Yang Di Pertuan Agong Pertama


Yang di-Pertuan Agong pertama

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman menyampaikan watikah pelantikan sebagai Perdana Menteri kepada Tun Abdul Razak pada 15 April 1959 apabila Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan berkenaan untuk kempen pilihan raya pertama Persekutuan Tanah Melayu.
Sahidan Jaafar
24 Julai 2019

PERLEMBAGAAN Persekutuan Tanah Melayu yang dimaktubkan pada 1957 jelas menyatakan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan iaitu perlantikan yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi, taraf kewarganegaraan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Menurut Aziz Bari dalam bukunya Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia (2006), kuasa memilih yang di-Pertuan Agong diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.

“Inilah yang dikehendaki oleh raja-raja dalam memorandum yang mereka serahkan kepada Suruhanjaya Reid pada 1957.

“Segala formula dan peraturan pemilihan adalah seperti yang terkandung dalam memorandum tersebut.

“Meskipun tidak disebut bahawa Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan berkenaan, kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya seakan-akan menekankan sifat itu apabila mahkamah enggan melakukan semakan keputusan Majlis Raja-Raja melantik Yang di-Pertuan Agong yang kelapan (Al-Marhum) Sultan Johor, Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail (dilantik pada 26 April-25 April 1989). Mahkamah memutuskan itulah semangat yang dikehendaki oleh Perlembagaan” (Abdul Aziz Bari 206: 64).

Menurut buku Arkib Wari­san Eksklusif (2006), Yang di-Pertuan Agong yang pertama dilantik ialah Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tun­ku Muhammad Shah. Ba­ginda adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-8 yang ditabalkan pada 25 April 1934. Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu pada 3 Ogos 1957.

SISTEM GILIRAN

Menurut Perlembagaaan Persekutuan Tanah Melayu, seorang Sultan akan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang akan menjadi Ketua Negara.

Yang di-Pertuan Agong ini akan dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut giliran sembilan orang raja-raja Melayu bagi setiap tempoh lima tahun sekali.

Baginda diputerakan pada 24 Ogos 1895 di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Baginda berkahwin dengan Tuanku Khursiah pada tahun 1928. Baginda mangkat pada 1 April 1960 dalam usia 65 tahun setelah menjadi Yang di-Pertuan Agong selama tiga tahun.

Menurut Aziz Bari lagi, pelbagai komen telah dibuat tentang pemilihan Yang di-Pertuan Agong.

“Ada yang menyatakan bahawa sistem itu dipinjam daripada Negeri Sembilan. Ini tidak salah. Tetapi berbeza dengan Undang Luak yang empat itu; raja-raja sebenarnya memilih sesama mereka sedangkan para Undang Luak itu memilih seorang daripada kerabat diraja yang layak dijadikan raja. Undang Luak itu sendiri tidak boleh turut serta.

PEMILIHAN

“Ada juga yang melihat persamaan antara Yang di-Pertuan Agong dengan pemilihan Naib Canselor di Cambridge dan Oxford. Selain itu ada yang membandingkan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dengan pemilihan Pope, ketua mazhab Katolik. Cuma yang berbeza ialah Yang di-Pertuan Agong, tidak seperti Pope, hanya bersemayam selama lima tahun sahaja” (Abdul Aziz Bari 2006: 65)

Buku Takhta Kerajaan Nege­ri Sembilan (1987) oleh Tan Sri Abdul Samad Idris turut menyatakan, Tuanku Abdul Rahman menggantikan Seri Paduka Ayahandanya, Tuanku Muhammad yang telah mangkat dan dijadikan Undang Yang Empat sebelum majlis pemakaman pada 3 Ogos 1933.

SIMBOL

Menurut buku Palace Political Party and Power: A Story of the Socio-Political Development of Malay King-Ship (2011) oleh Kobkua Suwannathat-Pian, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua kerajaan tertinggi yang menjadi simbol kesatuan negeri-negeri di Malaya selain menjadi simbol keadilan, kasih sa­yang dan penghormatan untuk rakyat jelata.

“Akhirnya, persidangan Majlis Raja-Raja telah bersetuju memilih Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Malaya” (Kobkua Suwannathat-Pian 2011: 326).

Paling menarik, Kabinet Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra sebulat suara bersetuju mengabadikan wajah Yang di-Pertuan Agong pertama itu pada semua cetakan mata wang kertas negara sejak merdeka, malah turut diguna pakai sehingga kini.

Sumber: Pusat Maklumat Utusan

utusan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2019/08/yang-di-pertuan-agong-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Di Pertuan Agong Santuni Golongan Gelandangan

Yang Di Pertuan Agong Santuni Golongan Gelandangan

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR 25 Julai Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis Menyantuni Gelandangan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad hari ini JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes ...
Sultan Abdullah To Be Installed As 16th Yang Di Pertuan Agong Today

Sultan Abdullah To Be Installed As 16th Yang Di Pertuan Agong Today

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 480 hits
The installation of Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah as the 16th Yang di Pertuan Agong is set to take place today in a ceremony steeped in royal Malay customs and tradition at Istana Negara a historic event under the c...
Tasbih Kat Tangan Tak Tinggal Netizen Kagum Yang Di Pertuan Agong Sekali Lagi Cemar Duli Bantu Mangsa Kemalangan

Tasbih Kat Tangan Tak Tinggal Netizen Kagum Yang Di Pertuan Agong Sekali Lagi Cemar Duli Bantu Mangsa Kemalangan

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 485 hits
Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini sekali sempat berhenti dan bertanya khabar kepada mangsa kemalangan jalan raya dekat Istana Negara Sememangnya ungkapan raja berjiwa r...
Raja Permaisuri Agong Pertama Hingga Kini 2019

Raja Permaisuri Agong Pertama Hingga Kini 2019

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 1412 hits
Hari ini sekali lagi rakyat Malaysia khasnya dapat menyaksikan majlis istiadat pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 16 Sesuatu yang harus di tonton oleh generasi muda khususnya untuk mengenali adat istiadat Diraja Me...
17 Kali Rawatan Baru Dapat Anakanda Pertama Raja Permaisuri Agong Imbas Kembali Usaha Untuk Hamil

17 Kali Rawatan Baru Dapat Anakanda Pertama Raja Permaisuri Agong Imbas Kembali Usaha Untuk Hamil

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 900 hits
Kecekalan dan ketabahan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dalam usaha baginda mendapat zuriat wajar menjadi sumber inspirasi buat wanita di negara ini Bukan sek...
Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Xvi Pada 30 Julai 2019

Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Xvi Pada 30 Julai 2019

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 833 hits
Agong Terima Persembahan Syiling Khas Sempena Pertabalan Tarikh kemaskini 26 07 2019 AL Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menerima wang syiling kenang kenangan daripada Nor Shamsiah Mohd Yunus sempena Istiadat Pert...
Setem Khas Dan Sampul Surat Hari Pertama Yang Dipertuan Agong Xvi

Setem Khas Dan Sampul Surat Hari Pertama Yang Dipertuan Agong Xvi

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 1855 hits
Bersempena dengan Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XVI pada 30 Julai 2019 Pos Malaysia dengan ini mempersembahkan setem keluaran khas KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatudd...
Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Xvi

Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Xvi

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 1979 hits
Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XVI Daulat Tuanku Merafak sembah dan setinggi tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Ab...
Kufi Wednesday Khas 85 Yang Di Pertuan Agong

Kufi Wednesday Khas 85 Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 379 hits
Yang di Pertuan AgongMerafak sembah setinggi tinggi tahniah ke sisi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Amin...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025