Anak Sulung Paling Disayangi Dan Disenangi Semua Betul Ke


Anak Sulung Paling Disayangi Dan Disenangi Semua. Betul Ke? Kasih sayang adik beradik sama ada anak sulung sehinggalah anak bongsu sememangnya pasti ada dalam sesebuah keluarga dan rasa kasih itu telah dipupuk oleh ibu bapa semenjak mereka masih kecil sehinggalah dewasa. Semua ibu bapa mengharapkan semua anakya berkasih sayang dan mengharapkan anak mereka akan kekal sayang sampai bila-bila.
Anak Sulung Paling Disayangi
Anak sulung adalah anak yang paling disayangi pada awalnya. Ada yang direzekikan awal, ada yang direzekikan setelah bertahun. Jadi, kecintaan pada anak pertama itu melebihi. Namun, kasih terbahagi bila dapat adik. Berkurang lagi bila bertambah bilangan adik-beradik. Semakin hujung anak itu, makin disayangi. Signifikan, yang bongsu lebih dimanjakan. Yang awal-awal sudah semakin dewasa, kasih beralih pada yang lebih kecil.

Anak sulung Masa kecil, biasa saja abang atau kakak menyakat adik-adiknya. Itulah gurauan berkasih dalam keluarga. Kadang-kadang, bergaduh, kata-mengata, bertegang leher, tu lumrah dalam pertalian keluarga. Orang kata, lepas bergaduh, makin erat. Itu kasar pada kita. Tidak pada mereka.
Lain orang lain ragam, ada bahasakan “aku-kau”, ada bahasakan nama, ada panggil along angah. Bergaduh macam mana pun, biasanya anak sulung dan kedua lebih mengalah pada adik-adiknya. Awal-awal saja seperti rimau, sebenarnya di dalam kiut seperti kucing. Marahnya ada sebab kerana daya fikirnya lebih dulu matang dari adik-adik.
Pengorbanan
Yang sulung-sulung abang kakak ni, nampak saja buat dono tak peduli. Tapi sebenarnya, adik-adik jadi prioriti. Ada abang kakak yang korbankan pengajiannya demi menyara adik-adik. Ada yang sanggup berlapar demi adik. Ada yang rela adik hidup senang, dia sendiri kais pagi makan pagi. Ada yang korbankan usia mudanya hingga tak berumahtangga demi adik-adik. Ada yang menjamin gadai nama demi adindanya. Pengorbanan ikhlas. Tiada mengungkit. Jika diungkit sekalipun, demi menyedarkan, bukan meminta jasa dibalas semula.
Pelindung
Setelah ayah dan ibu, pelindung adik-adik adalah anak sulung abang dan kakak. Kata buruk pada adik-adik, merekalah yang dulu membela. Terjadi apa-apa musibah, merekalah yang tampil menjaga. Kadang-kadang, bila sakit pening adik-adik, yang duduk berteleku di samping adalah abang kakak picitkan kepala, tadah muntah dan tahan segala ragam adik-adiknya.
Terima kasih kerana bersusah payah menjaga dan bersabar. Andai ikut turutan umur, logiknya yang tua-lah akan pergi.
Hargailah abang dan kakak kita. Merekalah yang tempuh fasa jatuh bangun bersama ayah ibu di awal membina kehidupan berkeluarga. Biarlah adik-adik nikmati dan kecapi era senang selesa.
 

Rahsia Perangai Anak Sulung, Tengah, Bongsu & Tunggal. Anda Yang Mana Satu? Setiap orang pasti ada perangai dan sikapnya yang tersendiri, sama ada negatif atau positif. Yang pastinya apabila mempunyai anak yang ramai, bermacam-macam perangai dan ragam dapat dilihat dari setiap anak.
Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa sampailah dia dapat adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.
Ciri-ciri yang ada pada anak sulung:
Dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.sering berjaya dalam hidup.lebih pandai mengambil hati orang tua. mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
Anak Tengah
Biasanya anak tengah punya perangai lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Tak suka dihalang tapi suka berdikari dan membuat hal sendiri. Golongan anak tengah selalunya banyak mengalah kepada si sulung atas arahan atau dengan si bongsu sebab tak nak keruhkan keadaan. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Jadi anak tengah suka cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri yang ada pada anak tengah:
Lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain. lebih percaya dengan keyakinan sendiri.suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
sering merasakan diri mereka terpinggir. terlalu mengalah
Anak Bongsu
Golongan anak bongsu perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya. Itu yang jadi nampak manja dan dapat apa saja yang dia sebut!
Ciri-ciri yang ada pada anak bongsu:
Happy go-lucky dan yakin diri. manja. berkeinginan dan bercita-cita tinggi. sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, mungkin ramai nak menjadi anak tunggal dan anggap seronok memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Tak perlu berebut malah mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa.
Ciri-ciri yang ada pada anak tungga:
sering merasakan diri mereka kesunyian.lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai. lebih bijak bergaul. Lebih cepat matang. terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat. sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
The post Anak Sulung Paling Disayangi Dan Disenangi Semua. Betul Ke? appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/anak-sulung-paling-disayangi-dan-disenangi-semua-betul-ke/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Kata Anak Kedua Ni Sangat Istimewa Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

Orang Kata Anak Kedua Ni Sangat Istimewa Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 436 hits
ORANG kata perangai anak kedua ni lain daripada yang lain Mereka punya sifat yang tersendiri Adakalanya mereka cukup disenangi oleh semua anggota keluarga tidak kurang juga yang menjengkelkan sehingga langsung tidak disenangi oleh adik bera...
Inilah Sebab Anak Sulung Perempuan Istimewa Di Mata Lelaki Untuk Dijadikan Calon Isteri

Inilah Sebab Anak Sulung Perempuan Istimewa Di Mata Lelaki Untuk Dijadikan Calon Isteri

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 523 hits
Menjadi anak perempuan pertama dari sebuah keluarga sangat berat di samping sebagai tulang belakang keluarga anak pertama juga biasanya sangat kuat dan tegar motivasi dirinya Tak ada yang tahu bagaimana proses perjuangannya yang terlihat ku...
Anak Kuat Mengamuk Sampai Penat Nak Pujuk Pakar Kongsi Teknik Yang Betul Redakan Marah Anak

Anak Kuat Mengamuk Sampai Penat Nak Pujuk Pakar Kongsi Teknik Yang Betul Redakan Marah Anak

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 321 hits
Anak saya seorang yang sangat teratur Setiap kali bermain dia akan menyusun alat permainannya dengan rapi dan bila ada rakan yang melanggar dia akan marah sangat sampai berguling Saya risau melihat sikap panas barannya itu Bagaimanakah cara...
Memandangkan Abah Sangat Teliti Mengenai Semua Perkara Jadual Anak Anak Balik Kampung Pun Abah Catat Ok

Memandangkan Abah Sangat Teliti Mengenai Semua Perkara Jadual Anak Anak Balik Kampung Pun Abah Catat Ok

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 476 hits
Memandangkan Abah Sangat teliti Mengenai Semua Perkara Jadual Anak Anak Balik Kampung Pun abah Catat OK Ia sebaliknya senaskah buku yang mempunyai senarai butiran seperti nama bulan tarikh dan jumlah hari serta sebab kepulangan Rupa rupanya...
Jangan Marah Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya

Jangan Marah Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 572 hits
Jangan Marah Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya Kalau anak kedua ada sindrom anak kedua anak sulung juga ada peelnya yang mak kena jaga jaga Biarpun anak sulung jenis mudah disuruh dan menurut perintah tapi mereka pantang di ...
Sayu Baca Mesej Terakhir 3 Jam Sebelum Maut Cikgu Ida Dan Anak Sulung Nya Maut Kereta Bertembung

Sayu Baca Mesej Terakhir 3 Jam Sebelum Maut Cikgu Ida Dan Anak Sulung Nya Maut Kereta Bertembung

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 1057 hits
Sayu Baca Mesej terakhir 3 jam sebelum maut Cikgu Ida dan anak sulung nya maut kereta bertembung Setiu Mesej terakhir Cikgu Noraida buat rakan nya 3 jam sebelum pergi buat selamanya dia dan anak sulung nya maut kemalangan artikel berkaitan ...
Selebriti Kongsi Gelagat Hari Pertama Anak Ke Sekolah Last Sekali Yang Paling Win

Selebriti Kongsi Gelagat Hari Pertama Anak Ke Sekolah Last Sekali Yang Paling Win

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 404 hits
Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2019 dan sepastinya ramai ibu bapa turut memuatnaik foto dan video di media sosial reaksi anak mereka pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah Tidak terlepas juga ruang media sosi...
Tiga Tahun Menanti Anzalna Nasir Hamil Anak Sulung

Tiga Tahun Menanti Anzalna Nasir Hamil Anak Sulung

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 344 hits
Tahniah diucapkan kepada Anzalna Nasir dan suami Hanif Zaki yang bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi Berita baik itu The post appeared first on
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya