Najib Berkata Siasatan Mh370 Tidak Pernah Tolak Plot Jenayah Hubungan Politik Juruterbang


Robin AugustinNajib Razak yang merupakan perdana menteri ketika kemuncak episod MH370 berkata penyiasat tidak pernah menolak plot jenayah melibatkan juruterbang Zaharie Ahmad Shah. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Najib Razak hari ini seperti mengesahkan dakwaan bekas perdana menteri Tony Abbot bahawa pegawai kerajaan Malaysia mengesyaki suatu plot jenayah dalam kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Bekas perdana menteri itu seterusnya berkata pihak berkuasa juga ada menyiasat motivasi politik kerana hubungan politik juruterbang MH370, Zaharie Ahmad Shah.

Namun rasa syak itu tidak diumumkan walaupun pembangkang ketika itu cuba menyalahkan kerajaannya dalam hal pengendalian episod MH370, katanya.

“Ia akan dianggap tidak adil dan tidak bertanggungjawab dari segi undang-undang kerana kotak hitam dan perakam suara kokpit belum ditemui justeru tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan sama ada juruterbang itu dia semata-mata bertanggungjawab atau sama-sama,” kata Najib kepada FMT hari ini.

Beliau juga perdana menteri ketika pesawat membawa 239 penumpang itu hilang 6 tahun lalu dalam penerbangan malam dari Kuala Lumpur ke Beijing.

“Sekali lagi saya mesti tegaskan kemungkinan itu tidak pernah ditolak dalam usaha pencarian dan siasatan ke atas senario MH370, yang dijalankan sehabis mungkin,” tambahnya.

Bekas pemimpin itu tidak menamakan siapa yang dimaksudkan, tetapi nampaknya merujuk kepada perbicaraan Liwat 2 melibatkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Pesawat itu hilang beberapa jam selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan menterbalikkan pembebasannya dalam tuduhan meliwat bekas pembantu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Zaharie dilaporkan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Rayuan itu pada 7 Mac.

“Juruterbang itu diketahui seorang ahli parti pembangkang yang pernah menghadiri pelbagai aktiviti politik dan pemimpin pembangkang kemudian akui juruterbang itu ada kaitan dengannya,” kata Najib kepada FMT.

Beberapa hari selepas kejadian, Anwar akui Zahari ada kaitan denganya menerusi perkahwinan seorang anaknya, dan beliau pernah bertemu juruterbang kanan itu “beberapa kali”.

Abbot, yang ditemui untuk dokumentasi Sky News menjelang ulangtahun ke-6 kehilangan pesawat itu bulan depan, berkata pegawai “berpangkat tertinggi” Malaysia memberitahunya Zaharie mungkin melakukan pembunuhan beramai-ramai.

“Pemahaman saya – pemahaman saya yang amat jelas – daripada peringkat tertinggi kerajaan Malaysia ialah sejak awal lagi mereka menganggap ia ialah pembunuhan-bunuh diri oleh juruterbang,” kata Abbott.

Najib berkata terdapat beberapa sebab untuk pihak berkuasa mengesyaki penglibatan Zaharie, termasuk fakta bahawa transponder pesawat ditutup pada saat penting, ketika ia akan memasuki ruang udara Vietnam.

“Ini mencadangkan siapa pun yang bertanggungjawab memiliki pengetahuan tentang penerbangan komersial,” kata Najib.

Najib berkata penyiasat juga mengambil kira keadaan emosi Zaharie, serta simulator penerbangan di rumahnya yang menimbulkan rasa syak.

Najib bagaimanapun tidak percaya sesebuah parti politik boleh dipersalahkan sekiranya benar juruterbang itu melakukan pembunuhan beramai-ramai.

“Tetapi tidak boleh dipertikaikan jentera propaganda politik mereka dan mesejnya ketika itu sangat berkesan, hinggakan ramai rakyat terpedaya dan menjadi radikal sehingga taksub.

“Tunjuk perasaan besar-besaran yang dihadiri ratusan ribu orang selepas pilihan raya umum tahun sebelumnya sebelum pesawat itu hilang, yang percaya dakwaan tidak benar dan berniat jahat parti pembangkang ketika itu seperti terdapatnya 40,000 pengundi ragu dan bekalan elektrik terputus semasa hari pengundian pilihan raya, bukti ketaksuban itu.

“Dakwaan seperti itu sudah terbukti pembohongan oleh pembangkang ketika itu tetapi ramai ketika itu benar-benar percaya,” kata Najib, merujuk kepada dakwaan penipuan semasa pilihan raya 2013.

Najib memberi amaran orang ramai agar jangan membuat sebarang kesimpulan yang menyalahkan juruterbang itu “kecuali dan sehingga ada kotak hitam dan perakam suara kokpit diperoleh”.

Kehilangan MH370 itu dianggap salah satu misteri penerbangan terbesar, dan membawa kepada misi mencari dan menyelamat paling lama dan paling mahal dalam sejarah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/najib-berkata-siasatan-mh370-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Bukti Juruterbang Mh370 Dalam Misi Bunuh Diri Kpn

Tiada Bukti Juruterbang Mh370 Dalam Misi Bunuh Diri Kpn

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 257 hits
KUALA LUMPUR 19 Feb Belum ada bukti yang kukuh bahawa juruterbang pesawat MH370 berkemungkinan melakukan pembunuhan beramai ramai dan membunuh diri seperti didakwa bekas perdana menteri Australia Tony Abbott kata Ketua Polis Negara Tan Sri ...
Mh370 Pembunuhan Beramai Ramai Oleh Juruterbang Dedah Tony Abbott

Mh370 Pembunuhan Beramai Ramai Oleh Juruterbang Dedah Tony Abbott

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 293 hits
SYDNEY Pihak tertinggi Kerajaan Malaysia percaya para penumpang pesawat MH370 yang masih menjadi misteri hingga saat ini terbunuh oleh juruterbang yang membunuh diri Loading Perkara itu didedahkan oleh bekas Perdana Menteri Australia Tony A...
Polis Mula Siasatan Pembunuhan Altantuya Klip Video Najib Rosmah

Polis Mula Siasatan Pembunuhan Altantuya Klip Video Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 419 hits
PETALING JAYA Polis memulakan siasatan ke atas 2 kes berprofil tinggi membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dengan pembunuhan seorang warga Mongolia dan klip audio berkait 1MDB dan SRC International Polis mula siasatan pembunuhan Al...
Cegah Virus Corona Imigrasi Tolak 109 Warga Negara Pernah Tinggal Di China

Cegah Virus Corona Imigrasi Tolak 109 Warga Negara Pernah Tinggal Di China

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 194 hits
Penolakan 109 orang yang ingin berkunjung ke Indonesia tersebut dilakukan pada akhir Januari lalu hingga sekarang Mereka semua kembali ke tempat asal berangkat
Pu Amin Semasa Hayat Abam Tidak Pernah Tolak Program Dakwah

Pu Amin Semasa Hayat Abam Tidak Pernah Tolak Program Dakwah

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 336 hits
Pemergiannya bukan sahaja ditangisi keluarga rakan rapat dan peminat namun turut dirasai ramai kenalan yang terlibat secara langsung dan tidak dalam kehidupannya di pentas seni Ternyata berita sedih yang diterima pagi ini akan pulangnya Sye...
Kes Lobak Dan Parti Dumno Majoriti Pengundi Melayu Sudah Tolak Politik Samseng Lah

Kes Lobak Dan Parti Dumno Majoriti Pengundi Melayu Sudah Tolak Politik Samseng Lah

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 247 hits
UMNO harus faham bahawa antara sebab parti itu kalah majoriti 2 3 sewaktu Abdullah Badawi dan akhir sekali tumpas di PRU14 ialah kerana satu critical mass telah wujud di kalangan pengundi Melayu yang menolak politik samseng dan ancaman gana...
Rakyat Tolak Politik Berlebihan Fokus Ekonomi Ronnie Liu

Rakyat Tolak Politik Berlebihan Fokus Ekonomi Ronnie Liu

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 226 hits
Pelbagai khabar angin mengenai terbentuknya kerajaan baharu Pakatan Nasional dan sokongan kepada PM Tun Mahathir meneruskan pemerintahan sehingga hujung penggal memerlukan Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan tarikh peralihan kuasa ya...
Pernah Tak Anda Tersalah Tarik Pintu Yang Sepatutnya Anda Tolak Inilah Sebabnya

Pernah Tak Anda Tersalah Tarik Pintu Yang Sepatutnya Anda Tolak Inilah Sebabnya

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 319 hits
Siapa yang pernah angkat tangan small Cover image via SAYS small Kami percaya mesti perkara ini pernah berlaku kepada anda bukan Sebenarnya ia bukan salah anda tetapi salah pintu itu sendiri Adakah anda selalu keliru apabila menolak pintu y...
Najib Razak Sokong Pembentukan Koalisi Politik Baharu

Najib Razak Sokong Pembentukan Koalisi Politik Baharu

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 254 hits
Panas kedengaran percaturan politik sedang rancak berlaku di Putrajaya secara diam dan tersusun Terbaharu khabarnya penyatuan politik baharu bakal menyaksikan gabungan parti besar dalam negara antaranya BERSATU UMNO PAS GPS beberapa kepimpi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game