Berjaya Latih Anak Usia 2 Tahun Ke Tandas Ada Tip Mudah Mama Kena Praktik Confirm Berjaya


Bila anak dah mencecah usia tiga tahun, mama jangan rasa takut-rakut dan khuatir untuk ajar anak tak lagi pakai pampers. Ini penting bagi persediaan mereka untuk ke sekolah.
Bukan hanya persediaan ke sekolah bahkan langkah ini sebenarnya satu pencapaian buat anak kita. Jadi mama kenalah kuatkan semangat dan latih anak dengan tepat.
Perkongsian Suhana Salleh yang berjaya melatih anaknya yang berusia dua tahun  boleh mama jadikan panduan untuk melatih anak. Lima tip mudah yang dikongsikan olehnya sememangnya menampakkan hasilnya. Jom cuba!
Pernah di taska saya kanak-kanak 4 tahun masih pakai lampin pakai buang. Kasihan saya tengokkan budak chubby itu pinggangnya melelas dek diapers yang terkurang saiz.

Sejak dari itu saya ajarkannya latihan ke tandas. Prosesnya tidaklah sesukar mana kerana kanak-kanak itu sebenarnya dah bersedia. Cuma ibu dan ayahnya sahaja yang belum sedia.
Ibu-ibu, ayah-ayah…
Latihan anak ke tandas ini perlukan kerjasama dua pihak iaitu orang dewasa (sama ada ibu bapa atau pengasuh) dan anak.
Suka saya kongsikan di sini catatan pengalaman melatih anak sendiri ke tandas seawal usia mereka dua tahun.
1. Boleh faham apa yang dicakap
Kelima-lima anak saya boleh bercakap pada usia mereka 2 tahun. Walaupun sedikit pelat saya boleh faham jika dia sebut perkataan ‘eyak’ dan ‘nak encing’. Begitu juga dia boleh faham jika saya tanya, ” nak berak? Nak kencing ke?”

2. Cakap selalu
Dua minggu sebelum memulakan latihan saya selalu bagitahu pada anak begini. Nanti tak payah pakai pampers tau. (Sebut nama anak) kalau nak kencing cakap macam mana? “Ibu, saya nak ken…cing.” Buat aksi dia tak tahan nak terkencing dan pergi tandas. Tujuannya menanam minda bawah sedar mereka.
3. Kenalpasti ekspresi wajah atau tabiat anak
Sentiasa peka dengan ekspresi wajah dan tingkah laku anak setiap kali dia mahu membuang air. Anak saya selalunya akan membuat muka meneran setiap kali dia mahu membuang air besar. Jika dia dah buat muka macam tu cepat-cepat saya hantarkannya ke tandas.
4. Tetapkan waktu anak ke bilik air
Saya sering menggunakan tempoh 4 jam sekali untuk hantar anak ke bilik air. Katakan anak bangun tidur pukul 7 pagi. Aturkannya ke billik air dahulu. Pukul 11 pagi nanti saya akan menanyakan padanya sama ada mahu membuang air atau tidak. Jika dia enggan saya akan paksanya ke bilik air. Dikhuatiri terlalu leka bermain atau menonton anak kita akan terkucil sendiri.

5. Gunakan seluar yang mudah ditanggalkan
Semasa latihan ke tandas saya akan memakaikan seluar yang mudah ditanggalkan kepada anak saya. Ini bertujuan supaya apabila dia terasa ingin membuang dia akan cepat-cepat ke tandas dan membuka seluar. Pernah terjadi anak saya terkucil betul-betul depan pintu tandas. Semuanya gara-gara susah hendak menanggalkan seluar maka banjirlah lantai dibuatnya.
6. Puji anak ketika dia berjaya menggunakan tandas dengan baik.
Setiap kali anak berjaya gunakan tandas dengan betul saya akan puji mereka. Jika tidak berjaya jangan marah anak. Sentiasa beri anak sokongan. Kanak-kanak yang kerap dimarah dikhuatiri akan menyebabkan mereka menjadi takut. Seterusnya terpaksa u turn guna lampin pakai buang semula.
——-
Oh, ya panduan ini hanya tertakluk pada kanak-kanak bawah 4 tahun sahaja dan pada waktu siang. Semasa tidur tengah hari atau berjalan-jalan jauh saya akan pakaikan lampin pakai buang untuk mereka.
Pada awal latihan memang seksa juga. Selalu sahaja mereka terkucil merata-rata pada bila-bila masa.
Proses itu adalah normal.
Suka diingatkan jangan sesekali marah atau tengking anak sekiranya mereka terbuang tanpa sengaja.

Keupayaan kanak-kanak mengawal usus dan pundi kencing merupakan pencapaian penting dalam hidup mereka. Sentiasa berikan galakan dan panduan untuk anak-anak kita.
Kadangkala mengambil masa dua minggu atau lebih untuk kanak-kanak mahir menggunakan tandas.
Tidak kira berapa lambat anak kita belajar menggunakan tandas dengan betul, percubaan untuk melatihnya sebelum badannya bersedia adalah sia-sia.
Perkongsian yang hebat dan bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang mencuba untuk anak-anak mereka. Jadi mama kena beranikan diri dan yakin dengan anak. Bila anak dah bersedia, mama pun kenalah bersedia. Tak gitu?
Kredit: Suhana Salleh
The post Berjaya Latih Anak Usia 2 Tahun Ke Tandas, Ada Tip Mudah Mama Kena Praktik, Confirm Berjaya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/berjaya-latih-anak-usia-2-tahun-ke-tandas-ada-tip-mudah-mama-kena-praktik-confirm-berjaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan Mama Jangan Strees Tapi Make It Fun

Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan Mama Jangan Strees Tapi Make It Fun

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 825 hits
Otak boleh jadi jem seketika bila tengok anak sepahkan mainan tahap terlampau Ibu rasa nak pitam melihatnya Mana taknya ambil masa yang agak lama juga untuk dikemaskan kepada rupa asal Tapi apa nak buatkan kemas sajalah perlahan lahan Seben...
Nak Anak Jadi Baik Dan Soleh Kena Bermula Dengan Ikat Kasih Sayang Ada 2 Perkara Mudah Mama Kena Amalkan

Nak Anak Jadi Baik Dan Soleh Kena Bermula Dengan Ikat Kasih Sayang Ada 2 Perkara Mudah Mama Kena Amalkan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 513 hits
Mendidik anak pastinya satu hal yang tidak mudah Ikatan kuat kasih sayang antara ibu dan keluarga membuatkan anak semakin mudah diasuh Semuanya berkat kasih sayang yang kuat Namun bagaimana nak mendidik anak anak sentiasa patuh dan mempunya...
039 Kekal Muda 039 Pada Usia 92 Tahun Tun Siti Hasmah Kongsi Tip

039 Kekal Muda 039 Pada Usia 92 Tahun Tun Siti Hasmah Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 326 hits
Gaya Hidup Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang 2035 apabila 15 peratus daripada penduduknya terdiri dari warga emas berumur 60 tahun ke atas Namun apa persediaan dari setiap anggota masyarakat hari ini Isteri Perdana Ment...
Pastikan Buku Anak Tak Koyak Teruk Ada Cara Mama Boleh Buatkan Mudah

Pastikan Buku Anak Tak Koyak Teruk Ada Cara Mama Boleh Buatkan Mudah

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 430 hits
Setiap kali beli buku pasti anak akan koyakkan bila dah jemu membaca Salah satu sebabnya kerana buku dah pun lusuh dan anak anak pun hilang minat untuk membaca Sebenarnya ada cara nak pastikan buku anak anak masih dalam keadaan baik dan nak...
Anak Kerap Sakit Selepas Mandi Kolam Ada Sebabnya 6 Tip Mama Kena Take Note

Anak Kerap Sakit Selepas Mandi Kolam Ada Sebabnya 6 Tip Mama Kena Take Note

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 547 hits
Musim cuti sekolah ni pasti agenda hujung minggu adalah membawa anak mandi manda Tak kira di kolam renang taman tema atau air terjun semuanya ada kesannya pada anak Ada pula anak yang mudah sakit demam malah cirit birit selepas mandi Mengap...
Ajar Anak Bahasa Inggeris Di Rumah Hanya Guna 5 Tip Ini Confirm Anak Petah Berbahasa Inggeris

Ajar Anak Bahasa Inggeris Di Rumah Hanya Guna 5 Tip Ini Confirm Anak Petah Berbahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 630 hits
What is your name Berkerut dahi si kecil Biarpun pertanyaan ini adalah biasa ditanya namun jika anda tidak pernah mempraktikkan kepadanya ia dianggap asing buat dirinya Cadangan beberapa tips ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengaj...
Telinga Anak Masuk Lipas Mama Jangan Cuba Keluarkan Tapi Ikut Tip Dari Doktor Ni

Telinga Anak Masuk Lipas Mama Jangan Cuba Keluarkan Tapi Ikut Tip Dari Doktor Ni

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 345 hits
Ibu mana yang tak panik bila serangga kecil seperti lipas memasuki telinga anak kecil kita Panik dibuatnya dan usaha nak keluarkannya juga pastinya mencabar Maklumlah tangisan anak pastinya kuat ditambah lagi dengan rasa takut Sebenarnya bi...
Mama Papa Boleh Merangkak Sekali Bila Nak Latih Anak Banyak Kelebihannya Bonding Pun Kuat

Mama Papa Boleh Merangkak Sekali Bila Nak Latih Anak Banyak Kelebihannya Bonding Pun Kuat

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 368 hits
Bila anak kita dah mula meniarap dan sudah pandai angkat pinggulnya untuk merangkak mama papa jangan segan silu untuk cuba merangkak bersama Begitu juga dengan anak anak yang sudah besar Apa salahnya bersama sama merangkak supaya anak lebih...
Dua Tahun Hafal Abc Alif Ba Ta Dan Nombor Cara Ibu Ini Rangsang Otak Anaknya Cukup Mudah

Dua Tahun Hafal Abc Alif Ba Ta Dan Nombor Cara Ibu Ini Rangsang Otak Anaknya Cukup Mudah

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 556 hits
Anak pandai bijak bukan sebab genetik semata mata Ada banyak lagi faktor lain yang mempengaruhinya Cuma bergantung pada ibu bapa rajin atau tak sahaja untuk melakukannya Kadang kadang kita lihat anak kecil tak boleh nak fokus lama bila diaj...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba