Wee Mb Pahang Cadang Tukar Jajaran Ecrl Balik Ke Asal


MALAYSIAKINI
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini berkata cadangan untuk mengembalikan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) balik ke jajaran asal datang dari Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.
"Kami mengadakan pertemuan bulan lalu yang dihadiri oleh menteri-menteri besar negeri yang terlibat.
"Semasa kami membincangkan penjajaran baru, kerajaan Pahang menyarankan untuk kembali ke penjajaran asal. 
"Menteri besar Pahang yang membangkitkan perkara itu," katanya pada wawancara dengan 8TV.
Wee berkata belum ada keputusan muktamad dibuat tetapi memaklumkan beberapa perkara mengenai bagaimana penjajaran asal di bawah BN dapat memenuhi permintaan logistik dan keperluan penduduk dengan lebih baik.
Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.Berdasarkan penjajaran asal BN, ECRL akan melalui Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum memasuki Selangor dari utara melalui Gombak dan menuju ke Serendah dan Pelabuhan Klang.
Pentadbiran PH ketika itu mengubah jajaran itu supaya tidak melalui Bentong dan Gombak seperti yang direncanakan pada awalnya. Ia bertujuan mengelakkan pembinaan terowong sepanjang 17.8km yang mahal melalui Ridge Quartz Klang Gates, khazanah alam semulajadi rabung kuarza tulen terpanjang di dunia.
Sebaliknya, dari Mentakab ia menuju ke selatan melakui Kuala Klawang di Negeri Sembilan sebelum memasuki Selangor melalui Bangi/ Kajang dan kemudian menuju ke Putrajaya Sentral dan akhirnya ke Pelabuhan Klang.
Bagaimanapun, Wee berkata terdapat keperluan yang lebih mendesak untuk menghantar kargo dari utara berbanding di selatan ke Pelabuhan Klang.
Menurutnya, hal ini kerana kargo di selatan akan menggunakan pelabuhan lain seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.
Sekiranya ECRL melalui Gombak, jelas Wee ia akan memungkinkan integrasi dengan sistem aliran KTM dan LRT.
'PH jimat sebab kurang skop kerja'
Katanya lagi, penduduk Bentong lebih ramai berbanding Kuala Klawang.
Wee berkata terdapat keperluan untuk memastikan muatan dan penumpang mencukupi supaya ECRL tidak menjadi projek gajah putih.
Ditanya sekiranya penukaran laluan itu boleh menyebabkan kos pembinaan ECRL meningkat, Wee berkata penjimatan yang diperolehi kerajaan PH sebelumnya sebahagian besarnya adalah daripada pengurangan skop kerja.
Mengenai kemungkinan berlaku kelewatan akibat pertimbangan balik ke cadangan laluan asal, Wee berkata pembinaan Pakej A (Kota Bharu ke Dungun) dan Pakej B (Dungun ke Mentakab) ECRL sedang berjalan.
Beliau berkata perbincangan mengenai sama ada mengambil jalan utara atau selatan adalah untuk Pakej C, dari Mentakab ke Pelabuhan Klang.
Perdana menteri PH, Dr Mahathir Mohamad ketika itu berpendapat bahawa penjajaran baru akan memberikan integrasi yang lebih baik terhadap jalur pengangkutan sedia ada.
"Dengan jajaran baru ini Laluan Ekspres KLIA (ERL) yang sedia ada, serta laluan MRT2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya pada masa depan, membolehkan lebih banyak negeri mengambil bahagian dalam manfaat ekonomi hasil daripada perjanjian yang ditambah baik itu.
"Ini akan menambah baik sistem ketersambungan penumpang di kawasan lain di pantai barat semenanjung di samping menyediakan rangkaian terus ke KLIA," katanya.
Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) juga dijangka melalui kawasan Putrajaya/ Bangi.
Ditambah dengan beberapa perubahan lain termasuk pengurangan stesen dari 24 menjadi 20, PH telah mengurangkan kos projek daripada RM66.5 bilion kepada RM44 bilion.
Awal hari ini, Anggota Parlimen Umno Jalaluddin Alias mahu Putrajaya mengekalkan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diusahakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menghubung laluan ke arah selatan Lembah Klang menerusi Negeri Sembilan.
"Tidak ada sebab mengapa ia perlu diubah kembali.
"Kita tetap mahukan projek ECRL itu melalui Jelebu memandangkan kebanyakan penduduk di daerah ini juga tidak sabar menanti projek berkenaan," katanya.
Sementara itu, exco kerajaan Negeri Sembilan Teo Kok Seong berkata beliau telah mewakili menteri besar Aminuddin Harun dalam mesyuarat Rancangan Fizikal Nasional pada 11 Jun lalu dan telah menyuarakan bantahan mengenai penjajaran semula ECRL.
Menurutnya, Negeri Sembilan akan mempertahankan jajaran ECRL sedia ada yang dicadangkan pentadbiran PH dahulu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/wee-mb-pahang-cadang-tukar-jajaran-ecrl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wee Ka Siong Bidas Anthony Loke Berkenaan Jajaran Ecrl

Wee Ka Siong Bidas Anthony Loke Berkenaan Jajaran Ecrl

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 399 hits
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong menjawab kenyataan pendahulunya Anthony Loke bahawa cadangan mengembalikan semula jajaran asal Projek Laluan Rel Pantai Timur oleh kerajaan Perikatan Nasional bertujuan Negeri Sembilan Saya menghormati pend...
K Jaan Pn Pertimbang Kembalikan Jajaran Asal Laluan Ecrl Laporan

K Jaan Pn Pertimbang Kembalikan Jajaran Asal Laluan Ecrl Laporan

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 703 hits
Di bawah BN jajaran ECRL akan melalui Kelantan Terengganu dan Pahang sebelum menuju ke Selangor melalui Gombak dan ke Serendah serta Pelabuhan Klang Walau bagaimanapun jajaran semula yang dicadangkan pentadbiran PH tidak lagi akan melalui B...
Ecrl Kekalkan Jajaran Yang Dirunding Semula Jangan Membazir

Ecrl Kekalkan Jajaran Yang Dirunding Semula Jangan Membazir

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 346 hits
Projek Laluan Rel Pantai Timur yang dicadangkan oleh menteri kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional untuk kembali ke laluan asal dikhuatiri akan membazirkan puluhan bilion ringgit wang rakyat selepas berjaya dijimatkan oleh kerajaan Pakatan...
Ecrl Apa Perlu Ikut Jajaran Bn Tingkatkan Kos Pembinaan

Ecrl Apa Perlu Ikut Jajaran Bn Tingkatkan Kos Pembinaan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 259 hits
ECRL Apa perlu ikut jajaran BN tingkatkan kos pembinaan Oleh July 09 2020Cadangan kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional untuk mengkaji semula jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur ditentang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
Punya Sejarah Menyeramkan Ini Fakta Di Balik Veil Pengantin Yang Calon Manten Pasti Nggak Nyangka

Punya Sejarah Menyeramkan Ini Fakta Di Balik Veil Pengantin Yang Calon Manten Pasti Nggak Nyangka

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 647 hits
Kalau sekarang sih sudah sah jadi aksesori dan maknanya bergeser jadi simbol kesucian dan kesopanan nggak ada serem seremnya lagi
Perikatan Nasional Calon Pm Kita Perlu Balik Kepada Asas Tok Uban

Perikatan Nasional Calon Pm Kita Perlu Balik Kepada Asas Tok Uban

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 2938 hits
Selepas penulisan saya di halaman ini menyatakan pandangan saya tentang penerimaan semua parti yang berada dalam gabungan yang dipanggil sebagai Perikatan Nasional terhadap TS Muhyiddin Yasin sebagai PM pada PRU 15 saya menerima berbagai re...
Hadir Marah Marah Ke Rumah Mina Tolak Maaf Jimin Dedah Dia Bawa Balik Lelaki Ke Dorm Untuk Bersama

Hadir Marah Marah Ke Rumah Mina Tolak Maaf Jimin Dedah Dia Bawa Balik Lelaki Ke Dorm Untuk Bersama

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 613 hits
Masih lagi panas dengan Selepas ketua kumpulan itu dikatakan telah datang ke rumahnya dengan staf syarikat dan juga ahli AOA yang lain bagi menyelesaikan masalah tersebut secara berdepan Pertama sekali saya mahu memohon maaf kerana tidak da...
Pandemi Covid 19 Pemprov Bali Gratiskan Biaya Balik Nama Kendaraan

Pandemi Covid 19 Pemprov Bali Gratiskan Biaya Balik Nama Kendaraan

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 234 hits
Sekda Provinsi Bali Dewa Made Indra menyampaikan Gubernur Bali mengeluarkan peraturan nomor 33 tahun 2020 tentang pembebasan pokok atau penghapusan sanksi administrasi berupa bunga dan denda terhadap bea balik nama kendaraan bermotor
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin