Wawasan 2020 Yang Gagal




Ketika berucap sempena sambutan Ambang Merdeka Selasa lalu, Tun Mahathir Mohamad tanpa segan silu menyalahkan pendekatan Perdana Menteri ke-5 dan Perdana Menteri ke-6 sebagai punca matlamat Wawasan 2020 gagal dicapai.“Tahun 2020 ini agak signifikan bagi saya kerana hampir 3 dekad yang lalu kita lancarkan Wawasan 2020 dan menyasarkan tahun ini mencapai tahap negara maju.“Tetapi, kerana beberapa pendekatan yang diambil pemimpin kerajaan ke-5 dan ke-6, maka wawasan itu tidak dapat dicapai pada tahun ini.“Untuk itu, kita perlu lanjutkan tempoh itu selama 10 tahun lagi,” kata Tun Mahathir merujuk kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sebagai kesinambungan Wawasan 2020 yang diperkenalkan baru-baru ini.Mari kita renung-renung serta fikir-fikir sejenak tentang hal ini.Wawasan 2020 dilancarkan pada 1991 dengan sasaran selama 30 tahun untuk mencapai status negara maju.Bagi tempoh 30 tahun iaitu antara 1991 hingga 2020, Malaysia memiliki empat orang Perdana Menteri – Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak dan Tun Mahathir sekali lagi.Untuk tempoh 1991 hingga 2003 iaitu 12 tahun, Perdana Menteri ketika itu adalah Tun Mahathir.Untuk tempoh 2003 hingga 2009 iaitu selama 6 tahun, Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Abdullah Badawi.Untuk tempoh 2009 hingga 2018 iaitu lebih kurang 9 tahun, Perdana Menteri Malaysia adalah Najib.Untuk tempoh 2018 hingga 2020 iaitu hampir 2 tahun, Tun Mahathir sekali lagi berpeluang menjadi Perdana Menteri.Bermakna, dalam tempoh 30 tahun perlaksanaan Wawasan 2020, Tun Mahathir memegang kuasa sebagai Perdana Menteri selama hampir 14 tahun, manakala Tun Abdullah dan Najib berkongsi tempoh lebih 15 tahun.Maka, di mana logiknya segala kesalahan atas kegagalan Wawasan 2020 hanya diletakkan kepada Tun Abdullah dan Najib semata-mata?Apakah Tun Mahathir yang berkuasa selama hampir 14 tahun tempoh perlaksanaan Wawasan 2020 tidak bersalah apa-apa?Bukankah selepas melancarkan Wawasan 2020 pada 1991 dan pada 1998, beliau memecat Anwar Ibrahim serta kemudian berpeluang berkuasa semula pada 2018 dan terus sekali lagi bertindak menghuru-harakan PKR merupakan antara sebab negara lebih bergelumang dalam soal politik dan tidak dapat menumpukan kepada pembangunan negara?Tidakkah itu antara sebab mengapa Wawasan 2020 gagal dicapai?Malah, ketika Tun Abdullah dan Najib menjadi Perdana Menteri, siapakah yang banyak mengacau kerajaan?Lebih daripada itu, kalau pun Tun Abdullah dan Najib mahu dipersalahkan atas kegagalan Wawasan 2020, siapa yang memilih dan menaikkan kedua-dua pemimpin tersebut sebagai Perdana Menteri?Secara keseluruhan, bukankah Tun Mahathir sendiri lebih banyak salah berbanding Tun Abdullah dan Najib atas gagalnya Wawasan 2020?Berfikir di luar imaginasi pula, andainya di tahun 2030 nanti Tun Mahathir masih hidup dan status negara maju tidak juga dapat dicapai, siapakah lagi yang mahu dipersalahkannya pada waktu itu? (ShahbudinHusin 02/01/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/wawasan-2020-yang-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imbas Kembali Wawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara Maju

Imbas Kembali Wawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara Maju

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 641 hits
Tadi ada banyak masa aku membaca kembali satu artikel dari Pejabat Perdana Menteri yang aku rasa terlupa nak buang tentang Wawasan 2020 Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun 2020 dan tahun ni adalah tahun kita menjadi negara maju Kon...
Wawasan 2020 Wawasan Kereta Terbang

Wawasan 2020 Wawasan Kereta Terbang

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 842 hits
Tahun baru menjelma lagi Cuma tahun ini agak berbeza dengan tahun tahun yang sudah Walaupun tiap tiap tahun baru kita menyambutnya dengan bakar mercun dan bunga api kemudian kita juga mengucapkan selamat kepada rakan rakan sahabat handai Na...
Wawasan 2020 Akhir Sebuah Impian

Wawasan 2020 Akhir Sebuah Impian

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 357 hits
WAN HAMIDI HAMID ULASAN Ketika Dr Mahathir Mohamad melancarkan Wawasan 2020 pada 1991 saya sebagai seorang wartawan yang makan gaji dengan sebuah akhbar prokerajaan BN memandangnya dengan sinis Bukan kerana saya berasa diri hebat atau beril...
Noktah Wawasan 2020

Noktah Wawasan 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 384 hits
SAMBUTAN tahun baru kali ini pasti merupakan satu catatan sejarah yang sukar dilupakan kerana 30 tahun lalu atau lebih tepat pada tahun 1991 Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad telah membentangkan sebuah kertas kerja The Way For...
Siapa Sebenarnya Yang Gagalkan Wawasan 2020 Tun Abdullah Ds Najib Atau Dr Mahathir

Siapa Sebenarnya Yang Gagalkan Wawasan 2020 Tun Abdullah Ds Najib Atau Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 767 hits
Penguasaan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua telah menjangkau lebih 18 bulan Dan selama lebih 18 bulan inilah juga Dr Mahathir masih lagi menggunakan alasan DS Najib dan Tun Abdullah Badawi untuk melindungi korupsi...
Wawasan 2020 Ceritaku Ceritamu

Wawasan 2020 Ceritaku Ceritamu

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 393 hits
Wawasan 2020 masa tu tahun 1991 aku baru Form 3 Berita surat khabar teks ulangkaji petikan petikan majalah penuh dengan idea Wawasan 2020 Wawasan 2020 ni merupakan brainchild Tun Mahathir Tapi masa tu kita tak panggil Tun kita panggil Dr Ma...
4 Ways To Travel Better In 2020

4 Ways To Travel Better In 2020

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 466 hits
By BY SARAH FIRSHEIN from NYT Travel https ift tt 39mIleE
Menhub Budi Pastikan Bandara Baru Yogyakarta Beroperasi Penuh Maret 2020

Menhub Budi Pastikan Bandara Baru Yogyakarta Beroperasi Penuh Maret 2020

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 380 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi memastikan Bandara Internasional Yogyakarta di Kabupaten Kulon Progo akan beroperasi penuh pada akhir Maret atau sebelum Lebaran 2020 Menteri Budi menambahkan angkutan antarmoda yang perlu disiapkan
Pencairan Dana Desa Tahap Pertama Di 2020 Naik Menjadi 40 Persen

Pencairan Dana Desa Tahap Pertama Di 2020 Naik Menjadi 40 Persen

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 315 hits
Kementerian Desa Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi menyatakan bahwa pencairan Dana Desa tahap pertama pada Januari 2020 akan dilakukan sebesar 40 persen Besaran pencairan Dana Desa tahap pertama tersebut disebut upaya pemerinta...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement