Wariskan 4 Senjata Pertahanan Diri Ini Kepada Anak Cucu Dari Fitnah Dajjal No 2 4 Paling Mudah


Bismillah.. Dalam sejarah kehidupan manusia ini akan wujud suatu Fitnah terbesar yang akan melanda seluruh umat manusia, khususnya umat Islam. Kebanyakan umat Islam telah sedia maklum iaitulah Fitnah Dajjal (fitnatul-masihud-Dajjal).

"Sejak penciptaan Adam sampai kiamat terjadi, tak ada makhluk (dalam riwayat lain: perkara) yang lebih besar dari Dajjal".

[Shahih Muslim, Jilid IV, hlm. 2266, No. 2946]
Dalam Sahih Al Bukhari, Abdullah ibn Umar RA berkata,
"Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan manusia. Beliau memuji Allah kemudian menyebut masalah Dajjal. Beliau bersabda, "Aku sungguh mewasiatkan agar kalian berhati-hati terhadapnya. Tak ada nabi yang tidak memperingatkan kaumnya (tentang masalah Dajjal). Namun, aku akan memberitahukan kepada kalian sesuatu yang tidak dikatakan oleh nabi (sebelumku) kepada kaumnya, bahawa dia (Dajjal) itu buta sebelah, sedangkan Allah tidak buta sebelah"

[Sahih Al Bukhari, bab 'Fitnah' - Penyebutan Dajjal' | Lihat Fath al-Bari, Jilid XIII, hlm. 90]

gambar hiasan

Daripada Abu Umamah ra. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal adalah adanya tempoh waktu 3 TAHUN yang SANGAT SUKAR, di mana pada waktu itu manusia akan ditimpa kelaparan yang sangat

Tahun PertamaAllah SWT akan memerintahkan kepada langit pada tahun pertama supaya menahan sepertiga dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi supaya menahan sepertiga dari tanamannya

Tahun KeduaKemudian Allah memerintahkan langit pada tahun kedua supaya menahan dua pertiga dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi supaya menahan dua pertiga dari tumbuh²nya

Tahun KetigaKemudian pada tahun ketiga Allah memerintahkan kepada langit supaya menahan semua air hujannya lalu tidak menitiskan setitik air pun, dan Allah memerintahkan kepada bumi supaya menahan semua tanamannya

Maka setelah itu tidak akan tumbuh satu tanaman hijau pun dan semua binatang berkuku mati, kecuali yang tidak dikehendaki oleh Allah SWT."
Kemudian para sahabat bertanya:"Dengan apakah manusia akan hidup pada masa itu?"
Baginda SAW menjawab:"Tahlil (Subhanallah), Takbir (Allahuakbar) dan Tahmid (Alhamdulillah) akan sama ertinya bagi mereka dengan makanan"

[HR Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Hakim]


Marilah kita bersedia dengan senjata yang telah diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW kepada ummatnya iaitu kita untuk kita mempersiapkan diri kita dan khususnya generasi keturunan kita akan senjata bagi menghadapi FITNAH DAJJAL yang dahsyat ini nanti, bila mana masanya telah tiba.


4 Senjata Mempertahankan Diri Dari Fitnah Dajjal
1. Beramal Dengan Al Quran & HadisDengan kata lain wajibkan diri kita dengan ilmu Allah, rajinkan menuntut ilmu agama, mantapkan aqidah kita kepada Allah. Rajin²lah menghadiri majlis ilmu seperti di masjid² ketika kuliah maghrib, dan seumpamanya.

Dari sini kita akan ketahui akan suatu hadis Nabi SAW yang menerangkan akan suatu amalan yang baik, iaitu membaca Surah Al Kahfi setiap hari (atau malam) Jumaat. Baca Al Quran dan mentadabburnya, iaitu memahami maksudnya, atau sekurang²nya kita menghayati tafsir ayat / surah yang kita baca dan cuba sedaya upaya untuk mengamalkannya.

"Barang siapa membaca Al Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah)".
[HR Ad Darimi]

"Barang siapa membaca Al Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya".
[HR Al Hakim & Al Baihaqi]

2. Mengamalkan Membaca 10 Ayat Awal Surah Al KahfiMari kita berusaha membaca sekurang²nya 10 ayat awal Surah Al Kahfi ini setiap hari hingga kita dapat hafalkannya dan memahami maksud serta usaha untuk beramal dengannya. InsyaAllah dipermudahkan hidup kita dan Allah pelihara kita dari segala fitnah duniawi, fitnah social media, dll.

عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : « مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ » وفي رواية ـ من آخر سورة الكهف ـ
Dari Abu Darda’ ra, bahwa Nabi SAW bersabda:"Barangsiapa yang menghafal 10 ayat pertama dari surat Al-Kahfi, nescaya dia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal. Dan di dalam riwayat lain disebutkan (10 ayat terakhir) dari surat Al-Kahfi".

[HR Imam Muslim I/555 No.809 | Imam Ahmad V/196 No.21760 | Ibnu Hibban III/366 No.786 | Al-Hakim II/399 No.3391 | Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman V/453 No.2344].

3. Membaca, Menghafal & Beramal Dengan 10 Ayat Terakhir Surah Al KahfiIaitulah dari ayat 101 - 110 Surah Al Kahfi. Sama juga, kita amalkan baca setiap hari, cuba hafal yang mana mampu dan kita semak tafsirnya serta usaha untuk memahami & mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.

Pada hadis yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda ra, bahwa Nabi SAW bersabda:"Barangsiapa yang membaca 10 ayat terakhir dari surah Al Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal".

4. Menghafal & Membaca 4 Kalimah Doa Dalam SolatKita sedia maklum akan suatu doa yang sahih dari Nabi SAW mengajarkan kita untuk membaca 4 permohonan doa ini dalam solat² seharian kita, selepas tasyahhud (tahiyyat) akhir, sebelum salam, iaitu doa:
mohon perlindungan dari Neraka Jahannammohon perlindungan dari azab kuburmohon perlindungan dengan Allah dari fitnah hidup & matimohon perlindungan dengan Alla dari keburukan fitnah al-Masih ad-DajjalDari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda,"Apabila salah seorang kalian selesai membaca tasyahhud hendaknya ia berlindung kepada Allah dari 4 perkara. Beliau membaca:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ , وَمِنْ عَذَابِ اَلْقَبْرِ , وَمِنْ فِتْنَةِ اَلْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ , وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ اَلْمَسِيحِ اَلدَّجَّالِ
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari azab Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah al-Masih ad-Dajjal".

[HR Bukhari & Muslim - Muttafaq 'alaih]


5. Lari Bila Mendengar Kedatangan DajjalSebagai bonus yang ke-5 Nabi SAW menyuruh kita lari menyembunyikan diri bila mana mendengar kehadirannya. Ni kira langkah terakhirlah. Lari sembunyi dan terus berzikir selama mungkin.

Semoga dengan sedikit ilmu ini dapat kita mulakan beramal dengannya dan semoga dapat kita Allah wariskan (ajarkan) juga kepada anak² keturunan kita, sebab kemungkinan besar kalau bukan kita, boleh jadi anak² kita akan menghadapi FITNAH Dajjal ini nanti. Semoga Allah memelihara kita & keturunan kita darinya.. aamiiin..



KesimpulanIni ada peringatan khususnya buat admin sendiri dan kita seluruhnya akan kehadiran suatu MUSIBAH BESAR, suatu malapetaka akhir zaman yang akan datang tak lama lagi. Bukan bencana alam (ya bencana alam itu bahaya) bahkan musibah / malapetaka / yang disebut fitnah ini adalah suatu ujian terakhir bagi umat manusia, sama ada kita akan lulus atau (kebanyakan) kita akan gagal..!!? Andai kita lulus, insyaAllah Syurga menanti kita, aamiiin.. tapi kalau kita gagal (majoriti kita akan gagal) maka kita akan terjerumus menjadi pengikut Dajjal laknatullah.. wal'iyyazubillahi minzalik.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid pernah dalam suatu kuliahnya menyatakan bahawa selagi ada yang mengingatkan akan perihal Dajjal, maka selama itu dia belum muncul. Dia akan keluar nanti bila mana sudah tidak ada lagi yang memperingatkan akan dia

Wallahua'lam.



Rujukan:

https://www.slideshare.net/cahayamataku_91/cara-mengelak-diri-dari-fitnah-dajjalhttps://www.hmetro.com.my/addin/2018/07/362195/manfaat-surah-al-kahfihttp://www.voa-islam.com/read/aqidah/2014/08/28/32529/bahaya-fitnah-dajjal-dan-cara-menyelamatkan-diri-darinyahttp://serambiummah.tribunnews.com/2015/09/15/dalam-sejarah-manusia-ini-dia-fitnah-terbesar-di-akhir-zamanhttps://abufawaz.wordpress.com/2011/12/09/hadits-hadits-shohih-tentang-keutamaan-surat-al-kahfi-

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mindloading.blogspot.com/2018/12/wariskan-4-senjata-pertahanan-diri-ini.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MindLoading+%28Mind+Loading%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Latih Anak Bebas Diaper Bukan Anak Je Kena Bersedia Mama Papa Pun Sama Ada Trik Paling Mudah

Latih Anak Bebas Diaper Bukan Anak Je Kena Bersedia Mama Papa Pun Sama Ada Trik Paling Mudah

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 432 hits
Bila anak sudah masuk usia dua tahun satu hal yang menjadi masalah adalah untuk melatih anak bebas diaper Sebenarnya ia bukanlah satu tugas mudah Mama papa kena sabar sepanjang minggu untuk melatih anak Tapi bukan soal sabar je mama papa ju...
Anak Sulung Paling Disayangi Dan Disenangi Semua Betul Ke

Anak Sulung Paling Disayangi Dan Disenangi Semua Betul Ke

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 450 hits
Anak Sulung Paling Disayangi Dan Disenangi Semua Betul Ke Kasih sayang adik beradik sama ada anak sulung sehinggalah anak bongsu sememangnya pasti ada dalam sesebuah keluarga dan rasa kasih itu telah dipupuk oleh ibu bapa semenjak mereka ma...
Tanamkan Rasa Konfiden Anak Sejak Kecil Trik Mudah Di Rumah Kena Buat

Tanamkan Rasa Konfiden Anak Sejak Kecil Trik Mudah Di Rumah Kena Buat

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 286 hits
Bila anak semakin membesar kita selalu perhatikan ada masanya anak mula rasa takut takut untuk bercakap apa lagi bila hendak mencuba satu satu perkara Sebenarnya membina keyakinan diri perlu bermula daripada rumah lagi Cara kita mendidik an...
Berjaya Latih Anak Usia 2 Tahun Ke Tandas Ada Tip Mudah Mama Kena Praktik Confirm Berjaya

Berjaya Latih Anak Usia 2 Tahun Ke Tandas Ada Tip Mudah Mama Kena Praktik Confirm Berjaya

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 594 hits
Bila anak dah mencecah usia tiga tahun mama jangan rasa takut rakut dan khuatir untuk ajar anak tak lagi pakai pampers Ini penting bagi persediaan mereka untuk ke sekolah Bukan hanya persediaan ke sekolah bahkan langkah ini sebenarnya satu ...
8 Langkah Mudah Mendisiplinkan Anak Tanpa Teriak Tanpa Amarah

8 Langkah Mudah Mendisiplinkan Anak Tanpa Teriak Tanpa Amarah

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 234 hits
Menjadikan anak disiplin adalah salah satu tujuan utama Moms dalam mendidik anak Anak yang disiplin biasanya mandiri cerdas pandai mengatur waktu dan lainnya Nah mendisiplinkan anak bukan perkara mudah Betapa banyak orangtua yang merasa sud...
Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak Salah Bagi Jadi Punca Anak Degil Malas

Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak Salah Bagi Jadi Punca Anak Degil Malas

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 412 hits
Sebagai ibu bapa tolong jangan ambil mudah bab pemakanan anak Jika salah bagi makanan yang tak sepatutnya kepada anak ia jadi puca anak degil dan malas Jarang kita tengok kanak kanak tak makan gula gula coklat dan aiskrim Sejak mula diperke...
Mencecah 2 Tahun Anak Mengamuk Dan Merengek Normal Faham Dulu Sebabnya Baru Mudah

Mencecah 2 Tahun Anak Mengamuk Dan Merengek Normal Faham Dulu Sebabnya Baru Mudah

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 413 hits
Di usia anak yang mencecah dua tahun daya analisis perkembangan mental dan fizikal anak sedang berkembang Tidak hairanlah ketika ini anak sedang belajar melalui apa yang dia lihat dan mencontohinya Jika anak buat sesuatu yang diluar jangkaa...
Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan Mama Jangan Strees Tapi Make It Fun

Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan Mama Jangan Strees Tapi Make It Fun

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 819 hits
Otak boleh jadi jem seketika bila tengok anak sepahkan mainan tahap terlampau Ibu rasa nak pitam melihatnya Mana taknya ambil masa yang agak lama juga untuk dikemaskan kepada rupa asal Tapi apa nak buatkan kemas sajalah perlahan lahan Seben...
Tun Mahathir Tak Perlu Jadi Pm Sampai Dua Tahun Jun 2019 Paling Sesuai Mengundurkan Diri

Tun Mahathir Tak Perlu Jadi Pm Sampai Dua Tahun Jun 2019 Paling Sesuai Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 510 hits
Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu malam tadi Tun Mahathir Mohamad berkata ucapannya tahun ini mungkin adalah yang terakhir Bermakna Tun Mahathir sendiri belum pasti sama ada beliau akan merasmikan PAT Bersatu pada ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu