Yang Patut Terima Tapi Tak Terima


 

Menurut kisah lama orang Melayu, ketika Hang Jebat mengamuk dan segala usaha menghalangnya gagal, berkatalah Sultan Melaka, “kalaulah Tuah masih ada “.
Maksudnya, jika pahlawan Hang Tuah masih hidup, beliaulah satu-satunya yang boleh tewaskan Hang Jebat .
Mengikut kisah lama, Hang Tuah telah terlebih dahulu dijatuhkan hukum mati oleh Sultan Mahmud Shah tetapi hukuman itu tidak dilaksanakan Datuk Bendahara .
Lalu, ketika Jebat mengamuk, Sultan Mahmud dicengkam rasa kesal menghukum mati Hang Tuah, namun baginda tidak tahu pahlawan handalannya masih hidup.
Yang ingin saya tekankan ialah jasa Hang Tuah hanya dikenang dan dihargai Sultan Melaka ketika beliau sudah “meninggal dunia,” seperti yang dipercayai baginda apabila Jebat mengamuk.
Itu zaman purba. Pada zaman moden, begitu jugalah kerap berlaku. Jasa seseorang yang berbakti hanya dihargai setelah dia sudah tiada.
Antara contoh ketara ialah seniman agung P Ramlee. Kita tahu pada penghujung hayatnya jasa dan sumbangannya terhadap pentas seni tanah air sudah dipandang enteng, malah dilupakan.
Tetapi apabila P Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973, pelbagai penghargaan serta penganugerahan dicurah. Sehingga ke hari ini pujian diberi. Susulan kembalinya allahyarham ke rahmatullah dan tiada lagi filem dan kerja seni negara mendapat pengiktirafan antarabangsa, ramai yang berkata dengan nada kesal, “kalaulah P Ramlee masih ada”.
Namun, ada juga tokoh yang tetap besar sumbangannya kepada negara, walaupun tidak mendapat apa-apa penghargaan mahupun anugerah baik semasa hidup, mahupun sudah meninggal dunia. Umpamanya komposer dan pencipta lagu, Saiful Bahri Illyas.
Lihatlah sumbangan Allahyarham. Mengubah lagu kebangsaan Negaraku. Menulis dan mengubah lagu negeri Melaka dan Selangor. Mencipta banyak lagu patriotik termasuk Malaysia Berjaya. Masih ingatkah anda lagu itu?
“Dari Perlis sampailah ke Sabah,
Kita sudah merdeka,
Negara makmur, rakyat mewah,
Kita sudah berjaya.”
Lagu itu dicipta sempena penubuhan Malaysia yang mendapat tentangan Indonesia. Lagu itu memaparkan keberanian dan kebanggaan Malaysia walaupun berdepan konfrontasi dengan Indonesia pimpinan Soekarno. Ia bukan lagu biasa. Ia lagu melawan.
Pada waktu konfrontasi juga, Saiful mencipta lagu Perwira Tanah Air. Ramai dalam kalangan kita yang mengenali lagu ini sebagai lagu, “Inilah barisan kita”.
Lagu ini pembakar semangat rakyat ketika diancam kempen “Ganyang Malaysia “ anjuran Soekarno, khusus untuk anggota tentera.
Satu aspek menarik ialah Saiful lahir di Indonesia tetapi datang ke Malaysia dan menjadi warga Malaysia pada era Konfrontasi dan mencipta lagu patriotik Malaysia.
Saya masih ingat semasa saya budak-budak dahulu, “filem” atau klip pendek hitam putih menunjukkan anggota tentera kita di hutan belantara. Melengkapi klip itu lagu “Inilah barisan kita”.
Cukup bersemangat. Ia disiarkan menerusi televisyen beberapa kali setiap malam. Benar ia propaganda. Namun, ia amat penting dan amat perlu ketika itu.
Lagu ciptaan Saiful itu dinyanyikan Jamaluddin Alias yang membawanya dengan amat baik. Suaranya lantang. Bertenaga. Cukup semangat. Jamaluddin menghidupkan lagi seni kata lagu itu.
Sebaik mana lirik atau irama sesebuah lagu, jika penyanyi tidak menyampaikannya dengan baik, hancurlah lagu. Matlamat tidak kesampaian. Jamaluddin menghayati lirik dan keseluruhan lagu itu. Tujuan atau objektif lagu difahaminya dengan mengambil kira suasana negara waktu yang dicengkam unsur “perang”.
Lagu ini digunakan sehingga kini untuk membakar semangat. Mahasiswa yang memprotes mengangkat lagu ini. Ada parti politik turut menggunakan lagu ini untuk dikaitkan dengan perjuangan mereka.
Pada 2013 semasa Lahad Datu diceroboh, lagu ini disiarkan untuk menaikkan rasa patriotik rakyat dan naikkan semangat tentera.
Tetapi ia bukan sahaja untuk tentera. Lagu ini digunakan juga bagi acara sukan. Mengiringi pasukan kebangaaan yang bertarung serta penyokong mereka.
Ia juga lagu yang digunakan sebagai menghargai pengorbanan barisan depan sewaktu Covid-19 mengganas.
Walaupun lagu itu dinyanyikan semula oleh ramai penyanyi zaman ini, versi ‘ori’ Jamaluddin Alias tetap menonjol dan terserlah. Jasa dan sumbangan penyanyi dan pencipta lagu ini kepada Malaysia dan rakyat amat besar.
Saiful Bahri meninggal dunia pada 5 Disember 1976. Jamaluddin Alias meninggal dunia beberapa hari lalu, yakni Jumaat 22 April 2022. Mereka pergi tanpa menerima apa anugerah kebesaran negara. Tiada gelaran Datuk. Tiada gelaran Tan Sri.
Tetapi mereka pergi membawa doa rakyat, dan nama mereka akan sentiasa terpahat dalam dunia seni dan sejarah negara.
“Kalaulah Saiful dan Jamaluddin masih ada,” mungkin itu yang difikirkan oleh kalangan kita yang kesal dua perwira itu tidak diberikan sanjungan dan penghormatan yang setimpal dengan jasa mereka.
Semoga roh Saiful dan Jamaluddin dicucuri rahmat Yang Maha Esa dan ditempatkan dalam kalangan solihin.
Al-Fatihah.
 - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/yang-patut-terima-tapi-tak-terima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengok Biasa Je Belanja Orang Berbuka Puasa Tapi Sebenarnya Pahala Melimpah Ruah

Tengok Biasa Je Belanja Orang Berbuka Puasa Tapi Sebenarnya Pahala Melimpah Ruah

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 163 hits
Tengok Biasa Je Belanja Orang Berbuka Puasa Tapi Sebenarnya Pahala Melimpah Ruah DALAM bulan Ramadan sebagai umat Islam kita digalakkan untuk mengikuti salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu memberi makan kepada orang yang berpuasa Galak...
Keutamaan Saya Bukan Industri Seni Tapi Hasil Perbincangan Dgn Suami Neelofa Keluarkan Kenyataan Tentang Lsu Berkarya

Keutamaan Saya Bukan Industri Seni Tapi Hasil Perbincangan Dgn Suami Neelofa Keluarkan Kenyataan Tentang Lsu Berkarya

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 182 hits
Menerusi satu klip yang menceritakan kisah pasangan selebriti yang kni menjadi topik perbualan ramai dengan pelbagai aksi yang lucu yang sering ditayangakan di sosial media Noor Neelofa dan Haris yang ditemual baru baru ini Hasil temu bual ...
Resipi Nasi Ayam Bujang Nampak Macam Susah Tapi Senang Jer

Resipi Nasi Ayam Bujang Nampak Macam Susah Tapi Senang Jer

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 252 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Alhamdulillah kita dah berjaya mengharungi dugaan bulan puasa sehingga pada minggu akhirnya Dugaan paling kuat bulan puasa ini adalah...
Sedapnya Resipi Ayam Tumis Singgang Pekat Pekat Simple Tapi Menyelerakan

Sedapnya Resipi Ayam Tumis Singgang Pekat Pekat Simple Tapi Menyelerakan

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 173 hits
Masak singgang antara menu yang paling mudah dan cepat disediakan Bukan itu sahaja menu ini juga mampu membuka selera seisi keluarga Sesuai dimakan pada waktu berbuka puasa mahupun ketika bersahur Tanpa santan sajian ini memang menyihatkan ...
Kapal Kos Rm 9 Billion Tapi Haram Tak Dibina Siapa Sapu

Kapal Kos Rm 9 Billion Tapi Haram Tak Dibina Siapa Sapu

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 332 hits
Tempahan 6 Kapal Tempur Pesisir Pantai oleh kerajaan Malaysia KOS RM9 BILION bina sejak 2011 tapi kapal tak sampai2 tidak ada sebuah dibina Hari ini kerajaan tambah lagi peruntukan berbilion Mana pergi billion yang dahulu Siapa sapu
Yoo Jaesuk Pertama Kali Nampak Tak Selesa Jadi Hos Tapi Kenapa

Yoo Jaesuk Pertama Kali Nampak Tak Selesa Jadi Hos Tapi Kenapa

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 256 hits
You Quiz On The Block ternyata merupakan antara program santai yang ditayangkan kini Biasanya dipenuhi dengan gelak ketawa dan usik mengusik antara hos Yoo Jae suk Jo Se ho dan tetamu penonton bagaimanapun perasan bahawa pengacara No 1 itu ...
Upt Positif Tapi Bila Scan Kantung Kosong Mungkin Ini Puncanya

Upt Positif Tapi Bila Scan Kantung Kosong Mungkin Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 298 hits
Kenapa bila tengok gambar pregnant test positif tetapi tidak mengandung pun ya Jom fahami punca mengapa keadaan itu terjadi dalam perkongsian artikel ini Semoga bermanfaat Gambar pregnant test positif tapi tidak hamil kenapa ya Apabila mela...
Syahmi Sazali Dan Isteri Jual Air Viral Humble Kaya Tapi Tak Berlagak

Syahmi Sazali Dan Isteri Jual Air Viral Humble Kaya Tapi Tak Berlagak

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 232 hits
Siapa tidak mengenali pengarah youtuber terkenal Syahmi Sazli sekali lagi mendapat perhatian apabila tular beliau bersama isterinya berniaga air mereka dilihat merendah diri walaupun sudah kayaSikap merekaSikap mereka ketika berniaga juga m...
Memang Tak Bantu La Nak Bantu Macamana Nak Buka Khemah Tapi Tak Mahu Masuk Ph Kuat Mana Sangat

Memang Tak Bantu La Nak Bantu Macamana Nak Buka Khemah Tapi Tak Mahu Masuk Ph Kuat Mana Sangat

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 207 hits
PKR tak bantu PH berdiam diri mengenai kerjasama politik kata penganalisis April 22 2022 Anwar Ibrahim membuatkan penyokong PH tertunggu tunggu manakala Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng menutup pintu kepada Bersatu dan PAS PETALING JAYA Kegaga...
Security Alert Verify Your Metamask Account

Enticing Aroma Of Nasi Lemak Curious Tourists Flock To Sabah S Car Boot Stall

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

Polis Siasat Kes Pengawal Keselamatan Tembak Lelaki Mengamuk Di Banting

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Road Tested Led Lights And Turn Signals From Purpose Built Moto

Rm 1 07 Billion

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Selamatkan Perniagaan Perkhidmatan Anda Yang Tak Menjana Duit Yang Mencukupi

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Awal Pagi Waktu Barakah

Tebus Baucar New Member Marrybrown Dan Membeli Di Sri Idaman Gold Parit Buntar

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Dari Raijin Ramen Bar Ke Softe 10 Restoran Menarik Di Kl Pj Untuk Tarikh Pertama Kalian

Lelaki Dipukul Beramai Ramai Dituduh Ganggu Isteri Orang