Yogurt Farmer Union Greek Style Sesuai Untuk Yang Berdiet
Baru-baru ni di flat k.fiezz ada bagi sumbangan untuk semua penduduk. Tak pasti siapa yang bagi sumbangan ni untuk diagihkan pada penduduk. Apapun terima kasih pada yang memberi. Kitaorang dapat 2 pek mi segera (korea) & yogurt farmer union (rujuk gambar). K.fiezz 1st time tengok yogurt farmer union ni. Biasa tengok yogurt kat pasaraya tapi jenama ni pertama kali jumpa. K.fiezz siap check dulu halal ke ni?haha. Jangan risau, ada lambang halal pada yogurt farmer union ni. Jadi boleh makan tanpa was-was.
K.fiezz & mr hubby ni tak berapa gemar yogurt sebab rasa dia tak berapa kena dengan tekak. Tapi ni dah orang bagi. Apa salahnya cuba. Penat sis bawa naik ke rumah. haha. Jadi rugi pula pi buang dalam tong sampah. Lagipun masa dapat yogurt farmer union ni dah nak tarikh luput. Masa k.fiezz ambil 6hb Ogos. Tarikh luput dia 8hb Ogos. Nasib baik dapat 4 ketul saiz kecil (2 strawberry & 2 peach). Kalau besar, jenuh nak habiskan weii.
GREEK YOGURT
Di atas packaging Yogurt Farmer Union ni, ada tulis greek style. Apa benda lah greek style ni?K.fiezz saja google. Terjumpa sikit info dari Mr Google.
Ada perbezaan antara yogurt biasa & greek yogurt ni. Apa beza Greek Yogurt ni?
Greek yogurt dibuat dengan buang komponen whey (lapisan yang lebih jernih mengandungi lactose) selepas susu diperamkan bersama dengan kuman baik (lactobacillus). Untuk yogurt biasa pula, lapisan ni dibiarkan. Jadi tekstur greek yogurt lebih pekat & berkrim berbanding yogurt biasa. Yogurt Greek juga kurang karbohidrat (gula) dan lebih banyak protein serta mineral kalsium. Jadi harga Yogurt Greek lebih mahal tetapi lebih berkhasiat dari yogurt biasa.
Yogurt Greek ni dibuat dari Australia
Jom Tengok Khasiat Greek Yogurt Ni Pula?Untuk yang tengah diet, yogurt greek ni memang sesuai sangat untuk kekalkan berat badan tetap maintain gitu.
Macam k.fiezz beritahu di atas, yogurt greek tidak mengandungi whey serta kurang gula & lebih banyak protein & mineral kalsium. Jadi yogurt greek memang bagus untuk yang sedang berdiet & menjaga kesihatan. Boleh jadikan ni sebagai salah satu makanan ringan yang sedap.
Kalau beli yang jenis kosong tak ada sebarang perasa, mungkin boleh tambahkan buah-buahan sebagai penambah rasa.
Apa lagi kelebihan greek yogurt ni selain untuk sesuai untuk orang berdiet.
Kelebihan Greek YogurtMudahkan pencernaan Kekalkan berat badanMengandungi bakteria yang baikSumber seratKekalkan usus yang lebih baikMengekalkan kolesterolSumber ProteinKuatkan tulangElakkan OsteoporosisMenjadikan kulit lebih sihatBanyak rupanya khasiat yogurt ni yeak. Pandang sebelah mata je sebelum ni.hehe. Lepas ni boleh amalkan yogurt selalu.
Sedap Tak Yogurt Farmer Union?
Sejujurnya k.fiezz ni bukan peminat yogurt tau?Rasa yogurt farmer union ni seperti biasa haruslah masam tapi tahap kemasaman dia tak lah keterlaluan sangat. Untuk perasa peach, lagi sedap & terasa buat peach dia. Perasa strawberi tu, k.fiezz tak berapa minat sebab ada biji-biji dari buah strawberi. Kat luar buah strawberi, kan ada biji-biji. Agak menganggu bila makan yogurt farmer union perasa strawberi ni sebab tergigit biji-biji dari buah strawberi ni. Gigi sis tak berapa nak tajam kunyah biji-biji tu. haha. Itu yang rasa terganggu bila makan yogurt greek perasa strawberi ni.
Untuk ulang makan, of course k.fiezz akan pilih buat peach. Tak mau perasa strawberi tu.
Mr hubby pun sama. Mula-mula dia tak berapa suka makan yogurt farmer union ni. K.fiezz bagi perasa strawberi tu dulu. Mr hubby cakap macam muntah budak. Cehhh sabar je lah. haha. Kali kedua, k.fiezz bagi mr hubby rasa yang perasa peach tu, baru dia boleh makan sampai habis.
Jadi kalau korang nak beli yogurt farmer union ni, boleh cuba buah peach. hehe. Tapi terpulang pada selera masing-masing. Cadangan sahaja.
Tak pasti ada ke tak yogurt farmer union ni di pasaraya. K.fiezz memang tak pernah nampak. Tak pasti lah kalau tak perasan sebab k.fiezz bukan peminat yogurt. Jadi kalau ke pasaraya, memang bahagian yogurt ni tak concentrate sangat. Tengok sekali lalu je. Kalau tak jumpa jenama ni, cari saja yogurt yang ada tulis greek atau yogurt greek.
Cuba lah korang cari, yea. Terutama untuk yang sedang diet. Yogurt Greek ni memang sesuai untuk yang menjaga kesihatan.
YOGURT TIME!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/08/Yogurt-Farmer-Union-Style-Sesuai-Untuk-Yang-Berdiet.html