Kit Siang Pembawa Aliran Lama Patut Kunci Mulut Kata Puad
freemalaysiatoday.com
FMT Reporters - 17 Apr 2023, 5:00pm
Puad Zarkashi menyifatkan Lim Kit Siang pembawa ‘aliran lama’ DAP yang tidak disukai orang Melayu, berbanding Loke Siew Fook.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, berkata turut mengkritik sikap Lim Kit Siang yang berdiam diri berhubung siasatan terhadap seorang menteri DAP. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno menasihati Lim Kit Siang ‘menutup mulut’ daripada mengeluarkan kenyataan menjejaskan kerajaan perpaduan, selain menasihati veteran DAP itu bersara daripada politik.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi, berkata kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim akan lebih mantap memandangkan Lim masih membawa pendekatan lama yang tidak disukai orang Melayu.
“Kerajaan perpaduan lebih mantap jika Lim Kit Siang tutup mulut dan bersara sepenuhnya. Dia pembawa aliran lama DAP yang tidak disukai orang Melayu. Biar Anthony Loke buat kerja,” katanya di Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan Lim sebagai berkata, Najib Razak tidak akan dapat mengembalikan zaman kegemilangan Umno selepas kekalahan parti itu pada dua pilihan raya umum lalu.
“Semalam Kit Siang ubah cerita. Dia yakin Najib tidak mampu kembalikan kegemilangan Umno. Sehari sebelum itu dia dakwa kerajaan perpaduan akan runtuh jika Najib diampunkan.
“Sebenarnya dia suka Najib dipenjarakan. Dia eksploit isu kleptokrasi tetapi membisu kes rasuah banglo anaknya,” katanya.
Puad juga mempersoal mengapa Lim membisu apabila menteri dari DAP kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Semalam, SPRM memanggil Menteri Sumber Manusia V Sivakumar untuk diambil keterangan susulan penahanan beberapa pegawai di pejabatnya berhubung kes pengambilan pekerja asing
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2023/04/kit-siang-pembawa-aliran-lama-patut.html