Bukan Masa Yang Sesuai Bina Airport Kulim




 Pulau Pinang mempertikaikan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang diumumkan kerajaan negeri Kedah pada Isnin sama ada ia menjadi keperluan utama pada waktu ini.
Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy berkata, ketika ramai yang tertekan dan menderita ekoran pandemik Covid-19 ia dilihat bukan masa yang sesuai untuk Kedah melaksanakan projek bernilai tinggi seperti lapangan terbang berkenaan.
Melihat kepada kadar jangkitan dan kematian yang semakin meningkat setiap hari, beliau berkata akibat pandemik ini menyebabkan tahap kesihatan serta ekonomi rakyat semakin merosot dan menakutkan.
"Hospital dan klinik kerajaan di negara ini sudah hampir penuh dan tidak dapat menampung pesakit malah mereka yang dijangkiti tidak boleh dimasukkan ke hospital tetapi dihantar ke rumah mereka untuk kuarantin.
"Orang ramai menderita kerana tiada pekerjaan dan kita tidak tahu bila wabak itu akan reda dan keaadaan akan kembali menjadi normal," tulisnya di laman facebook miliknya pada Selasa.
Ramasamy berkata, beliau tidak membantah pembinaan lapangan terbang terbabit namum ia tidak harus dilakukan pada masa sekarang terutamanyan ketika rakyat menderita kerana tiada pekerjaan dan tiada makanan.
Katanya, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor harus memandang serius kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya daripada memberi tumpuan kepada perjanjian dengan syarikat.


"Kerajaan negeri Kedah sebelum ini tidak dapat menyelesaikan hutang bekalan airnya kepada kerajaan Pusat selain gagal menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi dan berfaedah hingga memaksa rakyatnya mencari pekerjaan di Pulau Pinang serta negeri-negeri lain," katanya.
Dalam pada itu, Ramasamy mendakwa disebabkan Sanusi gagal mengancam Pulau Pinang dengan isu bekalan air, Menteri Besar Kedah itu mungkin menjadikan pembinaan lapangan terbang baru itu sebagai hukuman yang setimpal kepada Pulau Pinang.
"Apakah keperluan utama untuk pembinaan lapangan terbang sekarang? Adakah ia bertujuan untuk mencabar Lapangan Terbang Pulau Pinang?
"Bagaimanapun, seperti banyak projek mewah bernilai tinggi, saya berharap projek lapangan terbang baharu di Kedah tidak membebankan rakyat,"katanya.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2026 mampu mengubah imej dan status Kedah kepada sebuah negeri berkembang maju.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, projek tersebut juga dijangka memainkan peranan utama dalam beberapa cabang industri penerbangan, menjadi hab industri halal dan e-dagang termasuk produk farmasi serta pelbagai kategori kargo di rantau ASEAN.
Menurutnya, lapangan terbang itu akan menjadi hab baik pulih industri penerbangan dan pusat operasi bencana serantau berdasarkan kedudukannya di tengah-tengah rantau Asia Tenggara.


SH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/08/bukan-masa-yang-sesuai-bina-airport.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spell Out Details Of Kulim Airport Contract Says Penang Dcm

Spell Out Details Of Kulim Airport Contract Says Penang Dcm

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 327 hits
An artist s impression of the proposed RM6 billion Kulim airport project PETALING JAYA The Kedah state government was challenged today to publish details on the contract for the billion dollar Kulim airport project scheduled for 2026 P Rama...
Adakah Sekarang Masa Yang Sesuai Untuk Menukar Perdana Menteri

Adakah Sekarang Masa Yang Sesuai Untuk Menukar Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 488 hits
BEKAS Menteri Kewangan II DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO apabila bercakap dikatakan biasanya berasaskan kepada fakta Dalam satu wawancara Jumaat la...
Inflasi As Akan Kekal Di Atas 5 Untuk Jangka Masa Panjang

Inflasi As Akan Kekal Di Atas 5 Untuk Jangka Masa Panjang

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 302 hits
Walaupun Federal Reserve mengatakan bahawa pertumbuhan inflasi yang berterusan adalah sementara pelabur masih perlu membiasakan diri dengan tekanan harga yang lebih tinggi dan menyesuaikan peruntukan portfolio tradisional mereka Ketua Wisdo...
Jangan Buat Sidang Parlimen Bazir Masa

Jangan Buat Sidang Parlimen Bazir Masa

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 328 hits
Sidang Parlimen 5 hari yang akan bermula pada 26 Julai ini dianggap menghabiskan masa dan bajet oleh Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul Bagi Ketua Whip KEADILAN itu sidang Parlimen mempunyai peraturan tersendiri yang perlu dilak...
Kehilangan Orang Terkasih Di Masa Pandemi Belajar Melepaskan Sosok Yang Tak Tergantikan

Kehilangan Orang Terkasih Di Masa Pandemi Belajar Melepaskan Sosok Yang Tak Tergantikan

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 297 hits
Hipwee merangkum cerita mereka yang kehilangan orang tercinta Kata Astari yang kehilangan orang tua karena Covid 19 every living is matters
Nafas Berbunyi Sebab Kahak Lendir Tak Habis Sedut Masa Lahir Pakar Jelaskan Semua Mitos

Nafas Berbunyi Sebab Kahak Lendir Tak Habis Sedut Masa Lahir Pakar Jelaskan Semua Mitos

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 309 hits
Lepas bayi lahir ada sesetengah bayi di bahagian dadanya sedikit berbunyi Kalau ikut orang dulu dulu mereka menjelaskan mungkin doktor atau jururawat tak sedut habis cecair selepas bayi dilahirkan Tetapi sejauh mana kebenaran itu Bagi menda...
Prokes Di Masa Pandemi Bri Perkenalkan Reservasi Online Pencairan Bpum

Prokes Di Masa Pandemi Bri Perkenalkan Reservasi Online Pencairan Bpum

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 319 hits
Corporate Secretary BRI Aestika Oryza Gunarto menjelaskan bahwa BPUM Reservation System adalah pengembangan pada eform sehingga nasabah tidak hanya menggunakannya sebagai sarana pengecekan status penerima BPUM melainkan saat ini dapat menge...
Musk Dorsey Dan Cathie Wood Akan Membincangkan Masa Depan Bitcoin

Musk Dorsey Dan Cathie Wood Akan Membincangkan Masa Depan Bitcoin

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 294 hits
Persidangan The B Word yang penting akan diadakan hari ini yang akan dihadiri oleh tokoh tokoh terkemuka dalam komuniti crypto seperti Elon Musk dan Jack Dorsey Peristiwa berskala besar akan membincangkan isu isu yang berkaitan dengan masa ...
Krisis Sudan 2025 Perang Berdarah Punca Kesan Dan Situasi Terkini Di Darfur

Malaysia Us Trade Deal Like Insurance Against Reckless Driver

James Chin Dives Into How Ancient Malays Were Able To Teach Romans Shipbuilding Or Even Fly

Iium Dons Urge Action After Romans Learned Shipbuilding From Malays Remark

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Zurinah Hassan In Translation

Lebih 800 Dilapor Keracunan Makanan Di Taman Tema

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbezaan Antara Kotak Top Bottom Box Kotak Keras Kotak Magnet Mana Sesuai Untuk Produk Anda

How Shafbuild Keeps Sydney Construction Projects On Time On Budget And Beyond Standard

Tiada Aset I Serve Online Mall Yang Sedang Disita Oleh Polis Kata Agc

Alamaa Dan Potter Menakluk Edisi Ke 10 Ironman Langkawi

Ujian Hidup Menghadapi Sakit Kehilangan Dan Kesempitan

Persiapan Menghadapi Hari Perlawanan 10 Rabu 5 Nov 2025