Amalan Wanita Haid Ketika Ramadan Mufti Wp


Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang penuh dengan keberkatan. Ia menjanjikan ganjaran pahala berganda untuk setiap kebaikan yang dilakukan. 
Umat Islam digalakkan untuk merebut peluang ini melakukan sebanyak mungkin kebaikan termasuklah ibadah sunat terutamanya menjelang 10 malam terakhir Ramadan. 
Namun, bagi wanita yang sedang haid, terdapat beberapa ibadah yang tidak dapat dilakukan seperti puasa dan solat. 
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka tidak dapat meraih keberkatan Ramadan. Terdapat pelbagai amalan yang masih boleh dilakukan untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
BACA JUGA: Tarikh 10 Malam Akhir Ramadan 2025 – Kelebihan & Amalan Sunat
Amalan Wanita Haid Ketika Ramadan Berikut adalah beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang haid semasa bulan Ramadan:
1. Memperbanyakkan Zikir dan Selawat Wanita yang sedang haid boleh memperbanyakkan zikir dan selawat. Mengucapkan kalimah-kalimah seperti tahmid, tasbih dan takbir boleh menjadi sumber pahala yang besar. 
Rasulullah SAW bersabda: “Bertasbih 100 kali maka ditulislah untuknya 1000 kebaikan atau dihapus darinya 1000 kesalahan.” (HR Imam Muslim)
2.  Banyakkan Beristighfar Seterusnya, amalan wanita haid ketika Ramadan yang sangat dianjurkan adalah beristighfar. Istighfar atau memohon keampunan kepada Allah SWT adalah amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang istiqamah membaca Istighfar, maka Allah akan memberinya jalan keluar dari setiap kesulitan, Allah akan memberinya kebahagiaan dari setiap kesusahan, dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (HR Imam Abu Dawud)
3. Memberi Makan kepada Orang yang Berpuasa Walaupun tidak dapat berpuasa, wanita haid boleh mendapat pahala dengan menyediakan makanan untuk berbuka puasa bagi ahli keluarga atau orang lain. Amalan ini memberi peluang kepada mereka untuk turut merasai semangat Ramadan dan mendapat ganjaran pahala. 
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.
Riwayat Al-Tirmizi (807)
Bahkan kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: ‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’. Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18).
4. Banyakkan Sedekah Seperti yang diketahui, amalan sedekah di dalam bulan Ramadhan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu akan suci dari sebarang hadas. 
Justeru, seseorang wanita meskipun berada dalam keadaan haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini di dalam bulan Ramadhan dengan kadar yang termampu.
5. Banyakkan Berdoa Bagi orang perempuan yang haid, mereka digalakkan untuk membaca doa-doa dan juga zikir-zikir semasa berada di dalam bulan Ramadhan.
 Antaranya adalah seperti yang dianjurkan dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو قَالَ تَقُولِينَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa ? Maka kata Nabi S.A.W: ‘’Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’.
6. Menuntut Ilmu Menghadiri majlis ilmu atau membaca buku-buku agama adalah cara yang baik untuk memanfaatkan masa di bulan Ramadan. Wanita haid boleh menggunakan masa ini untuk mendalami ilmu agama dan meningkatkan kefahaman mereka tentang Islam. 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – Sabah Kesimpulannya, walaupun wanita haid tidak dapat melakukan beberapa ibadah tertentu semasa Ramadan, masih terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan untuk meraih keberkatan bulan yang mulia ini. 
Dengan melakukan amalan-amalan tersebut, mereka masih dapat merasai keistimewaan Ramadan dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Yang penting adalah niat yang ikhlas dan usaha berterusan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Rujukan: IRSYAD HUKUM KHAS RAMADHAN SIRI KE 136 : AMALAN WANITA HAID DI BULAN RAMADHAN – Mufti WP


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/amalan-wanita-haid-ketika-ramadan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=amalan-wanita-haid-ketika-ramadan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Wanita Haid Di Bulan Ramadhan

Amalan Wanita Haid Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 131 hits
Amalan Wanita Haid Di Bulan Ramadhan Kebiasannya bagi kaum wanita ni memang special sebab selalu tak dapat puasa penuh di bulan Ramadhan Istilah ABC iaitu Allah bagi cuti Nak buat macam mana kan Kalau puasa pun tak dapat pahala Tapi ada jug...
Tarikh 10 Malam Akhir Ramadan 2025 Kelebihan Amalan Sunat

Tarikh 10 Malam Akhir Ramadan 2025 Kelebihan Amalan Sunat

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 126 hits
MISI MEMBURU LAILATUL QADAR DALAM 10 MALAM AKHIR RAMADAN 2025 Diam tak diam terasa macam baru saja kita menyambut bulan Ramadan Tetapi rupa rupanyanya kurang dari 2 minggu saja lagi bulan yang mulia ini akan meninggalkan kita Insya allah ki...
Polis Tahan Suami Wanita Jatuh Tingkat 4 Pangsapuri Ketika Bertengkar

Polis Tahan Suami Wanita Jatuh Tingkat 4 Pangsapuri Ketika Bertengkar

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 141 hits
Meor Riduwan Meor AhmadMELAKA Polis menahan seorang lelaki yang juga suami kepada wanita yang parah terjatuh dari balkoni rumah di tingkat empat sebuah pangsapuri di Cheng pagi semalam Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Chr...
Amalan Doa 10 Malam Terakhir Ramadan Dan Lailatul Qadar

Amalan Doa 10 Malam Terakhir Ramadan Dan Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 182 hits
Amalan Doa 10 Malam Terakhir Ramadan dan Lailatul Qadar 36 Amalan doa 10 malam terakhir ramadan ini khas dikongsikan kepada semua sebagai 1 garis panduan dan bantuan untuk memudahkan sahabat sekalian melakukan amal ibadah dan berdoa memohon...
Insiden Warga Emas Tampar Bukan Muslim Makan Ketika Ramadan Kertas Siasatan Telah Dibuka

Insiden Warga Emas Tampar Bukan Muslim Makan Ketika Ramadan Kertas Siasatan Telah Dibuka

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 181 hits
BernamaInsiden itu juga tular dalam media sosial semalam menerusi dua video berdurasi 32 dan 44 saat Gambar tularJOHOR BAHRU Polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang lelaki bukan Muslim diherdik dan ditampar seorang ind...
Doa Ramadan Agar Ramadan Diisi Dengan Amalan Soleh

Doa Ramadan Agar Ramadan Diisi Dengan Amalan Soleh

papar berkaitan - pada 30/3/2025 - jumlah : 188 hits
Sebagai umat Islam kita dianjurkan untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan soleh sepanjang bulan ini Salah satu doa yang boleh diamalkan ialah doa memohon kesejahteraan menjelang Ramadan serta diterimanya segala ibadah yang dilakukan Maksud...
Stay Sahur Iftar Ramadan Retreat At Geo Resort Hotel

Stay Sahur Iftar Ramadan Retreat At Geo Resort Hotel

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 214 hits
Stay Sahur Iftar Ramadan Retreat at Geo Resort Hotel Hello everyone Remember I shared attending at Geo Resort Hotel Genting Highlands Now I want to share an amazing Ramadan staycation experience at Geo Resort Hotel Genting Highlands this ti...
Fitnah Di Bulan Ramadan Serendah Rendah Akhlak

Fitnah Di Bulan Ramadan Serendah Rendah Akhlak

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 174 hits
Tunku Nashrul ketika Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan melalui media sosial pada 19 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 19 Mar Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah mendedahkan t...
Nestl Malaysia Menyokong Komuniti Yang Memerlukan Di Seluruh Negara Melalui Inisiatif Bermakna Semasa Ramadan

Nestl Malaysia Menyokong Komuniti Yang Memerlukan Di Seluruh Negara Melalui Inisiatif Bermakna Semasa Ramadan

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 223 hits
NESTL MALAYSIA MENYOKONG KOMUNITI YANG MEMERLUKAN DI SELURUH NEGARA MELALUI INISIATIF BERMAKNA SEMASA RAMADAN Sempena ketibaan bulan Ramadan yang merupakan masa untuk bermuhasabah beramal dan bersatu hati Nestl Malaysia terus menghulur bant...
A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Padah Bergurau Tak Nampak Kiblat Ketika Di Makkah Pempengaruh Indonesia Terima Balasan Cash

Resepi Sambal Kerang Sedap Untuk Nasi Lemak Mudah Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Update Strategi Seo 2025 Yang Wajib Kamu Tahu

Pemuda Dan Remaja Masjid Di Kalbar Bergerak Dukung Palestina Merdeka

Ekonomi Ri Tumbuh 5 3 Di Kuartal I 2025 Sektor Umkm Jadi Penopang Utama

Startup Lokal Bidang Agritech Raup Pendanaan Rp105 Miliar Dari Investor Global

Rupiah Tertekan Sentimen Global Investor Pantau Data Inflasi As

Wanita Malaysia Dijadikan Bank Untuk Buat Pelbagai Pinjaman Lepas Kahwin Dengan Warga Asing