Ya Allah Ambillah Tindakan Mu Pada Yang Zalim Mufti





Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berdoa supaya Allah mengambil tindakan terhadap pihak yang zalim.
Doa itu dititipkan bersama video seorang penjaja belon terlibat dalam pergelutan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menjelang tengah malam pada Jumaat.
“Ya Allah! Dalam kemuliaan Ramadan ini, kami memohon kepada-Mu, Engkau ambillah tindakan-Mu ke atas mereka yang zalim. 
“Mereka membiarkan apa yang jelas salah, tapi mereka berkeras kepada hamba-hamba-Mu yang lemah. Engkau berikan rezeki yang banyak kepada hamba-Mu yang kesusahan ini,” tulisnya.
Asri menulis komen itu ketika berkongsi semula video asal dari Facebook pemimpin pembangkang Shahidan Kassim. 
Video itu dirakam pembantu Shahidan yang melawat penjaja asal Pahang itu ketika dia mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.
Terdahulu tular video pergelutan penjaja itu dan pegawai DBKL di tepi jalan di ibu negara. Suasana kecoh dengan kemarahan peniaga lain serta orang ramai yang lalu-lalang.
DBKL mendakwa insiden bermula apabila penjaja belon itu menolak penguat kuasa dan tidak mengendahkan arahan beredar kerana mengganggu lalu-lintas.
DBKL mendakwa penguatkuasanya cuma mahu “menenangkan dan memisahkan penjaja terbabit daripada terus mengasari petugas penguat kuasa”.
Penjaja itu menafikan dia telah dihalau beberapa kali sebelum tindakan diambil.
“Tidak sama sekali. Tidak betul. Saya nak jumpa mereka pun saya takut,” katanya kepada seorang pegawai pemimpin pembangkang Shahidan Kassim.
‘Perlukah lanyak sampai begitu?’
Sementara itu, dalam ulasan lain awal pagi tadi, Asri mengakui tiada siapa yang boleh melanggar undang-undang.
Bagaimanapun, katanya, terdapat budi bicara dalam penguatkuasaannya.
“Perlukah lanyak sehingga sedemikian cara?” soalnya tanpa menyebut kes penjaja belon itu secara khusus.
Katanya, pesalah boleh disaman atau dibawa ke mahkamah.
Asri mengingatkan penyokong kerajaan terhadap peristiwa Arab Spring yang dicetuskan oleh insiden melibatkan peniaga kecil.
“Mereka jangan lupa bahawa kejatuhan kerajaan-kerajaan Arab dalam Arab Spring bermula dengan seorang peniaga kecil di Tunisia yang memprotes kezaliman ke atas dirinya apabila kereta sorong miliknya dirampas oleh penguatkuasa tempatan. 
“Bantahannya telah mencetuskan kebangkitan besar. Belajar dari sejarah, jangan lupa diri,” katanya. - Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/a_223.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Perlis Sambut Baik Tindakan Perwakilan Dap Tolak Rayer

Mufti Perlis Sambut Baik Tindakan Perwakilan Dap Tolak Rayer

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 3544 hits
suara tvBy17 03 2025KUALA LUMPUR Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa syukur apabila Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer tidak terpilih dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP semalam Menurutnya keputusan perw...
Kumpulan Industri Teknologi Eropah Seru Tindakan Radikal Untuk Kedaulatan Digital Bermula Dengan Beli Produk Tempatan

Kumpulan Industri Teknologi Eropah Seru Tindakan Radikal Untuk Kedaulatan Digital Bermula Dengan Beli Produk Tempatan

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 300 hits
Sekumpulan besar dari industri teknologi Eropah kini mendesak tindakan radikal dari penggubal undang undang Kesatuan Eropah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap infrastruktur digital dan perkhidmatan milik asing Usaha ini bertujuan un...
Kes Lelaki Cina Ditampar Hingga Cedera Hanya Kerana Makan Apa Tindakan Pihak Berkuasa

Kes Lelaki Cina Ditampar Hingga Cedera Hanya Kerana Makan Apa Tindakan Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 169 hits
HarapandailyMarch 17 2025Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang mengesahkan bahawa polis sedang menyiasat kes lelaki Cina di Johor yang ditampar kerana makan secara terbuka dalam bulan Ramadan Aaron mengesahkan mangsa telah membuat laporan poli...
Hujung Puasa Dah Tak Lalu Nasi Makan Mi Segera Bukan Tindakan Bijak

Hujung Puasa Dah Tak Lalu Nasi Makan Mi Segera Bukan Tindakan Bijak

papar berkaitan - pada 24/3/2025 - jumlah : 172 hits
Dihujung hujung Ramadan ini pasti diantara kita yang sudah tidak berselera untuk makan nasi Ramai memilih untuk makan mi segera ketika sahur Pun begitu menurut pakar ia bukan satu tindakan yang bijak malah tidak disyorkan untuk semua Menuru...
Tindakan Penguat Kuasa Dbkl Keji Kamil Munim

Tindakan Penguat Kuasa Dbkl Keji Kamil Munim

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 194 hits
MalaysiakiniSiasatan segera perlu dijalankan terhadap mereka yang terlibat dalam insiden membabitkan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan peniaga belon di Jalan Tunku Abdul Rahman nbsp Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad ...
Jakel Dedah Ada Hasrat Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Kuil Pihak

Jakel Dedah Ada Hasrat Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Kuil Pihak

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 160 hits
JAKEL Dedah Ada Hasrat Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Kuil Pihak JAKEL Akhirnya Bersuara Kumpulan Jakel mengakui pada awal pihaknya mahu mengambil tindakan undang undang terhadap pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang menduduk...
Sembilan Terbunuh Houthi Ikrar Balas Tindakan As

Sembilan Terbunuh Houthi Ikrar Balas Tindakan As

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 217 hits
Astro AwaniSANAA Sekurang kurangnya sembilan orang awam terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam serangan udara Amerika Syarikat ke atas ibu negara Yaman Sanaa Kumpulan houthi mengutuk serangan itu sebagai jenayah perang dan berikrar untuk m...
Amalan Wanita Haid Ketika Ramadan Mufti Wp

Amalan Wanita Haid Ketika Ramadan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 24/3/2025 - jumlah : 304 hits
Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang penuh dengan keberkatan Ia menjanjikan ganjaran pahala berganda untuk setiap kebaikan yang dilakukan Umat Islam digalakkan untuk merebut peluang ini melakukan sebanyak mungkin kebaikan termasuklah ibada...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji