Noktah Wawasan 2020





 
SAMBUTAN tahun baru kali ini pasti merupakan satu catatan sejarah yang sukar dilupakan kerana 30 tahun lalu, atau lebih tepat pada tahun 1991, Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membentangkan sebuah kertas kerja The Way Forward – Vision.
Kertas kerja itu yang kemudiannya dikenali sebagai Wawasan 2020 dikatakan hala tuju kerajaan dalam memacu pembangunan negara selama 30 tahun (1991-2020) selepas berakhirnya Dasar Ekonomi Baru (1971-1990).
Wawasan 2020 bermatlamat mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.
Dr Mahathir meletakkan sasaran untuk mewujudkan masyarakat makmur bagi menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar kita setiap 10 tahun antara 1990 dan 2020.
Dalam ucapan tersebut, Dr Mahathir berkata, “Jika kita lakukan ini, KDNK kita akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990. KDNK kita pada 1990 ialah RM115 bilion. KDNK kita pada 2020 patut menjadi kira-kira RM920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990).”
Dr Mahathir mungkin tidak menyangka bahawa nilai KDNK negara melepasi angka tersebut pada 2012 (RM971 bilion). Pada 2017, nilai KDNK negara telah mencecah trilion ringgit.
Sudah tentu jumlah KDNK semata-mata tidak menjadikan Wawasan 2020 sebuah program yang berjaya. Malah jumlah KDNK itu juga mungkin tidak sama nilainya dengan ringgit pada 1990.
Pada 1991, Dr Mahathir mengingatkan bahawa “orang awam mesti memahami apa yang menyebabkan inflasi dan cukup berdisiplin untuk memeranginya. Di sesetengah negara, apabila kadar inflasi meningkat sehingga beribu-ribu peratus setahun, kerajaan sentiasa bertukar-tukar tanpa dapat membendung inflasi… Dalam usaha menentang inflasi, tidak ada yang lebih berkesan daripada pendidikan dan sikap disiplin rakyat.”
Malangnya, Dr Mahathir sendiri telah menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), satu sistem percukaian yang dalam jangka masa panjang akan mengawal inflasi melalui disiplin perbelanjaan rakyat dan penentuan harga oleh penjual.
Dr Mahathir juga memasuki semula politik dengan menentang semua rancangan pembangunan infra moden seperti MRT, ECRL, HSR. Ia dituduh sebagai pembaziran dan menyebabkan hutang negara bertambah.
Apabila menang, banyak projek pembangunan infra moden diracik-racik, dibatal dan ditunda sehinggakan pelan jaringan pengangkutan yang menyeluruh menjadi terencat dan dan terpisah-pisah seperti negara dunia ketiga.
Pengurusan kerajaan turut menjadi caca-marba dan hilang pedoman. Keputusan-keputusan kerajaan berubah-ubah seolah-olah tiada kajian sebelum diputuskan.
Menteri-menteri lebih bersuka ria membuat kenyataan di media sosial berbanding menguruskan kementerian masing-masing dengan tertib dan teratur.
Perbalahan terbaharu dalam kalangan menteri mengenai elaun kritikal penjawat awam adalah antara rentetan panjang kegagalan urus tadbir profesional kerajaan sejak pilihan raya lalu.

 
GAGAL
Sebahagian besar dalam sembilan cabaran Wawasan 2020 yang digariskan oleh Dr Mahathir adalah berteraskan pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu, hidup harmoni, bertolak ansur, berakhlak dan bermoral.
Dari segi pembangunan sahsiah, Dr Mahathir bukan sahaja gagal memperbaiki moral rakyat, malah beliau kembali sebagai Perdana Menteri dengan menjanjikan pengganti seterusnya adalah seorang yang terkait skandal seks luar tabii.
Ada menteri Kabinet kepercayaan Dr Mahathir hari ini merupakan individu-individu yang terpalit dengan skandal seks luar tabii dan luar nikah.
Dari segi perpaduan rakyat, ia juga merosot dengan teruk apabila kemenangan parti Dr Mahathir dalam pilihan raya lalu telah mewujudkan perasaan syak wasangka besar antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera, antara masyarakat Islam dengan bukan Islam.
Buat kali pertama dalam sejarah, kepentingan-kepentingan bumiputera dan Islam dicabar oleh kerajaan sendiri.
Mereka yang cauvinis dan sebelum ini terkenal dengan gerakan memfitnah agenda Melayu dan Islam di negara sehingga ke luar negara, telah diangkat sebagai menteri kerajaan hari ini.
Sukar untuk kita menerima bahawa tangan yang merancang itulah juga tangan yang meruntuhkannya.
Namun itulah realitinya, Wawasan 2020 dirancang oleh Dr Mahathir Perdana Menteri keempat sebagai the way forward (jalan ke hadapan), akhirnya ia digagalkan oleh tangan Dr Mahathir juga sebagai Perdana Menteri ketujuh yang sedang menuju the way backward (jalan ke belakang).
* Abd Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/31/noktah-wawasan-2020/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wawasan 2020 Akhir Sebuah Impian

Wawasan 2020 Akhir Sebuah Impian

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 351 hits
WAN HAMIDI HAMID ULASAN Ketika Dr Mahathir Mohamad melancarkan Wawasan 2020 pada 1991 saya sebagai seorang wartawan yang makan gaji dengan sebuah akhbar prokerajaan BN memandangnya dengan sinis Bukan kerana saya berasa diri hebat atau beril...
Siapa Sebenarnya Yang Gagalkan Wawasan 2020 Tun Abdullah Ds Najib Atau Dr Mahathir

Siapa Sebenarnya Yang Gagalkan Wawasan 2020 Tun Abdullah Ds Najib Atau Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 762 hits
Penguasaan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua telah menjangkau lebih 18 bulan Dan selama lebih 18 bulan inilah juga Dr Mahathir masih lagi menggunakan alasan DS Najib dan Tun Abdullah Badawi untuk melindungi korupsi...
Wawasan 2020 Ceritaku Ceritamu

Wawasan 2020 Ceritaku Ceritamu

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 389 hits
Wawasan 2020 masa tu tahun 1991 aku baru Form 3 Berita surat khabar teks ulangkaji petikan petikan majalah penuh dengan idea Wawasan 2020 Wawasan 2020 ni merupakan brainchild Tun Mahathir Tapi masa tu kita tak panggil Tun kita panggil Dr Ma...
Imbas Kembali Wawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara Maju

Imbas Kembali Wawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara Maju

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 629 hits
Tadi ada banyak masa aku membaca kembali satu artikel dari Pejabat Perdana Menteri yang aku rasa terlupa nak buang tentang Wawasan 2020 Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun 2020 dan tahun ni adalah tahun kita menjadi negara maju Kon...
Wawasan 2020 Yang Gagal

Wawasan 2020 Yang Gagal

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 779 hits
Ketika berucap sempena sambutan Ambang Merdeka Selasa lalu Tun Mahathir Mohamad tanpa segan silu menyalahkan pendekatan Perdana Menteri ke 5 dan Perdana Menteri ke 6 sebagai punca matlamat Wawasan 2020 gagal dicapai Tahun 2020 ini agak sign...
Persediaan Sekolah 2020 Bayaran Kelengkapan

Persediaan Sekolah 2020 Bayaran Kelengkapan

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 459 hits
Persediaan Sekolah 2020 Bayaran kelengkapan Orang lain semua dah nak naik cuti aku baru nak mula cuti Memang lain betul tahun ni Nak buat macam mana kan Dengan ngurus iqi dengan kerja baharu Yang penting masih ada masa untuk menguruskan kep...
Jadual Kejohanan Asean Club Championship 2020

Jadual Kejohanan Asean Club Championship 2020

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 465 hits
Jadual Kejohanan ASEAN Club Championship 2020 BILAKAH tarikh Kejohanan ASEAN Club Championship tahun 2020 bakal berlangsung Sedia maklum Kejohanan ASEAN Club Championship 2020 atau dikenali sebagai ACC yang melibatkan 12 pasukan dari rantau...
Sempat Tak Blog Capai 10 Juta Pageviews Sebelum 2020

Sempat Tak Blog Capai 10 Juta Pageviews Sebelum 2020

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 445 hits
Sempat tak blog capai 10 juta total pageviews sebelum 2020 Right now it s 9 970 707 Agak agak sebelum masuk 1 Januari 2020 boleh tak angka total pageviews blog surpass 10 000 0000 Hmm I hope so Target 10 juta before tahun 2020 so that it ca...
Dr Azizul Azli Kongsikan 44 Cara Selamatkan Duit Anda Pada Tahun 2020

Dr Azizul Azli Kongsikan 44 Cara Selamatkan Duit Anda Pada Tahun 2020

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 439 hits
Lantaklah orang kata apa yang penting kita jimat belanja Tarik nafas dan mari kita bermulalah Belanja kurang dari pendapatanCari cara buat duit lebihUbah gaya hidupRancang kewangan andaMulakan menabung duit hijau orenPotong kad kredit jadi ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba