Wartawan Berhak Tanya Soalan Fahmi


Wartawan Berhak Tanya Soalan – Fahmi
PUTRAJAYA, 31 Okt (Bernama) — Wartawan berhak mengemukakan apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka selaras dengan prinsip keterbukaan dan saling menghormati antara media dan kerajaan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata insiden seorang menteri yang didakwa mengugut seorang wartawan selepas bertanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris bagi tema pelancongan dalam satu acara rasmi, telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
“Saya telah berhubung dengan menteri berkaitan mengenai isu ini dan beliau telah memberikan penjelasan. Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, saya telah menyatakan bahawa pendirian kerajaan adalah sangat jelas, iaitu wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka sebagai wartawan.
“Setiap jawapan ataupun respons yang diberikan oleh menteri perlulah disampaikan dengan berhemah serta berlandaskan prinsip keterbukaan, di samping saling menghormati antara media dan pihak kerajaan,” katanya dalam sidang media mingguan di sini hari ini.
Ditanya adakah terdapat arahan kepada menteri bahawa mereka boleh menghubungi organisasi media jika tidak berpuas hati dengan soalan wartawan, Fahmi berkata kerajaan tidak mengeluarkan arahan yang khusus mengenai perkara itu.
“Saya menyampaikan pandangan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, saya menegaskan bahawa Perdana Menteri sendiri terbuka untuk menerima sebarang soalan dan pendirian kerajaan ialah wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan. Jadi, itu pendirian kerajaan,” katanya.
BACA: Kerajaan Pertimbang Guna eKYC Sahkan Umur, Identiti Pengguna Aplikasi OMI Ditanya adakah menteri berkenaan wajar meminta maaf, Fahmi berkata beliau dimaklumkan bahawa menteri berkenaan telah memberi komitmen untuk bertemu dengan pihak pengurusan organisasi media terlibat bagi menjernihkan keadaan.
“Pada pandangan saya, kita patut belajar daripada apa yang pernah berlaku dahulu dan saya rasa ada ruang untuk beliau bertemu dengan pihak Utusan Malaysia, untuk menyampaikan pesanan itu sendiri.
“Saya lihat beliau telah memaklumkan bahawa memang beliau akan bertemu dengan pihak pengurusan untuk cuba menjernihkan keadaan. Jadi, ini telah diberi komitmen oleh menteri berkenaan,” katanya.
Pada 29 Okt, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilapor mengugut seorang wartawan selepas dia bertanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris bagi tema pelancongan I Lite U yang diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Susulan itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) semalam mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan menteri berkenaan.
Sumber: Bernama
The post Wartawan Berhak Tanya Soalan – Fahmi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/01/wartawan-berhak-tanya-soalan-fahmi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wartawan Berhak Tanya Apa Jua Soalan Menteri Perlu Jawab Dengan Berhemah Fahmi Fadzil Tegur Nga Kor Ming

Wartawan Berhak Tanya Apa Jua Soalan Menteri Perlu Jawab Dengan Berhemah Fahmi Fadzil Tegur Nga Kor Ming

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 180 hits
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menegaskan bahawa wartawan berhak mengemukakan apa jua soalan ketika menjalankan tugas selaras dengan prinsip keterbukaan dan saling menghormati antara media serta kerajaan Menurut laporan Bernama kenya...
Koleksi 200 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa Gred Kp9

Koleksi 200 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa Gred Kp9

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 270 hits
Koleksi 200 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa Gred KP9 Adakah anda sedang mencari bahan bahan rujukan dan contoh contoh soalan ujian psikometrik untuk peperiksaan PSEE jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP9 Ya kami faham anda ak...
Roblox Hadap Fahmi Fadzil Bincang Pelaksanaan Onsa Di Platform Tersebut

Roblox Hadap Fahmi Fadzil Bincang Pelaksanaan Onsa Di Platform Tersebut

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 178 hits
Semalam telah berlangsungnya pertemuan antara pihak platform permainan popular Roblox dengan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta timbalannya YB Teo Nie Ching Pertemuan itu adalah bagi membincangkan pematuhan undang undang dan pelaksanaan ...
Minister Fahmi Thanks 123 Companies For Pouring Rm22m Into 2025 National Day Celebrations

Minister Fahmi Thanks 123 Companies For Pouring Rm22m Into 2025 National Day Celebrations

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 460 hits
More than 100 000 visitors flooded Dataran Putrajaya to celebrate the 2025 National Day celebration which took place in a lively and smooth manner on August 31 File picture by Miera ZulyanaPUTRAJAYA Oct 23 The sponsorship contribution of mo...
Pm Anwar Guna Platform Asean Bangkit Beberapa Isu Termasuk Gaza Fahmi Fadzil

Pm Anwar Guna Platform Asean Bangkit Beberapa Isu Termasuk Gaza Fahmi Fadzil

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 205 hits
PM Anwar Guna Platform ASEAN Bangkit Beberapa Isu Termasuk Gaza Fahmi Fadzil KUALA LUMPUR 26 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggunakan forum platform ASEAN dalam dialog bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump unt...
Mcmc Akan Bincang Pelaksanaan Ekyc Dengan Platform Media Sosial Fahmi

Mcmc Akan Bincang Pelaksanaan Ekyc Dengan Platform Media Sosial Fahmi

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 201 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan membincangkan mekanisme terbaik bersama platform media sosial berhubung pelaksanaan pengesahan identiti pengguna selaras dengan usaha untuk mengehadkan umur minimum penggunaan media sosial
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rabu Belajar Sabar Hari Ini

Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Hadr Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Ke Acheh Ppim 17 12 2025

Doa Berbuka Puasa Niat Sebelum Selepas Sahur

Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan