Yayasan Albukhary Tidak Perlu Merayu Jika Pengecualian Cukai Tidak Dibatalkan Kata Muhyiddin



Dalam pernyataan pembelaan, Muhyiddin memaklumkan ternampak sepucuk surat daripada Kementerian Kewangan kepada Syed Mokhtar Al-Bukhary sekitar 2021 (Bernama) – Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendakwa Yayasan Albukhary tidak perlu membuat rayuan berhubung pengecualian cukai sekiranya ia tidak dibatalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang merupakan agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.
Dalam pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah difailkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng terhadapnya, Muhyiddin memaklumkan telah ternampak sepucuk surat daripada Kementerian Kewangan kepada Syed Mokhtar Al-Bukhary sekitar 2021.
Menurutnya surat itu memaklumkan bahawa kementerian berkenaan membenarkan rayuan yayasan tersebut terhadap keputusan LHDN yang tidak mengiktiraf pengecualian cukai dan keputusan mengenakan penalti terhadap yayasan itu.
Muhyiddin juga mendakwa ternampak surat tersebut semasa disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Oleh itu, saya dibenarkan membuat inferens (anggapan) dan kesimpulan bahawa pengecualian cukai telah dibatalkan, jika tidak rayuan tidak perlu dibuat atau kelulusan diberikan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2021,” dakwanya.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata Yayasan Albukhary sebelum ini telah diberi kelulusan pengecualian cukai oleh kerajaan terdahulu yang diterajui Barisan Nasional (BN), di bawah Seksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Selepas Pilihan Raya Umum ke-14, plaintif (Lim) dilantik sebagai Menteri Kewangan dari 21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020. Sebagai Menteri Kewangan, LHDN adalah di bawah bidang kuasa beliau (Lim) dan pengecualian cukai tidak diiktiraf oleh LHDN semasa plaintif memegang jawatan tersebut,” dakwanya.
Menurut Muhyiddin, semasa menjadi Perdana Menteri, beliau (Muhyiddin) telah menerima surat daripada Syed Mokhtar kepada Pejabat Perdana Menteri.
“Surat tersebut merayu terhadap keputusan LHDN yang tidak mengiktiraf pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary yang diberikan kerajaan terdahulu yang diterajui BN serta keputusan untuk mengenakan penalti terhadap yayasan tersebut.
“Saya yang bukan Menteri Kewangan dan menteri yang bertanggungjawab terhadap LHDN, telah merujuk perkara itu dengan Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk pertimbangan dan beliau telah membenarkan rayuan tersebut,” dakwanya.
Pada 27 Mac lepas, Lim memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan tiga kenyataan memfitnah membabitkan plaintif dengan isu pembatalan pengecualian cukai ke atas yayasan itu pada 9, 11 dan 12 Mac lepas di laman Facebook milik defendan.
Laporan berhubung perkara itu kemudiannya diterbitkan oleh beberapa akhbar dan portal berita pada hari sama.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mendakwa kenyataan fitnah tersebut juga bermaksud beliau telah menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan LHDN untuk mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan itu, apabila ia tidak patut dikenakan cukai.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/04/26/yayasan-albukhary-tidak-perlu-merayu-jika-pengecualian-cukai-tidak-dibatalkan-kata-muhyiddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prove Mof Didn T Revoke Albukhary Tax Exemption Muhyiddin Tells Guan Eng

Prove Mof Didn T Revoke Albukhary Tax Exemption Muhyiddin Tells Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 202 hits
Former prime minister Muhyiddin Yassin wants Lim Guan Eng to prove in court that the Finance Ministry did not revoke Albukhary Foundation s tax exempt status In his defence statement against Lim s civil suit the Bersatu president expressed ...
Kit Siang Pembawa Aliran Lama Patut Kunci Mulut Kata Puad

Kit Siang Pembawa Aliran Lama Patut Kunci Mulut Kata Puad

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 194 hits
freemalaysiatoday com 17 Apr 2023 5 00pmPuad Zarkashi menyifatkan Lim Kit Siang pembawa aliran lama DAP yang tidak disukai orang Melayu berbanding Loke Siew Fook Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata turut mengkritik sikap ...
Keputusan Prn Penentu Hayat Kerajaan Ph Bn Kata Penganalisis

Keputusan Prn Penentu Hayat Kerajaan Ph Bn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 216 hits
agendaily com18 04 2023UMNO akan terus bersama Pakatan Harapan sehingga habis penggal Parlimen ke 15 Kelangsungan kerajaan Pakatan Harapan Barisan Nasional bergantung kepada sama ada UMNO akan memenangi kerusi dalam pilihan raya enam negeri...
Umno Dap Tak Dipaksa Kahwin Kata Loke

Umno Dap Tak Dipaksa Kahwin Kata Loke

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 193 hits
agendaily com17 04 2023Setiausaha Agung DAP baharu Anthony Loke mengulas kerjasama dengan UMNO Anthony Loke menafikan UMNO dan DAP berkahwin politik secara paksa seperti didakwa oleh bekas Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Setiau...
Hanya Keajaiban Boleh Pulihkan Umno Kata Penganalisis

Hanya Keajaiban Boleh Pulihkan Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 258 hits
satuberita myBy April 17 2023UMNO memerlukan keajaiban untuk pulih dan menarik semula sokongan melayu ke parti itu sebelum Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan pada tahun ini kata penganalisis politik Melayu dari Universiti Sains Malaysia...
Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Resepi Biskut Red Velvet Oleh Azlina Ina

Fractional Reserve Banking

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 1

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Memahami Asas Perbankan Islam Di Malaysia Fakta Dan Realiti

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Limau Nipis Rebus Sembuhkan Kencinh Manis Kronik

Balik Asrama

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Depresi

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Fipper X Jujutsu Kaisen Langkah Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025