Teresa Kok Tak Puas Hati Pencarum Kwsp Beroleh Keuntungan Tak Masuk Ke Poket Sendiri Atau Ke Kantung Kroni



Menteri Industri Utama Teresa Kok melalui satu sidang akhbar mendakwa kerajaan BN sebelum ini telah memaksa Lembaga Getah Malaysia (MRB) menjual 2,800 ekar tanahnya pada harga di bawah pasaran sebanyak hanya RM1.5 bilion pada 2010 kepada syarikat Aset Tanah Nasional Berhad (ATNB) melalui jualan secara langsung.

Dia juga mendedahkan bahawa selepas itu, tanah 2,800 ekar tersebut dijual dua tahun kemudian oleh ATNB kepada syarikat Kwasa Land pada tahun 2012 dengan harga RM2.28 bilion tanpa tender.

Ini bermakna harga jualan kepada Kwasa Land bersamaan dengan harga RM18.70 setiap kaki persegi - satu harga yang analisa-analisa pada masa itu berpendapat ialah satu harga yang munasabah dan mengikut harga pasaran.

MRB ialah agensi milik penuh kerajaan Malaysia.

ATNB juga ialah agensi milik penuh kerajaan Malaysia.

Syarikat Kwasa Land pula ialah syarikat MILIK PENUH KWSP dan telah mula memajukan tanah itu untuk membina pusat bandar baru termasuk kediaman untuk 150,000 orang dengan nilai pembangunan kasar sekurang-kurangnya RM50 bilion.

Tentu ramai kenal bandar baru yang bernama Kwasa Damansara ini. Ada juga stesen MRT di sana sekarang.

Pembangunan Kwasa Damansara di kawasan Subang ini ialah antara langkah-langkah di dalam Perancangan Strategik untuk Pembangunan Wilayah (Greater Kuala Lumpur Strategic Development Project) seperti diumum di dalam Rancangan Malaysia ke-10.

Ini bermakna Teresa Kok telah menuduh BN telah memaksa kerajaan untuk menjual tanah kerajaan kepada kerajaan dan selepas itu memberi peluang untuk KWSP mengaut keuntungan berpuluh-puluh bilion untuk pencarum mereka.

Amatlah kejinya kerajaan BN dahulu untuk menjaga kroni-kroni mereka, iaitu pencarum-pencarum KWSP.

Begitu kejamnya kerajaan BN dahulu untuk menjalankan projek pembangunan seperti diumum di dalam RMK-10 itu.

Adakah Teresa Kok tidak ada kerja lain seperti memelihara nasib pekebun ataupun menaikkan harga sawit  dan menubuhkan kelab kelapa sawit?

Kalau macam ini, saya rasa mungkin lebih baik untuk beliau fokus kembali kepada rancangan payung pokok getah dan duta sawit dia.

Teresa Kok Boleh Tuntut Semula Hasil Jualan Tanah Yang Kini Sudah Menjadi Milik KWSP Melalui Lim Guan Eng, Jika Masih Tak Puas Hati...

Teresa Kok mendakwa Lembaga Getah Malaysia (LGM) milik kerajaan telah rugi RM780 juta kerana Aset Tanah Nasional Berhad yang juga milik kerajaan telah untung RM780 juta apabila menjual tanah itu dua tahun kemudian kepada KWSP.

Jika Teresa Kok masih tidak puas hati, boleh claim balik RM780 juta ini dari Guan Eng.

Ini bukti bahawa syarikat Aset Tanah Nasional Berhad ialah sebuah syarikat tujuan khas di bawah Kementerian Kewangan.

[Bukti ATNB Milik Kerajaan]

Menteri Industri Utama Teresa Kok juga tanya mengapa tanah  Lembaga Getah Malaysia (LGM) milik penuh kerajaan telah dijual tanpa tender dengan harga RM1.5 bilion kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) Aset Tanah Nasional Berhad yang dimilik penuh kerajaan juga.

Saya pun nak tanya mengapa aset bernilai RM19.9 bilion Tabung Haji telah dijual kepada syarikat SPV tanpa tender.

Yang paling pelik ialah bila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama TH, maka TH ada defisit RM4.1 bilion.

Tetapi bila aset yang sama ini di bawah nama SPV, maka TH tidak lagi ada defisit.

Nampaknya Teresa Kok juga tidak puas hati bahawa tanah LGM itu selepasnya dijual tanpa tender kepada KWSP pada tahun 2012 dengan harga RM2.28 bilion (RM18.70 untuk setiap kaki persegi).

Dua tahun selepas membeli tanah ini, KWSP mengumumkan bahawa pakej pertama sahaja untuk tanah ini akan menjana hasil penjualan RM11 bilion iaitu  harga RM187 untuk setiap kaki persegi.

[KWSP Untung Hampir RM10 Bil Hanya Dalam Tempoh 2 Tahun Hasil Daripada Pembelian Tanah Ini]
Ini ialah keuntungan 10 kali ganda ataupun 1,000%.

Teresa Kok tidak mahu membuat laporan polis untuk siasat KWSP mengapa keuntungan mereka terlampau besar?

KWSP bakal kena AMLA atau tidak? CBT atau tidak?

Ataupun DAP mahu batalkan penjualan tanah strategik ini kepada KWSP dan ingin jual kepada pihak lain?

Ini hanya pakej pertama sahaja di mana harga tanah sudah RM187 satu kaki persegi berbanding hargi beli RM18.70. Sudah tentu nilai tanah ini akan naik lagi bila pakej-pakej yang lain diusahakan pada masa hadapan.

KWSP untung besar kerana jumlah nilai pembangunan kasar untuk tanah ini ialah sekurang-kurangnya RM50 bilion berbanding harga pembelian asal RM2.28 bilion.

Patutlah, aset KWSP naik dari RM344 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM814 bilion pada akhir tahun 2017.

Jika kerajaan BN dahulu tamak duit, tanah ini tidak akan dijualkan secara terus kepada KWSP untuk mereka menjana keuntungan yang besar.

Sudah tentu kita boleh jual tanah ini secara tender terbuka dan syarikat swasta boleh membeli dengan harga lebih tinggi dari kerajaan.

Ataupun kita boleh jual secara terus kepada syarikat swasta kroni.

KWSP sudah tentu akan terlepas.

Tetapi kita tidak membuat begitu tetapi mahu KWSP untung.

Rupanya, kerajaan BN di bawah saya terlalu melampau untuk menjaga kroni-kroni kita iaitu pencarum KWSP dan rakyat.

Saya ingat Teresa Kok mahu membongkarkan keburukan kerajaan BN.

Tetapi dia bongkarkan kebaikan kerajaan BN dahulu pula.



KWSP Terpaksa Keluar Kenyataan Bertentangan Dengan Dakwaan Mak Menteri...

Pihak KWSP di bawah kuasa kerajaan PH pun tidak tahan dengan tuduhan tidak berasas Terea Kok dan telah keluarkan kenyataan bahawa harga pembelian tanah Kwasa Damansara adalah adil dan mengikut harga pasaran.

Walaupun Teresa Kok masih tidak puas hati bahawa tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) selepas itu dijual tanpa tender kepada KWSP pada tahun 2012 dengan harga RM2.28 bilion (RM18.70 untuk setiap kaki persegi) tetapi dua tahun selepas tanah ini diusahakan, KWSP mula menjual sebahagian dari tanah ini dengan  harga RM187 untuk setiap kaki persegi.

Pihak Teresa Kok masih bertanya di mana perginya wang RM780 juta iaitu beza antara harga RM1.5 bilion yang dibeli dari LGM oleh syarikat  Aset Tanah Nasional Berhad dan harga RM2.28 bilion yang dijual dua tahun kemudian kepada KWSP.

Saya telah jelaskan bahawa syarikat  Aset Tanah Nasional Berhad ialah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.

Jika Teresa Kok ingin tahu apa terjadi dengan wang diterima syarikat itu dari KWSP hasil dari penjualan tanah, dia boleh tanya Guan Eng kerana semua rekod ada di Kementerian Kewangan.

Kalau Teresa Kok masih tak puas hati, boleh "claim" balik RM780 juta itu dari Guan Eng.

Sudah tentu Teresa ada nombor telefon Menteri Kewangan?

Ataupun Teresa telah ditendang keluar dari grup WeChat DAP?

Sumber  : FB Page Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sgtnews.blogspot.com/2019/01/teresa-kok-tak-puas-hati-pencarum-kwsp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teresa Kok Marah Jual Tanah Kepada Kwsp Adakah Dap Mahu Jual Kepada Sykt Kroni

Teresa Kok Marah Jual Tanah Kepada Kwsp Adakah Dap Mahu Jual Kepada Sykt Kroni

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 279 hits
Menteri Industri Utama Teresa Kok juga tanya mengapa tanah Lembaga Getah Malaysia milik penuh kerajaan telah dijual tanpa tender dengan harga RM1 5 bilion kepada Syarikat Tujuan Khas Aset Tanah Nasional Berhad yang dimilik penuh kerajaan ju...
Pembelian Tanah Kwsp Jawab Tuduhan Teresa Kok

Pembelian Tanah Kwsp Jawab Tuduhan Teresa Kok

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 266 hits
Pihak KWSP di bawah kuasa kerajaan PH pun tidak tahan dengan tuduhan tidak berasas Terea Kok dan telah keluarkan kenyataan bahawa harga pembelian tanah Kwasa Damansara adalah adil dan mengikut harga pasaran Walaupun Teresa Kok masih tidak p...
Tak Puas Hati Selepas Kena Buang Dari Group Whatsapp Lelaki Ini Failkan Saman Terhadap Admin

Tak Puas Hati Selepas Kena Buang Dari Group Whatsapp Lelaki Ini Failkan Saman Terhadap Admin

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 1095 hits
Tidak puas hati ditendang keluar dari group WhatsApp Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya bekas ahli group tersebut bertegas akan memfailkan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab Pengerusi Sukarelawan Malaysia Isham Jalil berkata di...
Orang Ramai Puas Hati Dengan Pm Tinjauan Uiam

Orang Ramai Puas Hati Dengan Pm Tinjauan Uiam

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 251 hits
Orang ramai kekal berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menurut tinjauan yang dibuat Universiti Islam Antarabangsa Dapatan penyelidikan UIA tersebut berbeza dengan dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebelum in...
Peniaga Kota Bharu Puas Hati Pelanggan Tak Merokok Tinjauan

Peniaga Kota Bharu Puas Hati Pelanggan Tak Merokok Tinjauan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 282 hits
Rakyat Malaysia pastinya sudah sedia maklum bahawa hari ini bermulanya udara dan nafas suasana baru khususnya di kedai kedai makan di seluruh negara Ia susulan berkuat kuasanya peraturan dilarang merokok di premis tersebut Tinjauan Malaysia...
Teresa Kok Boleh Tuntut Balik Duit Rm 780j Dari Guan Eng Najib

Teresa Kok Boleh Tuntut Balik Duit Rm 780j Dari Guan Eng Najib

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 289 hits
Pihak KWSP di bawah kuasa kerajaan PH pun tidak tahan dengan tuduhan tidak berasas Terea Kok dan telah keluarkan kenyataan bahawa harga pembelian tanah Kwasa Damansara adalah adil dan mengikut harga pasaran Walaupun Teresa Kok masih tidak p...
Alahai Bapak Sapa Tu Comel Netizen Geli Hati Tengok Telatah Pakcik Ni Excited Dapat Masuk Tv

Alahai Bapak Sapa Tu Comel Netizen Geli Hati Tengok Telatah Pakcik Ni Excited Dapat Masuk Tv

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 345 hits
Siapa yang tak excited kalau muka dorang masuk TV kan Gelagat korang akan ditonton jutaan penonton kat luar sana dan kalau bernasib baik jadi famousmacam pakcik seorang ni Menerusi perkongsian video viral di Twitter seorang pakcik kelihatan...
Polis Rasa Tak Puas Hati Punca Pergaduhan Di R R Gambang

Polis Rasa Tak Puas Hati Punca Pergaduhan Di R R Gambang

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 494 hits
KUANTAN Polis hari ini mengesahkan rasa tidak puas hati sebagai punca pergaduhan antara kakitangan gerai di Kawasan Rehat dan Rawat Gambang di sini dengan pemandu bas ekspres yang videonya tular di laman sosial Ketua Polis Daerah Kuantan AC...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Asan Lembu The Movie

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air