Waspada Dengan Hati Sendiri 9051






 Selasa, 18 September 2018
PENGARUH HATI, NAFSU DAN SYAITAN DALAM DIRI MANUSIA.

Pendahuluan.

Manusia adalah makhluk yang indah dan sempurna, unik dan istimewa yang menjadi penghuni bumi ini. 

Al Qur'an menyatakan, firman Allah yang bermaksud: 

"Sesungguhnya kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian  kami kambalikan dia ketempat yang serendah-rendahnya (neraka) kecuali orang-orang beriman mengerjakan amal saleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus. (Q. At Tin  ayt. 1-6) 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 

"Dan sesunggunya kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah, kemudian kami jadikan saripati itu air  mani (yang di simpan) dalam tempat yang kukuh (rahim), kemudian air mani (sperma) itu kami jadikan segumpal darah, lalu kami jadikan segumpal daging, dan segumapal daging itu kami jadikan tulang belulang. lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha suci Allah pencipta yang paling baik." (Q.S Al Mukminun ayat :12,13,14) 

Unsur Dalaman. Unsur dalaman yang dimaksudkan itu iaitu: 

HatiNafsuDalam diri manusia ada segumpal daging yang berperanan membawa manusia kepada kejayaan atau kehancuran berdasarkan kepada Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: 

"Ketahuilah bahawasenya manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik, baiklah tubuh semuanya, apabila ia rosak, maka rosaklah tubuh semuanya, dan ketahuilah  ia adalah hati." (HR muttafaqun Alaih) 

Hati pula terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu:


Hati yang menerima cahaya keimanan dipanggil Al Qalb. Hati yang dipanggil Fuadi yang  Makrifah, Mukasafah yang wujud kepada manusia yang terpilih sahaja. Hati yang berbentuk jantung hati dipanggil Lub (Al Bab) iaitu yang menerima cahaya tauhid atau keesaan Allah. Status yang paling hebat di antara ke tiga-tiga komponen tersebut ialah Lub (al Bab) yang paling tinggi dan dianggap intelek dalam diri manusia.

Akal manusia tidak dapat merunkaikan terlalu jauh membuat andaian atau ramalan dalam hal atau masalah yang berhubungan dengan alam ghaib, kerana ia terlalu abstrak dan kabur masalahnya, Al Qur'an tidak menjelaskan secara terperinci, tidak juga ada ilmu untuk dapat mengetahuinya lebih detail, ia adalah urusan Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya, para ilmuan tentang kejiwaan yang dipanggil pakar jiwa itu, mereka pun  hanya mengetahui dari fakta-fakta dan gejala-gejalanya sahaja, boleh jadi fakta-fakta itu tepat dan boleh jadi meleset.

Sementara itu apa yang dipanggil cetusan hati akan melahirkan niat, dan niat pula akan ditimbangkan oleh akal (mental). 

Akal atau mental terbahagi kepada dua, iaitu mental yang berbentuk fizikal (material) dan yang berbentuk spiritual (keruhanian). 

Kecerdasan akal  yang berbetuk fizikal itu, sebenarnya sangat terhad, ia dipandu oleh daya intelektual yang bersifat materialis, ia juga boleh mengundang ketidaksetabilan hidup  ini.  

Sedangkan akal yang berbentuk spiritual (keruhanian) kehebatannya  dikendalikan langsung oleh Allah s.w.t. Kekuatannya boleh menyatukan ummah didunia ini.

Akal juga mencetuskan sikap iaitu  sikap positif atau negatif. 

Sikap yang positif lebih kepada kemalaikatan. 

Ia mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan, kebenaran dan kebaikan, maka akan munculnya suatu  kemenangan dan kejayaan, secara keseluruhanya akan menerima balasan dan ganjaran dari Allah s.w.t. 

Ia  akan menempa kejayaan yang amat manis dalam kehidupan ini. Menjadikan  diri dan  keluarga sentiasa dalam ketenteraman dan kedamaian, selalu bersyukur terhadap anugerah Allah  yang diberikan kepadanya.

Sedangkan sikap yang negatif itu lebih kepada kesyaitanan. 

Iaitu  selalau muncul mendepani hidupnya sebagi penipu atau hipokrit, membawa kehancuran dan kemusnahan, selalu dibayangi oleh kegagalan dan menerima padah dari Allah s.w.t.

Sikap yang negatif ini, akan melahirkan suasana  tidak tenteram dalam hidup ini, selalu sahaja didepani oleh masalah hidup,  seperti tidak wujud kepuasan dan disibuk oleh sifat tamak, iri hati dan sebagainya, yang selalu merasakan hidup ini tidak pernah kecukupan, walau pun dianugerah harta kekayaan yang bertimbun banyaknya, tetapi hartanya tidak pernah mendatangkan ketenangan baginya, lebih-lebih lagi di dalam harta tersebut bersarangnya berbagai maksiat di dalamnya, seperti digunakan untuk perjudian, berfoya-foya di tempat hiburan dan lain-lain sebagainya. 

Implikasinya hidup ini tidak ada yang indah lagi dan hidup ini dibayangi oleh kegagalan, lebih jauh dari itu akan menerima padah azab dan siksa Allah s.w.t  di dunia dan di akhirat. 

Segala perlakuan yang negatif dan positif ini, walau pun akal memainkan peranan, tetapi hati itu adalah punca utama, sebagaimana digambarkan oleh hadis Nabi s.a.w tersebut di atas, jika hatinya rosak, maka akan rosaklah seluruh anggota lain semuanya.

Hati yang rosak itu  sebagaimana di gambarkan seorang ulama besar Al Imam Al Faqih Abu Al Lais mengatakan, bahawa hati yang rosak itu sama dengan hati yang mati, beliau menyifatkan hati yang mati itu  diumpamakan: 

Seorang mengakui bahawa Allah itu Tuhannya, tetapi tidak pernah beribadah kepadaNya.Seorang membaca  Al Qur'an, tetapi tidak pernah mengamalkan isi kandungannya. Seorang mendakwa dirinya umat Nabi Muhammad s.a.w, tetapi tidak pernah mengamalkan Sunnahnya.Seorang makan dari nikmat dan anugerah Allah yang diberikan kepadanya, tetapi tidak pernah bersyukur kepadaNya.Seorang mengakui, bahawa mati itu benar, tetapi ia tidak pernah bersedia untuknya.Seorang menganggap dirinya lepas dari seksa neraka, tetapi masih juga melaku perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t.Seorang menganggap dirinya masuk surga, tetapi tidak pernah beramal dengan amalan yang boleh membawa ke sana.Seorang yang mengapankan mayat, tetapi  tidak mengambil  iktibar dari kematian tersebut.
Hati yang rosak, getaran dan gelombangnya tidak sampai kepada Allah, doa dari seseorang  hatinya rosak tidak akan sampai kepada Allah, ia ibarat bangkai bernyawa yang tidak ada memfaatnya lagi. Oleh itu ia mesti memperbaiki hubungannya dengan Allah, bertaubat dan memohon keampunnanNya serta kembali  menunaikan segala kewajiban kepada Allah s.w.t  dan insya'alah Allah akan menerima taubat hamba-hambaNya.

Unsur dalaman seterus ialah nafsu, nafsu terbahagi kepada beberapa kategori: 

Nafsu imarah adalah nafsu yang paling rendah dan kotor. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang  yang diberi  rahamat oleh Allah s.w.t." (Q.S. Yusof ayat : 53)Nafsu musauwilah, yang sangat licik dan sangat pandai menipu, bagi mereka kejahatan itu bagaikan satu kebaikan. Nafsu mulhamah yang melambangkan kesucian hati dapat menghalang dari perbuatan cela, seperti sifat hasad dengki, mencerca orang lain dan sebagainya.Nafsu Lawwamah, iaitu jiwa yang menyesali diri itu terhadap perbuatan jahat yang dilakukannya.Nafsu kamaliah, yang berjaya meletakkan diri manusia ke martabat tertinggi di sisi Allah  s.w.t.Nafsu muthmain'nah yang paling mulia dan di ridhai oleh Allah s.w.t, firman Allah yang  bermaksud: "Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya, masuklah dalam jama'ah hambaku dan masuklah kedalam surga Ku."(Q.S. Al Fajr :27,28,29dan30)Nafsu merupakan anugerah Ilahi dan perlu diurus dengan baik dan bijaksana, perlu dipelajari segala unsur-unsur yang terdapat di dalamnya, sama ada ke arah positif atau negatif.

Di antara unsur-unsur negatif pada nafsu itu ialah.

Diketuai oleh hati yang tidak pernah menerima pertimbangan akal yang positif.Menjadi kawan sejati yang tidak pernah mengajak manusia kapada perkara baik atau bermanfaat.Tidak ujud ketenangan dan kepuasan dalam diri manusia apa sahaja keadaan atau suasana.Mata dan telinga selalu  menjadi perisik atau pengintip yang setia kepada nafsu.Selalu mengundang musuh-musuh dari luar, iaitu: i -Syaitan dan kroni-kroninya.ii-Budaya yang  bercanggah dengan norma-norma agama.iii-Ideologi karut seperti  sekularism, humanism, modenism dan lain-lain seumpamanya.iv-Ajaran-ajaran sesat.v-Suka berpoya-poya vi-Suka melakukan jenayah, membunuh, mencuri, berzina, merogol, merompak dan sebagainya.Unsur Luaran. 

Selain  dari unsur dalaman, terdapat pula unsur luaran yang menjadi penghasut setia dan masuk  mempengaruhi dalaman manusia, iaitu iblis dan syaitan. Syaitan itu musuh di alam ghaib . Kerjayanya ialah untuk menyesatkan manusia.

Dahulunya syaitan itu satu makhluk yang taat kepada Allah dan diberikan oleh Allah s.w.t kedudukan yang baik disisi Allah, kemudian ia berlaku durhaka dan engkar kepada Allah s.w.t. Allah berfirman dalam Al Qur'an yang bermaksudnya: " Adalah ia (syaitan) dari golongan jin, lalu ia durhaka kepada Tuhannya." (QS Al Kahfi:50)

Kedurhakaan syaitan, kerana keengganannya dan membangkangkan Allah s.w.t apabila disuruh oleh Allah untuk sujud hormat kepada Adam a.s, dengan sikap angkuh dan sombong dengan mengeluarkan kata-kata, firman Allah yang bermaksud: "Patutkah aku sujud kepada orang yang engkau jadikan dari tanah."  (QS Al Isra' : 61)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman, yang maksudnya: "Aku lebih baik daripadanya (Adam), kerana Engkau jadikan aku dari api, sedangkan dia engkau jadikan dari tanah !." (QS.Al  A'raaf : 12)

Syaitan bersikap takabbur (sombong) dan merasakan dirinya hebat dan besar kepala, tidak mahu tunduk kepada perintah Allah s.w.t. Syaitan berdosa besar dengan Allah, dan dengan sebab itu ia dihukum oleh Allah bersesuaian dengan keangkuhannya, Allah mengusirnya dan melaknat serta mengutuknya selama ia hidup didunia ini, dan Allah akan mengazabnya dengan azab yang amat pedih di akhirat nanti.

Kesombongannya, tidak mahu mengakui kesalahnnya dan tidak mahu bertaubat kepada Allah, dan engkar sehingga ia menjadi kafir. Bahkan ia meminta supaya dilanjutkan hidupnya di dunia ini sampai berakhirnya dunia ini (kiamat) serta berjanji akan menyesatkan manusia semuanya, kecuali hamba-hamba Allah yang terpelihara kesuciannya dan ikhlas. 

Syaitan  berkata kepada Allah, firman Allah dalam Al Qur'an yang bermaksud: "Iblis berkata wahai Tuhanku, kerana Engkau menjadikan aku sesat, maka sesungguhnya aku akan memperluaskan segala jenis maksiat (dengan keindahan duniawi) kepada Nabi Adam a.s dan zuriatnya di dunia ini. Dan aku akan sesatkan mereka semuanya kecuali dari hamba-hamba Mu yang ikhlas." (QS.Al Hajr ayat :39-40) 

Ayat-ayat tersebut di atas, memberikan gambaran, bahawa syaitan akan terus melaku kerjayanya dan akan berakhir setelah berakhirnya dunia ini, semua manusia akan kembali ke alam baqa', alam yang kekal abadi. Syaitan akan menghadapi pembalasan dari Allah s.w.t dari kerja kotornya menyesatkan manusia dari berbagai kejahatan dan maksiat yang dilakukanya, ia mendampingi manusia sebagai musuh di alam ghaib dan memperalatkan manusia sehingga menjadikan manusia itu hamba-hamba kepadanya yang akan mengikut tulunjuknya, bukan sebagai hamba Allah.

Syaitan juga berada di kalangan manusia yang tamak dan rakus, manusia sanggup menyembah syaitan demi untuk memenuhi nafsu rakusnya.

Oleh itu ingatlah, bahawa syaitan dan kroni-kroninya itu  adalah musuh kepada manusia dan jangan sekali-kali menjadikan sahabat  atau teman rapat kepada manusia. Hal ini dengan tegas Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu, maka anggaplah ia sebagai musuh. Kerana sesungguhnya syaitan sentiasa menghasut manusia dan golongannya,supaya mereka menjadi penghuni neraka." (QS. Faatir:6)

Syaitan menghasut manusia beberapa cara, di antaranya ialah: 

1) Menghasut manusia melalui  dua tepian jurang yang berbahaya.

Syaitan berusaha untuk mencelakakan manusia rohani dan jasmaninya, dalam bentuk melampau, contoh dalam hal mencari keperluan hidup di dunia ini. Jika ingin hidup baik dan terhormat harus mencari rezeki dan berusaha mengikut kemahirannya dalam kerjayanya dunia dan akhirat, ia menghasut manusia supaya meninggalkan keduniaan dan  hidup bermalas-malasan. Hidup ini hanya untuk akhirat semata-mata. Sedangkan konsep Islam, dunia ini untuk berkerja secara dinamik, dunia ini seiring sejalan dengan  akhirat, tetapi jika menusia terpadaya dengan hasutan syaitan, maka  akan   terjatuh di tepian jurang  membuat manusia melarat  dan menjadi pengemis dijalanan. 

Jika cara tersebut di atas  gagal,  syaitan menukar pula cara hasutannya memperdaya manusia dalam bentuk  material yang berlebih-lebihan,  melalui jalan yang tidak halal seperti menggelap wang, mencuri, merompak, melakukan rasuah dan sebagainya, namun bagi mereka yang taat dan patuh kepada Allah,  hidayah Allah itu sentiasa wujud  di antara dua tepian jurang berbahaya tersebut, seperti  menuntut rezeki  yang halal dan jujur. 

Godaan syaitan ini menggunakan fakta terbalik dinamakan Ifrath dan tafrith, iaitu jika ia gagal dalam usahanya yang pertama, syaitan akan berada di tepian jurang kedua, dia akan menukar kepada perkara yang disebaliknya untuk menjatuhkan manusia  ke salah satu dari dua tepian jurang yang sangat berbahaya tersebut.

2) Syaitan amat menyuruh supaya bersifat bakhil dan boros. 

Allah itu memberi hidayah kepada manusia supaya bersifat pemurah, sifat pemurah itu ia berada di antara sifat kedekut dan boros. Syaitan akan menghasut terhadap orang yang mempunyai kedudukan dan kaya, seperti golongan jutawan, bagi menyempitkan hartanya yang melempah ruah itu supaya jangan  berzakat, bersedekah,menyumbangkan derma dan lain-lain, sebagai menunaikan tanggungjawab sosial dan menjadi manusia pemurah, bertangan sosial serta perihatin terhadap orang yang memerlukan. 

Syaitan akan merubah kaedah hasutannya terhadap  orang kaya yang pemurah itu,  ia berusaha menghasut orang kaya suapaya menghamburkan harta bendanya di meja-meja judi, berpoya-poya dikelab-kelab hiburan dengan teman sosial  yang boleh menyebabkan papa kedana. Namun hidayah Allah itu juga terdapat di  dua tepian jurang yang berbahaya tersebut, tetapi hanya dapat digapai oleh hamba-hamba Allah yang ikhlas dan suci sahaja yang benar-benar mempunyai sifat pemurah.

Syaitan menghasut manusia menggunakan hasutannya dengan kaedah yang sama   iaitu  membesar-besarkan nikmat kemungkaran yang amat berlawanan dengan petunjuk Allah yang jelas dan lurus  itu, menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat dengan amalan sebagaimana dianugerahkan kepada mereka yang ikhlas dan suci itu.

Sabda Nabi s.a.w dalam suatu Hadis yang bermaksud: "Bukanlah orang yang paling baik daripada mu itu  yang meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak pula yang meninggal akhiratnya kerana dunianya, sebab dunia itu penyampai kepada akhirat dan janganlah kamu menjadi beban atas manusia." (HR.Ibnu'Asakir)

Dalam Al Qur'an Allah memberikan peringatan yang bermaksud: "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada mu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu lupa bahagian mu dari (kenikmatan) duniawi ini."(QS Al Qshash :77)

Allah telah menjanjikan kepada manusia segala nikmatNya di dunia ini dan juga kebahagiaan di akhirat yang sangat luar biasa itu, sedangkan syaitan meletakkan dua tepian jurang untuk manusia sebagai musuhnya. Kedua-dua tepian jurang tersebut yang amat berbahaya. Maka selalulah ingat kepada peringatan Allah itu supaya selamat dari dua tepian jurang yang berbahaya itu.  

3) Syaitan mendorong manusia supaya bersifat  riya'.

Riya' itu menunjuk-nunjuk terhadap kelebihan harta, kelebihan ilmu yang dipamirkannya, amalan kebajikan  yang dilakukan nya, bukan dikerjakan dengan kesucian hati dan ikhlas terhadap Allah, tetapi melakukan sesuatu itu demi untuk mendapat pujian dan sanjungan dari manusia di dunia ini, perbuatan tersebut sebenarnya tidak medapat ganjaran di akhirat nanti dari Allah. Maka kalau ia bertanya dan membuat tagihan kepada Tuhannya, dimana ganjaran terhadap sumbangan yang pernah dilakukan didunia dulu, Allah akan memberikan jawapannya, sudah pun diberikan semasa di dunia dahulu ketika ia mengharapkan pujian dan sanjungan dari manusia, bukan pujian dan sanjungan dari Allah. 

Maka Allah tidak akan menerima,  amalan yang berbentuk riya'  atau menunjuk-nunjuk, kerana amalan seperti itu tidak ikhlas kepada Allah s.w.t. Nabi s.a.w  dalam  sabdanya yang bermaksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menerima  satu amalan pun, melainkan yang dikerjakannya dengan ikhlas keranaNya, dan menuntut keridhaanNya." (HR.An Nsa'ie)
Orang yang ikhlas  suci hatinya di sisi Allah, syaitan sendiri telah mengakui, selama manusia itu ikhlas kerana Allah tidak dapat diganggu dan syaitan tidak berdaya menipunya dan memperdayakannya, maka singkirkan sifat riya'  dalam segala kerja terutama apabila melakukan ibadah kepada Allah dan amalan kebajikan, janganlah melakukan perkara tersebut  dengan riya'. Maka berusahalah memohon kepada Allah supaya kita ini patuh petunjukNya supaya selamat dari godaan syaitan.
4) Syaitan juga mengajurkan bagi memisah dunia dengan akhirat. 
Apabila keduanya dipisahkan, iaitu manusia hanya mengurus dunia sahaja tanpa akhirat, membuat manusia hilang arah, kerana dunia ini untuk manusia beramal sementara menunggu untuk kedestinasinya yang terakhir ialah akhirat. Jika dunia itu untuk dunia, maka manusia akan tengelam dalam materialisme, kerana dunia ini sifatnya materialime, maka Allah mencipta dunia ini untuk manusia beramal dan berdinamika dan hasilnya akan dibawa ke akhirat, tidak ada seorang manusiapun yang kekal di dunia ini dan ia pasti musnah (mati). Maka kerana itu dunia tanpa akhirat manusia akan sesat,  sebab hidup ini adalah untuk mati dan destinasinya adalah akhirat.
Begitu juga jika manusia hanya memilih akhirat semata-mata tanpa dunia, manusia akan melarat, Allah menjadikan dunia dan akhirat ini seiring sejalan, sama dengan fizikal dan spiritual, ada yang satu dan tanpa yang satu lagi, boleh jadi manusia akan hidup melarat, sebab  akhirat itu sifatnya non material, untuk samapai ke destinasi tersebut ia perlukan material dan melalui dunia terlebih dahulu. Jika manusia hanya memilih akhirat semata-mata, sehingga ia hidup melarat dan sengsara dan hidup ini hanya menagih belas kasihan orang ramai, maka bukan itu tujuan Allah menjadikan manusia dan dunia ini, cara seperti itu memang kaedah yang  menyempang dari hidayah Allah.
Nabi s.a.w bersabda  maksudnya: "Bukanlah orang yang paling baik daripadamu itu yang meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak pula yang meninggalkan akhiratnya kerana dunianya, sebab dunia itu penyampai kepada akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban ke atas manusia." (HR. Ibnu 'Asaakir)
Syaitan juga meletak propaganda memburuk-buruk suruhan Allah dan hukum-hukum Allah dengan di gambarkan sebagai kolot atau kuno, kejam, ketinggalan zaman dan sebagainya, menggambarkan segala suruhan Allah itu seperti sholat, puasa, zakat dan sebagainya membuang masa, sia-sia dan memenatkan badan saja, dan setelah berkerja dan berpenat lelah mencari harta, maka dengan mudah memberikan harta tersebut kepada mereka yang meminta dan malas berkerja. Syaitan juga memperlihatkan dipandang indah segala bentuk maksiat dan kemungkaran, seperti tempat atau sarang pelacuran, tempat-tempat berpoya-poya atau apa yang panggil dunia hiburan, kawasan untuk berpeleseran, tempat-tempat perjudian dan lain sebagainya. "Dan Syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka  lalu menghalang mereka dari jalan (Allah) sehingga mereka tidak dapat petunjuk." (QS.An Naml  : 24) 
Syaitan memperdaya manusia dengan perasaan jejek terhadap  apa juga yang datang dari Allah dan berbangga dengan pekerjaan jahat mereka, maka itulah dinamakan memandang indah terhadap maksiat dan kemungkaran dan berbangga terhadap perbuatan dan amalan tersebut. 
5) Syaitan juga menyamakan riba dengan  jual beli. 
Jual beli yang halal  itu juga sama dengan riba, kerana semua amalan tersebut untuk  mendapatkan keuntungan. Maka dengan itu manusia tidak akan berhenti untuk mendapat keuntungan dengan melakukan amalan riba dalam  perniagaannya, kerana dihiasi oleh syaitan rasa amat bangga bahawa perbuatan tersebut baik dan mendatangkan keuntungan, tetapi secara tak langsung melakukan penindasan kezaliman terhadap orang lain dalam aktiviti perniagaannya dan cepat kaya serta keuntungan berganda, tetapi secara yang tidak halal.
Firman Allah dalam Al Qur'an  yang bermaksud: "Orang yang  makan (megambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya  orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila (tidak tenteram jiwanya), keadaan mereka  yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata sesungguhnya jual beli sama dengan riba." (QS Al Baqarah : 275)
Putar belit syaitan dapat mempengaruhi manusia dan syaitan menganggap riba' sama dengan untung dagangan atau jual beli, tujuannya untuk menunjukkan riba' itu halal dan boleh di amalkan. Begitulah putar belit syaitan untuk menghalalkan  yang haram.
Sambungan dari ayat di atas dijelaskan oleh Al Qur'an yang maksudnya: "Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba'." (QS Al Baqarah : 275)
6)  Syaitan juga  menyamakan zina dengan nikah.
Perkara yang amat jelas dan nyata haramnya menurut hukum Islam ialah melakukan zina, dan menganggap perbuatan tersebut sebagai biasa, ia sama dengan nikah, yang pentingnya suka sama suka. Maka kerana itulah mereka beranggapan pelacuran itu bukanlah sesuatu yang hina dan kotor. Sebab itu mereka tidak merasa malu dan jijik dalam melakukannya.
Demikian juga jalan-jalan menuju pelacuran dianggap sebagai suatu perubahan sosial pada zaman moden, seperti pergaulan  tanpa batas antara laki-laki perempuan, dan merasakan sesuatu yang aib jika tidak punya teman, orang Indonesia mengatakan pacar atau berpacaran, maka semuanya itu jalan-jalan menuju pelacuran atau perzinaan. Maka inilah yang dinamakan jalan-jalan menuju perzinaan yang dianjurkan oleh syaitan, yang membuatkan perkara tersebut amat menarik sekali kepada insan-insan yang sentiasa mencari-cari keseronokan di malam syahdu itu dan tidak sedar terperangkap kepada perzinaan dan pelacuran. Islam menggalakkan perkahwinan yang sah bukan perzinaan dan pelacuran, kerana perbuatan itu amat jijik, iaitu melakukan dosa besar, meruntuhkan nilai dan etika, kerana tunduk kepada nafsu dan hasutan syaitan. 
Maka syaitan amat berbangga dengan tipu helahnya, kerana berjaya memesong manusia dari patuh kepada Tuhan, kepada patuh kepada syaitan. Padahal Allah s.w.t telah sedia dari awal lagi mengingatkan manusia  perbuatan keji dan jahat ini.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "anganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu  adalah suatu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk." (QS Al Isra' : 32)

Kaedah  Mengatasi Pengaruh Hati Nafsu Dan Syaitan.

Hati yang mati itu ibarat mayat, jiwanya mati walaupun batang tubuhnya masih wujud, wujudnya batang buh dari hati yang rosak tidak ada harganya lagi dan hatinya perlu dirawat. Maka untuk merawat hati yang mati itu iaitu.

1.  Banyak beristighfar kepada Allah, bertasbih memuji Allah s.w.t serta 
      bertaubat dengan sebenar taubat (taubat  masuha).
2.  Kembali melakukan solat, solat  wajib dan sunat  dengan penuh ikhlas.
3.  Tinggalkan perkara yang dilarang, kerjakan perkara yang disuruh oleh Allah.
4.  Fahami dan hayati Al Qur'an dan Sunnah serta amalkan.
5.  Syukuri segala nikmat yang  diberikan oleh Allah s.w.t.
6.  Jadikan iktibar  segala yang berlaku disekeliling kita
7.  Mohon kepada Allah supaya dihilangkan segala sifat-sifat negatif.

Kaedah untuk mengembalikan kekuatan dalaman kita, diantaranya ialah :

1.  Memperkasakan keimanan kita.
2.  Hendaklah bersifat sabar  dan jangan tergesa-gesa.
3.  Tabah dan jangan gelojoh.
4.  Melawan  nafsu jahat dan syaitan itu  sebagai suatu jihad.
5.  Jauhi persekitaran yang boleh menjejas keimanan kita.
6.  Bebaskan diri dari amalan yang tidak beretika dan tidak bertamadun.
7.  Hindari diri  dari hidup bertuhan kepada materialisme yang mengenepikan nilai-nilai murni.
8.  Bergaullah dengan orang-orang yang bijak, baik dan bertaqwa.
9.  Jauhi dari ideologi-ideologi karut seperti liberalisme, humanisme dan modenisme yang menganggap persolan agama itu sebagai sesuatu yang remeh temeh dan bersifat peribadi.

Kesimpulan. 
- Sebagai seorang muslim dan mukmin hendaklah menjaga hubungan dengan Allah  s.w.t,  hubungan sesama manusia dan persekitarannya (alam sekitarnya). 
- Nafsu tidak meningkatkan mertabat manusia menjadi baik, jika digunakan ke arah yang negatif. Nafsu hendaklah diurus dan dirawat dengan baik, ia akan mengangkat martabat manusia hingga ke tahap yang paling tinggi dalam kerjaya manusia. 
- Sementara syaitan pula adalah musuh di alam ghaib, ia tetap musuh manusia buat selama-lamanya.
Dicatat oleh Ibnu Ya'quby di Selasa, September 18, 2018-ISLAM ITU INDAH-: PENGARUH HATI, NAFSU DAN SYAITAN DALAM DIRI MANUSIA.
Khutbah Jumat: Zuhud, Modal Utama Perjuangan Islam 
Kamis, 17 Januari 2019 19:28 

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي أَصْلَحَ الضَمَائِرَ، وَنَقَّى السَرَائِرَ، فَهَدَى الْقَلْبَ الحَائِرَ إِلَى طَرِيْقِ أَوْلَي البَصَائِرَ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيُكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمّداً عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، أَنْقَى العَالَمِيْنَ سَرِيْرَةً وَأَزكْاَهُمْ سِيْرَةً، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى هَدْيِهِ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
قَالَ تَعَالَى: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
وَقَالَ يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
وَقَالَ يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا * يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا أَمَّا بَعْدُ
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ.
Jamaah Jumat Rahimakumullah

Suatu kali, Anas bin Malik mendatangi Nabi Muhamad SAW. Ia mendapati beliau SAW sedang berbaring di atas alas tipis di atas tanah padang pasir yang panas membara. Di bawah kepala beliau SAW terdapat bantal kecil dari kulit binatang ternak yang diisi serabut kurma kering. Selembar kain tipis menjadi alas untuk tubuh beliau di atas kasur. Tidak mengherankan jika di leher dan di sebagian tubuh beliau terdapat bekas-bekas tindihan serabut, batu kerikil dan pasir.

Sesaat kemudian, masuklah Umar bin Khatthab menemui Nabi SAW dan mendapati beliau masih dalam kondisi berbaring di atas kasur tipis yang langsung menghampar di tanah. Pemandangan seperti itu langsung membuat Umar tidak bisa menahan tangis sedihnya.  Nabi SAW kemudian bertanya, “Apa yang membuat engkau menangis wahai Umar?”

Umar bin Khattab menjawab, “Demi Allah, bagaimana diriku tidak menangis wahai Rasulullah, sementara aku mengetahui bahwa engkau adalah manusia yang lebih mulia di sisi Allah dari pada Kisra Persia dan Kaisar Romawi. Mereka berdua hidup dengan segala kenikmatannya di dunia ini. Sementara engkau – wahai Rosululloh- berada di tempat ini seperti yang aku lihat?!”

Sejurus kemudian, Nabi SAW bersabda, “Tidakkah engkau rela wahai Umar, jika bagi mereka dunia ini dan bagi kita akhirat? Umar menjawab: “Tentu saja aku rela wahai Rasulullah.”

Jamaah Jumat Rahimakumullah

Dalam kesempatan dan kondisi yang tepat, Rasulullah SAW mengajarkan kepada Umar bin Khattab dan seluruh umatnya tentang kemuliaan hidup. Kemuliaan hidup yang didasarkan atas taqwa dan cinta kepada Allah ta’ala. Sebuah nasehat yang mengajarkan kepada umat ini tentang bagaimana seorang hamba memandang dunia dan akhirat. Karena kemulian seorang hamba terletak saat dirinya mendahulukan akhirat dari pada dunianya. Begitu pula dengan kehinaan seorang hamba terjadi tatkala dirinya menjadi budak dunia serta lalai akhiratnya. Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam menekankan poin penting dalam masalah hidup di dunia ini yaitu bersikap zuhud.

BACA JUGA  Pasca Kedubes Cina Didemo, Sejumlah Ormas Islam Diajak ke Cina Diperlihatkan Kamp Uighur Tapi Palsu

Jamaah Jumat Rahimakumullah

Seorang zahid memandang dunia sebagai suatu hal yang kecil semata. Baginya dunia adalah sarana untuk menuju akhirat. Maka, ketika dia dihadapkan suatu hal yang bertujuan akhirat dengan mengorbankan dunia, dia tidak akan berpikir dua kali untuk itu. Justru hal itu ia lakukan dengan sepenuh hati untuk mendapatkan keutamaan di akhirat.

Banyak para ulama menulis pembahasan khusus tentang zuhud dalam karya-karya mereka. Pembahasan ini terpisah dari kajian-kajian akhlak lainnya. Misalnya Abdullah bin Mubarak menulis kitab Az-Zuhdu wa Ar-Raqaiq. Al-Mu’affiy Al-Mushuliy menulis kitab Az-Zuhdu. Demikian juga para imam lainnya seperti Imam Waki’, Asad bin Musa, Ahmad bin Hambal, Hanad As-Sirri, Abu Dawud, Abu Hatim dan Imam Ibnu Abi Dunya. Ini membuktikan bahwa sikap zuhud adalah sikap yang mulia dan dari sini lahir jiwa-jiwa patriot yang rela berkorban demi keridhaan-Nya.

Jamaah Jumat Rahimakumullah

Imam Ahmad pernah ditanya tentang bagaimana zuhudnya orang yang memiliki harta, beliaupun menjawab: “Jika dirinya tidak terlalu bergembira dengan tambahnya harta dan tidak terlalu bersedih ketika berkurang”. Dalam kesempatan lain beliau menjelaskan zuhud dengan pendeknya angan-angan. Karena pendeknya angan membuat jiwa ingin sekali bertemu Allah dan tidak ingin tinggal lama di dunia. Sementara panjang angan membuat jiwa cinta dunia dan tidak ingin bertemu dengan Allah ta’ala.

Dari sikap zuhud pula muncul spirit berkorban dan mempersembahkan terbaik untuk Allah ta’ala. Karena sang hamba yang zuhud senantiasa berfikir bagaimana akhiratnya menjadi kehidupan terindah. Tidak mengherankan jika Allah ta’ala mencintai orang-orang zuhud. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi saat ditanya tentang amalan yang mengundang kecintaan Allah ta’ala, beliau pun menjawab:

 ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ
“Bersikap zuhudlah kamu terhadap dunia niscaya Allah mencintaimu,” (HR.Ibnu Majah)

Jamaah Jumat Rahimakumullah

Selain mampu meyakinkan diri bahwa semua perkara dunia adalah fana dan hina serta berpaling darinya, untuk mencapai derajat zuhud ada syarat-syarat yang harus kita penuhi.

Abu Zakariya Yahya bin Muadz Ar-Razi, salah satu ulama ahlu sunnah wal jamaah yang hidup pada abad ke-3 H menyebutkan ada tiga syarat zuhud. Tokoh yang disebut sebagai seorang juru nasihat oleh Imam Adz-Dzahabi ini mengatakan, “Seseorang tidak akan mencapai hakikat zuhud sampai dalam dirinya terdapat tiga hal:

Beramal tanpa terikat tujuan duniawi

Berucap tanpa berharap apapun (selain pahala dari Allah)
Mencari kemuliaan (Untuk akhirat), bukan untuk jabatan dunia.

Jamaah Jumat Rahimakumullah

Hasan Al-Basri menambahkan syarat zuhud, hendaklah kita percaya dan yakin sepenuhnya kepada balasan Allah. Sehingga tidak pernah terbetik dalam hati untuk berharap kepada selain Allah.

Maka dapat dipastikan bahwa ketika seseorang sudah mencapai derajat zuhud ia tidak lagi mengharap apapun dari manusia, harapannya hanya ia gantungkan pada Dzat yang Maha Kuasa, Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sebagaimana kehidupan para nabi dalam berdakwah. Ketika mereka diberi iming-iming harta duniawi agar meninggalkan dakwahnya, jawaban mereka sama, yaitu:

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلا شُكُورًا
“Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Al-Insan: 9)

BACA JUGA  Pangeran Diponegoro dan Meletusnya Perang Jawa


Jamaah Jumat Rahimakumullah

Demikianlah khutbah yang dapat kami sampaikan semoga bermanfaat.
 وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿2﴾ إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْر
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ للهِ عَلىَ إِحْسَانِهِ وَالشُّكْرُ لَهُ عَلىَ تَوْفِيْقِهِ وَاِمْتِنَانِهِ. وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الدَّاعِى إلىَ رِضْوَانِهِ. اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وِعَلَى اَلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كِثيْرًا
أَمَّا بَعْدُ فَياَ اَيُّهَا النَّاسُ اِتَّقُوا اللهَ فِيْمَا أَمَرَ وَانْتَهُوْا عَمَّا نَهَى وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأَ فِيْهِ بِنَفْسِهِ وَثَـنَى بِمَلآ ئِكَتِهِ بِقُدْسِهِ وَقَالَ تَعاَلَى إِنَّ اللهَ وَمَلآئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلىَ النَّبِى يآ اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا.
 اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَنْبِيآئِكَ وَرُسُلِكَ وَمَلآئِكَةِ اْلمُقَرَّبِيْنَ وَارْضَ اللّهُمَّ عَنِ اْلخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ أَبِى بَكْرٍ وَعُمَر وَعُثْمَان وَعَلِى وَعَنْ بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِي التَّابِعِيْنَ لَهُمْ بِاِحْسَانٍ اِلَيَوْمِ الدِّيْنِ وَارْضَ عَنَّا مَعَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
اَللهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَاْلمُؤْمِنَاتِ وَاْلمُسْلِمِيْنَ وَاْلمُسْلِمَاتِ اَلاَحْيآءُ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَاتِ اللهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَاْلمُشْرِكِيْنَ وَانْصُرْ عِبَادَكَ اْلمُوَحِّدِيَّةَ وَانْصُرْ مَنْ نَصَرَ الدِّيْنَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ اْلمُسْلِمِيْنَ وَ دَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَاعْلِ كَلِمَاتِكَ إِلَى يَوْمَ الدِّيْنِ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدُّعَاءِ.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعاً مَرْحُوْماً، وَاجْعَلْ تَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْماً، وَلا تَدَعْ فِيْنَا وَلا مَعَنَا شَقِيًّا وَلا مَحْرُوْماً.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالعَفَافَ وَالغِنَى.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَرْزُقَ كُلاًّ مِنَّا لِسَاناً صَادِقاً ذَاكِراً، وَقَلْباً خَاشِعاً مُنِيْباً، وَعَمَلاً صَالِحاً زَاكِياً، وَعِلْماً نَافِعاً رَافِعاً، وَإِيْمَاناً رَاسِخاً ثَابِتاً، وَيَقِيْناً صَادِقاً خَالِصاً، وَرِزْقاً حَلاَلاً طَيِّباً وَاسِعاً، يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ.
اللَّهُمَّ رَبَّنَا اسْقِنَا مِنْ فَيْضِكَ الْمِدْرَارِ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الذَّاكِرِيْنَ لَكَ في اللَيْلِ وَالنَّهَارِ، الْمُسْتَغْفِرِيْنَ لَكَ بِالْعَشِيِّ وَالأَسْحَارِ.
اللَّهُمَّ أَنْزِلْ عَلَيْنَا مِنْ بَرَكَاتِ السَّمَاء وَأَخْرِجْ لَنَا مِنْ خَيْرَاتِ الأَرْضِ، وَبَارِكْ لَنَا في ثِمَارِنَا وَزُرُوْعِنَا يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ.
 رَبَّنَا آتِناَ فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
 رَبَّنَا ظَلَمْنَا اَنْفُسَنَا وَاإنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
 عِبَادَاللهِ !

 إِنَّ اللهَ يَأْمُرُنَا بِاْلعَدْلِ وَاْلإِحْسَانِ وَإِيْتآءِ ذِي اْلقُرْبىَ وَيَنْهَى عَنِ اْلفَحْشآءِ وَاْلمُنْكَرِ وَاْلبَغْي يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ وَاذْكُرُوا اللهَ اْلعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلىَ نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرْKhutbah Jumat: Zuhud, Modal Utama Perjuangan Islam - Kiblat

BERITA TERKAITKhutbah Jumat: Malu dan Keutamaannya – Ust. Eko Febrianto Jum'at, 11 Januari 2019 17:41Khutbah Jumat: Tiga Karakter Ulama Rabbani Kamis, 10 Januari 2019 22:04Khutbah Jumat: Jagalah Lisanmu – Ust. Muiz Abu Turab Jum'at, 4 Januari 2019 16:44Khutbah Jumat: Mewaspadai Dosa Tersembunyi Jum'at, 4 Januari 2019 01:58Khutbah Jumat: Peduli Muslim Uighur Kamis, 20 Desember 2018 14:13
BERITA LAINNYAIndonesiaDiprotes, Dina Sulaeman Batal Jadi Pembicara Diskusi Suriah di MuhammadiyahKetua PP Muhammadiyah Bidang Pustaka dan Informasi, Prof. Dadang Kahmad mengatakan Dina tak bisa datang ke diskusi Prahara Suriah, di Gedung Pusat Dakwah Muhammadiyah Kamis, 17/01/2019 19:23   0  IndonesiaLaboratorium Sekolah Jadi Gudang Narkoba, KPAI Keluarkan WarningLaboratorium Sekolah Jadi Gudang Narkoba, KPAI Keluarkan Warning Kamis, 17/01/2019 18:26   0  IndonesiaBegini Pengamanan Hotel Bidakara Jelang Debat Pertama Capres-CawapresSedikitnya dua ribu personel gabungan diterjunkan untuk mengamankan debat capres-cawapres Kamis, 17/01/2019 18:13   0  IndonesiaBNPT Memberi Masukan kepada Jokowi Soal Penanganan TerorismeBNPT memberi masukan kepada presiden terkait materi debat malam ini. Kamis, 17/01/2019 16:47   0  Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/01/waspada-dengan-hati-sendiri-9051.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teresa Kok Tak Puas Hati Pencarum Kwsp Beroleh Keuntungan Tak Masuk Ke Poket Sendiri Atau Ke Kantung Kroni

Teresa Kok Tak Puas Hati Pencarum Kwsp Beroleh Keuntungan Tak Masuk Ke Poket Sendiri Atau Ke Kantung Kroni

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 728 hits
Menteri Industri Utama Teresa Kok melalui satu sidang akhbar mendakwa kerajaan BN sebelum ini telah memaksa Lembaga Getah Malaysia menjual 2 800 ekar tanahnya pada harga di bawah pasaran sebanyak hanya RM1 5 bilion pada 2010 kepada syarikat...
Sayu Hati Apabila Anak Melihat Ibunya Sendiri Digilis Lori Depan Mata Sejurus Selesai Urusan Di Tabung Haji

Sayu Hati Apabila Anak Melihat Ibunya Sendiri Digilis Lori Depan Mata Sejurus Selesai Urusan Di Tabung Haji

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 538 hits
Siapa sangka saat menunggang motor dan dibonceng oleh ibu adalah kali terakhir dia dapat lihat wanita itu di dunia ni Itulah yang terjadi kepada Zulfianshah Syaifullah 18 apabila dia kehilangan ibunya dalam kejadian menyayat hati itu Menuru...
Vaksin Atau Tak Vaksin Lihat Gambar Ini Dan Nilaikan Sendiri

Vaksin Atau Tak Vaksin Lihat Gambar Ini Dan Nilaikan Sendiri

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 616 hits
Oleh Vaksin atau Tak VaksinLihat gambar di bawah Ini bukan photoshop ini bukan gambar konspirasi Gambar ini di ambil sekitar tahun 1900 dan individu dalam kedua dua gambar adalah adik beradik perempuan dari keluarga yang sama Seorang berumu...
Kini Wanita Boleh Lakukan Ujian Saringan Kanser Pangkal Rahim Di Rumah Sendiri

Kini Wanita Boleh Lakukan Ujian Saringan Kanser Pangkal Rahim Di Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 378 hits
PENDEKATAN baharu saringan berasaskan teknologi bersepadu akan membolehkan wanita melakukan ujian mengesan kanser serviks dalam keadaan selesa di rumah mereka sendiri ROSE iaitu program saringan serviks pertama di dunia yang memaparkan pens...
Bayi Meninggal Penuh Luka Ternyata Dianiaya Ibu Kandung Sendiri

Bayi Meninggal Penuh Luka Ternyata Dianiaya Ibu Kandung Sendiri

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 473 hits
Bayi yang tewas penuh luka di di Kampung Gebang RT 04 RW 03 Kelurahan Sangiang Jaya Kecamatan Periuk Kota Tangerang ternyata dianiaya ibu kandungnya Rosita Kimin yang menganiaya bayinya Quina Latisa Ramadani saat ini resmi ditetapkan sebaga...
Lelaki Ini Sambut Birthday Sendiri Dengan Belikan Hadiah Untuk Mak Dan Ayah Beliau Terbaik Bosskur

Lelaki Ini Sambut Birthday Sendiri Dengan Belikan Hadiah Untuk Mak Dan Ayah Beliau Terbaik Bosskur

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 629 hits
Assalamualaikum Firdaus Wong Wai Hung atau dikenali sebagai Bro Firdaus Wong yang pada asalnya merupakan penganut agama Buddha mengambil keputusan memeluk Islam walaupun tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk berbuat demikian sebelum...
Realme Bakal Melancarkan App Store Sendiri Dan Sokongan Multi Wajah Pada Sistem Nyahkunci Peranti

Realme Bakal Melancarkan App Store Sendiri Dan Sokongan Multi Wajah Pada Sistem Nyahkunci Peranti

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 336 hits
Realme mula menjual peranti mereka di Malaysia pada penghujung 2018 Sub jenama kepada Oppo ini lebih mampu milik tetapi mengekalkan penggunaan sistem operasi ColorOS Di laman komuniti Realme pihak moderator telah menjawab beberapa soalan ya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord