Zahid Arah Proses Sst Syarikat Kenalan Politik Dipercepat


KUALA LUMPUR, 13 FEB: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengeluarkan arahan melalui minit mesyuarat agar proses pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) kepada syarikat milik kenalan politiknya, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) berkaitan pembekalan cip pasport, dipercepat.
Bekas Setiausaha Bahagian (SUB) Perolehan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abd Aziz Md Nor, 62, berkata Ahmad Zahid telah mengeluarkan arahan tersebut kepadanya melalui minit bertarikh 13 Oktober 2015.
“Pada 22 Oktober 2015, saya telah menerima surat daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM) bertarikh 20 Oktober 2015 yang memanjangkan surat DTSB, yang mana kami telah mendapat arahan daripada Menteri Dalam Negeri ketika itu yang meminta agar (kami) percepatkan proses pengeluaran SST.
“Saya pasti ini adalah tulisan dan ‘initial’ Menteri Dalam Negeri ketika itu kerana saya kenal dan pernah menerima arahan melalui minit daripada menteri itu,” katanya yang membacakan penyataan saksi ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun.
Saksi pendakwaan ke-33 itu berkata demikian pada hari ke-15 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit dan rasuah berhubung pemberian kontrak pembekalan cip pasport kepada beberapa syarikat.
SST adalah surat rasmi yang merupakan ikatan kontrak antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat dan terma-termanya tidak boleh diubah selepas ditandatangani kedua-dua pihak.
Abd Aziz berkata Bahagian Perolehan KDN telah mengeluarkan SST yang ditandatangani Ketua Setiausaha KDN ketika itu, Datuk Seri Alwi Ibrahim, pada 15 Disember 2015.
“SST ini berkaitan dengan pembekalan cip pasport selama lima tahun yang bernilai RM318,750,000 dan tarikh permulaan kontrak ialah pada 1 Disember 2016 sehingga 30 November 2021,” katanya.
Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/zahid-arah-proses-sst-syarikat-kenalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kilang Arah Pekerja Proses Kaki Ayam Guna Mulut

Kilang Arah Pekerja Proses Kaki Ayam Guna Mulut

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 795 hits
Pekerja pekerja sebuah kilang memproses ayam didapati menggunakan MULUT mereka untuk melepaskan tulang dari kaki ayam sebelum menjualnya kepada orang ramai di ThailandPekerja pekerja kilang tersebut telah dirakam menggunakan kamera semasa m...
Zahid Ordered Process Of Issuing Sst To Friend S Company Expedited

Zahid Ordered Process Of Issuing Sst To Friend S Company Expedited

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 168 hits
The High Court was today told that former deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi issued a directive for the process of issuing a Letter of Acceptance to Datasonic Technologies Sdn Bhd which belonged to his friend for the supply of passpor...
Gaya Politik Zig Zag Zulkifli Hasan Dan Arah Koalisi Pan

Gaya Politik Zig Zag Zulkifli Hasan Dan Arah Koalisi Pan

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 170 hits
Pada periode pertamanya memimpin PAN Zulkifli langsung membawa PAN balik arah meninggalkan Prabowo menuju pemenang Pemilu 2014 Jokowi JK Setelah gabung pemerintah beberapa tahun kemudian Zulkifli memutuskan membawa PAN untuk kembali bersama...
Terjun Ke Politik Vicky Prasetyo Calonkan Diri Jadi Wakil Bupati Pohuwato Gorontalo

Terjun Ke Politik Vicky Prasetyo Calonkan Diri Jadi Wakil Bupati Pohuwato Gorontalo

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 246 hits
Vicky Prasetyo akan maju mencalonkan diri sebagai Wakil Bupati Pohuwato Provinsi Gorontalo Pengumuman itu disampaikan Vicky lewat akun instagramnya
Tanggapi Survei Indobarometer Gibran Cuek Disebut Bakal Bikin Dinasti Politik

Tanggapi Survei Indobarometer Gibran Cuek Disebut Bakal Bikin Dinasti Politik

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 144 hits
Anak sulung Presiden Joko Widodo Gibran Rakabuming Raka maju di Pilkada Solo Sedangkan sang menantu Bobby Nasution ingin ikut kontestasi Pilkada Medan Dalam hasil survei Indobarometer keluarga Jokowi diterima sebagian besar masyarakat
Najib Berkata Siasatan Mh370 Tidak Pernah Tolak Plot Jenayah Hubungan Politik Juruterbang

Najib Berkata Siasatan Mh370 Tidak Pernah Tolak Plot Jenayah Hubungan Politik Juruterbang

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 361 hits
Najib Razak yang merupakan perdana menteri ketika kemuncak episod MH370 berkata penyiasat tidak pernah menolak plot jenayah melibatkan juruterbang Zaharie Ahmad Shah PETALING JAYA Najib Razak hari ini seperti mengesahkan dakwaan bekas perda...
Bicara 2024 Mega Kesal Jika Politikus Paksakan Anak Bertarung Di Politik

Bicara 2024 Mega Kesal Jika Politikus Paksakan Anak Bertarung Di Politik

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 222 hits
Meskipun mendukung anak muda untuk menjadi pemimpin Mega juga punya pesan khusus Agar para politikus tidak memaksakan diri menerjunkan anak muda atau politikus muda yang tidak siap menjadi pemimpin
Pemuda Ph Sabah Dakwa Warisan Bolot Jawatan Lantikan Politik

Pemuda Ph Sabah Dakwa Warisan Bolot Jawatan Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 303 hits
MALAYSIAKINI Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Sabah Razeef Rakimin kecewa dengan tindakan Warisan yang membolot semua pelantikan penyelaras Parlimen di kawasan yang dimenangi pembangkang Katanya semua lima jawatan itu dibolot tanpa memberi...
Anggota Dpr Ingatkan Isu Sara Tak Dijadikan Komoditas Politik

Anggota Dpr Ingatkan Isu Sara Tak Dijadikan Komoditas Politik

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 175 hits
Dalam kasus ini semua pihak harus menghormati proses hukum dan menunggu putusan peradilan tata usaha negara ucap Sahroni
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Apakah Diet Yang Sesuai Untuk Pesakit Psoriasis

Jalur Laluan Keretapi Terpanjang Di Dunia

Ceramah Ramadhan Hari Ke 1 Merespon Ayat Puasa Ramadhan

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post