Sayu Hati Apabila Anak Melihat Ibunya Sendiri Digilis Lori Depan Mata Sejurus Selesai Urusan Di Tabung Haji




Siapa sangka, saat menunggang motor dan dibonceng oleh ibu adalah kali terakhir dia dapat lihat wanita itu di dunia ni…

Itulah yang terjadi kepada Zulfianshah Syaifullah, 18, apabila dia kehilangan ibunya dalam kejadian menyayat hati itu.



Menurut Harian Metro, Zulfianshah dan ibunya, Halilah Mat Musa, 53, baru saja selesai urusan di pejabat Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Segambut Dalam.

Ketika mendekati lokasi kejadian, Zulfianshah yang menunggang motosikal Modenas Jaguh dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Pahang itu berada di lorong kiri. Dia kemudian masuk ke lorong kanan kerana cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari susur Institut Jantung Negara (IJN).

Disebabkan itu, motosikal ditunggang berg3sel dengan lori menyebabkan kedua-duanya terjatuh. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya,

“Ketika motosikal itu mengelak masuk ke lorong kanan, kenderaan itu bergesel dengan lori menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh sebelum wanita itu digilis lori yang tidak berhenti dan meneruskan perjalanan sejurus kejadian.



Halilah disahkan maaut di lokasi kejadian akibat p@rah di kepala makakala Zulfianshah hanya cedera ringan. Namun, suasana bertukar menjadi pilu apabila anak muda itu tidak dapat menahan hiba ketika duduk di sisi j3nazah ibunya.

Orang awam yang melihat Zulfianshah menangis dan tidak dapat kawal perasaan cuba mententeramkannya. Yela, siapa tak sedih kalau jadi depan mata….

Pihak polis meminta orang ramai yang menjadi saksi kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat.

“Pemandu kereta dan lori terbabit dalam kejadian juga diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1)(C) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”



DOA UNTUK IBUBAPA YANG TELAH MENINGGAL

Soalan: Apakah terdapat doa-doa yang thabit daripada Nabi SAW tentang doa kepada ibubapa yang telah meninggal dunia?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Setiap insan yang bernyawa pasti akan menemui ajal dan ajal itu tidak akan cepat atau lambat walau sesaat pun. Apabila terpisahnya roh daripada jasad maka ia juga sebenarnya telah terpisah daripada alam dunia. Dengan itu, segala perkara atau amalannya ketika di dunia akan terputus daripadanya melainkan tiga perkara berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Imam Muslim:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]

Imam al-Nawawi mengatakan para ulama memahami hadith ini dengan mengatakan bahawa amalan si mati akan terputus dengan kematiannya dan terputus juga pembaharuan pahala baginya melainkan pada tiga perkara ini. [Lihat: al-Minhaj: 85/11]

Berdasarkan soalan di atas, memang terdapat beberapa doa yang boleh diamalkan oleh seseorang anak dalam mendoakan arwah ibu dan bapanya. Di sini, kami nukilkan beberapa doa yang diajar oleh Allah SWT sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran:

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ibrahim:41

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman ketika berlakunya penghitungan amal serta pembalasan.”

Firman Allah SWT:

رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ

Nuh:28

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku.”

Tambahan pula, di dalam berdoa terdapat keluasan selagimana doa atau makna doa itu adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama maka ia dibenarkan di samping tidak menafikan bahawa doa yang terbaik adalah doa yang terdapat di dalam al-Quran dan juga hadith Nabi SAW yang sahih. Di samping itu juga, doa yang terbaik juga adalah doa yang difahami dan tidak semestinya di dalam bahasa arab. Ini kerana, jika seseorang itu berdoa dengan apa yang difahami maka itu akan menghadirkan hatinya ketika berdoa.

Penutup

Kesimpulannya, seseorang itu boleh berdoa dengan apa jua doa sekalipun kepada ibu dan bapanya yang telah meninggal dunia dengan syarat doa tersebut tidak mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan agama serta makna doa itu baik. Selain itu juga, seseorang itu perlulah meraikan adab-adab ketika berdoa agar ia boleh mendatangkan kekhusyukan ketika berdoa.

Semoga roh ibu dan bapa yang telah pergi ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman serta dimasukkan ke dalam syurga Firdaus. Amin.

Wallahua’lam


kredit : theklasik.com © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber (4 Gambar) Sayu Hati Apabila Anak Melihat Ibunya Sendiri Digilis Lori Depan Mata, Sejurus Selesai Urusan Di Tabung Haji
Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2019/01/4-gambar-sayu-hati-apabila-anak-melihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nota Bunuh Diri Anak Yang Menyayat Hati Mahu Ibunya Gembira

Nota Bunuh Diri Anak Yang Menyayat Hati Mahu Ibunya Gembira

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 311 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui mati bersama dengan sekeping nota menyayat hati selepas didakwa membunuh diri untuk membuatkan ibunya sebagai wanita paling gembira di dunia Polis di tempat kejadian Pasukan kecemasan m...
Tabung Haji Skandal Kewangan Jangan Mudah Berpuas Hati

Tabung Haji Skandal Kewangan Jangan Mudah Berpuas Hati

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 464 hits
Lebih kurang seminggu lalu di London Presiden PAS Dato Seri Hadi Awang mengulas mengenai skandal kewangan Tabung Haji di hadapan penyokong PAS dari kalangan penuntut Malaysia di London Laporan mengenai ulasan beliau itu disiarkan oleh Harak...
Ibu Ini Berjaya Memandu Jauh Sendiri Bersama Anak Kecil Tanpa Suami Hanya Dengan Lakukan 8 Tip Ini

Ibu Ini Berjaya Memandu Jauh Sendiri Bersama Anak Kecil Tanpa Suami Hanya Dengan Lakukan 8 Tip Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 467 hits
Bukan perkara yang mudah untuk isteri memandu sendiri dengan jarak yang jauh bersama anak anak kecil tanpa suami disisi Kebiasaanya anak kecil terlalu banyak ragam dan kerenah yang harus dilayan Bagaimana cara untuk mengatasinya Bagaimana u...
Misi Kurus Harus Diteruskan Nak Tunjuk Pada Mata Mata Hati J Hanam Almy Nadia Berusaha Turunkan Berat Badan

Misi Kurus Harus Diteruskan Nak Tunjuk Pada Mata Mata Hati J Hanam Almy Nadia Berusaha Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 533 hits
Pelakon Datin Almy Nadia mengakui harus kuat untuk terus menurunkan berat badannya selepas bersalin anak keduanya pada Disember tahun lalu Menerusi entri di Istagram Almy menjelaskan dia mahu membuktikan pada orang ramai yang dirinya mampu ...
Kasihan Iwan Kena Heret Dengan Anak Sendiri Ke Neraka

Kasihan Iwan Kena Heret Dengan Anak Sendiri Ke Neraka

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 336 hits
Mesti ramai yang masih ingat lagi dengan Raja Dangdut Iwan yang kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan Hasil The post appeared first on
Buat 4 Perkara Ini Masa Peluk Anak Baru Kesannya Anak Dapat Rasa Lebih Tenang Lembut Hati

Buat 4 Perkara Ini Masa Peluk Anak Baru Kesannya Anak Dapat Rasa Lebih Tenang Lembut Hati

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 458 hits
Kuasa pelukan tiada siapa boleh nafikan boleh membentuk anak menjadi lebih tenang dan lembut hati Syaratnya perlu lakukan beberapa perkara ini supaya pelukan lebih berkesan Pelukan cara menyatakan kasih sayang yang digunakan oleh seluruh la...
Pelajar Tingkatan 2 Maut Digilis Lori

Pelajar Tingkatan 2 Maut Digilis Lori

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 468 hits
AFIQ AL HAFIZ MAT YUSOF 12 Januari 2019 8 26 PM KAJANG Seorang pelajar lelaki tingkatan dua maut selepas digilis sebuah lori seberat 25 tan di hadapan Masjid Sungai
Tetibe Cam Berair Mata Baca Status Kapsyen Sajat Bila Anak Anak Sudah Bersekolah Dipuji Netizen

Tetibe Cam Berair Mata Baca Status Kapsyen Sajat Bila Anak Anak Sudah Bersekolah Dipuji Netizen

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 346 hits
Dalam keseronokan menyambut tahun baru 2019 ragam anak ke sekolah juga menarik perhatian netizen malah kesibukan ibu bapa dalam melihat dan menghantar anak anak yang perlu ke sekolah juga mencuri tumpuan Selain pelbagai ragam netizen yang t...
Kenapa Anak Anak Suka Berperilaku Buruk Saat Ibunya Ada Di Dekatnya Ini Jawabanya

Kenapa Anak Anak Suka Berperilaku Buruk Saat Ibunya Ada Di Dekatnya Ini Jawabanya

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 255 hits
Ulasan berikut ini akan membuat kita sedikit merasa berbeda tentang air mata dan amukan Akhirnya kita mendapatkan jawaban untuk pertanyaan ini dan itu ternyata adalah sesuatu yang baik Bagi seorang ibu sebaiknya tidak melewatkan ini Alasan ...
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj