Yayasan Mr D I Y Salur Dana Sara Kepada Komuniti Kurang Berkemampuan


Yayasan MR D.I.Y. Salur Dana SARA Kepada Komuniti Kurang Berkemampuan
Bagaimana jika anda dapat membantu orang lain dengan hanya RM100? Itulah persoalan yang diterjemahkan menjadi tindakan oleh pengurusan Kumpulan MR D.I.Y. dan sayap tanggungjawab sosial korporatnya, Yayasan MR D.I.Y., apabila mereka mengadakan sesi membeli-belah amal bagi membeli barangan keperluan asas untuk golongan yang memerlukan, menggunakan peruntukan Penghargaan SARA: Bantuan Tunai Sekali RM100.
Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) MR D.I.Y. untuk memimpin melalui teladan, dengan pengurusan tertinggi syarikat sendiri turun padang menyertai usaha memberi semula kepada masyarakat.
Pasukan pengurusan MR D.I.Y. telah mengunjungi MR D.I.Y. Taman Maluri, salah satu cawangan yang mengambil bahagian dalam inisiatif MyKasih, bagi membeli barangan keperluan harian seperti beras, mi segera, susu, tepung, minyak masak, biskut, makanan dalam tin serta barangan isi rumah.
Menggunakan bantuan RM100 SARA masing-masing, mereka berjaya membeli hampir 600 barangan bernilai RM3,000, yang kemudiannya disumbangkan kepada Home of Hope, rumah transit kanak-kanak pesakit kanser di Chow Kit, Kuala Lumpur, bagi memberi sedikit keselesaan dan sokongan kepada penghuni muda di situ.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong, berkata sebagai jenama tempatan, MR D.I.Y. komited untuk terus memperkasakan komuniti yang dilayaninya, selain berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif MyKasih sebagai peruncit sah yang mengambil bahagian.
“Melalui rangkaian kedai kami di seluruh negara, penerima manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Penghargaan SARA: Bantuan Tunai Sekali RM100 boleh mendapatkan keperluan harian pada harga rendah setiap hari.
Inisiatif hari ini membuktikan bahawa walaupun hanya RM100, ia tetap mampu membawa perubahan bermakna. Saya berbangga dapat menyertainya bersama pasukan saya, dan kami berharap sumbangan ini dapat memberi inspirasi kepada syarikat lain untuk melakukan perkara yang sama demi Malaysia yang lebih baik,” katanya.
Turut menyertai sesi membeli-belah tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin; Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan MR D.I.Y., Henry Woon; Naib Presiden Pemasaran, Alex Goh; Ketua Pemasaran, Elaine Ho; serta Pengurus Pengurusan Sumber Manusia, Nor Saiful Azly Mohamad Zin.
Sementara itu, Zaleha berkata, inisiatif kali ini merupakan antara kolaborasi paling bermakna antara Yayasan MR D.I.Y. dan pasukan pengurusan kumpulan.
“Ia menunjukkan bagaimana tindakan yang berteraskan tujuan boleh memberi impak yang besar apabila disokong oleh seluruh organisasi,” katanya.
Beliau menambah bahawa program yang tersusun seperti ini mampu memberi kelegaan dan kegembiraan sebenar kepada mereka yang memerlukan.
“Lebih daripada sekadar bantuan kewangan, ia mencerminkan komitmen bersama kita terhadap nilai empati dan keprihatinan komuniti. Kami berharap usaha hari ini membawa kebahagiaan dan keselesaan kepada penghuni Home of Hope,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif MyKasih, MR D.I.Y. telah dilantik sebagai peruncit sah bagi membolehkan penerima manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Penghargaan SARA: Bantuan Tunai Sekali RM100 menggunakan peruntukan mereka di 125 cawangan MR D.I.Y. terpilih di seluruh negara.
Melalui penggunaan MyKad, penerima boleh membeli barangan dalam 14 kategori yang diluluskan, termasuk beras, roti, biskut, tepung, mi segera, telur, minyak masak, makanan dalam tin, minuman, bahan perasa, produk penjagaan diri, barangan pembersihan, keperluan sekolah serta ubat-ubatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Untuk maklumat lanjut mengenai senarai barangan yang diluluskan dan cawangan MR D.I.Y. yang mengambil bahagian, layari laman Program MR D.I.Y. x MyKasih.
The post Yayasan MR D.I.Y. Salur Dana SARA Kepada Komuniti Kurang Berkemampuan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/22/yayasan-mr-d-i-y-salur-dana-sara-kepada-komuniti-kurang-berkemampuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surprise Sara Payout Proves Govt Saving Wisely Giving Back To Malaysians Says Anthony Loke

Surprise Sara Payout Proves Govt Saving Wisely Giving Back To Malaysians Says Anthony Loke

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 153 hits
Under Budget 2026 RM15 billion from next year s federal spending plan will be allocated for the second round of Sara distribution Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Oct 10 Transport Minister Anthony Loke today said he was surprised by the...
Penghargaan Sara Sekali Lagi Disalur Pada Pertengahan Februari 2026

Penghargaan Sara Sekali Lagi Disalur Pada Pertengahan Februari 2026

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 136 hits
Penghargaan SARA Sekali Lagi Disalur Pada Pertengahan Februari 2026 KUALA LUMPUR Seramai 22 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sekali lagi bakal menerima penghargaan Sumbangan Asas Rahmah RM100 dan akan disalurkan pada perte...
Rmk13 Intipati Utama Sara Diteruskan Ptptn Percuma Amp Bonus Penjawat Awam

Rmk13 Intipati Utama Sara Diteruskan Ptptn Percuma Amp Bonus Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 163 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 menekankan usaha kerajaan membantu rakyat tanpa menambah hutang negara Antara inisiatif utama ialah SARA RM100 untuk 22 juta rakyat diskaun tol 50 sempena Deepava...
Sara Rahmah Cash Aid Seen As Continuation Of Najib S Br1m Rafizi

Sara Rahmah Cash Aid Seen As Continuation Of Najib S Br1m Rafizi

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 133 hits
Assistance programmes such as the Rahmah Necessities Aid and Rahmah Cash Aid need to be institutionalised in the same way done in other welfare states and not be used as political capital by the government former economy minister Rafizi Ram...
Bantuan Penghargaan Sara Rm100 Untuk Semua Belanjawan 2026

Bantuan Penghargaan Sara Rm100 Untuk Semua Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 218 hits
Perdana Menteri mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pertengahan Februari 2026 Semakan status boleh dibuat melalui laman web rasmi atau laman web MyKasih pada tarikh yang...
Str Sara 2026 Belanjawan 2026

Str Sara 2026 Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 219 hits
Kerajaan meningkatkan jumlah keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah kepada RM15 bilion bagi tahun 2026 sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup rakyat Semua penerima STR akan menerima SARA bulanan RM100 manakal...
Indonesia Perkukuh Kesiapsiagaan Komuniti Di Pantai Banten Hadapi Gempa Bumi Dan Tsunami

Indonesia Perkukuh Kesiapsiagaan Komuniti Di Pantai Banten Hadapi Gempa Bumi Dan Tsunami

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 115 hits
Indonesia Perkukuh Kesiapsiagaan Komuniti Di Pantai Banten Hadapi Gempa Bumi Dan Tsunami JAKARTA 19 Okt Indonesia meningkatkan tahap kesiapsiagaan bencana di Wilayah Pandeglang salah satu kawasan paling berisiko tinggi di Provinsi Banten su...
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 165 hits
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia Rumah yang selamat dan kukuh masih merupakan antara keperluan paling mendesak bagi komuniti Orang Asli di Malaysia Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli sebanyak 89 4...
Scoot Touches Down In Kota Bharu Malaysia

Pelajar Lihat Individu Berbaju Hanafi Dalam Tandas Sebelum Kematian Zara Inkues

Azmin Trade Deal May Force Malaysia To Side With Us Against China

Saifuddin Digugur Ketua Pn Pahang

Why The First 72 Hours After A Stroke Are Crucial For Recovery And Saving Lives

Faith Filth And Fury Netizens React Towards The Viral Dung Flinging Festival In India

Tenant From Hell Landlord Horrified After Discovering Rental Unit Turned Into Garbage Dump

If Samy Subra Pathma Pandithan Had Unified Their Strengths Mic Could Be An Indomitable Force Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Family Life Protection Plan Malaysia Secure Your Loved Ones Future

Mak Perlu Recharge Aktiviti Ringkas Untuk Tenangkan Jiwa

Bagaikan Aur

10 Kuasa Luar Biasa Halia Superfood Semula Jadi Untuk Kesihatan Hebat

Telaga Suriram Suara Dari Jiwa Yang Hilang

Kehidupan Sentiasa Diuji