleh diberikan.

Ada yang mengatakan pengampunan diraja hanya boleh diberi setelah menjalani separuh hukuman penjara, ada yang mengatakan setelah sekurang-kurangnya tiga bulan duduk di penjara dan ada pula mengatakan tiada had masa yang tertentu sebagai syaratnya.

Kata kelompok itu, waima setelah sehari masuk penjara pun boleh diberi pengampunan diraja jika Agong mahu berbuat demikian.

Wowww….terbayangkah kita hanya sehari setelah masuk penjara, tiba-tiba Najib sudah dibebaskan?

Begitu pun, untuk pertimbangan kewarasan sesama kita, hendaklah disedari bahawa Najib dipenjara kerana kesalahan jenayah iaitu rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram berkaitan dana SRC International, sebuah anak syarikat 1MDB.

Atas kesalahan tersebut, sudah tentu banyak pertimbangan harus menjadi perkiraan Agong, terutama mendapat nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu.

Selain itu, sesuai dengan konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan negara ini, segala tindakan Agong dalam memberi sesuatu pengampunan diraja bukanlah atas budi bicara baginda secara peribadi, tetapi setelah dinasihati oleh Lembaga Pengampunan.

Lembaga Pengampunan pula dianggotai antaranya oleh Perdana Menteri, Peguam Negara dan menteri yang menjaga sesuatu wilayah di mana pesalah itu menjalani hukuman, manakala Agong adalah pengerusinya.

Dalam keadaan tersebut, rasanya mudah untuk kita memahami bahawa prosesnya tidaklah sesenang memasak roti canai segera – panaskan kuali, tebar dan kemudian boleh terus dimakan.

Dalam konteks Najib dan hukuman penjara yang diterimanya, bukan tidak boleh mengusahakan pengampunan buat beliau, tetapi jika kita imbas kembali sepanjang perbicaraan yang lalu, bekas Perdana Menteri itu sendiri berulang kali menyatakan beliau tidak takut berdepan proses keadilan, malah beberapa kali melaungkan ungkapan “Lawan Tetap Lawan”.

Beliau juga mahu berjuang bersendirian mendapatkan keadilan tanpa mengheret UMNO sekali bersamanya.

Makna kata, Najib adalah seorang yang berani, sesuai dengan darah Bugis yang mengalir dalam tubuhnya.

Lebih daripada itu, UMNO sendiri adalah sebuah parti perjuangan yang rentetan keberaniannya sejak melawan Malayan Union, jika disenaraikan, adalah begitu panjang sekali.

Kesimpulannya, Najib dan UMNO adalah rangkuman keberanian yang tiada tolok bandingnya.

Maka, kenapa para penyokongnya terlalu awal, baru hanya sehari beliau duduk di penjara, sudah mula bercakap soal pengampunan diraja?

Tak bolehkah tunggu tiga bulan, tiga tahun atau enam tahun baru nak bercakap tentang pengampunan diraja?

Cisss…janganlah malukan serta lekehkan keberanian Najib!! – ShahbudinHusin 24/08/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/jangan-malukan-najib-takkan-baru-sehari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengampunan Diraja Atau Tidak Najib Perlu Masuk Penjara Dahulu

Pengampunan Diraja Atau Tidak Najib Perlu Masuk Penjara Dahulu

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 283 hits
SHAH ALAM Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh memfailkan permohonan semakan dan permohonan untuk pengampunan diraja namun beliau perlu terlebih dahulu menjalani hukuman penjara dan denda setelah gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan...
Najib Masuk Penjara Tak Boleh Bergembira

Najib Masuk Penjara Tak Boleh Bergembira

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 252 hits
Peenyamun berkeliaran masih boleh beergembiraUstazah yang mempertahankan penyamun
Ismail Dalam Dilema Lepas Najib Masuk Penjara

Ismail Dalam Dilema Lepas Najib Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 226 hits
Alyaa Alhadjri Fion YapANALISIS Dengan Najib Razak kini dalam penjara Umno kehilangan salah seorang peneraju utama kempen parti itu dalam menghadapi pilihan raya Perkembangan itu dilihat membuatkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang b...
Penyokong Najib Sengaja Buat Lupa Anwar 3 Tahun Dipenjara Sebelum Diberi Pengampunan Diraja

Penyokong Najib Sengaja Buat Lupa Anwar 3 Tahun Dipenjara Sebelum Diberi Pengampunan Diraja

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 213 hits
Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja membuat lupa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjalani hukuman penjara selama lebih tiga tahun mulai 2015 sebelum diberi pengampunan diraja demikian menurut A Kadir Jasin Katanya pengampuna...
Wajarkah Najib Menerima Pengampunan Diraja

Wajarkah Najib Menerima Pengampunan Diraja

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 203 hits
MOHAMED HANIPA MAIDINSejak sembilan orang hakim mahkamah sebulat suara memutuskan Najib bersalah dan kini dihukum penjara saya kerap ditanya soalan di atas Jujurnya saya tak boleh nak jawab soalan sesukar itu Jika soalan itu hanya sekadar b...
Puaka Dari Masa Silam Malaysia Kehidupan Baru Buat Malaysia Saat Najib Ke Penjara Siri 1

Puaka Dari Masa Silam Malaysia Kehidupan Baru Buat Malaysia Saat Najib Ke Penjara Siri 1

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 232 hits
Ia sebuah detik katarsis bagi negara saatnya rakyat terkesima dapat melihat Najib dihantar ke penjaraBY ANIL NETTODengan keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mengekalkan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi selepas empat tahun yang cukup m...
Hukuman Ke Atas Najib Hanyalah Penjara Bukan Hukuman Mati Apa Yg Nak Kecoh Sangat

Hukuman Ke Atas Najib Hanyalah Penjara Bukan Hukuman Mati Apa Yg Nak Kecoh Sangat

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 302 hits
Berkelakuan baikMohon pengampunanKeluar mahkamah dan boleh berpolitik semula Bertanding semula Hebat dan suci macam najib takkan tak boleh jadi PM semulaMahathir yang difitnah 24 jam pun PM semula ketika umur 93 tahunIsmail jadi PM pun tanp...
Najib Masuk Penjara Kesalahan Pada Peguamnya

Najib Masuk Penjara Kesalahan Pada Peguamnya

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 208 hits
PEGUAM yang mengaku berpengalaman puluhan tahun tidak menggunakan ruang dan kesempatan untuk berhujah membela Najib dengan sewajarnya Puluhan tahun jadi peguam nak tarik diri kena mohon pada mahkamah terlebih dahulu pun Tak tahu Apakah berb...
Puaka Dari Masa Silam Malaysia Kehidupan Baru Buat Malaysia Saat Najib Ke Penjara Siri 2

Puaka Dari Masa Silam Malaysia Kehidupan Baru Buat Malaysia Saat Najib Ke Penjara Siri 2

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 211 hits
Ia sebuah detik katarsis bagi negara saatnya rakyat terkesima dapat melihat Najib dihantar ke penjaraBy Anil Netto 28 2022Mengapa ramai ahli politik gemar akan projek mega seperti lapangan terbang lebuhraya pengangkutan mega projek reklamas...
Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh