Resipi Nasi Ayam Bujang Nampak Macam Susah Tapi Senang Jer
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah kita dah berjaya mengharungi dugaan bulan puasa sehingga pada minggu akhirnya. Dugaan paling kuat bulan puasa ini adalah semua makanan nampak sedap belaka. Padahal sebelum ni masa hari-hari biasa kita memang dah selalu makan masakan tu. Tapi bulan puasa ini kesedapannya rasa lain sangat
Seperti resipi yang Maha nak kongsikan kali ini iaitu Nasi Ayam Bujang yang nampak macam susah tapi sebenarnya ia senang sahaja. Bahan memang nampak banyak tapi kita akan gunakan bahan yang sama sahaja. Ini kerana memang Nasi Ayam ni konsepnya banyak bahan lain seperti sambal, sayur dan juga kicapnya. Kalau ikutkan yang asas Nasi Ayam adalah nasi, ayam dan sup. Jom kita tengok bahan dan cara yang Maha buat ini ok
Bahan-bahan utama untuk memasak Nasi Ayam Bujang
A. Bahan Rebusan Ayam4 bahagian ayam 1 biji Bawang Besar (dipotong kasar)1 inchi Halia (diketuk)3 ulas Bawang Putih (diketuk)Air kosong (untuk merebus)
B. Bahan Nasi 3 cawan Beras1 inchi Halia (dipotong nipis)3 biji Bawang Merah (dipotong halus)4 ulas Bawang pPtih (dipotong halus)1 batang Kulit Kayu Manis 2 biji Bunga lawang3 biji Cengkih1 sudu makan Majerin1 ketul Kiub Ayam1 helai Daun PandanGaram secukupnya
C. Bahan Perapan Ayam3 ulas Bawang Putih1 inci Halia2 sudu Sos Tiram2 sudu Kicap ManisGaram secukupnya
D. Bahan Sambal7 biji Cili Merah3 bili Cili Padi 5 ulas Bawang Putih1/2 biji Limau Nipis 3 sudu Sos ciliGula secukupnyaGaram secukupnya
Cara-cara untuk memasak
1. Rebus Ayam gunakan bahan A - Panaskan air bersama bahan A. - Tunggu sampai mendidih dan masukkan ayam. - Rebus sehingga ayam separuh masak- Setelah separuh masak angkat dan asingkan ayam
2. Masak Nasi gunakan bahan B- Masukkan marjerin dalam periuk dan buka api sederhana.- Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.- Masukkan beras yang telah dibasuh, pati ayam, daun pandan dan garam. Goreng sekejap semua bahan ini sampai sebati.- Masukkan air rebusan ayam tadi ikut sukatan air macam biasa untuk masak nasi.
3. Perap dan Menggoreng Ayam gunakan bahan C - Tumbukkan halia dan bawang putih, gaul bersama kicap, sos tiram dan garam dengan ayam direbus tadi.- Perap campuran ayam sekurang-kurangnya 1 jam - Setelah selesai perap masak ayam dalam minyak dengan api perlahan sehingga kulit kehitaman.
4. Bahan Sambal gunakan bahan D- Kisar semua bahan sehingga hancur- Masak atas api sederhana sampai pekat
7. Bahan Sup- Gunakan air lebihan rebus ayam masak atas api perlahan- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih.- Masukkan kiub ayam, lada sulah, dan garam masak hingga menggelegak. - Setelah masak tutp api dan taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
8. Bahan Salad- Hiriskan timun, tomato dan daun salad untuk dihidangkan
Maka siap lah juadaha untuk berbuka puasa atau juga makan moreh lepas terawih hehehe. Bila bulan puasa ni semua makanan jadi mengidam nak cubakan. Kalau korang dah cuba boleh komen kat sini jadi atau tidak ikut resipi Maha ni ok. Maha buat bolehlah untuk makan orang bujang dengan kawan-kawan. Selamat mencuba semua
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2022/04/resipi-nasi-ayam-bujang-nampak-macam.html