Warganet Kecewa Keputusan Flip Flop Kerajaan Berkait Pkp


 
FMT Reporters -May 11, 2021 Catatan Ahli Parlimen pembangkang dan warganet yang kecewa dengan pelaksanaan PKP ketiga.PETALING JAYA: Sejurus perdana menteri mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali ketiga di seluruh negara pada Isnin, pengguna media sosial mula meluahkan kekecewaan terhadap tindakan tidak konsisten Putrajaya.
Ahli politik antara yang terpantas berbuat demikian, dengan ada yang menuntut kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman dan sebahagian lagi mempersoalkan bantuan kepada golongan miskin serta pelajar.
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii berkata, bukan sekatan yang menyakitkan rakyat dan ekonomi, sebaliknya ketidaktentuan.
“Saya fikir perniagaan dan orang ramai lebih menderita dengan tindakan ‘flip flop’, tidak konsisten dan pengumuman saat akhir berbanding pelaksanaan PKP itu sendiri.
“Jika ia dirancang dengan baik, diumum dan dilaksanakan terlebih dahulu, kita tidak akan berada dalam keadaan seperti ini,” tulisnya di Twitter menggunakan tanda pagar #KerajaanGagal yang trending semula.
Warganet lain turut memberikan reaksi serupa dengan mengkritik sikap tidak konsisten kerajaan.
“Jadi, sebelum ini mereka kata tiada lagi PKP di seluruh negara. Kemudian mereka melaksanakan PKP di kebanyakan negeri, tetapi bukannya seluruh negara. Sekarang, mereka akhirnya mengumumkan PKP di seluruh negara. Ketidaktentuan kerajaan ini sangat mengejutkan,” tulis Jazli Aziz di Twitter.
Seorang pengguna yang menggunakan nama Faiz, menulis Malaysia mampu mengatasi pandemik jika mempunyai pemimpin berupaya.
“Rakyat tidak marah dengan #MCO3. Orang marah keputusan ini dibuat terlalu lewat. Rakyat marah kerana ia dibuat secara tiba-tiba. Rakyat marah kepada kepimpinan tidak cekap.”
Pengumuman PKP, yang ketiga di seluruh negara sejak Mac 2020, dibuat melalui kenyataan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada Isnin, dua bulan selepas beliau berkata tiada lagi PKP “menyeluruh”.
PKP terbaru itu menyusul lonjakan kes Covid-19 di seluruh negara, dengan jumlah jangkitan harian melebihi 3,000 kes lebih seminggu lalu.
Hanya beberapa jam selepas pengumuman itu, tanda pagar #Kerajaan Gagal dan #MCO3 mula trending dan ahli politik seperti Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, turut bersuara.
Yeoh berkata, “perniagaan sedang nazak” dan moratorium pinjaman automatik perlu dilaksanakan semula bagi mengelakkan keadaan lebih teruk.
Katanya, ahli keluarga di daerah sama sepatutnya dibenarkan menziarah kubur sanak saudara pada Hari Raya. Ziarah kubur tidak dibenarkan pada PKP kali ini.
Beliau berkata, pemakaian pelitup muka di luar rumah sepatutnya menjadikan ziarah kubur sebagai aktiviti berisiko rendah.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersetuju moratorium pinjaman perlu dilaksanakan serta-merta kerana rakyat dan perniagaan yang menanggung banyak kesan daripada pelaksanaan PKP memerlukan bantuan.
Beliau turut mempersoalkan bila pelajar akan menerima 150,000 komputer riba yang dijanjikan kerajaan, akan diagihkan September ini, ketika pembentangan belanjawan tahun lalu, memandangkan pembelajaran dalam talian kini menjadi satu keperluan kerana semua sekolah diarahkan tutup.
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran menyasarkan perisytiharan darurat pada Januari lalu yang disifatkan sebagai perlu untuk kerajaan mengawal Covid-19.
“Darurat diisytiharkan untuk menurunkan jumlah kes…adakah kerajaan ini begitu tidak cekap sehinggakan darurat pun tidak mampu melaksanakan tugasnya?” soalnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/warganet-kecewa-keputusan-flip-flop.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Laksanakan Pkp Di Daerah Kuantan Berkuatkuasa Bermula 10 Mei Hingga 23 Mei

Kerajaan Laksanakan Pkp Di Daerah Kuantan Berkuatkuasa Bermula 10 Mei Hingga 23 Mei

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 320 hits
nbsp PUTRAJAYA Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh daerah Kuantan Pahang tiga daerah dan tiga mukim di Pulau Pinang serta tiga mukim di Perak Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob memaklumkan PKP
Pkp Gagal Darurat Gagal Dan Kerajaan Gagal Semuanya Sebab Mahiaddin Gagal

Pkp Gagal Darurat Gagal Dan Kerajaan Gagal Semuanya Sebab Mahiaddin Gagal

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 298 hits
Shahbudin HusinKes baru Covid19 terus menunjukkan peningkatan dengan angkanya hari ini sebanyak 4 498 Ini adalah angka tertinggi sejak Februari lalu Ini tentunya sesuatu yang menyedihkan kerana peningkatan itu berlaku ketika PKP sudah diada...
Pm Muhyiddin Pkp 3 0 Bukan Tindakan Zalim Keputusan Cukup Sukar Tetapi Mesti Di Buat

Pm Muhyiddin Pkp 3 0 Bukan Tindakan Zalim Keputusan Cukup Sukar Tetapi Mesti Di Buat

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 221 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri menyifatkan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kali ini bukanlah perkara main main sebaliknya ia adalah satu keputusan yang sukar tetapi mesti dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sedar ke...
5656 Peniaga Wajar Marah Kerajaan Ekoran Keputusan Tergesa Gesa Tutup Bazar Nadzim Malaysia Gazette 11 05 2021

5656 Peniaga Wajar Marah Kerajaan Ekoran Keputusan Tergesa Gesa Tutup Bazar Nadzim Malaysia Gazette 11 05 2021

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 277 hits
KUALA LUMPUR Kekesalan para peniaga di bazar Ramadan dan Aidilfitri yang diarahkan menutup perniagaan masing masing ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah sesuatu yang wajar diambil perhatian oleh kerajaan Menurut Ketua Aktiv...
Perjelas Garis Panduan Sekolah Bawah Pkp Kata Ph Kepada Kerajaan

Perjelas Garis Panduan Sekolah Bawah Pkp Kata Ph Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 256 hits
FMT Reporters May 5 2021Pakatan Harapan bertanya adakah sekolah yang terjejas oleh PKP akan segera ditutup atau sebaik cuti Hari Raya bermula PETALING JAYA Kementerian Pendidikan digesa memberi penjelasan mengenai status sekolah di enam dae...
Pkp Di P Pinang Tunggu Keputusan Mkn Ketua Menteri

Pkp Di P Pinang Tunggu Keputusan Mkn Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 285 hits
GEORGE TOWN Kerajaan negeri Pulau Pinang kini menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri tersebut Ketua Menterinya Chow Kon Yeow berkata Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah ...
Flip Flop Frustrations Boil Over On Social Media

Flip Flop Frustrations Boil Over On Social Media

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 233 hits
PETALING JAYA Minutes after the prime minister announced movement restrictions across the nation social media users took to the air in frustration over the government s inconsistency on lockdown measures Politicians were quick to jump in so...
Pkp 3 0 Tanda Kerajaan Gagal Kawal Covid 19 Kata Bekas Menteri Kesihatan

Pkp 3 0 Tanda Kerajaan Gagal Kawal Covid 19 Kata Bekas Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 289 hits
May 13 2021 Dzulkefly Ahmad berkata kegagalan kerajaan menguruskan PKP 2 0 menyebabkan rakyat terpaksa menempuh PKP 3 0 kerana itu saja cara mudah untuk membendung penularan Covid 19 PETALING JAYA Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad mem...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm