Hadir Marah Marah Ke Rumah Mina Tolak Maaf Jimin Dedah Dia Bawa Balik Lelaki Ke Dorm Untuk Bersama


Masih lagi panas dengan isu pendedahan kes buli Ji-min terhadap bekas ahli AOA iaitu Mi-na. Selepas meluahkan segalanya di laman Instagramnya, ketua kumpulan itu dikatakan telah datang ke rumahnya dengan staf syarikat dan juga ahli AOA yang lain bagi menyelesaikan masalah tersebut secara berdepan.
Pertama sekali, saya mahu memohon maaf kerana tidak dapat mengawal emosi sehingga menyebabkan kekecohan hari ini. Saya tahu saya sudah susahkan ramai orang hari ini dan saya minta maaf.. saya pasti banyak media yang menulis mengenai cerita ini dan mungkin ada yang tidak mahu mengetahui tentang perkara yang mengganggu seperti ini. Ramai yang datang ke rumah untuk berjumpa dengan saya. Minta maaf kerana membuatkan semua risau. Saya seorang selebriti – jadi ada benda yang patut dan tak sepatutnya saya lakukan. Maafkan saya.
Beberapa jam lepas, kesemua ahli dan pengurus hadir ke hadapan pintu rumah saya. Kami duduk dan berbincang. Walaupun saya sedikit terpempan apabila melihat Ji-min datang dalam keadaan yang marah. Saya tanya sama ada dia datang untuk memohon maaf atau memarahi saya. Kami bergaduh lagi. Ji-min asyik meminta pisau dan berkata, ‘Adakah semuanya akan selesai sekiranya saya tiada lagi?’. Tapi kami akhirnya duduk dan mula bercakap.

Dia asyik mengatakan kepada saya bahawa dia tidak ingat perkara tersebut dan saya sampaikan semua yang saya ingat. Benar, saya tidak berada dalam keadaan yang baik jadi saya tak ingat secara terperinci. Tetapi saya memandang terus pada matanya dan memberitahu apa yang dia buat dan tidak buat kepada saya. Dia tidak ingat langsung. Rupanya Ji-min ingat sangkakan kami sudah menyelesaikan segalanya semasa pengebumian ayahnya. Saya mengerti, kalau dia tidak mengingati langsung perbuatannya – namun dia tetap meminta maaf. Mungkin dia ingat semuanya sudah selesai.
Tapi perkara itu berlaku ketika di tempat pengebumian. Saya pergi ke sana untuk menunjukkan rasa hormat dan berada di sisinya hanya untuk hari itu. Macam mana satu hari sahaja boleh menyelesaikan 10 tahun yang dipenuhi dengan keseksaan? Tambahan pula, kami tidak bercakap langsung mengenai perkara tersebut. Macam mana kita nak berbincang mengenai perkara tersebut di tempat seperti itu? Jadi pada hari itu, saya hanya memberi fokus untuk memujuknya. Keesokan harinya, saya kembali kepada diri yang asal. Saya tak boleh betulkan apa yang dah hancur dalam masa satu malam sahaja.
Apa pun, saya terus memberitahunya dan kemudian, Ji-min mula meminta maaf berkali-kali. Jadi.. dia memohon maaf dan saya menerimanya. Saya biarkan dia pergi. Saya kemudiannya bersembang lagi dengan ahli yang lain. Saya berjanji akan cuba untuk memperbaiki diri dan tak akan buat apa-apa keputusan yang salah. Saya percaya kedua-dua ayah kami sedang melihat daripada atas sana.
Saya tak boleh tulis penipuan.. jadi, sebenarnya, apabila muncul di hadapan rumah.. saya tak rasa dia rasa bersalah langsung. Tetapi dia asyik memohon maaf.. ya, saya dengar.. tetapi. Saya tak tahu macam mana nak terangkan hal ini. Sejujurnya, saya tak nampak seseorang yang benar-benar mahu meminta maaf. Tapi mungkin saya yang bias kerana perasaan marah terhadap dirinya. Mungkin saya cuba melihat yang buruk sahaja pada dirinya. Mungkin dia maksudkannya, jadi saya tak mahu buat spekulasi. Apa pun, saya mahu tutup kisah ini.
Saya akan cuba bertenang dan dapatkan bantuan profesional. Saya akan cuba dengan kuat. Dan saya tak akan sebabkan kekacauan seperti ini lagi. Saya minta maaf. Saya akan cuba untuk jadi lebih baik pada setiap hari. Saya tahu saya banyak susahkan orang hari ini, saya minta maaf sejujurnya…
Dan saya tahu saya tidak dapat melihat Ji-min secara baik lagi – semasa dahulu pun. Saya mengaku. Saya tak ingat pun dia meminta maaf. Saya hanya mampu terbayang kembali babak dia datang ke rumah saya dalam keadaan marah sahaja. Tapi seperti yang saya katakan, mungkin kerana terlalu marah, ia kelihatan seperti itu. Saya tak boleh ubah fikiran dengan sekejap sahaja tetapi saya akan cuba. Saya cakap saya akan cuba.. Saya tak akan cakap lagi mengenai hal ini. Saya tak pasti sama ada saya menulisnya dengan baik tetapi saya minta maaf.
Tak lama selepas itu, Ji-min pula memuat naik kenyataan pertama daripada dirinya sejak kes ini meletup dalam kalangan media.
Saya tak dapat luahkan semuanya dalam mesej yang pendek tetapi saya berasa bersalah dan saya mahu minta maaf. Saya banyak kekurangan semasa mengemudi kumpulan AOA dan semuanya salah saya.
Saya berasa kesal dan bersalah kerana semasa kami bersama, saya tak mampu memahami Mi-na dan juga menjaganya. Saya cuai.
Semalam pun, saya menangis dan merayu dan menangis lagi. Namun begitu, saya minta maaf kepada Mi-na kerana saya tahu perasannya pada saya susah untuk diubah.
Semasa saya masih lagi muda, saya hidup dengan fikiran bahawa kumpulan saya seharusnya menunjukkan sisi yang baik sahaja kepada staf dan juga orang awam. Tetapi hal itu menyebabkan saya mempunyai pemikiran seorang ketua yang tidak berperikemanusiaan.
Saya memohon maaf kerana menimbulkan kontroversi. Saya minta maaf kerana cuai ketika menulis. Dan yang paling penting, saya meminta maaf kepada Mi-na dan kesemua ahli yang lain yang bekerja keras demi kami berdua.

Walaubagaimanapun, Mi-na tampil dengan entri terbaru dan mengkritik kenyataan maaf Ji-min tersebut, Namun entri tersebut sudah pun dipadam tak lama selepas itu.
Minta maaf? Awak minta maaf? Saya akan cakap apa yang saya mahu sebelum pergi. Semalam, awak cakap awak bertindak sedemikian kerana mahu pastikan saya berjalan di atas landasan yang benar. Mendengarkan hal tersebut daripada seseorang yang membawa lelaki dan melakukan hubungan seksual di dalam asrama? Mungkin awak yang patut tetapkan diri pada jalan yang benar dahulu. Sekurang-kurangnya, awak tak patut menipu. Tapi apa? Saya masih ingat lagi pandangan awak semasa masuk ke asrama. Saya akan mati dan membayar awak dengan kebaikan. Kesemua mata dan telinga yang berada di rumah saya, awak semuanya sama sahaja. Shin Ji-min, beruntungnya awak, semua berada di pihak awak. Awak dah menang. Saya dah kalah. Akhirnya, saya kalah juga.
Entri terakhir Mi-na ini nyata menimbulkan kerisauan netizen kerana bimbang wanita itu akan bertindak di luar kawalan.
Nantikan kemas kini selanjutnya mengenai kisah ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kimchidaily.my/hadir-marah-marah-ke-rumah-mina-tolak-maaf-jimin-dedah-dia-bawa-balik-lelaki-ke-dorm-untuk-bersama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampai Mahu Ambil Nyawa Sendiri Mina Dedah 10 Tahun Dibuli Jimin Semasa Aktif Dengan Kumpulan Aoa

Sampai Mahu Ambil Nyawa Sendiri Mina Dedah 10 Tahun Dibuli Jimin Semasa Aktif Dengan Kumpulan Aoa

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 538 hits
Meskipun kumpulan idola nampak gah dan rapat seperti keluarga di hadapan kamera tiada siapa yang tahu apa yang berlaku sebenarnya di belakang tabir Mina bekas ahli kumpulan AOA mendedahkan bahawa dia membuat keputusan untuk meninggalkan kum...
Buli Mina Selama 10 Tahun Jimin Diumum Keluar Aoa Hentikan Semua Aktiviti Seni

Buli Mina Selama 10 Tahun Jimin Diumum Keluar Aoa Hentikan Semua Aktiviti Seni

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 670 hits
Angin tak ada ribut tak ada Walaupun tidak menyatakan nama kepada ahli yang membulinya itu tetapi Ji min iaitu ketua AOA telah secara tersirat mengakui bahawa dialah orangnya apabila memuat naik Instagram Story sepertinya menyatakan bahawa ...
Semua Bersubahat Netizen Persoal Ahli Aoa Lain Biarkan Sahaja Jimin Buli Mina Selama 10 Tahun

Semua Bersubahat Netizen Persoal Ahli Aoa Lain Biarkan Sahaja Jimin Buli Mina Selama 10 Tahun

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 782 hits
Beberapa hari lepas dunia K Pop dikejutkan dengan pengakuan berani bekas ahli AOA iaitu Mi na mengenai Bukan sahaja dipukul malahan gadis itu sering dilemparkan dengan kata kata yang kurang enak oleh Ji min Selepas meluahkan segalanya di la...
Keadaan Rumah Par4h Pegawai Zakat Dedah Sikap Sebenar To Ki

Keadaan Rumah Par4h Pegawai Zakat Dedah Sikap Sebenar To Ki

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 404 hits
KUALA LUMPUR Penyanyi era 1990 an To ki yang kisah hidupnya hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu mendapat pembelaan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang tampil menghulurkan bantuan Ketua Pegawai Eksekutif...
Rancangan Bawa Balik Jawatan Pm Kembali Kepada Umno

Rancangan Bawa Balik Jawatan Pm Kembali Kepada Umno

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 264 hits
Menurut Nazri semua ahli dan pemimpin UMNO perlu bersikap terbuka dan menerima Muhyiddin kembali menyertai parti itu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu kembali menyertai UMNO dan mengukuhkan parti terbesar orang Melayu itu kata ...
Hina Jata Negara Rakyat Tolak Permohonan Maaf Penerbit

Hina Jata Negara Rakyat Tolak Permohonan Maaf Penerbit

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 364 hits
Kenakan juga tindakan terhadap penulis kerana bersubahat BANGI Permohonan maaf penerbit buku yang menghina Jata Negara tidak akan diterima sehingga semua pihak yang terbabit dalam isu kontroversi itu dikenakan tindakan tegas oleh pihak berk...
Xiaomi Turut Bawa Masuk Mi Robot Vacuum Mop Yang Akan Pastikan Lantai Rumah Korang Sentiasa Bersih

Xiaomi Turut Bawa Masuk Mi Robot Vacuum Mop Yang Akan Pastikan Lantai Rumah Korang Sentiasa Bersih

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 405 hits
Xiaomi Malaysia membawa masuk Mi Robot Vacuum Mop secara rasmi ke pasaran Malaysia bermula 25 Jun ini sama seperti Mi Ionic Hairdryer yang baru Ohmedia share tadi Jaranglah Xiaomi ni ketinggalan ada jer benda baru yang mereka cuba buat yang...
Dedah Sudah 3 Tahun Bercinta Ok Taecyeon Muat Naik Surat Mohon Maaf Buat Peminat

Dedah Sudah 3 Tahun Bercinta Ok Taecyeon Muat Naik Surat Mohon Maaf Buat Peminat

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 491 hits
Selepas khabar angin berterbangan mengatakan bahawa dia dan teman wanitanya kelihatan sedang bertemu janji dengan gembiranya di sebuah ladang di Pyeongchang akhirnya Menurut sumber lain kekasih Ok Taec yeon itu merupakan seorang staf pejaba...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya